Parking jimat ke KLIA dan KLIA 2

by - Wednesday, March 01, 2017

Hai korang..
Inilah entry yang dibawakan khas dari I untuk traveller yang tak tau cara jimat dan mudah nak parking untuk ke KLIA / KLIA 2. Dah beberapa kali ke KLIA 2 pun lupa nak update. T_T

Kita ni kalau travel bukannya pergi sehari dua. Mesti berhari-hari. Lepas tu gelabah la nak cari solution macam mana cara nak ke KLIA / KLIA 2 kan. Nak minta tolong orang hantarkan, kau amik tiket promo Air Asia yang tarikh tu rupanya masa orang berkerja. 1 thing dah susahkan orang pulak nantikan. Antara cara lain, kau parking kat tempat parking KLIA 2 je. Tapi, tidak jimat disitu pulak sebab harga parking di KLIA 2 tu RM 46 untuk sehari untuk 3 hari yang pertama dan RM 20 sehari berikutnya.

Well, still think that it is too pricey for you? Fret not! Here’s another option for you.

Untuk mendapatkan parking yang jimat dan murah, biasanya I akan park kereta I di Park N Ride, Putrajaya Sentral sebelum ke KLIA 2. Parking di Putrajaya Sentral ni pula berbumbung. Ada 1700 petak parking dan ia ada 3 level. Parking rate di Putrajaya sentral pun tak mahal. Masa I ke Padang, Indonesia baru-baru ni, untuk 4 hari 3 malam, kereta I cuma perlu bayar RM20 sahaja. Murahkan.!! Ini rate parking di Putrajaya Sentral 

So kiranya kalau 1 hari park tu RM6 jela. 

Had limit park kereta di sini adalah 14 hari. I tak tahu bagai mana pengiraan sekiranya kita park melebihi 14 hari. Mungkin secara manual. Tapi kalau nak park lebih dari 14hari, informlah pada pegawai bertugas di sana. 

Daripada Putrajaya Sentral ke KLIA,  boleh naik ERL yang stesen nya cuma sebelah je daripada car park tu. Gunakan laluan berbumbung yang bersambung di aras 3 and wallah, dah sampai ke KLIA Transit. (easy..easy..easy). 

Ini harga tiket untuk ke KLIA / KLIA 2 menggunakan ERL.
 Masa perjalanan dari Putrajaya Sentral ke KLIA 2 cuma 20minit sahaja dan ada 2 stesen sahaja sebelum sampai ke KLIA 2 iaitu Salak Tinggi dan stesen KLIA .


Untuk jadual perjalanan, sila ke SINI
Stesen KLIA Transit ni betul-betul terletak di dalam KLIA2 di aras Mall. Sampai je, boleh terus naik escalator dan ke balai berlepas. Mudah dan jimat masa.. Bab parking pula, dah jimat kan. hehe

Ok.. Happy holiday uols. Semoga tips ini membantu.
Oh ya.. you're welcome.

xoxo

Untuk Parking di Salak Tinggi, boleh ke SINI

You May Also Like

6 comments

  1. salam..tq atas info yg berguna ni.. tp nk tanya, kalau kita naik dr salak tinggi, recommended tak? sbb tgok mcm jimat kos transit dan kos parking pun sama.. tp tulah, takut ade hidden cost dan takut tak safety mcm putrajaya sentral..

    ReplyDelete
  2. Kalau parking di Salak Tinggi lebih jimat dear.. sebab lebih dekat.. dan safety pun ok..

    ReplyDelete
  3. Sis park kereta dekat park n ride Putrajaya tu mmg selamat la kan? Kawasan parking tak mencurigakan ker? Btw banyak tak kereta yg park dkt situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kereta park situ..dan InsyaAllah selamat. tempat parking sama macam kat KLIA.. Berpalang.

      Delete
    2. Thank you so much 😍😊😊😊☺☺

      Delete