Menyambut Syawal - edisi raya pertama

by - Sunday, June 25, 2017

Wahh.. cuma entry kontot je untuk menceritakan diari syawal. Yeke kontot ni. Ehem. Dengan lafaz Bismillah..

Kita makan.
Eh tak. Dengan lafaz bismillah.. kita mulakan entry konon-konon kontot ini. Semoga tak banyak merapu. Amin.

Baiklah diari. Pagi-pagi lagi sudah kedengaran bunyi riang ria di pagi syawal lagi apabila emak mengejutkan semua anaknya untuk bersolat subuh dan bersiap untuk menyambut raya. Tau dah nak raya, tapi malam tadi anaknya ini lupa nak gosok baju raya. Jadi awal pagi, kemeriahan raya telah bermula apabila anaknya ini terpaksa berebut dengan sepupu lain untuk gosok baju dan bertanding "Baju raya siapakah yang paling cantik di pagi syawal".. Tahun ini merasa kelainan sungguh. Hahaha.. ok,berhenti gelak, pegi mandi dan bersiap.

Memandangkan bapa juga masih belum bersiap untuk ke masjid, maka anaknya ini mula menyibukkan diri memanaskan lauk rendang yang dimasak malam tadi dan mula menjamah. Sibuk benar anak ini dimeja makan.. Onomnomnom.. Emak yang sedari tadi telah bersiap awal, cuma mencuit sahaja makanan si anak.

Setelah semua bercantik-cantikkan dan memandangkan solat raya di kampung ini selalu mula lambat, makanya kami bersalaman, berpelukan, bermaafan, berkasihan sayangan, berberi berduit berayaan dan bergambaran.
Emak dan bapa telah berpesan kepada anak ini di malam hari sebelum raya lagi. Sembahyang raya, anak ini tak dapat ikut sebab tugas anak dan sebagai cucu kedua dalam keluarga ini ialah perlu masak untuk team baraan yang singgah selepas pulang dari masjid. 
Menu tahun ini, dipilih khas dari ketua chef, Mak Anjang

Setelah puas memasak dan melantak lagi di dapur, anak ini mula berkira-kira duit raya yang anak ini dapat. Oh, tahun ini banyak memberi dari menerima. Mari kira sama-sama.

Duit Memberi.
Mak abah : RM100 seorang.
Anak buah, Inara : RM20
Nisa Hassan (obviously ini adik beradik sebab nama bapa sama) : RM10
Adam : RM10
Dila : RM10
Nadia : RM10
Ija : RM10
Sepupu kecil lain : RM5 x 8 orang.

Duit Menerima.
RM 100

Balik modal?
Tidak. Jadi marilah kita mengira bajet belanja selepas raya pula. Hahaha
Setelah team baraan sampai dan melantak di rumah, anak ini mengemas dan mulakan misi
TIDO.!!

Sekian, begitulah edisi pagi raya pertama i. Petangnya dah sibuk menerima kunjungan saudara mara yang lain dan sibuk berkunjung ke rumah orang pula.


Selamat Hari Raya. Raya molek-molek

You May Also Like

0 comments