Sahur List

by - Thursday, June 15, 2017

Ini sepatutnya entry yang ditulis pada awal Ramadhan supaya menjadi inspirasi kepada muslimin dan muslimat. Tapi disebabkan ia berada di senarai kepam (draft) yang entah keberapa, makanya lagi 9 hari nak berpuasa baru nak tulis. Eh lagi 9 hari kan nak puasa,? Abaikan. Banyak idea nak tulis sangat sampaikan dalam senarai kepam ada beberapa belas entry tak siap. Beberapa belas tuh! malas. Jadi kali nih kita buat list untuk sahur terbaik setiap Ramadhan kita. Molek sikit kan tajuknya, konon list sahur ala-kadar. Padahal.

Sahur is good you know. I tak faham orang yang taknak sahur lepastu puasa. Sedangkan sahur itukan SUNAH. Maknanya dapat pahala bila dibuat. Lepastu takdelah rasa lapar sangat sebab seharian akan guna energy kan.. Maka makanan itu la akan store jadi energy. Tapi beza kalau sahur lepastu kau tidur balik. Tu memang no good you know.

Kadang-kadang terlambat bangun pun, i cuba bersahur juga walaupun sekadar air masak. Tapi kalau terbangun awal, apakah menu yang dilantakkan?

1. Menu berlemak terextra rajin dan bangun awal.
Contoh lauk, Ayam masak lemak cili padi dan tomyam ayam. Menu ni paling bertuah kalau terbangun awal. Seisi rumah gembira. Awal pagi dah rajin masak berat macam ni kan. hehe.. Tak lah, kadang-kadang lauk dah siap masak malam, esok pagi panaskan je. Ini menu paling jarang nak jumpa diwaktu sahur. 2 kali Ramadhan kot baru jumpa masa sahur. Wassalam. Tapi kalau menu sebegini yang emak-emak sediakan awal pagi, marilah kita kunci jam awal untuk emak kita supaya boleh bangun masakkan yang kegemaran sebegini.

2. Menu tumis-tumisan.
Selalu panggil 'tumis bodoh' je sebab paling tak banyak guna bahan. Setakat bawang dan cili. Menu ni paling rajin sebab senang, dan boleh jumpa pada setiap kali sahur. Contoh 'tumis-tumis bodoh' include : Sayur kobis goreng, sambal sading (sebenarnya sardin tapi malas nak edit), sayur kangkung, sambal ikan bilis, telur goreng dan sebagainya yang dihidang dengan nasi panas dan kicap. Ya ampun, kenapa cerita pasal lauk di tengah hari macam ni.. Kan dah lapar!

3. Juadah Barat.
Ini kalau tahap bangun terlambat sikit sebab takde masa nak siapkan. Rupanya cuma makan roti dan susu sahaja. Kalau roti tiada, makan cereal. Kalau susu tiada, buat milo. Amazingly, membantu meningkatkan metabolism juga walaupun simple ni. Takde la buat drama seperti melengkung di atas katil posisi senggugut (tahan lapar sangat tuh)

4. Juadah Mediterranean.
Makan kurma sahaja bersama segelas susu atau milo. Amboi Mediterranean sangat tuh!

5. Sky Juice
Ini yang terpaling penting. Letak kat posisi no.5 untuk menu yang dilantakkan bila TERLAMBAT BANGUN SAHUR ataupun MALAS dan menu ni hanyalah dapat dibuat ketika dirumah sewa sahaja. Sebab kalau buat di rumah emak, akan bising seisi rumah.. Most important em all untuk elak dehydrated sepanjang berpuasa, cuba juga minum air hujan. Eh bukan. Sky juice bukan air hujan, air masak lah. Sekurangnya 1 litre masa bersahur. Cukup kembung perut asalkan tak dehydrated. 

Adakah cukup menjadi inspirasi? Ok. Bye
xoxo

You May Also Like

11 comments

  1. Telan ayaq liur tengok masak lemak cili api ayam tu. Dah tu bahagian drumstick plak. Bertambah seksi jadinya.

    ReplyDelete
  2. yg No 5 tak boleh blah. HAHAHA :D

    ReplyDelete
  3. untunglah kalau ada masa lebih nak masak masakan berlemak dan bergoreng tu. Tapi biasanya masak yang simple je untuk bersahur. paling simple kurma dan susu :)

    ReplyDelete
  4. saya pun sdaya upaya tak miss sahur..kalau bangun sahur lambat pun, at least makan kurma.

    ReplyDelete
  5. Bila sahur biasanya sudah amalkan makan Oat sahaja dan air suam. :)

    ReplyDelete
  6. ayam masak cili api tu favorite anak saya

    ReplyDelete
  7. Laaaaaaaa ...... Syahur pun ada list.
    Thanks.

    ReplyDelete
  8. blogwalking ~~ sedapnyaaaa drumstick tu. ishhhh

    ReplyDelete
  9. dah nak habis puasa dah miera, tapi its ok. haha!

    ReplyDelete
  10. Sdsapnya la gambar menu masak lemak tu.. Adusss..my faveret tu

    ReplyDelete
  11. Selamat menyambut hari raya miera. Maaf zahir batin k

    ReplyDelete