Misi Jelajah Indonesia - Wonderful Indonesia

by - Saturday, May 20, 2017

Well..well..well.. hello guys..
Sebab.. ramai kawan tanya i,

"why u suka travel ke Indonesia?"
"Kenapa #misijelajahindonesia?"
"almost everytime u pergi vacation, u ke Indonesia, WHY?!"

 so today's theme is VACATIONNNN!

Kalau u guys baca blog i dari dulu, u will notice yang i punya travel mission sekarang ialah Indonesia. ihik.. Well, yes. i memang tengah buat mission jelajah Indonesia dan i pun tak tau lah until when i akan stop kan. Tipulah kalau kata i taknak ke tempat lain.. huhu.. uols ni kan. ofkos i've my own dream and own plan. hewhewheww...

Why #misijelajahindonesia?
Firstly sebab culture. Yes, i rasa indonesia sangat senang untuk i adapt dengan culture mereka since kita ni serumpun. Makanan mudah dicari. Bahasa yang mudah nak faham (banyak dong cerita sinetron, iya kan). 
Secondly, sebab cantik.. Bentuk muka bumi Indonesia sangat menarik. Ada kawasan gunung berapi, laut dan pantai yang cantik, kepulauan yang indah dan kawasan bergunung ganang. kan.
Thirdly, keunikan etnik di Indonesia.

Jadi, antara tempat yang berada dalam list i untuk misi jelajah indonesia i ni ialah:-

1. Bandung. (Experience of Modern Wonder)
Bandung sebenarnya bandar pertama Indonesia yang i sampai.. and daripada awal ke Bandung la i terus rasa nak buat misi ni. Masa tu memang fall in love betul dengan kecantikan pemandangan di sana.. itupun i rasa banyak lagi tempat menarik di bandung yang i tak sempat nak explore lagi. hehe..
 
Baca sini Tips bercuti ke Bandung


2. Lombok (Experience of Natural Wonder)
Lombok is my second experience i ke Indonesia. Masa i pergi ke Lombok tahun lepas, rasanya belum ramai lagi yang ke sana. Kalau dulu, rakyat Malaysia cukup takut dengar perkataan Lombok sebab teringat kes anak dara yang dilarikan kahwin ke Lombok kononya terpikat dengan lelaki dari sana. hehehe.. Padahal, Lombok cantik wei..!! patutlah lari ke Lombok taknak balik-balik. Tapi itu tradisi kaum mereka..yang rakyat Malaysia lari tu, tak tau la i betul ke tak cerita tu kan.

3. Bukittinggi, Padang Indonesia (Experience of Culture and Sensory Wonder)
Bukittinggi, Indonesia pula the latest and third location yang i pergi pada awal tahun ni.. bukittinggi ni terletak di Padang Indonesia. Disini lah syurga shopping kain tenun dan sulaman.
Baca itinerary dan kisah percutian i ke Bukittinggi, Padang PART 1 & PART 2.

4. Jogjakarta (Experience of Adventures and Culture Wonder)
Ini ada dalam list misi jelajah Indonesia i.. cumanya tak pasti bila nak pergi. Sebab sekarang teramat sibuk dengan kerja.. I nak ke sini bukan sebab kawasan ni tengah femes sangat dengan rakyat Malaysia yang kesana.. tapi sebab budaya. Eh i tak cerita ye yang i student terbaik subjek sejarah untuk PMR dan SPM? hahaha.. alasan sebab kenapa nak ke sana. Deng! poyo ah. So, masuk dalam list siap-siap.


5. Kampung Waraebo (Experience of Adventures and Culture Wonder)
Ohmai.. kampung Warebo ni sangat unik, kerana terletak di atas bukit.. Dan perjalanan nak ke kampung ni sangat mencabar. Unik kan bentuk rumah. Dengan pemandangan yang menarik lagi.. Subhanallah. Orang kata, kena jaga-jaga tatasusila di kampung ni.. Nak kenal budaya orang kan.. Kena la bersopan-santun datang kawasan dia.
Unik

 6. Surabaya - Mount Bromo & Kawah Ijen (Experience of Adventures)
Asalnya haritu study pasal bromo je.. sebab nak tengok keindahan bromo.. Tapi bila dah terbaca, ada orang buat travel ke Bromo dan Kawah Ijen dalam 1 masa, ofkos i pun nak merasa.. Dua-dua adalah keindahan alam yang susah nak jumpa. Nak tengok pemandangan dikawah ijen waktu malam sebab ada Blue Fire.. Menarik. Tapi, soalannya, mampu ke stamina i nak hiking ni? hahaha.. nampaknya kalau i nak ke sini, stamina kena kuatkan.. Kena practice hiking kalau tak pancit woo..

***
Jadi, beginilah list Misi Jelajah Indonesia i.. So far baru 3 out of 6 yang terlaksana.. Banyak lagi yang menarik di Indonesia. Kalau lah i ni ada banyak masa, i rasa i buat misi i 1 shoot je.. Tak payah nak ulang-alik. Jimat duit kan.. Tapi tu lah... Kerja Engineer ni, bukan boleh main cuti macam tu je.. Kena planning. Kalau tak dapat habiskan misi jelajah i sementara masih single ni, hopefully lepas kahwin i dapat teruskan lagi dengan my husband. Wahhh.. Encik suami. harap awak baca ni. hehehe..

Itulah.. Kita ni hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan.. So, awak ada idea lain tak untuk i masukkan dalam list Misi Jelajah Indonesia i?? Mind to share in comment yah.. 

Ada sesiapa nak sponsor i tak? hahahaha

xoxo

You May Also Like

0 comments