Bercuti ke Johor

by - Monday, July 24, 2017

Assalamualaikum =)
Hello everyone..

Dah berapa bulan since my last holiday dengan family.. Last bercuti pun ke Bukittinggi, Indonesia bulan Feb.. Kira la..berapa bulan.. Almost 5 months tau. OMG!! Rindunya.. eh, emosi pulak bila dah lama tak bercuti panjang ni. T_T

Kadang cuba juga nak spend time lama dengan bercuti bersama tersayang.. tapi sebabkan kesibukan kerja sekarang, terus fikir dua tiga kali.. Karang bercuti lama-lama bos carik pulak kan.. Haip! bos ni.. Sebenarnya, kalau fikir balik kan, kesibukan berkerja sekarang ni dah macam jadi lumrah pulak sebab semua sibuk nak cari duit.. Bukan nak salahkan ekonomi, tapi that's the fact kan.. Kadang tu sibuk sampai takde masa dah nak berehat. Tapi yelah kan.. takkan la sibuk cari duit sampai takda masa nak beriadah. Itu orang mengata takda life pulak. Lepas tu nanti stress, sakit sampai orang cakap kesepian pulak (pown boleh) sebab tak sempat carik BF.. Eh apa ni, banyak betul luahan hati..

To be honest, it wasn't that i want to be honeymoony, I just needed a break. It was so hectic for me this year. i was spinning in a hurricane of work, work, work, and all other things. So i was really looking forward to a break. Paling penting, boleh pergi untuk tenangkan minda dan badan, hirup udara segar dan jauh dari kesibukan kerja dan kota.

Jadi, i rancang untuk bercuti dalam Malaysia sahaja memandangkan di Malaysia ni pun ada banyak pantai yang cantik, dan banyak resort yang best.. Cakap pasal resort yang best ni, kawan i cadangkan i untuk ke satu resort yang terbaik di Kota Tinggi, Johor. Nama resort tu


Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Nampak tak, dari nama pun kita dah boleh rasa yang resort ni terbaik sebab ada beach dan spa. Memang sesuai untuk kita melupakan kesibukan kerja dan kesesakan kotaraya yang sentiasa sesak. Oh memang sesuai untuk i sangat kan.

Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Sebenarnya, Lotus Desaru Beach Resort & Spa adalah tempat peranginan pantai yang popular dan telah menjadi destinasi pelancongan utama di Malaysia terutamanya di Johor. Ramai pelancong dari luar negara pergi ke resort tu kerana ia dikelilingi dengan air dan pantai yang bersih. Pantai yang paling popular di sepanjang pantai timur di daerah Kota Tinggi ni, mempunyai kira-kira 26 km pantai berpasir dan bersih dan dikelilingi dengan pokok-pokok sawit. Gitueww... Sempat cari info tau.

Masa kawan i share pasal resort ni pun, i rasa excited sangat sebab pemandangan luar bangunan resort ni macam satu konsep cerita dongeng (taulah, i suka kan bab-bab fairy tales ni haa). Seriously awak..!! bangunan itu nampak macam Castle dari Fairy Tales yang dalam cerita kanak-kanak tu. Memang cantik. Ok sayang, pandai u cadangkan resort terbaik untuk i.. hehe

Tu baru tengok luar bangunan je, terus rasa tak sabar nak check in ke dalam bilik yang i dah book Lotus Desaru Beach Resort on Traveloka sebab paling mudah nak reserved dan harganya lebih murah berbanding website yang lain. 

Untuk pengetahuan korang, Resort ini juga adalah lokasi yang ideal untuk mana-mana percutian, kumpulan insentif, mesyuarat kecil, majlis perkahwinan, dan juga pertemuan keluarga. Seriously, sebabkan resort ni terletak di kawasan pantai Desaru, kita mesti akan terpesona dengan melihat matahari terbit dan matahari terbenam di sepanjang kawasan pantai. Mulalah tu nak berangan pakai spec kat tepi pantai kan.. 

Resort Untuk Semua

Sebenarnya kan.. I pun baru tau, rupanya resort ni diberi gelaran Resort Untuk Semua sebab di resort ini ada semua yang aktiviti yang i inginkan seperti sukan air dimana ada parasailing, banana boat, jet ski, pipe rider, bungy jumper, fishing trip. Resort ni juga ada waterpark yang mempunyai pelbagai mainan seperti aqua play, grotto, lagoon pool , lazy river, relaxing gazebo, falling coconut. 
Ada waterpark dalam resort!! dah dapat bayangkan dah betapa seronoknya i akan luangkan masa cuti i di sini.
Save peta ni, sebab i taknak miss 1 pun keseronokkan bercuti kat di sini.

Sebabkan i nak bawa family i bercuti di sini, takkan lah nak habiskan masa dengan duduk tepi pantai je kan.. Tak mencabar lah.. Tapi..tapi..tapi.. Sebenarnya resort ni juga menyediakan aktiviti rekreasi supaya kami boleh mengisi masa kami kat resort ni, takkan la 24 jam nak dok tepi pantai je kan. Aktiviti rekreasi ni mempunyai 3 aktiviti ; indoor, outdoor dan group. 

Indoor aktiviti menawarkan permainan yang kita boleh bermain dengan keluarga kita seperti Twister, Snake leader, UNO, carrom, chess dan monoply. Kalau outdoor pula ada basketball, handball. Bola tampar pantai, bola sepak pantai, semua aktiviti yang mengeluarkan peluh kita untuk menyihatkan badan kita. Eh, baca balik kat atas, kenapa nak bercuti..haha.. kan memang nak kesegaran minda. Makanya, kat resort ni bolehlah bersenam sikitkan. Keluarkan peluh. Kalau korang datang secara berkumpulan dengan kawan-kawan tersayang atau ada team building pula, ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti game treasure hunt, tug of war atau tarik tali dan explorace.

Sebabkan ini adalah resort dan spa, makanya..amat berbaloi untuk i dan mama i bercuti di sini.. Boleh la nak manja-manjakan diri kan.. kan mama kan?

Baca pun dah menarikkan.
Di resort ni, akan dapat lihat, ada kereta bomba antik yang tahun 1930 dan ada juga zoo mini. Kat zoo mini ni, ada burung kakak tua, merpati indah dan merak. rasa macam kawasan ini sebagai permata yang tersembunyi yang terletak di dalam resort ini. Ok tak sabar nak selfie kat kawasan-kawasan sekitar resort ni. 

Antara sebab kenapa i suka buat tempahan menggunakan Traveloka, sebab i boleh baca review orang sebelum i buat tempahan and yang menariknya pengunjung resort ni semua memberi markah 8.5/10. Menarik kan.. Memang betul-betul berbaloi kalau menginap di resort ni.

Macam mana nak datang ke sini? 
tanya Jamilah yang telah bersemangat nak bercuti ke resort ni kepada kawannya..

Boleh datang ke Lotus Desaru Beach Resort dan Spa ni dengan kereta atau bas. Kalau datang dengan family, perlu memandu dalam 1 jam dari Senai dan itu masa yang paling pendek dan paling mudahlah sebab melalui Senai Desaru Highway.
Tak sabar nak bercuti di sini.. I nak tenangkan fikiran i, jauh dari kesibukan kerja dan kesibukan kota. Nak habiskan masa dengan family dalam 1 kawasan je.. Ada tempat menarik lagi yang i boleh melawat di sekitar Desaru ni? Kalau ada, nanti share lah di komen tau. 

xoxo

You May Also Like

23 comments

  1. rindu nak pergi Johor, tempat menimba ilmu. tapi tak berpeluang lagi nak melawat sambil melancong

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh belajar kat sana ye? miera pun, kalau ke Johor tak pernah singgah Desaru lagi.. hehe

      Delete
  2. Cantiknya hotel ni ,memang senang tempah dengan Traveloak

    ReplyDelete
  3. Pernah ke desaru...tak pernah menginap sini...teringin one day...tp ada promo ni cm nak usya je yeyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa buat tempahan dengan traveloka.. hehe. lebih jimat dan mudah

      Delete
  4. Replies
    1. kan.. semua dalam 1 tempat. memang cantik.

      Delete
  5. Ada waterpark tu yg menarik nak bawak anak anak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. senang nak pantau anak-anak main sambil kita pun berseronok

      Delete
  6. Wahhh..seronoknyaaa. Resort tepi laut. Nanti boleh la stay kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kahwin dah kan? hehe.. resort ni boleh la untuk honeymoon migha nanti

      Delete
  7. Cantiknya resort dia, siapa ada waterpark tu. Nanti nak pi Johor boleh menginap di sini, booking pulak dengan Traveloka lagi senang.

    ReplyDelete
  8. memang best kat desaru.. lisa dah 3 kali pergi sana.. masih tak puas lagi . hahaha ambek la set BBQ time malam.. best woo tepi pantai. aummm ...

    dan selalunya memang book guna apss traveloka je . senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.. miera tak pernah lagi. ni baru je booked. haha. tak sabar dah nak pergi

      Delete
  9. byk org kata tempat ni best... teringin nak p jugakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi la kak.. tengok la, semua ada dalam 1 resort je.. jimat masa kan.

      Delete
  10. ala..best rupanya Desaru ni..Haritue pergi Johor, ingatkan nak jalan-jalan di Desaru..tapi tak sempat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. best la.. pantai pun cantik. Kalau ke sini, jangan lupa menginap kat resort ni.. Lebih berbaloi

      Delete
  11. Walaupun dilahirkan di Johor, LZ tak familiar dengan tempat-tempat menarik di Johor.. Bila Miera share cerita tentang tempat pelancongan di Johor terus terdetik dalam hati : Ada juga tempat best di Johor.. Mungkin satu hari nanti akan explore Johor lebih lagi based on blogger friends' experience.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya memang macam tu kak LZ.. Miera pn jarang nak explore tempat kelahiran sendiri. haha

      Delete
  12. bestnya pergi bercuti di johor..ni tgh plan nk pergi bercuti jugak

    ReplyDelete