Hidangan Masakan Jawa di Kenduri Kahwin yang Anda Patut Cuba
Assalamualaikum, Kabare?
Seperti mana yang kalian tidak tahu, i ni ada kacukan jawa. Emak i jawa. Abah i banjar. Tapi tidaklah mempunyai suara sedap seperti mereka yang mengamalkan minum air jawa itu. Dan malangnya.. i cuma jawa toktok.. jawa yang hanya menumpang pada nama, tapi tidak pandai berbahasa jawa pun. Cuma 1 persamaan i dengan orang jawa yang ketara ialah, i suka makan makanan kenduri jawa.. Wahhh banyak betul keyword jawa. Awal-awal lagi dah buat orang annoying. T_T
Soooo.... nak ceghita tentang hidangan masakan jawa. Sekarang musim orang suka dengan katering. Kalau pergi ke kenduri kahwin, menu makanan sama je yang terhidang. Menu hidangan jawa ni jarang sangat nak jumpa melainkan kalau kita ke kenduri di bahagian kampung-kampung Jawa yang ada buat rewang. Eh, rewang juga adalah bahasa jawa yang i suka sebab ia melibatkan urusan kerja dalam penyediaan makanan. hihihi.
Kepada mereka yang bukan orang jawa dan tak pernah mengenali hidangan masakan jawa ini, silalah hayati senarai makanan yang i berikan ini. Kepada mereka yang orang jawa tapi tidak tahu apa hidangan masakan jawa tu, boleh join dengan team yang bukan jawa. Yang mana orang jawa dan tau, sila tengok gambar dan bayangkan kesedapannya. Okay, one..two.. go!
Hidangan Masakan Jawa di Kenduri Kahwin
1. Sambal Goreng Jawa

Kegemaran. Ini dalam senarai pemenang pertama. Yeay (?!) Lagi-lagi jika ditambah dengan kentang sekali. Ehmm lauk ni je dah cukup makan dengan nasi putih.
2. Ayam Masak Ungkep

First makan masa di Padang, Indonesia. Lepastu dah kenal, baru terjumpa kat kenduri orang jawa. Eh, tempat kedua rupanya awak di hati saya.
3. Ikan Bilis Masak Taucu
Ini boleh jatuh pada tangga kedua jugak tapi sebab tempat kedua dah ada pemenang, jadi no.3 la dalam senarai yang sedap.

Jangan tanya kenapa goreng tahun. Yang pasti orang kata tahan lama. Rasanya yang lemak-lemak tu. Ada 2 versi, kering atau basah. Lepastu, isi boleh tambah mengikut selera masing-masing. Eh tiba-tiba nak bagi resepi je rasanya. hmmm
5. Sayur Goreng Lodeh

Hai pemenang tempat kelima saya.
6. Pecal

Pecal ni dah jarang i jumpa kat kenduri kawin. Kalau tengok pada bahan-bahannya, ni menu berkhasiat sangat. Dah la berkhasiat, sedap pulak tu.
Sekian, 6 senarai hidangan masakan jawa yang popular di kenduri kawin. Sebenarnya ada banyak lagi, seperti Nasi Ambeng, Kacang tolo goreng dengan suhun dan macam-macam lah. Cumanya menu-menu tu susah nak jumpa kat kenduri orang jawa sekarang. Kalau perasan, menu hidangan jawa ni kebanyakkannya semua sihat dan banyak terdiri dari sayur dan tempe. Semua mudah nak didapati kalau nak buat. Menu masakan ni, kalau i jumpa memang bertambah la. Sebab semuanya sedap. hihi. Semoga yang tak tau, boleh jadi lebih tau selepas baca post ini. Lepasni boleh la buat Food Hunting dikenduri orang Jawa (kalau dijemput eh?!)
Kesemua gambar adalah ehsan dari curi gambar di Google. Ada lagi nak tambah?
17 comments
ohmygod. teringat kat bandungg indonesia. haahaha. Syuk memang suka gilaa dengan sambal goreng jawa and sayur goreng lodeh. Sayur goreng loder tu memang pehh ratah pun boleh
ReplyDeletekan.. sedap. tp bandung mostly Sunda.. tp sama je kan.. makanan ala indonesia jugak. semua sedap. hehe
Deleteno 1 dan 5 akak selalu masak, campak2 jer siap
ReplyDeletewahhh saya kalau buat tak menjadi lagi..rasa macam tak kena.. huhu
Deletenasi ambeng je i makan.. lain2 tu x tau sgt
ReplyDeletehaha... nanti pegi kenduri org jawa tau.. mesti jumpa
DeleteHi salam kenal.. done followwww :)
ReplyDeleteWalaupun Kak Ti bukan jawa tapi kak Ti suka makanan jawa. Semuanya sedap2.. Tapi bahaya tau makan makanan jawa ni.. Bahaya sebab bila makan mesti bertambah... hwaaaaaaa.. hancuss diet..
ReplyDeletekan..kan.. huhuhu.. sebab tu sy gemok. eh.? hahaha.salahkan mkanan..padahal nafsu.. T_T
DeleteSedapnye semua makanan ni....
ReplyDeleteSemua sedap.. dah pernah rasa? hihi
DeleteThis kind of new dishes to me . I'm more to tempoyak kind of person . Haha but yet it seems worth a try :D ----- Syamsid Blog -----
ReplyDeleteu should try all the dishes.. berbaloi dengan rasa..
Deletemakanan jawa memang terbaikk
ReplyDeleteKak nad org jawa?
Deletelama tak makan pecel.. aummm rasa nak buatt tp malas. haha makanan jawa sedap2 oihh bnyak rempah
ReplyDeletekan.. sedap semua.. rempah2 banyak baru la rasa keaslian tu
Delete