Kisah Abah yang Begini

by - Saturday, June 10, 2017

Hai.

Baru lepas berbuka tiba-tiba adik hantar gambar jari abah berdarah menjejes-jejes. Faham tak menjejes tu macam meleleh tak berhenti. I yang baru je lepas berbuka panik pulak tengok gambar jari abah. Eh.. ingatkan adik i prank pegi letak sirap ke kan. Then adik cakap, abah kena langgar motor. Ok. Kenapa jadi begitu. So, adik bawak abah ke Klinik. Klinik cuma cucikan luka dan balut je dan minta refer ke hospital sebab hujung jari abah tu macam gerak ke kanan kiri tau. Tau tak, macam something bergayut tapi taknak jatuh tuh. Ok, simple words la hoi Miera. Patah. T_T

Then, adik refer abah kat bahagian kecemasan. Doktor scan, dan minta abah tunggu sekejap sebab abah kena jahit bahagian patah tu (tak tau nak terangkan macam mana). So i tergesa-gesa la pulang dari Puncak Alam.. Sampai around jam 10.30pm sebab jalan jem, malam minggu kan. And abah masih belum dirawat. Tapi abah relax je cuma nampak la jari dia tu berbalut dah.. Nasib klinik dah bagi rawatan awal kan.. Disebabkan i jenis jenis gelojoh, i minta abah cerita kan, why this happen. 

Baiklah, i terus ready nak amik report. Eh dulu kan i Inspektor SUKSIS. Ok..ok..
Mangsa (abah) sedang menunggang motosikal dengan kelajuan yang paling perlahan sambil menghirup udara segar dan feeling angin meniup muka mangsa yang comel itu.. Kadang mangsa memang tak suka pun nak pulas handle motor tu sebab i rasa, dia ni suka biarkan moto jalan sendiri. Dan dia tunggang sambil menyapa orang taman. Biasalah, YB.. Eh ape melalut ni. Sambung... T_T.
Kemudian, ketika mangsa ingin belok ke kanan dengan speed yang perlahan, tiba-tiba datang motor dari arah kiri mangsa yang sangat laju (ni kata saksi kejadian), dan menabrak langgar motor mangsa lalu mangsa hilang kawalan dan jatuh terseret ke hadapan sedikit. Kejadian berlaku di selekoh bazar Ramadhan. Jadi, ramai la datang bantu mangsa bangun. Tetapi budak yang langgar tu terus melarikan diri apabila melihat orang ramai berpusu-pusu membantu mangsa. Eh, macam ape je ayat berpusu-pusu. Begitulah. Dan mangsa dihantar pulang ke rumah, menahan sakit lalu berbuka. Lepas berbuka darah menjejes banyak, terus anak bongsu (adik i) panik dan hantar mangsa ke klinik. 

Begitulah. Well nak cakap macam mana lagikan, benda dah jadi. Jadi, marilah bersabar menunggu rawatan. Actually, i dah lama sangat tak ke hospital waktu malam. Malam-malam pun ramai orang. And mangsa eksiden paling ramai. Jadi sebab tu, abah kena tunggu lama. Daripada klinik dalam 8.30pm tu sampailah ke jam 10.30pm i sampai, abah belum terima rawatan sebab abah kategori tak kritikal kan. Takpe, faham. Hospital kerajaan kan, sabar jela. Masa ni terfikir, nak jadi doktor la. Kesian Malaysia kekurangan doktor pakar. Kesian tengok doktor yang kelam kabut. Untuk kes abah, dorang refer pada pakar tulang sebab risau ape tah. Tapi pakar masa tu ada 2 kes kecemasan. Jadi takpelah, kami tunggu.

Menunggu sambil tengok lelaki keluar pintu dan TV. Eh tak, lelaki ni distract pandangan i yang tengah tengok TV pasal sakit buah pinggang tu. Tetiba je I terjeling dia.haha.. Oh, jagalah kesihatan buah pinggang anda.

 Lepas tu bosan, pegi kat TV luar, cerita pasal denggi pulak. T_T
Finally, jam 1.30pagi macam tu nama abah dipanggil untuk terima rawatan. Alhamdulillah. abah cuma kena jahit dan simen je. Terima rawatan sekejap je. Tak sampai setengah jam pun dah siap. Bagus.
 
 Nampak tak jari kelingking abah takde kuku sebab pernah kena potong dengan gunting padi. T_T

Nasib baik tak jadi apa-apa serius. Lepasni abah kena cuti masak lah (kan abah i yang masak kat rumah).
Doktor bagi abah i MC 2 minggu sebab tulang kat jari retak. Tapi abah dah tak kerja. Boleh tak kalau i nak tukar dengan abah. I nak MC tu... huwaaaaaaaa

You May Also Like

0 comments