Tips Pitching untuk Memohon Kerja di Jobstreet

by - Friday, June 09, 2017

Hai. Helluuu..
Berasa terpanggil untuk jawab soalan ini bersama adik-adik yang masih berusaha mencari perkerjaan menggunakan medium "Job Street".
 
Baiklah. i bukanlah orang yang tahap professional gitu nak beri tips ini tapi apa yang i tulis ini berdasarkan pengalaman sendiri mengenai tips mudah bagaimana nak menulis dalam ruangan "Make Your Pitch" apabila nak apply kerja di Job Street (mengikut pengalaman i). *tetiba nada serius*

Nak ikut boleh. Tak ikut.. lantak la. Eh entah pape je kan.

Baiklah, dalam berpuluh orang malah beratus yang sama-sama apply kerja tu, adakah awak ingin recruiter melihat profile awak seperti ini? *nada smartshop jual barang

Oh, tak puas lagi. Siap tengok 2 kali pulekks..

Ini adalah 2 contoh yang i dapat bila i try apply kerja menggunakan Jobstreet

Macam Mana Nak Tulis Pitching di Jobstreet?

1. Baca Job Description
Never skip this part.. Kadang-kadang bila dah terlalu excited nak cari kerja dan dapat pulak job title yang memang dah lama cari, terus taknak baca. Terus apply. Apeke gelojoh sangat nih?! So.. baca dulu apa requirement yang company itu nak. Eleh, dulu masa cari jodoh pun sibuk baca biodata orang kan. Sekarang pun kenalah baca.
 Ini contoh sahaja. Ok.

2. Make Your Pitch
Ramai graduan atau job hunter yang i tanya akan skip part ni. Alasan, tak tau nak tulis apa dan malas. Ada pulak yang tanya i balik "Eh dorang baca ke?" lol.. kau buat lawak apa. Kalau tak, kenapa ada benda ni pulak. LOLLLLL. 
Please, never ever skip this part. Daripada ini lah, majikan atau recruiter akan baca summary mengenai kita sebelum dia tengok profile atau resume kita. SUMMARY.!!

Tell the employer why you are best suited for this role. Highlight specific skills and how you can contribute. Avoid general pitches e.g I am responsible.

Yes.. jobstreet dah bagi hint disitu, apa yang perlu tulis dan apa yang perlu dielakkan. So, akak Maria Mercedes (pon boleh), nak tulis macam mana di sini? - tanya adik-adik.
Back to 1st step, baca semula job requirement, dan gunakan hint itu dan mula mengarang. Gabungkan kesemua requirement tu, dan jadikan summary yang menarik. Cuma 300 huruf sahaja ye. Bukan 300 patah perkataan. Jadi pandai-pandailah olah mengikut requirement yang dia nak. Recruiter bukan nak tau sikap awak macam mana, awak ni pandai menyanyi ke ape. Sebab bab tu dia akan nilai bila interview nanti. Apa yang dia nak tengok, awak ni match ke tak dengan job requirement yang dia minta.

Contoh pitching:

Having worked for 4 years as a structural engineer, I have a strong knowledge in related codes of practiced especially in bridge design and competent in using Design Software. In addition to my extensive design experience, I have excellent communication skills and experience in managing project.

300/ 300 Characters. Ngam-ngam T_T. So, ini contoh sahaja. Kalau tak sedap ayat ni, jangan kutuk eh. Cubit karang.
 
Ini adalah contoh bagaimana "Make Your Pitch" kita muncul di emel recruiter. Contoh ni, i jumpa di website The Vocket hasil perkongsian daripada salah seorang recruiter di Malaysia. Kalau awak skip part pitching ni, recruiter akan terima emel tanpa kotak biru ni. Nampak tak, rugi kalau tak buat. Recruiter tengok pun, tak feel..tak stim. Eh excuse me! 

3. See Who Else Has Applied
Last but not least, ini adalah extra tips untuk tengok range gaji yang orang apply di sini adalah berapa dan experience orang yang apply tu macam mana. Diingatkan semula. EXTRA TIPS. Tujuannya ialah awak sendiri boleh la tau dan expect salary awak berapa di tangga mana untuk mudahkan persaingan. Tapi kalau taknak buat pun tak marah aih.. up to u.

 
Jadi, awak di bahagian mana?

Mudah sebenarnya kan? Yang penting, bila recruiter dah tengok profile awak, "sebelah kaki" awak dah masuk dalam company tu. Tunggu untuk panggilan interview sahaja. Kalau takde panggilan, belum rezeki lah tu. Cuba lagi. Good luck ye. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga tips ni membantu awak sedikit sebanyak-banyak. Ok lah, i nak main candy crush. Level 400. Hebak kan.. Hebak.!!

Oh, you're welcome. 
xoxo

You May Also Like

7 comments