Kenapa Orang Malaysia Suka Lepak Kedai Mamak

by - Saturday, June 03, 2017

Helluuuu.. just a random post.

Biasanya, kalau keluar dengan kawan, restoran mamak selalunya menjadi pilihan bila masing-masing takde idea nak lepak mana. Amboi, tadi kata menjadi pilihan, lepastu kata bila takde idea. Eh..eh.. melalut apeni. Hobi melepak mamak ni dah mula dari zaman sekolah tingkatan 5 dan selalunya lepak dengan abah sekali kat mamak bawah Tesco Bukit Tinggi tuh, dan bersambung sehingga kini. Cakap hobi lepak mamak, macam so un-ladylike kan. ape hobi melepak hoi.

So, daripada pemerhatian i.. ada beberapa sebab, kenapa kedai mamak sentiasa ramai orang dan kenapa orang suka lepak kedai mamak. Ini daripada pemerhatian yang dimalarkan dan dimanipulasikan i maka terhasillah hipotesis baru. Masuk sains darjah 6 pulak. Tetibah.


10 SEBAB KENAPA ORANG MALAYSIA SUKA LEPAK KEDAI MAMAK

1. Macam-macam ada.. dari masakan panas, masakan Thai, western, nasi berlauk, nasi kandar, beriani gam, nasi lemak, satay, apa lagi megi goreng, teh tarik, roti canai.
2. Dari segi kepantasan tak boleh dipertikaikan. Baru je duduk, terus datang amik order. Lepastu datang lagi sorang tanya "dah order ke". Gitulah.
3. Kebanyakan restoran mamak 24 jam. So, senang la kalau lapar tengah malam.
4. Berhimpunnya geng-geng bola.. so senang nak jejak para hubby.
5. Trademark mamak, baru je order dia dah kata.. 'ok siap'..siap tarian geleng kepala.
6. Yang paling best happening.. ada booth bundle, brader burger, mamat jual jam, buka meja plak tu tengah jalan.. jangan ada yg kena langgar kereta sudahlah.
7. Senang nak jumpa kedai mamak, kat kawasan kilang, kawasan perumahan, kawasan shopping complex elite.. So, kekadang bukan sebab suka lepak.. tapi xde pilihan lain.. (^^)
8. Kebanyakan pengusaha restoran mamak memilih untuk membuka premis mereka di lot tepi bangunan. Jadi boleh la pilih port lepak kat luar. ada pilihan nak duduk kat mana.
9. Orang Malaysia suka dilayan seperti raja. Bila di kedai mamak, boleh minta macam-macam bantuan. Amikkan sudu, tisu, kerusi. Haish..Senang cerita, servis di kedai mamak adalah "Pelanggan ibarat Raja"
10. Order teh tarik segelas, tapi lepak lama sampai berjam-jam, takde nak halau. Nama pun melepak.


"Jika orang suka melepak, Maka mamak menjadi pilihan".  Begitulah hipotesis i.
Ada nak tambah lagi?

You May Also Like

9 comments

  1. Tak pernah lepak mamak hehe sebab ayah tak biasakan. Sampai sekarang tak pernah makan nasi kandar lol >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu, kena cuba makan nasi kandar melayu. Kat Penang ada. tak pasti area mana.. kena cari. nasi kandar sedap tau. hehe

      Delete
  2. for me of course the roti canai or capati and TEH TARIK. teh terik is life. takda sapa boleh lawan teh tarik kedai mamak. haha.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kalau i, roti naan cheese dia. sedap.. makan smbil melepak.. haish

      Delete
  3. Pergi mamak utk megi goreng..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tu pun sedap.. haha letak ayam. perghhh

      Delete
  4. laki kita pun suka pergi kedai mamak..

    ReplyDelete