Percutian ke Bukittinggi, Padang Indonesia (Part 1)

by - Thursday, April 27, 2017


Assalamualaikum
Misi jelajah Indonesia kali ni, I ke Bukittinggi, Padang Indonesia selama 4 hari 3 malam. Semua ni gara-gara tengok filem "Tenggelamnya Kapal Van der Wijck" tu lah. OMG, cerita ni seriously best.!!

Rasanya ini entry yang panjang sedikit dari my other entry MISI JELAJAH INDONESIA  (be prepared with extra long post and load of pics)
So, here's the story :-

Drummmmmmm..dum..dummm *drum rolls*

Day 1 :
Hari pertama kami bertolak daripada KLIA2 ialah pada jam 1.55pm. Daripada KLIA2 ke Bandar Udara International Minangkabau, Padang tak lama sangat pun. Tak sampai sejam pun hokey. Tak sempat nak fe-feeling dalam flight pun dah sampai.

Tengoklah.. tak jauh pun  Malaysia  dengan Sumatera Barat kan..kan..kan..

Sampai je ke Minangkabau Airport pada jam 2.00pm. Gitu kau.. 5minit je dah sampai.. Wakaka.. (tipu..tipu). Masa di Sumatera Barat ni lambat sejam gitu dari masa Malaysia. Kat airport Padang ni, polisnya lain macam betul. Taktau la polis atau immigration because they wear baju warna coklat, polis kot!!. Beza dengan airport Indonesia I pernah pergi. Sini seriously strict.. Selalunya check in tak lama pun, tapi kat sini, macam-macam pulak soalannya.. tak masuk part ada pakcik tu kena buang buah tangan dia which is buah mangga muda yang dia bawa dari Malaysia untuk melawat saudara di sini. So sadis melihat cerekarama tu. Tapi tulah, kena faham.. kerja mereka kan. (Ok, done mengumpat)

Tips : 
Bawa pen dari rumah sebab nanti kena isi borang kastam. Selama ni kalau 1 family kami isi 1 borang je. Tapi kat sini, seorang anak, emak dan abah dikira 1 family (borang lain). Abang I dan kakak ipar I  jadi 1 family (borang lain). I yang belum berkahwin ni pun kena isi (borang lain). Tak dianggap family dengan yang lain. So dalam flight, mintak la siap-siap kat stewardess masa dorang tengah edarkan borang.

Daripada airport, supir terus bawa kami makan. Sebab kemain tahan lapar dari Malaysia semata nak rasa menu lunch masakan padang. So, first tempat makan kami di Lamun Ombak. Tempat makan ni memang agak femes la dengan tourist Malaysia. Bercerita soal makan di sini, duduk je kat kerusi, pelayan akan bawa keluar semua lauk-pauk masakan Padang. Banyak giler lauk dorang..

Tips : nak makan di sini, makan  dan habiskan  yang korang nak makan je. Kalau tak nak makan, asingkan. Jangan disentuh makanan tu. Sebab cas akan dikenakan kalau korang sentuh/cuit makanan tu.

Lepas makan, kami terus ke Bukittinggi. Perjalanan dari Padang ke Bukittinggi ni tak lah jauh. Cuma 75km je. Tapi memakan masa selama 2 jam atau lebih untuk sampai sebab jalan utama mereka cuma 2lane je. Ya ampun.. Bertabahlah sekejap. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan bukit bukau, sawah padi (masa ni berangan pulak lokasi pengambaran filem Tenggelamnya Kapal Van der Wijck tuh..hehehe), rumah-rumah dan pekan-pekan kecil.

Dalam perjalanan ke Bukittinggi, akan ada Air Mancur Lembah Anai kat sebelah kiri jalan. Cantik dan tinggi. Nak masuk kena bayar.. Pak supir kami cakap, cuma Rp.2.000 je. Ala dalam 60sen. Tapi kami tak singgah sebab jangkakan nak sampai ke Bukittinggi lama lagi kan. Badan pun dah penat, nak fikir cepat sampai dan berehat je.

Lalu je

Biasalah dalam perjalanan dah inform supir awal-awal, nak beli kartu sim. Jadi sampai je di Kota Padang Panjang, terus beli kartu sim XL. Senang nak update gambar dalam instagram kononnya.
Hahaha.. Kartu sim XL ni untuk 2GB cuma Rp.40.000.
Kami sampai di Bukittinggi dalam jam 6.00 ptg waktu sana. Imagine la lamanya perjalanan T_T

fiuhh..

Sampai je terus check in masuk homestay. Perjalanan yang lama dari Padang memang penat. Malam tu kami decide keluar makan (makan ayam penyet yaw) dan berehat je di homestay.

Day 1:
- Tiba di Bandar Udara International Minangkabau
- Makan di Rumah Makan Lamun Ombak
- Singgah Kota Padang Panjang
- Check-in homestay, Rest.

Day 2 :
Hari kedua, lepas bersarapan, masing-masing blur nak kemana. Hehehe.. punyalah surprise sebab kami tak susun itinerary pun. Kami cuma bagi list kat supir nak ke wisata mana dan supir yang susun sebab dia lebih tau jarak perjalanan nak ke satu-satu tempat kan.. Yang penting kami pesan taknak miss 1 pun dari wisata yang kami dah bagi dalam list. Ekekeke..

So first checkpoint (gituew.. macam explorace).

Kami singgah ke kedai jual oleh-oleh di Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim. 
Kat sini, parents dah mula shopping sampai 2 kotak oleh-oleh. And good thing is, pekerja kat kedai ni sangat prihatin, terus bungkuskan kotak-kotak ni dah tuliskan nama. Senang la bila nak balik nanti. Takde plastik dah. Yang femes kat sini, Sanjai Berlado. Which is like kerepek ubi pedas. Ye, tau.. Malaysia ada. Tapi lain lah kot. hahaha.. 

Ok next, we went to Rumah Sulam Hjh Rosma.

Yang menariknya disini, kami dibawa di belakang rumah sulam ni dan dapat tengok macam mana proses sulaman dibuat. Sambil tu, ownernya terangkan la sekali pada kami. Mereka ni sebenarnya bekerja sambil belajar sulam mesin sekali. And guess what, 1 sulaman tu kalau nak siapkan ambil masa 2 ke 4 bulan.. Nangis I.. sebab kena fokus teliti tu, lama betul. Patutlah kain sulam yang berkualiti mahal.. T_T

Ketelitian dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan
Ok dah.!

Next, kami dibawa melalui kawasan-kawasan dalam kampung yang seriously pemandangan awesome gila.. Sawah padi, bukit bukau.. Walaupun ada di Malaysia tapi tak sama.! Sangat cantik. Sawah padi disini ditanam bertingkat-tingkat. Ditanam menggunakan tenaga manusia. Which means, kalau di Malaysia benih padi ditabur guna mesin. Tapi sini tanam satu-satu. Masih lagi guna tenaga kerja manusia 100%..

Subhanallah, tengok tu.
the picture doesn't do this place justice! depan mata memang CANTIK sangat sangat!! bila dalam gambar, kurang menyerlah sikit.
papepun alhamdulillah sebab dapat tengok sendiri ciptaan Allah. =D

Rupanya perjalanan yang jauh dan pemandangan cantik tu sebab nak ke Kilang kopi Kiniko. Kat sini takde apa sangat pun, cuma kita dapat menikmati pemandangan yang cantik sambil minum kopi dan makan tempe disini. Sebab belakangnya ada cafe. Makanan kena la bayar.. Tapi kopi yang dia sediakan is free yaw. Boleh juga nak beli biji kopinya. Ada dijual di koperasi. 
Apa yang menarik perhatian I disini cuma Daun Teh Cina Jati je. haha. So I beli 1 pack Rp.20.000. Teh kurus yang baru minum sekali terberak-berak. Hahaha..

Jadi.. awak lah kopi yang percuma tu ye.

Jadi, saya pun tumpang minum sebab FREE.

Ini view dari belakang cafe. Cantik kan.. Puas I posing kat sini

Then, kami ke Paga Ruyung untuk melihat Istano Basa Pagaruyung.
Actually ni cuma replika je. (Replika pun besar macam ni T_T) sebab istana asal katanya 3x ganda lebih besar tapi terbakar hangus pada tahun 1807 yang terletak di Bukit Batu Patah. Kemudian replika pertama dibina di Batu Sangkar ni pada tahun 1976. Tapi pada tahun 2007, replika ini terbakar lagi kerana litar pintas. Apa yang ada ni cuma sebahagian sahaja sejarah yang dapat diselamatkan. Tapi, still besar jugak T_T. Entrance fee untuk pelancong pula :-

Dewasa : Rp.12.000
Kanak-kanak : Rp.10.000
Murah kan. 

Disini boleh sewa baju minang. Ada macam-macam warna. Rambang mata nak pilih warna apa sebab semua nampak cantik. Sewa untuk baju minang ni cuma Rp.35.000 sahaja. 
kemaiin.!

ni pun.. kemain! (pengantin)

Basically, istana ni ada 3tingkat. Tingkat pertama untuk singgahsana dan bilik putri-putri yang telah berkahwin. Tingkat kedua untuk putri yang masih belum berkahwin. Dan tingkat ketiga adalah tempat penyimpanan barangan penting. Dapur ada dibelakang istana. Kiri istana adalah Tabuan Larangan dan kanan istana ada tempat menyimpan beras.

Lama jugak kat sini. Sebab nak posing banyak tempat lagi. Hahaha. Puas bergambar, kami pulang dan singgah di Danau Singkarak. Di sini, kami cuma berehat menikmati pemandangan danau yang sangat cantik sambil makan buah durian yang besar dan manis gila. Sebiji durian yang besar harganya RM22. Yang biasa RM10. Yang besar ni share 1 family. Lepastu abang kira pulak, ada 24ulas dalam tu. Besar kan.. Isi tebal weyh. hehe.. Tak puas durian, makan pulak buah-buah yang dalam plastik tu. Harga Rp.2.000. 60sen je. Ya Allah, apekepuasnya makan buah kat sini.. T_T

Lunchtime kami agak lewat. Dalam jam 4.00 ptg. So kami singgah makan di Restoran Simpang Raya. Bestnya kat sini... kami makan banyak dan harga murah.! dah la sedap-sedap.


wajib cuba. Sate pedas ni dan dengdeng berlado.

Disebabkan masa masih awal, sempat singgah di Jam Gadang. Jam Gadang ni ditengah kota je dan disebelahnya adalah Pasar Atas. So sempatlah pegi Pasar Atas cuci mata sikit kat pasar bawah dia tu. Nak shopping dalam bangunan tak sempat sebab Pasar Atas tutup jam 6. Jadi kami bergambar je kat Jam Gadang.
Kaki lepak detect!

Anak sesat detect!

Hari kedua ni seriously banyak gila tempat pegi. Memang penat. Tapi puas hati. Sebabkan dah penat, malam tu rest je di homestay. Makanan pun kami bungkus je. hehe

Day 2:
- Beli oleh-oleh di Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim
- Singgah di Rumah Sulam Hjh Rosma
- Singgah di Kedai Kopi Kiniko
- Melawat Istano Basa Pagaruyung
- Bersantai di Danau Singkarak
- Makan tengahhari di Rumah Makan Simpang Raya
- Bergambar di Jam Gadang

Thank you so much for reading this super long post! Day 3 and day 4, I sambung kat Part 2.
 Panjang gilos entry kali ni. Hahaha..
memang selies, wa lespek sama lu! hehe!

Nah Part 2.

You May Also Like

2 comments

  1. pernah pergi medan je. padang tak pernah lagi . rasa teringin nak pergi sana pula.. hehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya bercuti ke bukittinggi Indonesia ni..cantik..

    ReplyDelete