Festival Makanan Pertama AirAsia - SANTAN

by - Thursday, May 25, 2017

Oke Hai.. Hello.
Haritu, Air Asia ada buat Festival Makanan Pertama restoran atas awan tau. I pun join lah sebab i ni kalau bab makan, mana pernah tolak kan..kan.. excited. Acara dalam festival makanan ni haruslah ada  “food tasting” hidangan dalam penerbangan Air Asia, yang menampilkan hidangan popular dan lazat dari seluruh rantau Asia ini. Wahhh... lagi lah tak perlu fikir kali kedua bila nak join tu (fikir perut je).

"Selama ni kalau fly asyik tempah Signature dishes Nasi Lemak Pak Nasser je, now boleh lah merasa in-flight menu yang lain kan."  Kata hati. 

Before I get to that, allow me to share a glimpse of the event.
Ehem. The CEO's Group.

Meriah.

Air Asia food festival ni diadakan di RedQ, KLIA2 dengan mengumpulkan seramai lebih 200 orang media termasuk blogger dari 16 buah negara. Tujuan festival ini diadakan ialah untuk mempamirkan menu lazat SANTAN di atas flight termasuk memperkenalkan hidangan terbaru SANTAN, kari hijau Thai yang merupakan kari ayam yang dimasak mengunakan bahan-bahan dan rempah ratus asli Thai, dihidangkan dengan nasi putih gebu wangi.

Ok. Nasi putih gebu dan wangi. Terliur dah. Kuah green curry yang pekat memikat selera *metaforanya ayat. eh*

Rasanya, ia bukan menjadi rahsia lagi yang AirAsia telah memenangi gelaran Perkhidmatan Dalam Penerbangan Terkemuka Dunia di World Travel Awards pada Disember 2016, dan juga dinobatkan dengan Anugerah Tahunan Inovasi Katering oleh Onboard Hospitality awal tahun lepas. Dan menu SANTAN juga telah memenangi pelbagai anugerah menawarkan pelbagai hidangan dalam penerbangan untuk tetamu membuat pilihan sama ada di dalam penerbangan atau melalui talian pratempahan. Bukan lagi menjadi rahsia kan.. *angguk kepala*

Tengok. Inilah sebahagian Air Asia in-flight meals yang paling popular di dalam setiap flight.
Ni cuma sebahagian je. Sebab banyak lagi pilihan makanan yang ada. Jadi takde alasan dah nak mula rindu-rindu kalau awal-awal naik flight dah boleh makan sedap-sedap.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata
Makanan adalah faktor penyatuan besar di seluruh rantau ini. Dengan SANTAN, apa kami lakukan ialah membawa citarasa Asean yang enak untuk mewujudkan satu pengalaman makanan unik, dengan visi mereplikasi hidangan gourmet dalam penerbangan. Profil rasa dan harga makanan dalam penerbangan sentiasa merupakan satu cabaran tetapi kami percaya dengan SANTAN, kami boleh mencipta jenama restoran pertama di udara yang lazat dengan harga berpatutan."

Ini adalah beberapa hasil yang i dapat setelah berulang-alik dari meja ke setiap booth. Yang makanan lain, tak sempat amik gambar terus makan dulu. T_T

Muka ni je yang sikit-sikit tanya, dah sampai ke makanan (sebab makanan setiap booth habis cepat). Apeni buruk perangai bila kat pesta makanan ni.
Entahlah. Cool gila ke hape ni. i nak ofis macam ni.. T_T

Haruslah berbaring di setelah puas menjamu selera. Buat macam ofis sendiri je. huhu

Jangan lupa, buat tempahan "pre-order" dulu semasa membeli tiket atau sebelum fly untuk nikmati pilihan makanan yang lebih banyak dengan harga yang lebih jimat *kenyit mata*

Bye.

Thanks Ais Asia and AABC for having me :)

You May Also Like

7 comments

  1. Akak dapat gk jmputan tp xle pegi. Sob sob.. besnyeeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tula akak..puas sy makan..hahahaha. next time ye...

      Delete
  2. kalau ade scene f.a air asia suapkan lagi rare wkakakakakaka

    ReplyDelete
  3. Tengok jak pun dah terlior. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. boleh buat tempahan nnti masa fly.
      Nasi lemak pak nasser the best lah

      Delete
  4. Bestnya office dia. Office goals, nampak santai habis. Btw, really love ur template!😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. santai.. siap boleh baring-baring.
      tq dear

      Delete