Hi Tea di The Palm Garden Hotel Putrajaya

by - Thursday, May 11, 2017

Hi

Bulan Mei ni, macam-macam pulak reminder dalam calender. Rupanya bulan Mei ada birthday Rara (anak buah i tuh), lepas tu ada Hari Ibu, Hari Jadi sendiri, Hari Pekerja (eh.!..). Lepastu mulalah terfikir-fikir nak celebrate kat mana ni.?! T_T

Pastu haritu I dapatlah invitation untuk Hi-Tea di Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya. Oemji, temanya sangatlah sesuai untuk semua event yang kalau nak buat semua celebration boleh buat dalam 1 tempat lah.

So, hi-tea di Hotel Palm Garden ni bermula jam 12.00 tengah hari sampai jam 4.00 petang. Sampai-sampai je di kafe hotel ni dah nampak ada superheroes yang menyambut. Haruslah i rasa teruja kan sebab i rasa macam kembali pada zaman superheroes masa kecik dulu (peminat batman nih). Lepas tuh, terus teruja jap sebab nampak banyaknya makanan heyyy!! Ini barulah kegembiraan bersama tersayang yang betul-betul gembira heyheyyy sebab semua makanan yang dihidang ala buffet dan siap bertema 'Superheroes' lagi. 
 
Actually ada 3 superheroes, tapi batman menghilang. Lepastuh, ada extra clown pulak. Boleh lah tolong gembirakan anak-anak dengan belon comel sementara kita menghadap makanan kan. Kita ni kan suka makan kan. hewwhewwww.. 

Masuk-masuk je terus nak ke kawasan candy and cakes ni. Homaih, manisan. Ni lah masanya nak makan banyak-banyak cakes kan.  hehehe..  I rasa area candy and cakes buffet ni buat i terlebih excited.. Amende comel sangat ni.! Ni kalau bawak anak-anak kecil, ada 2 kemungkinan dorang akan buat. First,dorang tenung je.. Sebab sayang nak makan. Second, amik banyak sebab geram dengan kecomelan.  i yang no.2.. amik banyak  T_T

Seriously, I pernah makan kat hotel yang bayar jauh lebih mahal, tapi dia punya dessert, alahai boleh kira. Kat Hotel Palm Garden ni, tak payah kira lah sebenarnya sebab banyak sangat pilihan termasuk  dengan kuih-muih traditional lagi.
 
Anak-anak Kak Nani pun excited tengok makanan dan decoration, apatah lagi i yang dewasa ni. ekeke..

 kaunter salad pun ada. Nampak tak, semua bertemakan superheroes. Comel..!!

Banyak pilihan makanan yang ada. Ada rojak pasembuq, cendol, air batu campur, waffle...Apa lagi yang perut kita tak puas kat sini..?  Apa lagi?! berkata didalam hati.
 
 
 
dan i pilih waffle yang dimasak dengan senyuman manihhh... =)

 I suka wonderwoman jugak. Jadi, haruslah grab sedikit sandwich sebab terbayang nanti wonderwoman kecik hati i tak makan kat kaunter sandwich dia. Hahaha, imagination.!! Kan dah cakap, kembalikan memori zaman superheroes sambil makan gituew.

 
Bukan sekadar makanan untuk hi-tea semata tau, pilihan makanan dengan lauk-pauk pun ada. Boleh makan dengan nasi goreng yang dihidangkan. So boleh pilih nak makan dengan apa. Habis makan, boleh pergi tambah lagi, ulang-alik dari meja tu, sebab ni kan buffet. Takde yang nak marahlah. I rasa nak makan semua yang ada. Tamak haloba kan. Ahaa

Puas jamu perut di dalam kafe, i baru perasan, kat luar pun ada lagi.!! apeni, makanan lagi ye.
So, kat luar pulak ada sediakan kebab, satay, roti canai dan char kuey teow. I sempat merasa char kuey teow, dan rasanya sangat sedap.! taip ni pun dah rasa lapar balik T_T
 
 
I suka konsep tag nama.. Apesal lah cute sangat nih.

 
 Muka manis bersama perut yang kenyang. Mengata i lettew.. ahaaa

10 bintang i bagi sebab makanan, decoration dan tema yang santai, menarik dan mengeyangkan perut i. Betul kata orang 'kenyang perut, suka hati'. Jadi, memang betullah Hi-Tea di Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya pilihan yang tepat untuk meraikan kegembiraan bersama keluarga dan teman tersayang. 

03-8943 2233 untuk tempahan ye

 
MOM Meets Superheroes Let’s celebrate Mother’s Day with the Superheroes this Sunday, 14 May 2017. After all, Mom is a Superhero too!! Only RM68.00nett per adult. 40% discount for children 4 – 12 years and Senior Citizens 60 years and above. For every 4 dining Adults, one Mom dines for FREE!! Enjoy performances by the Clown and Strollers to treat Mom and the family. Call Palms Cafe now for Reservations 8943 2233.


xoxo

You May Also Like

0 comments