Career Talk : Bridge Engineer (intro)

by - Sunday, June 04, 2017

Assalamualaikum.. hai helluuuu.
i have been working as an engineer ni for almost four years and i think i hardly ever talk about it.
sedih. Sedih sebab zaman sekarang ni, ramai orang pandang kerjaya Engineer ni macam tak best. Well, i blame the people. (hey yo!!). Yela.. sebab zaman sekarang, memang zaman business online kan. Sampaikan orang suka comparekan kerjaya engineer dengan business.. Eh eh eh..dan orang pandang kerjaya ni takde apa-apa dah pada anak muda.

Baiklah.. memandangkan ramai adik-adik yang tak tahu, kerjaya Bridge Engineer ni macam mana.
sooooooooooooooooo, meh i ajar sikit pasal engineering ya. and this episode, i nak ajar pasal macam mana nak berkecimpung dalam bidang ini!! yayyyy!! (?)
Basically, adik-adik yang nak jadi Engineer wajib ada Degree dalam Civil Engineering daripada University yang diiktiraf dan daftar BEM (tiba-tiba mula nada lecturer sambilan). Dan apa yang adik perlu tahu, Bridge Engineer ni basically tugasnya adalah design jambatan. Tak kira lah jambatan depan rumah di kampung ke apa.. dan juga flyover tuh. Dikira sebagai elevated highway la. Dah kenapa nada serius tah!

Di Malaysia, kerjaya Bridge Engineer ni tak ramai dan tak semua company ada sebab Bridge Engineer ni dikira bidang SPECIALIST. My boss selalu cakap, design bangunan lebih senang daripada design jambatan. Entah lah sebab i tak suka design bangunan. Memang tak pandai. So, i iyakan je apa bos i cakap since my bos pun ada dalam bidang ni almost 30years. Apa yang adik perlu tahu, basic design bridge ialah STRUCTURE and FOUNDATION. tapi basic Structure kena strong lah sebab bridge ni adalah structure.

*ehem*

Bridge Engineer akan kerja berkait rapat dengan highway and road department. Sebab selalunya bridge tu diperlukan bila sesuatu jalan tu ada bridge. Tah ape i merepek ni. Ngaa~~ faham tak.
 
Google.. i ambil dengan sengaja nota ni

Biasanya, design engineer (which is also a bridge engineer) akan decide sama ada nak guna design bridge macam mana, jenis beam apa, skew angle, berapa span length and all.. Lepas dah keluarkan General Arrangement, baru discuss dengan client macam mana. Biasanya semua faktor akan ambil kira especially cost. Yang paling femes kat atas jalan di Malaysia, kita guna Beam Bridge. Dan selepas discuss, mereka setuju dengan design dan cost tu, baru lah proceed design calculation bermula daripada superstructure sehinggalah ke substructure. Sebab tu kata, basic bahagian Structure dan Foundation kena ada. Nampak tak, tanggungjawab tu?! Ok, bagus.
Jadi, kepada adik-adik yang baru habis belajar dan nak mulakan kerjaya sebagai Bridge Engineer ni, bolehlah mula job hunting pada company yang ada Bridge Department dalam consultant industry. Ok. Biasanya awal-awal akan konfius banyak sikit sebab di Malaysia, subjek bridge pun cuma diajar dalam Master je. Yang Degree cuma akan ada sedikit penerangan dalam subjek Pre-cast design. Tapi takpe, boleh belajar kan.

 Contoh software yang digunakan, MIDAS. Ni pun i ambil dari google dengan sengaja. hehe

Last but not least,
nah.. baca lah pengalaman i dalam bidang ni di SINI dan macam mana I bermula dengan kerjaya ini daripada tak suka, kepada minat dah. Gitueww... Kena ingat, engineer ni lagi besar scope of understanding dia. Administrative job boleh buat, numbers boleh handle, technical pun boleh buat. I sendiri pun, buat drawings sendiri (walaupun ada drafter) sebab i rasa lebih mudah, buat calculations sambil lukis kat AutoCAD, then check drawing sendiri and i buat taking off untuk kira cost. Gitulah. Nampak tak, macam mana otak kita dilatih dari zaman belajar? Yes.. multi-tasking.

Sekian career talk dari i. Apa yang penting, kerjaya Engineer bukan profession glemer. Itu cuma job title sahaja. Ok.
Sooooo... happy job hunting. 

Lagi nota mengenai Bridge Engineer, di SINI.


You May Also Like

4 comments

  1. ooo cik adik manis ni engineer rupanya .... boleh geng FF ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. FF software engineer. sy lain.. leh la geng sikit.. hehe

      Delete
  2. Woww!!! ok da tau keje Miera... hahahaa.... seronoknyaa.. baru tau pasal kewujudan bridge engineer ni...ini untuk yang amek civil engineering ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ish ain ni. aah ain, amik civil je. sebab berkaitan dengan structure

      Delete