7 Syarat Nak Tukar Duit Raya

by - Wednesday, June 14, 2017

Ini adalah beberapa syarat dan tips yang dikeluarkan oleh salah seorang pegawai bank.. Hehehe.. rugi kalau tak follow..

Untuk makluman..
Duit Raya dah boleh mula tukar bermula pada harini, Rabu (14/6/2017) sehingga la habis stok.. kami target nak habiskan sebelum Jumaat (23/6/2017).. jadi bersegeralah anda.. takut abis kang komplen plak...

PERLU DI INGATKAN....
1. Pertukaran hanya di kaunter yang disediakan.. pada masa yang ditetapkan.. sebarang booking melalui telefon, sms, wechat, whatsapp dan seumpamanye tidak akan di layan.. kami bukan kerja call centre..

2. Booking pakai air liur juga tidak di layan.. ayat "tukar pakai duit ko dulu" adalah ayat yg paling tak bleh di terima dek akal kami.. harus di ingat.. Banker bukan tokey kosmetik.. gaji kami cukup utk anak beranak dan keluarga kami sahaja..

3. Ayat "Ko bawak balik dulu.. nnt aku amik" juga tidak di layan.. Risiko buat kami.. kalau hilang bukan anda nak tanggung.. kami bukan keje kat Lazada bleh booking online atau FedEx bleh buat home delivery..

4. Statement "Ko simpan dulu, nnt ptg aku amik" juga kami tak layan.. pasai kami dah pernah kena.. simpan punya simpan.. anda tak muncul2.. menyusahkan kami nak buat balancing petang2.. ingat.. kami pon ada keluarga.. nak balik awal berbuka.. jgn sebab nak tunggu anda, kerja2 kami tergendala..

5. Kawan/Sedara setahun sekali.. atau lebih dikenali sebagai 'KAWAN/SEDARA MUSIM RAYA' kami akan layan macam walk in customer.. bermakna tiada VIP untuk anda.. dtg kaunter amik nombor dan Q macam orang lain.. Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah.. ada 12 bulan Islam, tapi kenapa anda hanya kenal kami masa ujung bulan Ramadhan je? Bila masuk Syawal terus hilang buat2 xkenal.. takut kena bagi duit raya kat kami ke??

6. Special Request seperti "Aku nak duit baru, yg keras, ada balut stiker Bank Negara" juga kami tak akan layan.. kami akan bagi apa duit yg kami ada je.. nak request lebih2.. sila pergi Bank Negara..

7. Request "Bagi la kertas Ang Pow lebih sket" (lebih sikit tu bukan 2-3 helai tau.. lebih sikit tu kalau boleh.. 2 kotak dia nak..) juga kami tak akan layan.. kami bukan kerja kilang cetak sampul ang pow.. perlu di ingat.. sampul tu kami bagi free as a token of appreciation to our customer.. anda bukan sorang je customer kami.. ramai lg beratur nak benda free tu.. jd fikirkan org lain sama.. jgn pentingkan diri sendiri.. sb stok kami dapat pon tak banyak mana.. so terpaksa bagi sorang sikit..

Sekian.. Harap maklum..
hahaha.. amboi.. harap semua follow ye untuk mengelakkan kesesakan di kaunter. hehehe

You May Also Like

23 comments

  1. Nice sharing. Boleh la tukang nak bagi duit raya p tukar duit cepat cepat. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan.. dah stat boleh tukar dah sekarang

      Delete
  2. hai sis miera...best tips ni...banyak yg betul dlm list tu...hiihhii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. pandai orang bank bagi tips untuk dikongsi

      Delete
  3. Hahahahahaaa tergelak baca syarat-syarat nie

    ReplyDelete
  4. akak minta kwn tukar, kata bank, klu pelanggan bank tu je boleh tukar kat bank tu hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, cmtu pulak..cmne dia nak tau kita pelanggan bank ke x.

      Delete
  5. haha, ada baca hari tu, memang lawak tapi memang betul pun, kesian pegawai bank

    tahun ni IQ tukar dengan kawan IQ je,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sy pun tukar dengan kawan..senang

      Delete
  6. Terima kasih.
    Sempat lagi saya nak tukar duit raya ni.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. baru buka semalam.. lepasni boleh la tukar

      Delete
  8. Hahahahaha... Lawaklah baca ni.. Tapi memang sangat-sangat berguna tips ni.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. pandai abg tu buat lawak. kemain dia bg amaran dulu

      Delete
  9. Replies
    1. hehe.. kaunter dah bukak tau.. sampai habis duit..so boleh la tukar lpsni

      Delete
  10. Belum tukar duit lagi. Harap-harap tak habis..huhu

    ReplyDelete
  11. baekkkk..akak follow semua syarat..ahaks.

    ReplyDelete
  12. Nice sharing.. Dkt2 raya ni, ramai nak tukar duit raya ni..
    .
    Eraz Fadli
    .
    Entri Terbaru : http://www.erazfadli.com/2017/06/bojen-raya-elak-last-minute.html

    ReplyDelete
  13. Dah mula sibuk-sibuk untuk tukar duit Raya, Hairan juga setiap kali nak Raya mesti duit baru dicetak.

    Agak-agak duit dicetak baru ini disandarkan dengan apa?

    ReplyDelete
  14. lepas raya pun ada lagi det raya. hahah dekut sgt bank kan tu smpai terlebih2

    ReplyDelete