June 2017 Wrap Up

by - Wednesday, July 05, 2017


Assalamualaikum Jamil dan Jamilah.
Selamat Hari Raya..! Hehe.. ucapan raya kali ke berapa tah.. Dah 5 haribulan baru nak buat wrap June. pipipipiipi.. (ape gelak pipipi)

So, jom tengok apa yang best i buat sepanjang June 2017.

  Blogging Life:
Perasan tak kat archive sebelah tu.. untuk bulan Jun i berjaya menulis entry sebanyak 17entry.. Wei.. pencapaian sangat.. Semoga istiqomah la update entry tu hendaknya.. I rasa rajin dan semangat sebab dah join Kelab Blogger Ben Ashaari ni, semua blogger share entry masing-masing, share UV blog jadi semangat la i, pastu banyak tips pulak tu i dapat.. ok. Semoga istiqomah la update entry tu hendaknya..

Template blog pun berubah pada bulan ni.. Tetiba rindu template lama pulak.. Huhu.. Cuma tulah, akibat tukar template, jadi macam INI pulak.. But now alhamdulillah, dah kembali normal dan makin ramai visitor.. ambil masa sikit kot template ni nak serasi dengan Google.. Now, UV i dah cecah 5angka.. wiii.... sengonot (alahai pelat)

Bila i check pageview entry popular blog i bulan 6 ni, suprisingly, entry Kurus dengan Detox Water berjaya mengalahkan entry Bercuti ke Lombok.. Ramai rupanya nak kurus ye. hehe

Tahniah pada pemenang

And 1 thing.. Alhamdulillah, i ada terima emel yang blog i Nomited dalam Malaysia Website Award untuk May Nominess.. Yeay kan.. Nampak blue ribbon kat tepi blog i tu kan, jangan lupa, undi i ok.. Pliss....pliss....

Personal & Working Life:
Untuk kisah personal.. hmm...kisah raya je kot. I takde baju raya tahun ni. huhuhu.. Baju raya ada beli tapi guess what, too big.!!! kain pulak too ketats.. Seriously tak selesa. Sebab badan i makin mengembang..huhu T_T.. susah nak cari saiz.. Sebab tulah, i buat My 10kg Mission. Ramai tanya, mana baju raya, tak update pun kat ig.. Well.. tulah dia cerita sebenar. Kain ku ketat, baju ku besar. Susah nak cari saiz baju sebenarnya sebab i ni memang jenis badan, besar tang punggung.. Sebab tu nak tempah tapi lambat tempah pulak tahun ni. Begitulah kisah raya sebenar i..

Movie & Drama:
No movie for this month!! Bulan puasa. Nak tengok wayang pun segan. wakaka.. well, itulah.. takde cite best. Nak tengok Transformers tapi semua update tak best.. So, takdelah tengok. 

Korea drama apa bulan ni?
Bulan ni i tengah khatamkan drama Suspicious Partner.. Eh Al-Quran dah khatam ke bulan Ramadhan ni? tanya Jamilah. Hahaha.. alahai.. malu nak jawab. Jamilah, ni part drama.. jangan tanya hal peribadi. Hal peribadi, tanya kat atas. hehe

Plis jangan tanya nama pelakon Korea, I memang tak tau.. Tapi i suka pelakon utama.. Hensem dan cantik gila.. cerita ni best, tapi i tak habis tengok lagi.. Cerita ni pasal pendakwaraya dan peguamcara punya kisah percintaan. This girl yang watak utama ni terkena tuduhan membunuh dan dia sebenarnya bakal peguambela.. Tapi sebabkan tuduhan membunuh ni, dia susah nak dapat kerja dan hidup dia macam susah la.. Then this guy yang watak utama pulak sebenarnya dulu pendakwaraya, dan bos pada girl ni masa girl ni. So dia amik kes this girl dulu.. and sebab kan kes ni dia kena pecat jadi pendakwaraya..
In the end, tengoklah sendiri.. hahaha..

So, as usual, nah mini diary instagram i..
Macam mana bulan June awak.?

You May Also Like

1 comments