Miera Hassan. Powered by Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Personal
    • Fitness Lifestyle
    • Hyperthyroid
    • Personal
  • Career
    • Engineer's Life
    • Tips
    • Others
  • Outdoors
    • Sg Chiling
    • Gua Batu Maloi
    • 6th Mile Tunnel
    • G.Nuang via Pangsun (1st Time)
    • G.Nuang via Janda Baik
    • Denai 3 Puteri
    • Bukit Apek
    • Sg Lopo
    • Pine Tree Hill
    • G.Pulai Johor
    • Bukit Kutu
    • Tasik Biru Kangkar Pulai
    • 1st Viper Challenge Sepang
    • White Water Rafting and Waterfall Abseiling
  • Cycling
    • Folding Bike
  • Travel
    • Travelogue
    • Others
  • Recipe
  • Review
    • Food
    • Beauty
    • Books
    • Others
  • Contact
  • Sitemap
Google+ Facebook Instagram Pinterest Twitter

Miera Hassan

Lifestyle | Review | Events | Food | Travel | Beauty

Wahh.. cuma entry kontot je untuk menceritakan diari syawal. Yeke kontot ni. Ehem. Dengan lafaz Bismillah..

Kita makan.
Eh tak. Dengan lafaz bismillah.. kita mulakan entry konon-konon kontot ini. Semoga tak banyak merapu. Amin.

Baiklah diari. Pagi-pagi lagi sudah kedengaran bunyi riang ria di pagi syawal lagi apabila emak mengejutkan semua anaknya untuk bersolat subuh dan bersiap untuk menyambut raya. Tau dah nak raya, tapi malam tadi anaknya ini lupa nak gosok baju raya. Jadi awal pagi, kemeriahan raya telah bermula apabila anaknya ini terpaksa berebut dengan sepupu lain untuk gosok baju dan bertanding "Baju raya siapakah yang paling cantik di pagi syawal".. Tahun ini merasa kelainan sungguh. Hahaha.. ok,berhenti gelak, pegi mandi dan bersiap.

Memandangkan bapa juga masih belum bersiap untuk ke masjid, maka anaknya ini mula menyibukkan diri memanaskan lauk rendang yang dimasak malam tadi dan mula menjamah. Sibuk benar anak ini dimeja makan.. Onomnomnom.. Emak yang sedari tadi telah bersiap awal, cuma mencuit sahaja makanan si anak.

Setelah semua bercantik-cantikkan dan memandangkan solat raya di kampung ini selalu mula lambat, makanya kami bersalaman, berpelukan, bermaafan, berkasihan sayangan, berberi berduit berayaan dan bergambaran.
Emak dan bapa telah berpesan kepada anak ini di malam hari sebelum raya lagi. Sembahyang raya, anak ini tak dapat ikut sebab tugas anak dan sebagai cucu kedua dalam keluarga ini ialah perlu masak untuk team baraan yang singgah selepas pulang dari masjid. 
Menu tahun ini, dipilih khas dari ketua chef, Mak Anjang

Setelah puas memasak dan melantak lagi di dapur, anak ini mula berkira-kira duit raya yang anak ini dapat. Oh, tahun ini banyak memberi dari menerima. Mari kira sama-sama.

Duit Memberi.
Mak abah : RM100 seorang.
Anak buah, Inara : RM20
Nisa Hassan (obviously ini adik beradik sebab nama bapa sama) : RM10
Adam : RM10
Dila : RM10
Nadia : RM10
Ija : RM10
Sepupu kecil lain : RM5 x 8 orang.

Duit Menerima.
RM 100

Balik modal?
Tidak. Jadi marilah kita mengira bajet belanja selepas raya pula. Hahaha
Setelah team baraan sampai dan melantak di rumah, anak ini mengemas dan mulakan misi
TIDO.!!

Sekian, begitulah edisi pagi raya pertama i. Petangnya dah sibuk menerima kunjungan saudara mara yang lain dan sibuk berkunjung ke rumah orang pula.


Selamat Hari Raya. Raya molek-molek
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum.

I know i should be sleeping right now (it's 3 a.m now), since i have to wake up and masak untuk sahur, so i bertahan mata lah. How is Ramadhan for you all so far? Hopefully, it's awesome!

Ehem.

Anyway, haritu sempat la meluangkan masa berbuka dengan kawan-kawan i. Susah nak jumpa dorang ni, sejak masing-masing dah mulakan kerjaya Engineer masing-masing kan. Kalau nak jumpa, mesti ada yang tak dapat (selalunya i lah tu yang cancel memanjang) hehehe.. Jadi, kali ni meet up masa berbuka. Eh betullah kata orang, nak tengok kawan kita tu tepati masa hanyalah pada waktu berbuka. Amboi, dia akan tercongok depan makanan paling tak sabar nak makan. Ehmmm.. mengata diri sendiri.

So, this time.. Mr.Dakgalbi di Citta Mall menjadi pilihan sebab kat sini la paling senang nak cari tempat makan dan tak berapa ramai orang. Sebenarnya, ni pertama kali i makan di Mr.Dakgalbi. Ye..ye... i memang peminat drama korea, cuma makanannya i bukan minat sangat pun. Paling terer makanan korea i makan ialah Ramen Samyang. Ohoi.. tu feveret woo.. makanan wajib ada dalam drawer untuk makan sambil tengok drama korea. huhu

Mr. Dakgalbi, Citta Mall.. Let's jom masuk.
Awal-awal datang memang macam takda orang. So, kami decide nak booked je.. Lepastu jejalan, but manager kata kalau dalam 30min tak datang balik, dia akan bagi je seat pada orang lain. Baiklah, duduk je menunggu di tempat masing-masing dan bergosip. Tapi mujur jugak tak kemana-mana sebab lepastu je, mula dah ramai dengan anak muda *eceh comel panggil anak muda* yang berbuka dengan kawan-kawan juga. 

Disebabkan ini kali pertama i ke sini, i memang tak reti nak pilih menu makan apa. Jadi, Qila incharge bab pilih makanan. And dia pilih menu Mr.Dakgalbi for 2pax tu. Oh ya, padahal ada 3 orang. Sebab dorang ni tak makan banyak, maka pilih 2 orang. Tapi betullah sebab last sekali, i juga yang habiskan. T_T (jangan tanya kenapa i gemuk dari dorang. Tong sampah)

 
Murahkan.

 Nah tengok lah muka bahagia belemuih
 Bahagia bau nasi goreng melekat kat tudung. Haha..

Oh wait!!! ada lagi. 

Tambahan karipap korea. Rujuk gambar selepas, yang di chopstick. I tak tau nama jadi i panggil karipap korea je sebab bentuk macam karipap. Comel je. hehe 

Tekak melayu.. berbuka pun nak makan nasi. hewheww... So, ini lah dia menu nya.. Yang dalam plate/kuali tu dia akan masak depan kita. Nasi goreng cheese dan megi goreng nama melayunya..  I paling suka kimchi dia.. Ikut cara korea sangat tau, makan kimchi dengan nasi goreng. Sedap. So, kimchi dan kobis mayo tu, boleh tambah banyak kali tanpa apa-apa cas. Karipap korea jadi pilihan kedua sebab tu side dishes. Tak boleh tambah free.
Jadi total berbuka puasa di sini cuma RM20 seorang sahaja. Alhamdulillah. I puas hati, memang sedap pun. Kalau tak sedap, i tak habiskan semua. Sampai terasa-rasa nak makan lagi. eh..eh, dah la kau yang habiskan semua, lepastu tak cukup lagi?
Oh ini order makan tanpa air tau sebab kami dah bawa siap-siap air dari rumah. Air masak pun dah disediakan. Berbuka biar dengan air masak je kan.. Kurangkan minum air manis.

Halal ke?!
Halal. Ada sijil halal jangan risau. Boleh cari dekat belakang kaunter atau kebiasannya dekat pintu masuk.

Lepas berbuka, pergi singgah ke Starbucks pulak. Mengidam air manis. Cehh cakap tak serupa bikin pulaks..T_T
Ramadhan mengeratkan kita.. . The best 'buka puasa' moment.. Dapat berjumpa kawan tersayang dan sama-sama menegur "Apesal kau nampak kurus dan cantik dalam kamera ni?" 😊😊😘😘 eh, perasan.

Last but not least, ini alamat ke Mr.Dakgalbi Citta Mall.. Call dulu untuk tempahan ye.
 

xoxo 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Ini sepatutnya entry yang ditulis pada awal Ramadhan supaya menjadi inspirasi kepada muslimin dan muslimat. Tapi disebabkan ia berada di senarai kepam (draft) yang entah keberapa, makanya lagi 9 hari nak berpuasa baru nak tulis. Eh lagi 9 hari kan nak puasa,? Abaikan. Banyak idea nak tulis sangat sampaikan dalam senarai kepam ada beberapa belas entry tak siap. Beberapa belas tuh! malas. Jadi kali nih kita buat list untuk sahur terbaik setiap Ramadhan kita. Molek sikit kan tajuknya, konon list sahur ala-kadar. Padahal.

Sahur is good you know. I tak faham orang yang taknak sahur lepastu puasa. Sedangkan sahur itukan SUNAH. Maknanya dapat pahala bila dibuat. Lepastu takdelah rasa lapar sangat sebab seharian akan guna energy kan.. Maka makanan itu la akan store jadi energy. Tapi beza kalau sahur lepastu kau tidur balik. Tu memang no good you know.

Kadang-kadang terlambat bangun pun, i cuba bersahur juga walaupun sekadar air masak. Tapi kalau terbangun awal, apakah menu yang dilantakkan?

1. Menu berlemak terextra rajin dan bangun awal.
Contoh lauk, Ayam masak lemak cili padi dan tomyam ayam. Menu ni paling bertuah kalau terbangun awal. Seisi rumah gembira. Awal pagi dah rajin masak berat macam ni kan. hehe.. Tak lah, kadang-kadang lauk dah siap masak malam, esok pagi panaskan je. Ini menu paling jarang nak jumpa diwaktu sahur. 2 kali Ramadhan kot baru jumpa masa sahur. Wassalam. Tapi kalau menu sebegini yang emak-emak sediakan awal pagi, marilah kita kunci jam awal untuk emak kita supaya boleh bangun masakkan yang kegemaran sebegini.

2. Menu tumis-tumisan.
Selalu panggil 'tumis bodoh' je sebab paling tak banyak guna bahan. Setakat bawang dan cili. Menu ni paling rajin sebab senang, dan boleh jumpa pada setiap kali sahur. Contoh 'tumis-tumis bodoh' include : Sayur kobis goreng, sambal sading (sebenarnya sardin tapi malas nak edit), sayur kangkung, sambal ikan bilis, telur goreng dan sebagainya yang dihidang dengan nasi panas dan kicap. Ya ampun, kenapa cerita pasal lauk di tengah hari macam ni.. Kan dah lapar!

3. Juadah Barat.
Ini kalau tahap bangun terlambat sikit sebab takde masa nak siapkan. Rupanya cuma makan roti dan susu sahaja. Kalau roti tiada, makan cereal. Kalau susu tiada, buat milo. Amazingly, membantu meningkatkan metabolism juga walaupun simple ni. Takde la buat drama seperti melengkung di atas katil posisi senggugut (tahan lapar sangat tuh)

4. Juadah Mediterranean.
Makan kurma sahaja bersama segelas susu atau milo. Amboi Mediterranean sangat tuh!

5. Sky Juice
Ini yang terpaling penting. Letak kat posisi no.5 untuk menu yang dilantakkan bila TERLAMBAT BANGUN SAHUR ataupun MALAS dan menu ni hanyalah dapat dibuat ketika dirumah sewa sahaja. Sebab kalau buat di rumah emak, akan bising seisi rumah.. Most important em all untuk elak dehydrated sepanjang berpuasa, cuba juga minum air hujan. Eh bukan. Sky juice bukan air hujan, air masak lah. Sekurangnya 1 litre masa bersahur. Cukup kembung perut asalkan tak dehydrated. 

Adakah cukup menjadi inspirasi? Ok. Bye
xoxo
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Ini adalah beberapa syarat dan tips yang dikeluarkan oleh salah seorang pegawai bank.. Hehehe.. rugi kalau tak follow..

Untuk makluman..
Duit Raya dah boleh mula tukar bermula pada harini, Rabu (14/6/2017) sehingga la habis stok.. kami target nak habiskan sebelum Jumaat (23/6/2017).. jadi bersegeralah anda.. takut abis kang komplen plak...

PERLU DI INGATKAN....
1. Pertukaran hanya di kaunter yang disediakan.. pada masa yang ditetapkan.. sebarang booking melalui telefon, sms, wechat, whatsapp dan seumpamanye tidak akan di layan.. kami bukan kerja call centre..

2. Booking pakai air liur juga tidak di layan.. ayat "tukar pakai duit ko dulu" adalah ayat yg paling tak bleh di terima dek akal kami.. harus di ingat.. Banker bukan tokey kosmetik.. gaji kami cukup utk anak beranak dan keluarga kami sahaja..

3. Ayat "Ko bawak balik dulu.. nnt aku amik" juga tidak di layan.. Risiko buat kami.. kalau hilang bukan anda nak tanggung.. kami bukan keje kat Lazada bleh booking online atau FedEx bleh buat home delivery..

4. Statement "Ko simpan dulu, nnt ptg aku amik" juga kami tak layan.. pasai kami dah pernah kena.. simpan punya simpan.. anda tak muncul2.. menyusahkan kami nak buat balancing petang2.. ingat.. kami pon ada keluarga.. nak balik awal berbuka.. jgn sebab nak tunggu anda, kerja2 kami tergendala..

5. Kawan/Sedara setahun sekali.. atau lebih dikenali sebagai 'KAWAN/SEDARA MUSIM RAYA' kami akan layan macam walk in customer.. bermakna tiada VIP untuk anda.. dtg kaunter amik nombor dan Q macam orang lain.. Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah.. ada 12 bulan Islam, tapi kenapa anda hanya kenal kami masa ujung bulan Ramadhan je? Bila masuk Syawal terus hilang buat2 xkenal.. takut kena bagi duit raya kat kami ke??

6. Special Request seperti "Aku nak duit baru, yg keras, ada balut stiker Bank Negara" juga kami tak akan layan.. kami akan bagi apa duit yg kami ada je.. nak request lebih2.. sila pergi Bank Negara..

7. Request "Bagi la kertas Ang Pow lebih sket" (lebih sikit tu bukan 2-3 helai tau.. lebih sikit tu kalau boleh.. 2 kotak dia nak..) juga kami tak akan layan.. kami bukan kerja kilang cetak sampul ang pow.. perlu di ingat.. sampul tu kami bagi free as a token of appreciation to our customer.. anda bukan sorang je customer kami.. ramai lg beratur nak benda free tu.. jd fikirkan org lain sama.. jgn pentingkan diri sendiri.. sb stok kami dapat pon tak banyak mana.. so terpaksa bagi sorang sikit..

Sekian.. Harap maklum..
hahaha.. amboi.. harap semua follow ye untuk mengelakkan kesesakan di kaunter. hehehe
Share
Tweet
Pin
Share
23 comments
 Hai,
Haritu ada beli kain masa bercuti ke Bukittinggi, Indonesia tu. Yela, kain sulam kan femes kalau beli kat sana. Cantik.. Lepastu, bila anta ke kedai untuk tempah, tiba-tiba tailor tu taknak amik tempahan dah sebab dah tutup. Eh taklah tiba-tiba pun. Cumanya, i yang tak sedar bila masanya tempahan ditutup. Sebab sibuk dengan kerjaya. Begitulah.
Lepastu, bincang dengan family.. Cadang taknak beli baju raya nak recycle je baju lama. Sebab i rasa baju lama i pun cantik lagi.. Hahaha.. Tapi apakah makna raya kalau tak berbaju baru heyy.. Jadi kami semua sepakat Raya 2017 kali ni baju raya masing-masing kena ikut tema warna sama. Kalau tak sama, duduk lah di dapur dan jangan kau berani nak mintak duit raya. *tetiba*

So, tema warna raya tahun ni ialah BIRU. jeng jeng jeng!!

Ada fews idea yang menerpa di fikiran dan sanubari ini.. Ting! *bunyi roti keluar toaster. Ting! Idea baru menerpa.
I rasa i dah bersedia untuk kelihatan cantik di hari raya dan berjumpa bakal mak mentua dengan outfit sebegini.Tema raya : Looking Good and Beautiful.
Jadi, ini lah idea pakaian raya i pada tahun ini. Royal blue, match dengan warna grey dan wajah menawan memikat hati bakal mentua. Hehehe

Kongsikanlah ciri-ciri pakaian raya idaman awak tu?

Peplum / Mini Kurung
Tiba-tiba rasa macam body makin cun pulak. Nak pakai style Peplum la tahun ni. Eh lepastu nak jenis mini kurung sebab lebih cantik.. Atau baju kurung, lebih sopan. Eh entahlah. Yang pasti baju yang menyerlahkan keanggunan i. Eececeh..

Nak yang glamour ke?
Eh eh soalan.. i ni jenis yang setia. Kiranya jenis yang suka pakai sesuatu tu sampai takde rupa baju lah (eh ape ni... i mean nampak lusuh).. Jadi kalau beli yang nampak glamour tu, nak pakai bila pulak. So, i nak pilih biar lah jenis yang semua occasion i boleh pakai.. Hehehe. Kan dah kata jenis yang setia.. Simple but nice.

Ciri paling istimewa
Haruslah daripada kain yang selesa dan meresap peluh. Sebab sampai-sampai beraya je perlu membantu menuangkan air dalam gelas. Paling penting biarlah yang mesra wudhu'.. Takdelah nanti bawah kuyup i semata nak amik wudhu' kan. Gitu..

Tapi sekarang, sumpah takda masa. Weekend nak buat kuih raya pulak. Lepastu nak kemas rumah lah. Mana ada masa nak shopping raya dah. So baju raya, tudung dan handbag pun i nak beli online saja. Amboi dah memang tahap dewa online sekarang ni. Memandangkan LAZADA tengah buat Promosi Marhaban-Ya-Ramadhan dan Riang-Raya , beriang-ria hati ingin membeli di sini.

Tadaa... dah terjumpa.
Beli sekarang? Ya.. Beli sekarang. Nampak tak jimat tuuhhh..tuh...tuhhh.....!!!!

 Beli Sekarang? Ya..beli sekarang.*tetiba daripada nak shopping baju, ternampak pulak handbag murah. Jimat 71% lah. Apeni? kenapa LAZADA murah sangat ni

Lengkap dah pilihan sepersalinan baju raya i.

Makin lama tengok kat website LAZADA ni, makin banyak pula yang berkenan dihati. Sementara tengah sale dan boleh jimat banyak ni kan. Ya, beli sekarang.!

Jangan lupa, Marhaban ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sales ni bermula dari 19 May sehingga 30 June sahaja tau (where you can find special discounts up to 90%!). Sehingga 90% tuh!!!

Pilihan banyak, Jimat pun BANYAK! Bajet selebihnya boleh pergi ke duit raya pulak kan. Hihihi.. Sepanjang i dah order dan terima barang dari alam maya, inilah laman yang i paling boleh percaya, ia akan sampai dengan kualiti yang sama dalam gambar! Belum pernah lagi beri masalah tentang penghantaran, pembayaran, atau produk. Jadi, jangan sampai terlepas peluang pula ye.. 

MUDAHNYA PERSIAPAN RAYA BERSAMA LAZADA
NIKMAT DIKONGSI BERSAMA
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Hai.
Tiba-tiba nak buat tutorial pulak. Padahal selama ni tak pernah pun.. Ececeh..  Jadi, tuan puan adik abang kakak, i nak buat tutorial simple je kali ni,

Macam mana nak masukkan Google maps dalam blog post atau entry


Cara nak masukkan Google Maps ni sangat mudah dan ia bertujuan untuk membantu pengunjung entry kita, lebih-lebih lagi entry yang kita buat review ke satu tempat untuk lebih faham mencari lokasi mana yang kita share tu. Gitueww...
 

Cara Memasukkan Google Maps dalam Blogpost / Entry :

1. Buka Google Maps anda, dan search lokasi mana yang anda nak share tu.
 

2. Dah jumpa lokasi tu, tekan button SHARE. 
 pilih yang EMBED MAP tau.. and boleh pilih nak saiz apa. Lepastu, copy kod yang tulis <iframe src= blah blah blah tu..

3. Lepastu, pegi kat entry yang kita nak masukkan maps tu, dan tekan button HTML (macam yang i merahkan tu)

4. Dan PASTE sahaja code tu disitu..

5. Tadaaa.. dah siap pun. Dah ada maps kat dalam entry. Siap boleh zoom in, zoom out lagi.

Senang je kan. 5 steps dah siap. Tetiba ada maps dah. Eh..eh. Selamat mencuba.
Oh, you are welcome.
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Bila takda idea nak menulis, rasa macam ketandusan sangat. Otak kering kena sedut. Macam tu lah, ketandusan idea. Zero. Parah ni.

Lepastu mula text kawan-kawan, tiba-tiba tanya seperti seorang bimbo :
HEY GUYS, WHAAAATTTT DO YOU WANT ME TO WRITE ABOUT?? itulah, i'm bad. Uninspired writer. So, 1 of my bestfriend bagi idea ini.

Dear Miera, u ada banyak sangat tabiat buruk. Why don't you write about your 10 bad habits.

Entahlah. nak kata kawan baik, rasa macam tikam belakang pulak cakap i ni banyak perangai buruk. Tapi takpe, sebab sayang. Jadi i akan gunakan idea ini untuk menulis 10 perangai buruk i. Tapi 10 tu banyak sangat, macam apekeburuk sangat perangai. Takut orang taknak memperisterikan i nanti, jadi kita narrow down kepada 5.

1. Last Minute Person
Ini dah menjadi kebiasaan kot. SUKA BUAT KERJA LAST MINIT. Entahlah, sampai terbawak dengan kerja ofis. Sebab bagi i, bila last minit i lebih fokus untuk siapkan kerja i. Masa ni, memang fokus habis sampaikan orang panggil pun malas nak layan. Tapi kalau orang bagi makanan, i akan makan dulu. Hehe.. ish.ish.ish.. ini memang perangai buruk. Jangan ikut kalau tak nak ditimpa masalah. Sebab tu, i benci bila orang suka bagi kerja last minit kat i, like tetiba ajak keluar shopping, atau tetiba invited i ke majlis, atau tetiba ajak i kawin. Eh.

2. Always late
hehe.. Ok, i adalah peminat jam tangan. Dan i paling suka dengan jam tangan. Tapi masalah i, sebabkan i ni last minit person, i suka siap lambat. Lambat tu macam lagi 30minit nak keluar rumah untuk appointment atau berjimba, barulah i nak mula bersiap.. Hehehe.. Tapi 30minit tu memang i guna sepenuhnya masa i. No jeling-jeling phone. Terus mandi, pakai baju, pastu mekap2 and done. Keluar rumah. Kalau siap awal, nanti i akan berlengah-lengah nak selfie la, check facebook la.. macam-macam pulak kerja. So, ini dikira good habit kan. hahahaha

Ok, badnya kat sini, selalu sampai tempat berkumpul paling lewat. Sampaikan Kila selalu cakap, Nak jumpa pukul 12 masa kita ke atau pukul 12 masa Miera. Which means, kalau pukul 12 masa i, i akan sampai 10min to 15min lewat. Gaaahhh~~~ Oh Kila is my bestfriend dalam geng mak hayam gemok dan dia suka makan tapi badan kecik. Awwrrr...
 

3. Suka masuk kedai
Ini lagi 1 masalah. I suka masuk kedai lagi-lagi kedai yang banyak barang tuh macam Mr.DIY, Kaison atau Daiso. Sampaikan bestfriend selalu cakap, elakkan laluan di kedai-kedai berikut kalau keluar dengan i. Sebab, i jenis yang nak jugak masuk walaupun takde benda nak beli, dan i akan spend masa dalam tu dengan masuk setiap lorong barang-barang, belek barang cantik-cantik, sambil belek tu tetiba keluar list, apa barang penting yang takde lagi kat rumah. Lepas dah puas hati takde yang perlu dibeli, baru gheti nak keluar kedai. Sedih yakmat perangai gini T_T

Perangai ni bukannya pada kedai-kedai yang i sebut je. Tapi semua kedai runcit dan pasar raya. Walaupun barang dah cukup kat rumah sebab dah beli groceries awal-awal, tetap jugak nak singgah kedai runcit atau Tesco untuk cari barang apa yang takde konon-kononnya di dapur. Macam tulah. I rasa, guard mesti ingat i ni pencuri sebab masuk dan keluar tak beli pape. Eh excuse me! i sedang beradventure lah.

Adik i suka bebel, kalau follow i beli barang dapur, i suka masuk setiap lorong tengok satu persatu barang apa yang i beli. Eh, list ada. Cuma bila dah masuk kedai, list tercampak. Kadang yang takde dalam list pun, terbeli. T_T

4. Tak pandai cakap "NO"
I tak boleh kalau ada orang yang jual-jual datang kat tempat i. Bila dia keluarkan barang atau makanan nak jual, i mesti akan terbeli. Sebab i sangat kesian. For me, dia cari rezeki dengan sanggup tebalkan muka. Bila nak say no, i takut dia sedih dan malu. So i akan beli jugak. Perangai ni la yang buat adik i selalu bebel sebab i selalu over spending my money. Contohnya, masa kat Pasar Baru, Bandung haritu. Cepat kesian, pastu beli jugak pastu bila tengok tempat lain, rupanya yang i beli terlalu mahal. Tula.. perangai. Eh tapi tu dikira membantu kan. So, ni good habit lah.

5. Tak boleh jadi cikgu.
Kadang kesian dengan sesiapa yang nak mintak i ajar. Sebab i sangat tak sabar. I garang yakmat bila mengajar. Hahaha, junior Engineer tempat i takut kalau nak tanya kat i sebab i jenis yang kalau dah ajar sekali, tolong catit dan jangan tanya soalan sama. Nanti i garang. Oemji.. tak boleh jadi cikgu tau. huhu

Ok cukup 5. Letak banyak-banyak karang orang mengata pulak. Hehehe.. 
So, whats your bad habit?

Nah, i tag sesiapa yang baca post ni, untuk buat entry pasal diri sendiri pulak.
Bye
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Hai,
Perasan tak sekarang blog i dah berwajah baru.? Sebelum ni takde header. Lepastu ada header. Eh perubahan barulah kan. Sebenarnya template ni i masih guna yang sama, i dapat Free daripada Themeexpose tu. Cumanya sebelum ni takde kepala la. 

Dapat template free ni lain macam sikit sebab tak boleh la nak main letak je header tu sendiri. Nanti tak centre la..Hapelah.. Malas i nak adjust coding pulak. So, i pun import la lagi sekali template yang sama.

Sebelum

Selepas

Kan.. sama je kan.. header pun simple yakmat. T_T
Tau tak apa kesan bila tukar template ni? Ok.. trafik blog i jatuh.. Huhu.. sedih. Bila i check kat Google Analytics, macam takde orang langsung masuk blog i. Padahal sebelum ni setiap jam tu ada je orang yang online kat blog. Tapi sekarang ni, ada masa yang kosong je pelawat. Ya ampun.. 

Adakah ini akibat bila kita tukar template blog?

Sempat tanya kat group KBBA dengan blogger lain.. So far jawapan dorang "memang macamtu".. Now terpaksa lah i bersabar dan tunggu sampai traffic i naik semula. Atau mungkin sebab sebelum tu i dah tukar template jugak kot. So far, dah 2x dalam bulan ni i tukar template. Ntahlah.
Bak kata pepatah
"Kalau takut dilanda ombak, Jangan berani tukar template"
Ok. Bye.
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Hai.

Baru lepas berbuka tiba-tiba adik hantar gambar jari abah berdarah menjejes-jejes. Faham tak menjejes tu macam meleleh tak berhenti. I yang baru je lepas berbuka panik pulak tengok gambar jari abah. Eh.. ingatkan adik i prank pegi letak sirap ke kan. Then adik cakap, abah kena langgar motor. Ok. Kenapa jadi begitu. So, adik bawak abah ke Klinik. Klinik cuma cucikan luka dan balut je dan minta refer ke hospital sebab hujung jari abah tu macam gerak ke kanan kiri tau. Tau tak, macam something bergayut tapi taknak jatuh tuh. Ok, simple words la hoi Miera. Patah. T_T

Then, adik refer abah kat bahagian kecemasan. Doktor scan, dan minta abah tunggu sekejap sebab abah kena jahit bahagian patah tu (tak tau nak terangkan macam mana). So i tergesa-gesa la pulang dari Puncak Alam.. Sampai around jam 10.30pm sebab jalan jem, malam minggu kan. And abah masih belum dirawat. Tapi abah relax je cuma nampak la jari dia tu berbalut dah.. Nasib klinik dah bagi rawatan awal kan.. Disebabkan i jenis jenis gelojoh, i minta abah cerita kan, why this happen. 

Baiklah, i terus ready nak amik report. Eh dulu kan i Inspektor SUKSIS. Ok..ok..
Mangsa (abah) sedang menunggang motosikal dengan kelajuan yang paling perlahan sambil menghirup udara segar dan feeling angin meniup muka mangsa yang comel itu.. Kadang mangsa memang tak suka pun nak pulas handle motor tu sebab i rasa, dia ni suka biarkan moto jalan sendiri. Dan dia tunggang sambil menyapa orang taman. Biasalah, YB.. Eh ape melalut ni. Sambung... T_T.
Kemudian, ketika mangsa ingin belok ke kanan dengan speed yang perlahan, tiba-tiba datang motor dari arah kiri mangsa yang sangat laju (ni kata saksi kejadian), dan menabrak langgar motor mangsa lalu mangsa hilang kawalan dan jatuh terseret ke hadapan sedikit. Kejadian berlaku di selekoh bazar Ramadhan. Jadi, ramai la datang bantu mangsa bangun. Tetapi budak yang langgar tu terus melarikan diri apabila melihat orang ramai berpusu-pusu membantu mangsa. Eh, macam ape je ayat berpusu-pusu. Begitulah. Dan mangsa dihantar pulang ke rumah, menahan sakit lalu berbuka. Lepas berbuka darah menjejes banyak, terus anak bongsu (adik i) panik dan hantar mangsa ke klinik. 

Begitulah. Well nak cakap macam mana lagikan, benda dah jadi. Jadi, marilah bersabar menunggu rawatan. Actually, i dah lama sangat tak ke hospital waktu malam. Malam-malam pun ramai orang. And mangsa eksiden paling ramai. Jadi sebab tu, abah kena tunggu lama. Daripada klinik dalam 8.30pm tu sampailah ke jam 10.30pm i sampai, abah belum terima rawatan sebab abah kategori tak kritikal kan. Takpe, faham. Hospital kerajaan kan, sabar jela. Masa ni terfikir, nak jadi doktor la. Kesian Malaysia kekurangan doktor pakar. Kesian tengok doktor yang kelam kabut. Untuk kes abah, dorang refer pada pakar tulang sebab risau ape tah. Tapi pakar masa tu ada 2 kes kecemasan. Jadi takpelah, kami tunggu.

Menunggu sambil tengok lelaki keluar pintu dan TV. Eh tak, lelaki ni distract pandangan i yang tengah tengok TV pasal sakit buah pinggang tu. Tetiba je I terjeling dia.haha.. Oh, jagalah kesihatan buah pinggang anda.

 Lepas tu bosan, pegi kat TV luar, cerita pasal denggi pulak. T_T
Finally, jam 1.30pagi macam tu nama abah dipanggil untuk terima rawatan. Alhamdulillah. abah cuma kena jahit dan simen je. Terima rawatan sekejap je. Tak sampai setengah jam pun dah siap. Bagus.
 
 Nampak tak jari kelingking abah takde kuku sebab pernah kena potong dengan gunting padi. T_T

Nasib baik tak jadi apa-apa serius. Lepasni abah kena cuti masak lah (kan abah i yang masak kat rumah).
Doktor bagi abah i MC 2 minggu sebab tulang kat jari retak. Tapi abah dah tak kerja. Boleh tak kalau i nak tukar dengan abah. I nak MC tu... huwaaaaaaaa
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hai. Helluuu..
Berasa terpanggil untuk jawab soalan ini bersama adik-adik yang masih berusaha mencari perkerjaan menggunakan medium "Job Street".
 
Baiklah. i bukanlah orang yang tahap professional gitu nak beri tips ini tapi apa yang i tulis ini berdasarkan pengalaman sendiri mengenai tips mudah bagaimana nak menulis dalam ruangan "Make Your Pitch" apabila nak apply kerja di Job Street (mengikut pengalaman i). *tetiba nada serius*

Nak ikut boleh. Tak ikut.. lantak la. Eh entah pape je kan.

Baiklah, dalam berpuluh orang malah beratus yang sama-sama apply kerja tu, adakah awak ingin recruiter melihat profile awak seperti ini? *nada smartshop jual barang

Oh, tak puas lagi. Siap tengok 2 kali pulekks..

Ini adalah 2 contoh yang i dapat bila i try apply kerja menggunakan Jobstreet

Macam Mana Nak Tulis Pitching di Jobstreet?

1. Baca Job Description
Never skip this part.. Kadang-kadang bila dah terlalu excited nak cari kerja dan dapat pulak job title yang memang dah lama cari, terus taknak baca. Terus apply. Apeke gelojoh sangat nih?! So.. baca dulu apa requirement yang company itu nak. Eleh, dulu masa cari jodoh pun sibuk baca biodata orang kan. Sekarang pun kenalah baca.
 Ini contoh sahaja. Ok.

2. Make Your Pitch
Ramai graduan atau job hunter yang i tanya akan skip part ni. Alasan, tak tau nak tulis apa dan malas. Ada pulak yang tanya i balik "Eh dorang baca ke?" lol.. kau buat lawak apa. Kalau tak, kenapa ada benda ni pulak. LOLLLLL. 
Please, never ever skip this part. Daripada ini lah, majikan atau recruiter akan baca summary mengenai kita sebelum dia tengok profile atau resume kita. SUMMARY.!!

Tell the employer why you are best suited for this role. Highlight specific skills and how you can contribute. Avoid general pitches e.g I am responsible.

Yes.. jobstreet dah bagi hint disitu, apa yang perlu tulis dan apa yang perlu dielakkan. So, akak Maria Mercedes (pon boleh), nak tulis macam mana di sini? - tanya adik-adik.
Back to 1st step, baca semula job requirement, dan gunakan hint itu dan mula mengarang. Gabungkan kesemua requirement tu, dan jadikan summary yang menarik. Cuma 300 huruf sahaja ye. Bukan 300 patah perkataan. Jadi pandai-pandailah olah mengikut requirement yang dia nak. Recruiter bukan nak tau sikap awak macam mana, awak ni pandai menyanyi ke ape. Sebab bab tu dia akan nilai bila interview nanti. Apa yang dia nak tengok, awak ni match ke tak dengan job requirement yang dia minta.

Contoh pitching:

Having worked for 4 years as a structural engineer, I have a strong knowledge in related codes of practiced especially in bridge design and competent in using Design Software. In addition to my extensive design experience, I have excellent communication skills and experience in managing project.

300/ 300 Characters. Ngam-ngam T_T. So, ini contoh sahaja. Kalau tak sedap ayat ni, jangan kutuk eh. Cubit karang.
 
Ini adalah contoh bagaimana "Make Your Pitch" kita muncul di emel recruiter. Contoh ni, i jumpa di website The Vocket hasil perkongsian daripada salah seorang recruiter di Malaysia. Kalau awak skip part pitching ni, recruiter akan terima emel tanpa kotak biru ni. Nampak tak, rugi kalau tak buat. Recruiter tengok pun, tak feel..tak stim. Eh excuse me! 

3. See Who Else Has Applied
Last but not least, ini adalah extra tips untuk tengok range gaji yang orang apply di sini adalah berapa dan experience orang yang apply tu macam mana. Diingatkan semula. EXTRA TIPS. Tujuannya ialah awak sendiri boleh la tau dan expect salary awak berapa di tangga mana untuk mudahkan persaingan. Tapi kalau taknak buat pun tak marah aih.. up to u.

 
Jadi, awak di bahagian mana?

Mudah sebenarnya kan? Yang penting, bila recruiter dah tengok profile awak, "sebelah kaki" awak dah masuk dalam company tu. Tunggu untuk panggilan interview sahaja. Kalau takde panggilan, belum rezeki lah tu. Cuba lagi. Good luck ye. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga tips ni membantu awak sedikit sebanyak-banyak. Ok lah, i nak main candy crush. Level 400. Hebak kan.. Hebak.!!

Oh, you're welcome. 
xoxo

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Hai.
Blog Miera Hassan sekarang tercalon untuk Malaysia Website Award 2017 untuk calon menantu pada bulan Mei dalam Kategori Personal. Yeay! Nampak tak keterujaan disitu, eh tak.. Nampak tak, ada blue ribbon kat tepi blog i ni? Nampak tak..?

Ok.

Actually, Malaysia Website Award (MWA) ni diadakan pada setiap tahun dan ada pelbagai kategori. So, blog i ni tersenarai dalam kategori Personal dan MWA ni organized by The Exabytes Group, one of the top IT establishments in Southeast Asia. Well, sebab i beli domain pun dari Exabytes ni kan. Jadi, begitulah. Terima kasih menerima pencalonan blog saya 💗💗

Memang baru pencalonan awal je, tapi biarlah dia nak excited sekejap. Mungkin setakat ini sahaja tahap yang dia boleh excited. Sila beri laluan sekejap.

Malaysia Website Awards
(MWA 2017)

Anugerah laman web Malaysia bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi prestasi cemerlang, bakat dan usaha pemaju web terbaik, pereka web dan agensi web dan pada masa yang sama menggalakkan kreativiti, perkongsian dan peningkatan keseluruhan kualiti reka bentuk web di negara ini.

However, i can only bring home the award with your help. Sobs.
Honestly, i kalau bab kaut undi memang failed. Seriously, kalau kena calonkan jadi calon Naib President dulu zaman belajar, i akan tekup muka dekat meja. Malu punya pasal sebab i ni susah sangat nak convince orang untuk undi i. Even orang yang calonkan i pun tak undi. Tah pape, dia calonkan, pastu tak undi.Tah pape T_T

Jadi, apakah kesimpulannya di sini.?
Kesimpulannya, undilah blog Miera Hassan bagi calon bulan Mei, Malaysia Website Award 2017 dalam kategori Personal. Sebab i tak boleh nak harapkan diri i untuk sign up banyak akaun FB semata nak undi diri sendiri kan. I cuma harapkan you, you dan you sahaja.. Ngeh..ngeh..ngeh *senyum kambing*

Lihatlah. Baru 17 orang yang vote. Terima kasih. Tapi macam mana nak menang kalau 17 votes je kan *playing the sympathy cards*. Sobs.

Jadi, marilah masuk ke website ini dan undi blog saya untuk calon kategori Personal menggunakan akaun FB anda. Boleh kan? Siapa yang bantu, nanti i hadiahkan senyuman manis

Klik link di http://www.mwa.my/2017/may/miera-hassan-2, lepastu, undi blog i. Ajak la sedara-mara, kawan-kawan rapat atau kenalan, akak ofis, bos dan semuanya yang ada facebook untuk undi blog i tau.. tau.. Pelishhh....

UNDI MIERA HASSAN

xoxo

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Kalau kita tengok filem-filem barat tentang tokoh-tokoh atau peristiwa tertentu pada kurun ke 15 hingga 19, kita pasti dihidangkan dengan pandangan grandeurs kehidupan golongan-golongan bangsawan, orang kaya serta royalty yang memukau. contohnya saya ambil filem-filem tentang kehidupan Ratu elizabeth pertama (Ratu Lizzy), Raja Phillipe dan Marie Antoinette, Ratu Victoria dan banyak lagi.

Lihat sahaja pakaian mereka yang berwarna warni penuh dengan lacees dan labuci serta aksesori yg dibuat indah gemerlapan, dengan rambut-rambut palsu pelbagai warna, seluar dan kot dari satin, sutera dan baldu… kasut bertumit tinggi dan sebagainya. lihat juga senibina istana-istana contohnya Versailles dan Buckingham Palace serta barisan demi barisan kedai-kedai serba aneka di kotaraya-kotaraya seperti Paris dan London…

Anda pasti kagum dan terfikir, hebat sungguh bangsa barat dan ketamadunan mereka bukan? Anda pasti tertanya-tanya mengapa keadaan seperti itu tidak wujud dalam tamadun melayu. Yang ada hanya istana-istana kayu yang mudah reput, kedai-kedai dari buluh beratap rumbia dan jalan-jalan denai yg becak serta berlopak… serta penjaja-penjaja yang duduk bersila atas tanah. Pakaian pula hanya sehelai sepinggang,ada yg berkemban dan digambarkan lusuh, compang camping dengan warna yg hampir sama bagi semua org yakni earth tone, hitam dan putih. Tiada sistem peparitan dan tali air serta tiada pusat-pusat ilmu dan membeli belah seperti di barat.

Well guess what ,you are wrong! 

Minda anda telah terprogram dgn filem-filem sebegini yang banyak propa dari betul. Keadaan sebenar adalah jauh panggang dari api. Tahukah anda bagaimana keadaan london pada zaman Ratu Lizzy pertama?

Disebut sendiri oleh sejarawan Inggeris bahawa seluruh jalan-jalan di london penuh dgn tahi dan kencing manusia dan haiwan serta sampah sarap. Dianggarkan bahawa pengumpulan najis-najis serta sampah sarap ini adalah seberat 60 tan! Setiap hari akan ada budak-budak pemungut najis menggunakan penyodok untuk mengangkut najis-najis ini ke Sungai Themes.

Pada zaman itu adalah perkara biasa bagi seseorang yg tinggal di tingkat atas rumah kedai untuk membuang air besar melalui tingkap yg mnghadap ke jalan. Bagi yang lebih sopan mereka akan membuang air besar di dalam baldi dulu sebelum mencampakkan ke jalan! Semua najis dan sampah akan dibuang di tengah jalan dan pada zaman inilah kasut tumit tinggi dicipta untuk mengelakkan kaki dari tenggelam dlm tahik!

Jadi di mana sistem peparitannya? Sungai Themes itulah parit, itulah sumber air.

Dilaporkan bahawa sungai tersebut telah terlalu tercemar hinggakan tidak ada orang yang berani minum airnya untuk beberapa ratus tahun… pepatah inggeris ada menyebut ‘from breast to the beer bottle’ yang bermaksud sehinggakan sehinggakan bayi pun minum beer sebab tiada sumber air selamat untuk diminum.

Pada zaman Sir Francis Light dan Stamford Raffles datang ke alam melayu… keadaan mungkin tidak sekotor itu namun amalan membuang sisa kumbahan ke sungai masih berterusan dan amalan tidak mandi untuk beberapa bulan malah tahun juga adalah perkara biasa.

Di Paris pula pada zaman Napoleon dan Marie Antoinette keadaan bandar Paris sama macam London hinggakan sejarawan mengatakan bahawa ‘Paris was the foulest and smelliest cities in Europe’. Jadi, anda bayangkanlah. Tahi mereka merata-rata… mungkin kedengaran silly bukan… tapi inilah kenyataannya. Bangsa yang sebahagian dari kita banggakan sebagai bertamadun dan maju hiduphanyalah indah khabar dari rupa.
Sebab itulah Paris terkenal dgn pembuatan minyak-minyak wanginya sebab nk tutup bau taik yang melekat pada badan mereka! Amalan berak merata adalah lumrah bagi warga Paris dan kota-kota besar yang lain baik dari golongan bangsawan, orang biasa hinggakan golongan diraja!

Istana Versailles yang dianggap sebagai antara yang tercantik, terbesar dan terhebat di eropah pada zaman itu juga indah khabar dari rupa… istana ini memang penuh dengan perhiasan serta perabot-perabot yang mahal-mahal dan cantik malah bertatah emas dan permata, namun menurut sejarawan, istana ini juga mendapat gelaran sebagai ‘kubang tahi’ atau cesspool. Ramai delegasi-delegasi dari luar perancis yang bertandang ke istana tersebut tidak tahan dengan bau busuk dan kekotoran dalam istana itu. digambarkan bahawa oleh kerana istana ini terlalu besar dan jumlah bilik air adalah sedikit maka para dayang dan pekerja istana malah tetamu-tetamu diraja terpaksa ‘melepaskan pelaburan mereka’ di tepi-tepi tingkap, belakang pintu, disebalik langsir serta di sekitar koridor istana dan bawah tangga!

Istana Versailles yang dibina pada kurun ke-16

Sama ada lelaki atau perempuan, datuk or datin, tengku or tengku putri, Tun or Toh Puan (malas nk tulis gelaran-gelaran barat) semuanya akan buang air besar dan kecil’ di merata-rata tempat bagaikan haiwan. Saya pernah terbaca bahawa ada seorang bagsawan wanita yang buang air besar sambil berjalan tanpa membuka pakaiannya. oleh kerana pada zaman itu semua wanita bangsawan memakai kain kembang yang besar jadi tiada siapa yang perasan bahawa dia sedang membuang air besar’.
Najisnya itu terpaksa dibersihkan oleh orang suruhannya. Seperti orang Inggeris, orang Perancis juga tidak suka mandi, cuma Marie Antoinette sahaja yang mandi agak kerap yakni 2 minggu sekali dan baginda mandi dengan pakaian penuh. Gigi mereka juga reput dan hitam sebab banyak makan gula dan tak gosok gigi.

 
Gambaran wajah Ratu Lizzy

 
Gambaran wajah Marie Antoinette dengan gaun pengantinnya

Ratu Lizzy contohnya mempunyai gigi yang hitam sepenuhnya hinggakan rakyatnya ingat itu adalah satu trend baru yg harus diikut. Rakyat England juga mengikut kebiasaan Ratu Lizzy yg suka sapu kapur pada seluruh muka untuk tutup kulitnya yang berkedut dan rosak.

Cuba anda bayangkan…keterangan-keterangan yang saya berikan ini tentu bertentangan dengan filem-filem yang anda pernah tonton bukan? Masih lagi nak berbangga dengan tamadun barat yang jijik dan pengotor ini?

Sistem peparitan di England hanya wujud pada abad ke 19 yakni sekitar tahun 1850-an tepat dengan zaman kemasukan british ke tanah melayu itupun sebab peristiwa THE GREAT STINKS. Kalau saya ada masa itu saya akan kata kat depa ‘eleh baru belajar buat longkang dah pandai nak kata orang melayu pengotor dan tak bertamadun’.

Bacaan Lanjut:
  1. A Brief History of Toilets (http://content.time.com/time/health/article/0,8599,1940525,00.html)
  2.  London’s ‘Great Stink’ and Victorian Urban Planning (http://www.bbc.co.uk/history/trail/victorian_britain/social_conditions/victorian_urban_planning_04.shtml)
  3.  The Great Stink of Paris and the Nineteenth-Century Struggle against Filth and Germs by David S Barnes ~ perfume books (http://www.nstperfume.com/2010/07/23/the-great-stink-of-paris-and-the-nineteenth-century-struggle-against-filth-and-germs-by-david-s-barnes-perfume-books/)
  4. Think Your City is Dirty? Try Living in 19th Century London. (http://www.apartmenttherapy.com/think-your-city-is-dirty-try-living-in-19th-century-london-npr-217301)
  5.  The filthy, stinking truth (http://www.salon.com/2007/11/30/dirt_on_clean/)
  6.  Hanging Out at La Morgue in 19th Century Paris (https://www.geriwalton.com/hanging-out-at-la-morgue-in-19th-century-paris/)
Sumber : The Patriots

Begitu rupanya kan.. Tamadun Islam juga sebenarnya yang terbaik dan menjaga kebersihan. Kalau baca hikayat melayu zaman dahulu kala, sistem parit telah lama wujud. Ini dapat dilihat ketika pembukaan kerajaan baru sultan mengarahkan agar rakyat2 membina istana rumah PARIT. Ini dah membuktikan kita sudah ada sistem pengairan yang baik. Contoh pembukaan negeri yg melibatkan pembinaan parit diawal pengasasan kerajaan ialah Melaka, Samudera dan Pasai.


Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

About me

|Malaysia Lifestyle Blogger|

About Me
Hello, my name is Miera Hassan. I'm an Engineer who love's to blog about lifestyle, food, travel and personal stuff. It's my journey to find my voice as well as to find myself, i want to share my story of experience.
Looking forward for any collaborations and reviews. I can easily be reached by email :
nmierahassan@gmail.com

Followers

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Google+
  • Pinterest
  • Bloglovin'
  • Twitter

Press

Majalah Remaja (2011)

Labels

My Story Info love Random uitm study friends Tips Cantik myfitness review other blogger family Tips Sihat foodhunter review beauty travel Events review makan travelog Achievement Engineers misi jelajah indonesia resepi masak Business Hyperthyroid

Popular Posts

  • Resepi Spaghetti yang Ringkas dan Sedap
    Hai everyone! *lambai tangan Hehe.. tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti kan..sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makana...
  • Tips Bercuti ke Bandung
    Hai.. Assalamualaikum semua..  ** lambaian tanda ramah. Jadi.. I baru je pulang dari bercuti dari Bandung.. and apa yang I boleh ri...
  • Kerjaya Saya - Bridge Engineer
    Assalamualaikum.! Oke Hai.. Berasa sangat terpanggil untuk bercakap mengenai kerjaya sekarang di blog sendiri sebab nak mengenang, macam ...
  • 5 Don't When You're Sleeping
    Assalamualaikum.! ehem.. *konon sakit tekak I got this from my friend in facebook.. the 5 Don't When You're (ehem.. i mean, We&#...
  • Kurus dengan Detox Water
    Assalamualaikum.. hi everyone..!! sekarang memang tengah famous pasal detox water ni. Haha.. sampaikan Miera pun dah mula terikut buat s...

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (7)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (22)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ▼  2017 (69)
    • ►  December (2)
    • ►  November (8)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ▼  June (17)
      • Menyambut Syawal - edisi raya pertama
      • Girls Meet Up | Mr.Dakgalbi, Citta Mall
      • Sahur List
      • 7 Syarat Nak Tukar Duit Raya
      • Edisi Syawal - Persiapan Baju Raya
      • Tutorial Masukkan Google Maps ke Dalam Blogpost
      • My 10 Bad Habits
      • Traffic Blog Jatuh Bila Tukar Template Blog
      • Kisah Abah yang Begini
      • Tips Pitching untuk Memohon Kerja di Jobstreet
      • Malaysia Website Award - May Nominees
      • Tahukah anda : Tamadun Barat Dulu Sangat Pengotor
      • Hidangan Masakan Jawa di Kenduri Kahwin yang Anda ...
      • Tips Membeli Tiket Air Asia Free Seat
      • Career Talk : Bridge Engineer (intro)
      • Kenapa Orang Malaysia Suka Lepak Kedai Mamak
      • Buffet Ramadhan D'Kayangan Steamboat Shah Alam
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2015 (15)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (10)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (32)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

NEWSLETTER

Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose