After 2 weeks
Hai,
Do you remembered about my 10kg mission ( click here to read more ) that I've shared before? Rasanya bukan lagi satu berita tergempar bahawasanya i memang suka makan. Ehem. Diam korang. So disebabkan i sangat tak berdisiplin tentang makan, i join 1 program yang dinamakan F4L (Fit for Life) dibawah Coach Wan kat Puncak Alam ni. Gitueww.. Faktanya, ini adalah program untuk melatih seseorang tu jalani hidup sihat sambil tiba-tiba menjadi program kuruskan badan i. Muahaha.. Terpaksa sebab i ni selalu kecundang segala mala diet.. Sebab sebab sebab... tak ada siapa yang nak bantu kawal. Cuma diri sendiri sahaja, insan yang lemah tapi kuat nafsu makan ni.
Baiklah serius sekarang *kening rapat*
Actually, i tau pasal program ni pun dari instagram. Sebab awal tahun dulu kan, tanam azam kurus kat mana tah. Pastu sambil pasang azam ni, cari la gym sekitar Puncak Alam, and terus follow. Coach dah banyak kali ajak since dari program Jom Kurus 1 Malaysia tu dah (sebab coach ni pun coach jom kurus tu), tapi konon nak buat sendiri.. Lepastu, i follow la sorang akak ni kekonon nak follow apa yang akak ni buat dalam program tu, tup-tup now, akak ni dah kurus. I pulak... berat naik mendadak ok.!! Sebab apa naik, sebab i berdiet tanpa ilmu. Lepastu, takde langsung initiative nak bersenam. Nak tangga pun merungut. For 6 months, rupanya hanya pandai tanam azam je. Lepastu lupa azam tanam kat mana T_T

For years, tak aktif dan tak pernah sarung kasut sukan... First day join kelas, i sarung kasut sukan i.. and mula berlari.. Maigadd!!! Sumpah bontot berat yakmat.. lepastu, mengah.. Malu tau sebab ada akak yang umur 40years pun lebih fit dan dia boleh lari je.. I cuma mampu berjalan. Dan tiba-tiba, tumit kasut sukan tercabut.. hahahaha.. Lama sangat tak pakai, rupanya kasut pun dah lusuh..
Tapi..tapi..tapi...
i bangga jugak.. sebab akhirnya bontotku berjaya diangkat dan diajak bersenam bersama. I berjaya habiskan almost 1.8km dalam 15mins walaupun cuma berjalan laju. *angkat kening* masuk bakul angkat sendiri sangat uolss.. itupun kalau larat.
Oh ya.. my coach bukan sekadar ajar ilmu pemakanan, tapi ajar untuk fitness dan senaman sekali. Basically, kelas fitness cuma hari Selasa, Khamis dan Sabtu. 3x seminggu buat workout. Tapi memandangkan i ni students yang paling rajin, i akan masuk kelas hari Rabu, Kick Fit Training. Ala.. macam belajar Muay Thai tu. So jangan tanya kenapa entry blog makin sikit. I bizi nak kurus. Eh?!
Yang tambah semangatnya sebab team members dalam ni yang support and encourage each other. Sebabnya dorang dah lalui dulu dan dah fit pun sekarang.
Yang tambah semangatnya sebab team members dalam ni yang support and encourage each other. Sebabnya dorang dah lalui dulu dan dah fit pun sekarang.
Untuk menjayakan misi ini, i begitu rajin menghias Diary Diet i di instagram. So kat sini lah i akan catat apa yang i makan, dan aktiviti exercise apa yang i buat.

Checkout my diary diet instagram/mie_dietgram
Dah lama tak bersenam, minggu pertama, sakit sangat badan.. Otot i terkejut mak nenek kot. Turun tangga pun macam orang tua. Jangan cakap pasal naik tangga lah, rasa nak merangkak je.. 1 WHOLE BODY SAKIT.!! Tapi, bila masuk minggu kedua, eleh relaks je.. Lagi puas sebab peluh keluar menitik banyak. Orang badan besar ni memang kuat berpeluh pun.. Tapi paling best i loss 3kg last week hokey..!! Selama ni tak pernah nak turun pun angka kat penimbang tu.
3KG
Thanks yang selama ni beri sokongan.
Semoga i slim, fit dan sihat. Doakan lah tau.! jangan doakan i gemok. Sakit tumit kaki woo nak tampung berat..

Toodles. xoxo :)
15 comments
waaa..turun 3kg tue...kipidap Miera..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. hehe.. tq sis
Deletegud luck Miera...semoga tercapai impian tu...
ReplyDelete#kitaserupa
Aminn.. terima kasih sis :)
DeleteWah tahniah. Kalau dgn bersenam mmg konfirm Akan turun
ReplyDeletebetul.. amalkan cara yang sihat memang betul-betul turun berat
Deletealaaa. xde ke diet yg tak kurangkan makanan.. hahahahaha
ReplyDeletehaha..ada, yang penting makan banyak, kena la burn banyak sikit. hahaha
DeleteBravo Miera..
ReplyDeleteSemoga tercapai matlamat, keep it up!
TQ kak LZ... Aminn
DeleteTahniah miera sebab berjaya mengamalkan cara hidup sihat
ReplyDeleteTQ kak DP.. Insyallah..semoga istiqamah kan..
Deletetshirt putih tu zul ke ?
ReplyDeletebukan la lisa.. tu nama dia zarul
Deletehebatnya!
ReplyDelete