Kucing Suka Berak Depan Rumah

by - Saturday, February 25, 2017

Topik ni ditulis bukan sebab I tak suka kucing.. bukan..bukan..
Sebab I sendiri pun bela kucing (Mr.Ogoshi dirumah).. Tapi since I mula pindah kat rumah sewa, masalah I hadapi ialah..

Kucing jiran membuang air depan pintu rumah

Ok. Memang masalah besar.! Bukan air kecik je.. Air besar pun ada. Besar sangat dah masalah ni. So un-ladylike. Mungkin masalah ni nampak remeh bagi sesetengah orang. Yela, kucing ni, kita tak boleh nak kawal bontot dia nak berak kat mana kan. Tapi masalahnya, kalau dah setiap hari. Balik kerja je nak masuk rumah, stress nak!! Kalau tak cuci, baunya menekup hidung. Terpaksa cuci kan.

Dah cuba tips taknak bagi kucing kembali berak depan rumah? - tanya netizen.

So far, yang I pernah cuba, lepas cuci je tetahiks tu, tabur serbuk cili dan serbuk kari. Tak menjadi! masih lagi ada tetahiks tu esok lusanya.
Lepastu, I try tabur lada hitam yang ditumbuk dikawasan bekas tetahiks. Esok lusanya ada lagi. Baiklah, sungguh degil.
Adik bagi tips lain, lepas cuci, siram dengan air panas supaya bau bekas tetahiks takde dan kucing tak dapat bau lagi. This one pun tak jadi..! ok fine.
And.. paling femes, letak botol air jernih depan rumah. Konon-konon kucing nanti nampak pantulan muka dia, lepas tu shy-shy cat dan tak jadi nak melabur. Ini tak berkesan jugak. 

Nampak tak, banyak jugak tips dah cuba.. Belum berkesan. Tapi.. 1hari, idea ni datang menerpa.
*ting* idea menerpa kotak pikiran. *ting* bunyik roti dah keluar toaster untuk sarapan. 

Cuci bekas tetahik / najis kucing dengan sabun basuh kain. Lepas tu mop atau bilas semula dengan air cuka.

haa.!! seriously.. belum ada tanda-tanda kucing akan kembali membuang didepan pintu rumah setelah I mencuba tips ni. Hehehe.. Kenapa cuba tips ni? Sebab I ada terbaca dalam 1 blog. Bunyinya begini..

Air kencing kucing mengandungi Urea, Urobilin, Uric asid, Sodium, Elektrolit, Creatinie, Pheromones dan lima jenis bakteria. Wahh! bahasa sains gitu. Jadi nak cuci najis kucing perlulah menggunkan pencuci yang ada enzim supaya komponen-komponen dalam air kecing kucing dapat hilang. Bukan  pencuci yang mengandungi ammonia. Sebab kalau dengan ammonia, ia akan mengaktifkan lagi bau. Sebab tu, kucing akan datang semula selepas tanda kawasan dia. 
Ecewah!! Terms sains akak bagi ni. Eh, baca elok-elok.

Jadi.. Kalau tengok pada pencuci kain kita, atau dengar iklan pencuci kain tu, dorang suka mention 'mengadungi co-enzim' apekejadah tu kan.. Sebab tu I cuba cuci dengan sabun pencuci kain. Selepas tu, baru I akan tuang cuka.. renjis-renjiskan sikit kat kawasan tu supaya bau tu akan natural. Jadi..begitulah tips macam mana nak elak kucing dari berak atau kencing semula di kawasan rumah kita yang I dah cuba.

pegilah cuba, try, test.!

Good Luck!

You May Also Like

7 comments

  1. Akak penah try yg letak botol mineral..mmg tak menjadi. Tips ni ok gak guna. Tq miera

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. kucing tak heran agaknya.. Good luck kak.. hehe

      Delete
  2. Kawasan belakang saya ada kawasan semen yang bersih di situ temapat favourite dia. Rumah orang lain dia tak pergi buat business! Puas tiap2 hari menyuci macam naik takut pulak sebab kucing2 hitam... seram. Ok dah cuba semua yg disebut dan cuka tapi letak sikit je, hari ni nak letak banyak sikit. Thanks

    ReplyDelete
  3. salam.
    cuka yang digunakan tu cuka masakan tu ke?
    and awak guna pencuci jenama apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, yup cuka masakan. Saya guna pencuci jenama Daia warna pink tu.

      Delete
  4. Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
    Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
    Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
    www.tenringgitshop.com
    Selamat mencuba yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih untuk idea ni.. Ada juga terbaca di FB pasal cat repellent. TQ, nanti saya cari :)

      Delete