Resepi Ayam Percik yang Mudah dan Sedap

by - Sunday, May 21, 2017

 Ecewah tajuk. Macam nak bolot keyword search letteww.. ihik. Tapi seriouslah, sejak-sejak dah nak sambut Ramadhan ni, setiap hari terbayang kesedapan ayam percik yang dijual di Bazar Ramadhan depan kawasan rumah tu ha. Pastu terbayang pulak nanti kena beratur panjang semata nak beli ayam percik femes tu, terus mengelabah nak cari resepi lah. Buat sendiri jelah nak oi. Bukan supaya bakal suami dan mertua sayang sahaja, malah diri sendiri pun akan sayang diri sendiri kalau tahu resepi ini *usap perut*. 

So, let's jom mulakan resepi kegemaran ayam percik untuk iftar kita. 
BAHAN PERCIK:
Beberapa ketul ayam yang dipotong besar.
15 biji cili kering | dikisar
3 biji bawang besar | dikisar - saiz sederhana
3 ulas bawang putih | dikisar
2 inci halia | dikisar
2 batang serai | dikisar
250ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk kunyit untuk bagi warna menarik hati

CARA MEMASAK: 
1. Campurkan santan bersama bahan kisar dan masak di atas api sederhana.
2. Masukkan garam secukup rasa, gula dan serbuk kunyit pada kuah percik yang di masak.
3. Kacau rata sehingga kuah menjadi pekat. Ketepikan.
 
4. Celupkan ayam di dalam kuah percik tadi. Panaskan non-stick pan dan panggang sehingga masak.
5. Setelah ayam siap dipanggang, boleh la dihidangkan ayam percik yang dipanggang bersama kuahnya.. Siap. 

Tips : Untuk rasa percik tu sebati, boleh lah kalau nak masak sekali ayam dengan kuah percik tu, kemudian keluarkan ayam dan panggang.  Jadi ayam akan lebih cepat masak dan rasanya lebih sebati.

Tips : Ada yang suka buat kuah percik berwarna kemerahan. Caranya, semasa tumis bahan yang dikisar, masukkan sedikit cili kisar dan sos cili. Dan untuk ayam percik yang manis seperti ayam percik madu, cuma perlu tambahkan madu dan gula, dan masak kuah sehingga likat.


Lepastu kan, bila dah try masak resepi ni kat rumah mak, teringat pulak, kita puasa nanti kat rumah sewa.. Mana ada non-stick pan.. huwaaa.... padahal nak makan ayam percik masa iftar. Mujur lah LAZADA sekarang tengah buat Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale. Eh-eh.. mengerti sungguh. 

Terus pergi ke website LAZADA, dan jumpa yang berkenan di hati dalam Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale tu.

Tadaa.. Non stick fryer untuk masak ayam percik dah jumpa dengan potongan -60%. Tengoklah harga sebelum. Banyak betul i dapat jimat kan.

Pastu, baca details product. Wahh macam-macam kegunaan. Berbaloi betul. Check postcode. Ok, Puncak Alam (rumah sewa i tuh) ada FREE delivery. Yaayy! 

and..check out!! Lepasni tunggu LAZADA sampai depan pintu je. Dan bolehlah guna untuk memasak makanan kegemaran untuk iftar nanti.. 

Oh ya, Marhaban ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sales ni bermula dari 19 May sehingga 30 June sahaja tau (where you can find special discounts up to 90%!). Sehingga 90% tuh!!! Sepanjang i dah order dan terima barang dari alam maya, inilah laman yang i paling boleh percaya, ia akan sampai dengan kualiti yang sama dalam gambar! Belum pernah lagi beri masalah tentang penghantaran, pembayaran, atau produk. Jadi, jangan sampai terlepas peluang pula ye.. 

Selamat memasak resepi mudah i untuk iftar dan selamat berjimat besar dengan sales daripada LAZADA ye.!!

NIKMAT DIKONGSI BERSAMA

You May Also Like

2 comments