Percutian ke Bukittinggi, Indonesia (Part 2)

by - Thursday, April 27, 2017


Sambungan dari Part 1..
Oemji.. panjang kan entry bercuti ke Bukittinggi kali ni. hihi.. Ok, sambung-sambung..

Day 3:
Untuk hari ketiga ni, perjalanan agak jauh sebenarnya.. Pagi lagi kami dah keluar awal, sekitar jam 9.00 pagi waktu tempatan sebab harini kami nak ke Rumah HAMKA yang terletak di Danau Maninjau. 

Pemandangan sepanjang perjalanan.

Dalam perjalanan menuju ke Danau Maninjau, kami singgah di Panorama Sungai Ladia. Kat sini cuma singgah berehat sebentar dan minum teh halia sebabkan perjalanan yang jauh, berbukit dan berlekak lekok. (amboi bahasa melayu berterabur sangat). Pemandangan kat sini cantik sangat..tak tipu. Kami berehat dalam setengah jam je untuk bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Danau Maninjau.
  Cantikkan view ni.. Rasa macam kat Switzerland pulak (ele, macamlah pernah pergi Switzerlad) 
 the picture doesn't do this place justice.!!

sisters 

Sebenarnya.. perjalanan ke Danau Maninjau ni akan melalui Kelok44.. Ok kat sini, macam menurun bukit sebenarnya. Kelok yang paling tinggi/permulaan dinamakan Kelok 44, sehinggalah yang paling bawah Kelok 1. Ada 44 kelok tajam semuanya.. Pemandangan dari kelok teratas sangat cantik sebab kita akan nampak pemandangan luas dari Danau Maninjau.

 Kelok 44.. Gambar curi Google.

Signature gambar di Danau Maninjau. Ini di Kelok 33. 

Nampak tu, tasik maninjau yang terbentang luas di bawah Kelok. Pemandangannya indah sangat.

Seperti daerah lain di Indonesia, Danau Maninjau juga memiliki legendanya yang tersendiri, iaitu Lagenda Bujang Sembilan.

Menurut cerita, dahulu kala di daerah itu, sebelum terbentuk danau, terdapat 10 bersaudara yang terdiri dari sembilan lelaki bujang dan si bongsu seorang perempuan bernama Sani.
Sani bercinta dengan sepupunya yang bernama Giran. Namun cinta mereka tidak kesampaian kerana Abang Sulung Sani yang menyimpan dendam kepada Giran membuat fitnah kepada pasangan tersebut. Ini adalah kerana Giran pernah menewaskan beliau dalam satu pertandingan beradu kekuatan sedangkan beliau tidak pernah tewas sebelumnya.


Akibat fitnah, Sani dan Giran dihukum adat dengan dilemparkan masuk ke dalam kawah Gunung Tinjau. Giran ketika itu berdoa supaya apabila fitnah yang ditujukan itu benar, dia rela hancur di dalam kawah gunung berapi itu. Akan tetapi jika fitnah itu tidak benar, dia memohon agar gunung meletus dan sembilan bujang itu dikutuk menjadi ikan. Sebaik setelah pasangan yang difitnah itu melompat tenggelam ke dalam kawah, gunung meletus dahsyat sehingga muncul sebuah danau baru yang kemudian dikenali dengan nama Danau Maninjau karena terletak di Desa Maninjau. Kesemua sembilan saudara lelaki Sani pula bertukar menjadi ikan yang menghuni danau tersebut.

Begitulah kisah lagenda nya.. Bukan sebab tasik (danau) ni ada naga pulak ye. (mentang-mentang tasik ni luas, semua nak kaitkan dengan naga.) wawawa..

Jadi, disinilah letaknya rumah kelahiran Buya HAMKA..
Masa kami sampai, kawasan rumah dah penuh dengan pelancong yang kebanyakan nya dari Malaysia untuk mendengar cerita mengenai Buya HAMKA daripada ahli keluarga beliau.

 Anak sedara Buya HAMKA disebelah ibunya sedang bercerita mengenai sejarah HAMKA

Tips: Sila bertolak awal dan bajet tiba sebelum tengah hari ye, supaya dapat jumpa dengan ahli keluarga Buya HAMKA dan dengar cerita-cerita mengenai sejarah beliau.. Kalau datang tak dengar, rasa rugi pula. Takkan lah nak datang jauh-jauh semata-mata nak tengok rumah dan kawasan kelahiran je kan.. Boleh bincang sama pak supirnya mengenai masa perjalanan 

Tips: Perjalanan jauh dan berbengkang bengkok. Jangan lupa sediakan gula-gula dalam perjalanan untuk elak dari muntah dan pening kepala terutamanya sewaktu melalui Kelok 44.

Selepas puas bergambar di Rumah Buya HAMKA dan di Danau Maninjau, kami terus pulang dan singgah ke Ngarai Sianok, Koto Gadang dan Lubang Jepang. Kawasan bertiga ni sebenarnya dalam 1 kawasan ye diknon.. Kalau mahu ke Lubang Jepang, selepas kaunter tiket masuk, sila ke sebelah kiri. Koto Gadang dan Ngarai Sianok, jalan terus je. Malangnya masa kami ke sana, ada majlis pelancaran untuk kawasan pemandangan Koto Gadang oleh Datuk Bandar. So, tak dapatlah kami nak masuk ke dalam tu untuk ambil gambar. Jadi kami cuma ambil gambar dari kawasan taman atas sahaja..

Ngarai Sianok yang sungguh cantik 

 
 Cenderamata di kawasan Ngarai Sianok.

 
As we can see from here, there is Gunung Merapi dan Gunung Singgalang.

Tiket masuk ke kawasan ini cuma Rp.5.000 seorang sahaja

 Silalah rasai sendiri pengalaman di dalam ini.

Tips : Kepada sesiapa yang nak masuk ke dalam Lubang Jepang, akan ada penduduk/tourist guide yang akan bawa anda masuk, tunjuk jalan bagi elak sesat dalam Lubang Jepang ni dan terangkan sejarah di dalam Lubang Jepang ini..Bayaran RM10 akan dikenakan untuk setiap orang yang dibawa.Tapi kalau ramai-ramai (rombongan bas tu kot) akan dikenakan cas RM5 setiap seorang. 
Tapikan, kalau baca pada blog lain,  dorang kena bayar cuma Rp.20.000 je seorang!!! apani.! 

Kemudian, kami pergi ke Pasar Atas yang terletak di kawasan Jam Gadang untuk membeli belah. Kat Pasar Atas ni lah lokasi shopping yang murah di sini. Beberapa hari kami simpan tenaga dan duit untuk shopping sebab nak ke sini punya pasal. hehehe.. Kat Pasar Atas ni, kebanyakkan barang yang dijual adalah telekung, kain-kain sulam, tudung, baju-baju, aksesori dan cenderamata. Pasar Atas cuma ada 3 tingkat. Tingkat paling atas adalah tempat permainan/Arcade. Cuma tingkat 1 dan  2 sahaja yang berniaga dan di luar-luar kawasan Pasar Atas. Pasar Atas tutup jam 6 petang. Pastikan awak manage masa betul-betul supaya nanti tak terlepas untuk shopping di sini okey.
Pasar Atas ni mostly menjual kain sulam and telekung. Banyak choices and the price much much cheaper. My advise, for those yang kepingin betul mau beli kain sulam tu, borong saja di sini. I can get RP80,000 for 4 meters and RP50,000 for 2 meters. Same quality with Pandai Sikek. Kalau bahagian bawah, ada menjual blaus baju bajuan, but the price more expensive than Aur Kuning. Souvenirs and accessories also you can get from here. After duit dah habis, kami pun berambus from Pasar Atas.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Tips : Pastikan awak survey sehabis baik dulu sebelum shopping ye. Sebab harga boleh dapat lebih murah kalau pandai survey dan tawar. Untuk telekung sulam, kat sini femes sikit dengan Telekung Siti Khadijah tu. Kena lah pandai tawar sikit. Macam i, untuk telekung sulam, i terbeli harga Rp.150.000. tapi bila pusing kedai belakang pulak, telekung macam i beli tu rupanya Rp300.000 untuk 3 pasang. Hehehe.. Takpelah. dah terbeli kan.

Malam tu, penat sangat pulak sebab dah berjalan dan shopping seharian. Jadi, malam tu selepas makan, kami  cuma tinggal di rumah dan kemas barang-barang memandangkan esoknya pun dah nak balik kan.

Day 3:
- Singgah di Panorama Sungai Landia
- Melalui Kelok 44 dan Danau Maninjau
- Melawat rumah kelahiran Buya HAMKA
- Bersantai di Ngarai Sianok dan melawat Lubang Jepang
- Shopping di Pasar Atas


Day 4:
Last day at Bukittinggi. Walaupun flight kami jam 2petang, tapi kami bergerak pulang dari Bukittingi jam 9 pagi kerana menurut supir kami, dalam perjalanan akan ada pasar pagi, which means, jalan akan sesak. And yes.. memang pun.! huhuhu.. rasa perjalanan balik nak ke Airport tu, lebih lama pula.

Dalam perjalanan pulang,  kami sempat juga singgah di Rumah Gadang. Bayaran masuk i tak pasti berapa sebab masa kami masuk, takde pekerja pun yang jaga di dalam Rumah Gadang tu. hehe.. So, masuk jela.  Basically,  Rumah Gadang ni macam Istano Basa Pagaruyung juga (beza istana ofkos la berkali ganda besar), boleh juga kalau nak sewa baju untuk bergambar.  Masa kami sampai, pengunjung pun tak berapa ramai. Ada yang tengah bergambar dengan baju, dan ada  yang bersantai makan sate di taman Rumah Gadang tu. Kat sini, tak lama pun.. Sebab dah pergi ke Istano sebelumnya kan. Cuma bergambar sekejap jela.

And guess what, walaupun keluar awal dan cuma singgah di Rumah Gadang sahaja,  kami sampai di Airport, ngam-ngam jam 1 tengah hari.. Hahaha.. Ya Ampun, jalan tak macet pun, tapi sebabkan keadaan jalan yang sempit, jadi agak lambatlah T_T Apa-apapun,  Alhamdulillah selamat sampai di Airport dan pulang ke Malaysia dengan selamat..


Tips: Di airport, semasa ingin ke balai berlepas tu, kami ditahan oleh pegawai kastam (kaunter ONASI ni) untuk membayar Airport tax sebanyak Rp.5.000 seorang. Tak banyak pun, tapi terkejut pulak tiba-tiba kena  panggil. Apesal i tak tau pun pasal ni. Hahaha.. Silalah sediakan duit siap-siap ye.

 Begitulah LOOONG entry i. Thank you so much for reading this super long post! Sampai bersambung 2 part lagi uols.. Ha amikkau. Apa pun, Bukittinggi Indonesia sangat berbaloi untuk dilawati sebabkan keindahannya. So yeah!! I nak ke sini lagi sebab i rasa tak puas shopping.! hahaha

Terima kasih daun keladi,
ada masa, nanti  i tulis lagi.. (waaahhh !!)

Pasar Atas ni mostly menjual kain sulam and telekung. Banyak choices and the price much much cheaper. My advise, for those yang kepingin betul mau beli kain sulam tu, borong saja di sini. I can get RP80,000 for 4 meters and RP50,000 for 2 meters. Same quality with Pandai Sikek

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Mostly barangan yang dijual seperti kain, kebaya set, baju baju, blouse, telekung, persediaan perkahwinan, kerepek dan macam macam lagi

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Mostly barangan yang dijual seperti kain, kebaya set, baju baju, blouse, telekung, persediaan perkahwinan, kerepek dan macam macam lagi

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Mostly barangan yang dijual seperti kain, kebaya set, baju baju, blouse, telekung, persediaan perkahwinan, kerepek dan macam macam lagi

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_c

You May Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. ada..
      +6281363385879 Aldi (Starlight Tour Travel)

      Delete
  2. next time ble try ke area payakumbuh & lembah harau...view mmg cantik..(Y)

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera..
    Perkenakan saya Yola Tour Operator di PT PESONA JEJAK WISATA T&T BUKITTINGGI.
    saya ingin menarwarkan Pakej Percutian Padang – Bukittinggi dan tempat tempat menarik lainnya di Sumatara Barat atau Indonesia dengan harga yang menarik.untuk informasi Silahkan hubungi kami di
    Whatsapp + 62 823 8847 1349 ( Yola ) + 62 818 0680 3803 ( Subari )
    E-mail : Bari.jejakbali@yahoo.com
    Telp : 0752 33543
    Facebook : Yola Pesona
    website : http://baripesona.blogspot.co.id/

    ReplyDelete