A day trip to Pulau Ketam

by - Sunday, July 02, 2017

Hai. Assalamualaikum.!
ohhh yeaaahhh~ we went to Pulau Ketam yawww! Bila update gambar ke Pulau Ketam, kemain semua text..
"Hei, buang tebiat ape ke sana"
"U know, Pulau Ketam tak ada apa, why menyusahkan diri ke sana" 

Ok..ok.. 
Jujur, selama i duduk Klang dah 20tahun, tapi belum sampai ke sini lagi.. Memang betullah orang kata, yang dekat tulah yang paling malas nak pergi. Tapi, haritu i memang betul-betul rasa nak berjalan (sebab i cuti raya lama kottttt).. So, decide terus. Nak ke PULAU KETAM!!! And yeah. On raya ke5, i ke sana. A day trip with my girlfriends.

Sebelum ni, mindset i pada Pulau Ketam cumalah :
Houses on stilts, human waste go straight back to nature, tak cantik.

Tapi yela, tak pernah pergi, mana nak tau kan. So, yeah girls.! Lets explore Pulau Ketam.! ~~ kata hati. Sebelum ke Terminal Feri Perlabuhan Klang, kami bersarapan dulu di Chang Kok Kopitiam. A famous kopitiam in Klang since 1940 yaw!.
So, lepas bersarapan, kami terus ke Terminal Penumpang South Port di Perlabuhan Klang. Sebabkan kak Fatin pun orang Klang, jadi tak de lah sesat barat nak mencari. Terminal ni terletak di Perlabuhan Klang, bersebelahan dengan Stesen KTM Perlabuhan Klang. Senang kan, kepada mereka yang naik KTM nak kesini. Kalau yang naik kereta pun, boleh park kereta di area Stesen KTM ataupun di bangunan sebelahnya, dengan rate parking RM1/hour.
 
Sumber gambar : Kembara GD. I lupa amik gambar ini. haha

Untuk ke Pulau Ketam, perlu menaiki feri di Terminal ini. Rujuk gambar di atas.. Harga tiket untuk pergi dan balik ke Pulau Ketam, cuma RM15 sahaja (naik feri berekon) dan perjalanan ke sana akan mengambil masa selama 40min sehala.
 
 naik feri cepat

 The views.

Ta-daahh~ dah sampai selepas 40min masa perjalanan di dalam feri. Tiada kereta atau pun motosikal di pulau ini yang ada hanyalah basikal dan basikal elektrik. So, sampai je, kami terus sewa basikal. Rate cuma RM5 je sekali sewa. Boleh la guna untuk berjalan di sekitar kawasan. Malas nak berjalan sebab tengah hari. hehe
 
Kuatnya angin.. boleh la feeling nak berhindustan.
 
makcik basikal dah sedia. 

 
i punya basikal. Comel pulak ada baldi sebagai bakul basikal. Comel. Sempat lah bergambar kenangan dengan basikal baldi ni. Lepastu terus tukar balik ke basikal yang cantik. Haha..demand. Dah tu, asyik kena gelak je dengan dorang. Hmmm

Sebenarnya, Pulau Ketam hanyalah sebuah perkampungan nelayan sahaja. Pulau ini dibuka sekitar tahun 1880 serta dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua berlaku.
Mana ada aktiviti snorkeling walaupun ia adalah pulau.. Jangan berangan. Jadi aktiviti yang boleh lakukan di Pulau Ketam hanyalah berbasikal mengelilingi penempatan penduduk sambil melihat aktiviti yang dilakukan oleh penduduk di sini, memancing dan makan makanan laut.. Itu sahaja aktivitinya.. Cuma, yang menariknya di sini, kawasan penempatan penduduk di Pulau Ketam sangat bersih (takde sampah merata-rata), dan ada kemudahan infrastruktur yang lengkap (ada balai polis, balai bomba, bank, pusat Islam, Klinik Kesihatan) walaupun ianya sebuah pulau yang terpencil di daerah Klang.
  
Jalan di Pulau Ketam ni kecil ya tuan puan. Muat untuk berbasikal dan jalan kaki sahaja. Kenderaan bermotor tak dibenarkan bagi mengekalkan udara bersih di kawasan persekitaran. Loceng memainkan peranan yang penting bila berbasikal di sini.

 
See the Balai Polis. Kecil je dan unik. Tak tau lah dah berapa puluh tahun dibina di sini.

 
Rasa macam kembali ke zaman lama pulak. Tiada kereta yang di parkir di hadapan bank ye. Cuma basikal. Terus feeling-feeling i kat sini. Feeling zaman dahulu kala. Rugi pulak tak masuk dalam tu.

 
Ikan kering

 
Kalau perhati betul-betul di tanah, ada banyak sangat ketam dan ikan belacak. Kena zoom sikit mata tu..


Kawasan persekitaran dan rumah-rumah penduduk semua di hias dengan cantik dan berwarna-warni. Ada beberapa mural yang dilukis di dinding rumah, yang menyebabkan kami berbasikal mencari mural-mural untuk bergambar dan menghiasi laman instagram (amboi ayat karangan sangat nih). i rasa, sebabkan kecantikan dan keunikan ni lah menyebabkan ramai pelancong singgah ke Pulau Ketam walaupun aktiviti di sini tidak seperti berada di pulau lain.
The rainbow house. Cantik kan. Boleh jadi background gambar yang menarik.

 
Nak jugak dengan muka berlemuih tuh.. See, kan dah tukar basikal. Sebelum ni bakul baldi. haha
 
 
Lokasi mural ni paling lama nak cari.. haha. Last-last tanya orang terus. Malas dah nak cari masuk setiap lorong.

Ramai yang bagitau i, makanan seafood disini sedap sebabkan di sini adalah perkampungan nelayan kan. Tapi kami tak makan di sini sebab masing-masing mengidam nak ayam penyet. Hehehe, so i tak tau la bab makanan kat sini ye. 

Berbaloi i habiskan masa separuh hari di sini. Banyak gambar cantik i dapat sepanjang di Pulau Ketam ni. Rasa macam nak spam je instagram i dengan gambar yang banyak dan super ohsem ni. Haha..
So, berapa bajet yang dah habis di sini?
RM20 sahaja exclude makan dan parking. Jimat untuk percutian sehari i. hehe.. 

Tips :
Feri ke Pulau Ketam akan ada dalam setiap 45min. Ada beberapa perkhidmatan feri dari beberapa company. So jangan risau kalau terlepas. Cuma, waktu terakhir feri dari Perlabuhan Klang ke Pulau Ketam adalah pada jam 8.30malam. Manakala, feri terakhir dari Pulau Ketam ke Perlabuhan Klang pula ialah pada jam 5.30ptg pada hari berkerja, dan 6.00ptg pada hujung minggu. Jangan terlepas pula. Tapi kalau terlepas feri, boleh bermalam di Pulau Ketam. Ada banyak hotel dan homestay disediakan di sini.

Dicadangkan untuk ke sini pada waktu pagi.. Nak berbasikal kan.. Kalau tengah hari nanti dah berlemuih malas pulak nak cari mural di dinding kan.

xoxo
Jom explore kawasan persekitaran kita. Cuti-cuti Malaysia.

You May Also Like

11 comments

  1. belum pernah pergi.. nampak menarik je.. kene pegi ni hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..menarik kot.. cuma panas kat situ.. and tak banyak pun aktiviti boleh buat..huhuhu

      Delete
  2. menarik2, baru tahu ada tempat macam ni, tapi seronok pergi masa muda2, dah tua2 ni malas nak kayuh beskal dah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah lama tak kayuh basikal..kekok je rasa. haha

      Delete
    2. Lain kali klau dtg.. Sy ada disini... Dah 7 tahun menetap...boleh sy masak kan seafood....
      Ada ular sawa besar tau... Di tokong...

      Delete
  3. waaa.. serius pulau ketam secantik ini ? aduh.. memang kena pegi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersih.. mural-mural semua cantik.. pegi la sis.. boleh amik gambar sambil berbasikal..hehe

      Delete
  4. Kalau untuk santai-santai memang best lah nak datang sini. Cari ilham. Ketenangan. Lari dari rumah ke. EH.

    ReplyDelete
  5. wahh menarik gak kat pulau ketam ni... teringin gak nak pergi nanti.. miera bawa yanie pi sana ye..

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  6. cantiknya tempatnya..saya tak pernah sampai lagi

    ReplyDelete