Buffet Ramadhan D'Kayangan Steamboat Shah Alam

by - Friday, June 02, 2017

Baru 7 hari berpuasa dah buntu sebab tak tau nak masak apa untuk berbuka puasa. Lepas tu tanya husband soalan paling susah dalam dunia,

"Abang nak makan apa buka puasa ni"
"Apa-apa jela. Tak kisah."

Begitulah.. jawapan yang memang tak convenient. Eh?! Baru teringat, i takde husband lagi. Berangan je. Lepas tu teringin nak makan steamboat untuk buka puasa sebab dah lama tak makan dan memang feveret i pun.. tapi setiap kali nak makan steamboat, selalu kecewa. Kecewa tu sebab kuah tak sedap lah tu, ada yang tak fresh pastu tak banyak pilihan. Ish..ish..ish.. Hari tu, ada terbaca review tentang menu steamboat yang femes daripada Restoran D'Kayangan Steamboat kat Shah Alam tu. Restoran ni dah beberapa kali dah masuk dalam surat khabar dan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Terus i excited nak cuba. Jadi bayangkanlah kegembiraanku dan keterujaan untuk menggembar-gemburkan my new finding in Buffet Ramadhan di Shah Alam tu with an affordable place for really good food! Bahagia sungguh.

First time ke sini. Serang!!!
Environment restaurant ni sangat cozy, sehingga menimbulkan nafsu makan yang baik sekali. Masuk-masuk je, dah nampak pelbagai jenis makanan. Nafsu makan terus membuak.*amboi*

Di sini, terdapat pelbagai pilihan makanan yang ada. Bukan steamboat sahaja, malah Hidangan Ala Gerai juga turut dihidangkan seperti Kambing Panggang, Kueh Teow Goreng, Ayam Berempah, Roti John dan Roti Jala..So boleh lah pilih nak makan apa. Tak puas hati lagi, hidangan nasi bersama lauk pauk yang sedap pun ada. Eh, pilihan makanan macam kat bazar dah ni. Apeni banyak sangat nih!!
 
Favourite i kat sini. Nasi Beriyani kambing. Fuhh merembes saliva i. Dihidangkan bersama lauk pauk beriyani dan signature dish, Kambing Panggang.

Ini adalah antara menu pilihan perapan untuk grilled serta bebola dan makanan laut yang segar untuk steamboat. Banyaknya pilihan. Bahagia hati i. Lepas tu, kalau bekas ni macam nak kosong je isi, pekerja cepat-cepat refill. Tiba-tiba je penuh semula. Eh.. Pantas betul pekerja dia.

Ha pilih kak..pilih. Tak cukup tambah lagi. Ulang alik tambah pun takpe, sebab ni kan buffet..
Kat sini, i paling suka cara susunan ni. Island style. Senang. Tak perlu berebut sampai penjuru. Semua boleh berkumpul sekeliling island, buat pilihan, ceduk, dan pergi cari makanan lain pulak, amik sos kat sos island, pastu masak.. Siap bagi step lagi. Menyelit jap, nak pilih. Tapi amik gambar dulu sebab kagum dengan susunan dan pilihan makanan dia. ngaaa~~

 
Semua pun nak. Seharian berpuasa, nak makan yang manis banyak-banyak. Eh, nafsu ni. Tamak haloba. Mentang-mentang banyak pilihan. Best kat tempat desert ni. Ada pilihan manisan dari kek, kepada kuih traditional dan bubur-bubur manis. Ni kalau nak merasa semua ni kat bazar, rasa banyak pulak nak kena beli. Tapi sebab kat sini konsep buffet, makan jela semua..

Now, its makan time.
 
Makan seorang. Tapi portionnya.. Semua nak dirasa.

Berbaloi makan kat sini. Makanan sedap sampai terpaksa lupakan how much calories we consume that night. Punah diet. Dengan suasana yang selesa untuk menjamu selera, facilities yang mudah dan yang paling best, pekerja yang cekap. Tiba-tiba je ada kat sebelah dengan jug berisi kuah tomyam nak refill kan kuah tomyam i. Tak payah i nak cari panggil, terus penuh semula kuahku. eh..eh.

D’KAYANGAN BUFFET STEAMBOAT & GRILL

Sri Acappella Servis Apartment,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,  40400 Shah Alam  
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my 
Hash Tag: #dkayangansteamboat 
Contact: 03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091 
Waktu Operasi : 5pm - 1am



xoxo

You May Also Like

24 comments

  1. Tak baik buat org lapar pepagi nih :p heheh penah makan kat sini .. sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang menaip pn rasa lapar jugak. haha

      Delete
  2. Pernah cuba makan kat sini. Memang terbaik. Kenyang habis. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. banyak pilihan. tomyam dia kaw kaw

      Delete
  3. Replies
    1. ramai.. sampai kat luar pun penuh kak..

      Delete
  4. heheh mmg nampak bersungguh aritu makan ..

    ReplyDelete
  5. phew...
    nasi beriani kambing..
    dapat sepinggan x bangun nih

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. sedap..sedap.. boleh bawa family ke sini

      Delete
  7. Sedapnye kalau dpt mkn steamboat hr ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sedap..pilih kedai steamboat yg best tau macam dkayangn ni

      Delete
  8. aduiii,...sedapnya..berbunyik dah perut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petang ni boleh la berbuka di sini. hehe

      Delete
  9. Yummy..Yummy..sedap nian tu..hahaa

    ReplyDelete
  10. Fuhhh memang banyak pilihan steamboat dia. Akak peminat steamboat, wajib cuba makan kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib kak.. hehe.. petang ni leh berbuka sini

      Delete
  11. Grrr....menguji plak tengok gambar makanan siang2 ni....

    ReplyDelete
  12. dah dua kali makan sini..memang best

    ReplyDelete