Penjagaan Kulit dengan Scrub Letops



Hai,
This is like a really short entry..  (Yeke short sangat tu?)

Baiklah.

Kulit yang cantik menjadi idaman kalbu setiap makhluk.. Kalau dulu sedari kecil mak dah pesan jaga sikit kulit tu, sapu itu ini. Macam-macam petua la dapat dari mak (Hai mak) untuk kita dapat kulit idaman kalbu tu. Tapi, bila dah besar, amboi.. Malas betul ekau nak jaga. Kenapa malas nak jaga kulit? Tak paham betullah. Tapi keinginan nak kulit licin macam bawang tanpa whitehead dan jerawat tu selalu membara-bara. Ish. lagi lah tak faham. Lepas tu terus cari macam-macam produk untuk kulit cantik padahal lupa, guna bahan semulajadi tu lebih selamat. Tapi, yelakan.. dah malas tu, malas jugak lah. Isk..isk..isk.. Jadi, sebab tulah terus berasa terpanggil untuk bercerita tentang penjagaan kulit dengan scrub naw naw.. Comel pulak nama scrub kan.

Tada.. Scrub Letops Naw Naw by Diva Letops. 
Baca nama pun dah rasa meletops-letops uols.. Ovah!!!


So basically, scrub ni diperbuat dari bahan semulajadi. Ingredients yang kau boleh dapat di dapur emak. Tapi sebab kau pun pemalas nak buat scrub sendiri, makanya lebih mudah kalau kau beli yang dah siap supaya proses dan masa untuk mencantikkan badan tu ada.

Antara bahan-bahan masakan yang digunakan ialah :-
1- Beras
2- Cekur
3- Jeringai
4- Raja Suri
5- Kulit Rambai
6- Kunyit

Gitu.. bahan-bahan semulajadi taknak kalah banyaknya. Lebih banyak daripada nak buat masak lemak kegemaran emak mentua. Dan.. sememangnya, bahan-bahan semulajadi  yang I dah senaraikan di atas ni memang bahan-bahan yang terbukti digunakan dalam petua untuk mencantikkan, menghaluskan dan mencerahkan kulit. (Kalau tak caye, boleh tanya En. Google). Tapi begitulah hendaknya. Tak semua bahan-bahan ini ada di dapur emak rupanya..  Jadi  untuk jimat masa dan tenaga memblender bahan-bahan kering ni, cara jimat ialah guna Scrub Letops je.

Cara penggunaan ada ditunjuk di atas penutup. 
Basahkan muka atau badan. Ambil scrub secukup rasa, dan campurkan air sedikit mengikut naluri wanita cantik. Tak perlu nak banyak sangat.. Ikut naluri wanita cantik la. Lepastu, boleh terus sapukan ke muka atau badan sambil gosok-gosok sikit bagi kulit mati tanggal. Dan bilas. Kalau muka  kuning lagi, bersihkan  dengan pencuci muka. Mudah  kan?


Sambil scrub, boleh la pejam mata sekejap.. Walaupun arahan dibotol kata tak perlu tunggu kering, tapi sebab nak feel gosok kulit bagi hilangkan daki dan segala mala cela, tunggu la sekejap sambil tido kroh kroh krohhh.. mekap kat mata pun terlupa nak bersihkan.

The best feelings ialah lepas cuci muka setelah berscrub.. Kulit rasa lembut dan licin macam bawang. Fresh sangat dan rasa macam tegang la sikit kulit tu.. Gambar atas ni memang sengaja nak bagi zoom area kawasan hidung sebab disitulah masalah whitehead dan blackhead berkampung. Tapi lepas berscrub dan bergosok manja,  dah hilang..
  
Nak la licin macam pelakon Korea tuh.! Jeles I, kulit dia lagi cantik. Huh. botox.Tapi kita yang wanita melayu ni, guna bahan kat dapur yang dah dibotolkan je. Jimat masa. hahaha. Kalau dah senang macam ni, tinggal lumur dan scrub terus pada muka dan badan, tapi tetap malas jugak nak buat, tak tau la nak  kata apa. T_T

Pergi ke instagram @scrubletops_hq untuk maklumat lanjut. Beginilah short entry I.

SEKIAN, JAGALAH KULIT ANDA SEBELUM TERLAMBAT.


Resepi Spaghetti Aglio Olio yang ringkas


Tak..tak..
Miera takde lah rajin memasak. Kalau nak cerita bab kronologi pengetahuan memasak tu, alahai. Sedih lah. hahaha..  Kalau nak masuk dapur tu, alahai berebut dengan abah. Sebab kat rumah abah paling pandai masak. Campak-campak je dah sedap. (Abah kata siraman kasih sayang gituewww)

Tapi.. entry ni nak share jugak resepi Spaghetti Aglio Olio sebab ni percubaan pertama, dan menjadi yawww!! Wah? Nampak tak baru jer masak tadi terus hapdet sekarang jugak. Begitulah hendaknya bila dah atasi masalah kemalasan dengan mengdownload apps Blogger di phone. Terus snap, terus edit, upload di Instagram, lepas tu bila dah ramai like, baru upload kat blog. wahaha..

Jadi..mari mulakan resepi masak memasak versi Miera Hassan.

Bahan-bahannya:-
200 gram spaghetti 
1 keping dada ayam, didadu* (kalau nak ubah seafood pun boleh. Miera tambah dengan sosej pulak. Meriah lauk spaghetti ku kan)
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai, cincang halus atau tumbuk
Garam secukup rasa
Parsley untuk hiasan.

Chilli flakes
Minyak zaitun untuk menumis





Cara-Cara Memasaknya: 
1. Spaghetti direbus sehingga lebut dan
toskan. Air rebusan jangan buang lagi.

2. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Kalau takde minyak zaitun, pakai lah minyak masak. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan lauk pauk idaman. Kacau rata dan masak hingga ayam atau lauk berubah warna.

3. Masukkan spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley dan chilli flakes sebelum dihidangkan.

4. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan spaghetti tadi untuk nampak basah sikit.

Dan tadaa... (letak udang sikit.. meriah betul lauk spaghetti)

Pastu siap! Wah? Senangnya. Macam tak deserve satu blog post jer resepi nih, tapi sebab ramai yang tanyakannn. Inilah hasilnya setelah dihidangkan dan ditabur chilli flakes berserta parsley.
Kalau takde daun parsley dan chilli flakes, jangan sedih. Sebab ini untuk hiasan je. Tapi kalau takde, tak berseri la.. Baik pergi beli. Jenama Tesco, RM5.49 je.. Chilli flakes RM1.68 je beli yang dah siap timbang kilo tu ha. 


Well, akak ofis kata menjadi dah resepi ni. Perut kata, waahh patut buat lebih. Untuk ditambah-tambah makannya. SEDAP LETTEW.!
Ok. good luck
xoxo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...