Case Compare & Complain, makan gaji vs berniaga



Hai.. nak membebel, soal perspektif berkerja dan berniaga. 
i don't really remember where i saw this, but a while ago, i macam ternampak (again i forgot where) dan terbaca (ok, lupa yang mana satu) a group of people comparing their work with engineersss (saje tambah S, sebab ghamai)

Example:
" Engineer ni kerja glamour, tapi sebenarnya hamba" amboi..

"Untunglah Miera Mariah Carey (pun boleehhh) kerja jadi Engineer, tapi kerja busy.. No life" Eh amboi..

"Anak dara tu jual nasi lemak, lebih banyak duit yang dia dapat daripada kalau dia jadi Engineer"

Ok.. these are only examples ok! =P
***
Beginilah..
Sebenarnya tak tau la, these people jealous atau pun memang tak suka Engineers. Kadang peliks, kenapa la orang suka sangat comparekan kerjaya Engineering dengan kerjaya lain, as for example and obvious, BUSINESS!!

Well, hello.. I bukan la nak marah.. It is just, when i saw these kinds of comments, it's like.. 
men-downkan i. (and i'm sorry i bring this up). Sana sini kalau I baca statement orang yang berniaga ni, mesti berbunyi begini;

"Pendapatan berniaga nasi lemak ni, lebih banyak daripada apa yang company Engineering tu tawarkan dulu".. ok then.

"Puan Ainin ni dulu Engineer di Syarikat Makan Gaji Buta, sanggup berhenti kerja dan berniaga menjual basikal serta membuat networking kerana gaji di Syarikat Makan Gaji Buta itu tidak menjadikan beliau jutawan"

***
Apa yang kalian cuba sampaikan disini?
Look.. I'm a Bridge Engineer and I'm also a business person. I'm doing my online business as a part time.. Means that, I berada dikedua-dua tempat iaitu makan gaji dan berniaga. But, bila I baca statement macam ni, honestly I rasa tak perlu. Tak perlu..! Apa pun yang kalian cuba sampaikan, tak perlu comparekan apa yang kalian dapat. 

Why Engineer?
Sebab, engineer ni, semua orang fikir gaji besar, tapi hakikatnya hidup macam kak Miera Mariah Carey (perasan lagi) tu ke? Come on guys. Bila cakap soal sibuk atau tidak, itu adalah pilihan sendiri. Macam mana cara membahagikan masa sendiri dan kerja. Jangan lah fikir, Engineer ni kerja macam hamba. Kalian nak cakap, orang kerja makan gaji ni hamba jugak ke?
Yes, rata-rata gaji Engineer di Malaysia ni, tak besar. Pengalaman 5tahun ke atas baru dapat merasa gaji yang selesa berbanding berniaga yang hanya perlukan beberapa bulan fokus dah boleh jadi jutawan. 
Yes, berniaga itu sunah nabi dan 9/10 sumber pendapatan datang dari berniaga. Tapi, adakah comparing kerjaya orang dengan berniaga menjadikan itu juga sebahagian dari sunah Nabi?
(jangan buat cerita I tak suka bisnes ye, business pun salah satu passionate I)

Memang tak dinafikan, kerjaya Engineer ni gaji tak seberapa lumayan berbanding jika full-time berniaga. Memang tak dinafikan, kerjaya Engineer ni, stress dan sakit kepala fikirkan masalah, tapi masa flexible untuk diri dan family kurang. Tapi.. setiap orang ada passion tersendiri. Setiap orang ada pilihan sendiri. Tolonglah stop compare dengan kerjaya orang lain.

I paling benci statement mamat 'bodoh' yang dah berhenti jadi Engineer tu, yang konon-konon sekarang tengah buat full-time business (sebab dia kata dulu dia Anjing-neer.) Bukan salah kerjaya, tapi memang dulu kau Anjing agaknya. Ok.. akak Mariah Carey marah. Siapa pernah baca kisah viral ni? Ok.. Maafkan akak sebab keluar bahasa kesat. %*)(&*#

Pernah tak kalian terfikir, perkara yang sebegini akan membuatkan ada golongan anak muda yang tidak berminat untuk mendapatkan ijazah, malah diploma sekalipun apabila terpengaruh dengan cerita 'nasi lemak' yang mampu memberi pulangan lumayan. Ada yang terpengaruh dengan cerita pemain hartanah menjadi jutawan walau dengan memiliki sijil SPM. Pernah terfikir?
Pernah tak kalian terfikir, tindakan kalian yang suka compare kerjaya Professional ini akan membuatkan masyarakat luar berfikir, apakah berbaloi pengajian di universiti atau pusat pengajian jika kita mencari sesuatu yang berbeza dan lain. Kita mungkin tidak rugi apa-apa. Namun, negara akan rugi dari segi sumber tenaga dan percambahan ilmu.

Percayalah kata-kata ni,
Kesilapan paling bodoh orang berniaga ialah memperlekehkan golongan yang makan gaji.

Ubah mindset.
it's time to stop comparing and complaining.
Life is amazing! We are all amazing!
It'll be a waste if you can't see how amazing it is 
(because you're too busy comparing and complaining)!

xoxo

Tips Bercuti ke Lombok


Since I’ve started travelling to Bandung early of this year, I am really fall in love with Indonesia. Dan, memandangkan Indonesia ni banyak wisata yang cantik-cantik, terus decided, Eh nak buat projek travel "Misi Jelajah Indonesia" lah. Kehkehkeh.. 
Dan, salah satu tempat yang berada dalam list ialah Lombok, Indonesia.


Inilah entry tergendala akibat daripada kesibukan kerja. I ke Lombok pada 24th September 2016 dengan adik. Kemain nak BOLD kan part tarikh nak bagi korang tau. Kiranya ini short trip la sebab 4D3N je untuk kembalikan mood yang stress sangat dengan kerja. Untuk trip kali ni, kami susun sendiri melalui perkongsian rakan blogger dan dari group Backpackers Buddies Malaysia (BBM).

Amaran : Ini bukan entry percutian bajet. Korang boleh ambil isi untuk disesuaikan dengan bajet sendiri. Ok.. Awal-awal I bagi warning uols..


Ok sambung. Kami ambil flight Air Asia, lepas balik dari Bandung. So, dapatlah harga tiket RM370 returns including meals on flight untuk seorang. Pergh..pergh..pergh. Main beli je dulu, plan tak buat pun masa ni. Kami tak add-on baggage sebab bawak barang sikit je pun. Ini dikira sangat mahal sebab takde promo. Korang boleh dapatkan harga flight lagi murah dari ni bila ada promo. OMG!



Tempek muka dulu kat KLIA2

Jadi, Entry ini dibawakan khas daripada Lombok (ececeh) dan I bahagikan entry ini kepada 2 bahagian. Marilah bersama-sama membaca tips menarik untuk yang dah plan nak bercuti tuh. Dan.. I starts with Itinerary first :
Sila ambil pen dan kertas sebab entry panjang gilers.

Bercuti ke Lombok

Hari Pertama : Senggigi.
Ok.. Untuk malam pertama (tersipu malu), kami duduk di Senggigi. Senggigi ni macam ala-ala tanah besar la.. Memandangkan flight kami tiba malam dalam jam 7.00 malam, a bit delay sebab masa kami sampai sana cuaca agak buruk and we hanging there about 20 minutes sebelum landing. Turbulence agak menakutkan tapi alhamdulillah our Captain did his very best. Bravo Captain! 

Masa di Lombok adalah sama dengan masa di Malaysia ye, cuma waktu subuhnya lebih awal dan hari dah mula gelap sekitar jam 6.00 petang.  Sampai di Airport Lombok, Pak Supir dah sedia menunggu, dan kami teruskan perjalanan terus ke Senggigi yang mengambil masa dalam 2 jam dari airport. Tak lah petak sangat bontot tu kan. OMG! COMELNYA PANGGIL BONTOT PADAHAL BOLEH GUNA PUNGGUNG KAN.. 

Tapi sebelum tu singgah beli simkad dan makan di Restoran Nada Alam Nyaman. Dan of course menu wajib korang mesti cuba dekat Lombok ialah Nasi Ayam Goreng Taliwang. Geng kuat makan, please noted this ok. Then checked in Bumi Aditya Hotel di Senggigi.

Rate hotel Agoda : RM90 / malam
Hotel ni cadangan dalam group BBM
Tuala mandi tak disediakan. Memang musafir la.
Standard room

Day 1
  • Arrive Lombok (1845)
  • Dinner Restoran Nada Alam Nyaman
  • Check in Bumi Aditya Hotel
  • Rest

Hari Kedua : Waterfall Tour & Gili Trawangan
For Waterfall tour is very challenging and damn tired ! Coz u need to walk / hiking to see the waterfall up there (amboi ayat), but its okay kalau kaki korang memang tegap. I sudah nak mati naik situ. Alahai lemak. Eh bukan I, tapi adik I (Padahal malu nak ngaku). So lepas breakfast, pukul 9.00 pagi Pak Supir kami dah tunggu di hotel untuk perjalanan seterusnya. Kami ke Air Terjun Tiu Kelep & Sendang Gile. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui jalan kecil dan berbukit-bukit. Again, 2jam lagi. Kali ni pun tak sempat nak petak bontot sebab 2 jam tu terjadi kerana singgah ke beberapa check-point untuk bergambar. hihihi.. 

1st waterfall, Sendang Gile (15minutes). God knows how struggle for me to get here. I didn't know it was this tough but yeah I made it. Yes.!! kat sini mcm kene scam pulak kene bayar quite hundred thousand rupiah. Ok, jangan terlepas part tips I akan bagi nanti untuk kat sini. Janji tau, kena baca! Kat Sendang Gile ni ramai orang mandi. Susah gile nak bergambar. Ramai pulak sampaikan rasa "Kenapa semua nak photobomb gambar daku".. T_T. So kami pun teruskan untuk naik lagi ke air terjun yang atas pula, Tiu Kelep. 

2nd waterfall, kat bahagian atas, Tiu Kelep (20minutes). Ini pun struggle jugak. Tapi bila dah sampai kat Tiu Kelep, korang akan terpana dengan pemandangan air terjun kat sini. Subhanallah, cantik sangat.. sebab bertingkat-tingkat.

Malu nak pandang.. Auch!
Kat sini, aman la sikit nak mandi. Nak bergambar pun masih ada ruang. 
Tempat tukar baju ada disediakan di bahagian bawah ye masa tempat mula-mula sampai sini, bayaran Rp 2.000.

Next, kami terus ke bangsal (jeti) untuk terus ke Gili Trawangan. Tiket boat boleh beli di kaunter bangsal dan ada beberapa jenis boat (Public Boat, Fast Boat and Private Boat) . Kalau public boat tu, naik dengan orang kampung berserta dengan ayam itik mereka. Hahaha, ok la..boleh buat bersembang-sembang. Masa pun lambat sikit la nak sampai tu, around 40 minutes la. Tapi kami naik Fast Boat (orang kita panggil Speed Boat) cuma ambil masa around 20 minutes je. 
Sumber gambar : Google. Lupa nak amik gambar
Public Boat - Rp. 15.000 per person
Fast Boat - Rp. 85.000 per person
Private Boat - Rp. 850.000 per boat (max 4-5 person)

Basically, Lombok ni ada 3 gili (pulau kecil) ye. Gili TrawanganGili Air dan Gili Meno
Dan ofkos paling popular adalah Gili Trawangan sebab kat sini lah dimana mat-mat saleh ramai berkumpul (anak ikan mata biru u..) . Jadi, I suggest korang stay kat Gili Trawangan ni sebab kat sini more happening, ramai orang & memang cantik. Cuma pastikan korang pilih hotel yang jauh sikit dari night market, sbb mat-mat saleh ni suka berparty malam-malam, nanti bising. Tapi jangan jauh sangat, sakit kaki nak jalan. Ada cidomo (kereta kuda) tapi kami ni jenis kesian nak naik, sebab terasa macam kuda bawak anak gajah ni. huhuhu. 

Untuk di Gili Trawangan, kami menginap di Black Penny Villa. Saje je pilih hotel ni sebab bilik kat hotel ni, privacy tau. Konon-konon macam daku adalah traveller yang nak bermanja jugak. Setiap bilik ada swimming pool sendiri. 


Rate villa Agoda: RM250 / malam

Mungkin dorang ingat kami honeymoon kot sebab tempahan 2 orang. Hehehe
Makanan di Gili Trawangan senang je nak cari, sebab banyak restoran dan ada pasar malam. Pilihan kami, pasar malam sebab nak usha sekali rate snorkeling untuk esok (terus booking lah).

Day 2 
  • Breakfast & check out 
  • Heading to Senaru Waterfall -  Tiu Kelep & Sendang Gile 
  • No Lunch (Sebab nak cepat)
  • Heading to Bangsal (place to take boat-40minutes) -> Gili Trawangan 
  • Check in Hotel 
  • Explore island by walking 
  • Dinner at Pasar Malam 
  • Rest 

Hari Ketiga : Snorkeling
Snorkeling day!! Ini memang part wajib kalau korang bercuti ke pulau lah. Kalau tak, nak buat apa lagi. So berkumpul jam 10.00 pagi yang cuaca dah panas terik macam tengah hari. Basically, ada 4 check point tapi kami pergi 3 checkpoint je sebab 1 lagi tu terpaksa batal. Air keruh wei.. Nanti tak nampak pulak ikan. Eh tak, ikan yang tak nampak I pulak karang.. T_T. Seriously, cantik sangat. Memang berbaloi sangat dapat snorkeling kat Lombok. Dah penat berenang bersama safety jacket, kami berhenti makan kat Gili Air. Makanan sendiri tau. Tak disediakan dalam pakej snorkeling ni.  

Zapin dalam air. Kau mampu.? hahaha.. mana tah ikan punya gambar. Lari kot bila I terjun. T_T

Rate Snorkeling : Rp.100.000 per person.

Habis snorkeling jam 3.00, so balik bilik berehat sekejap. Petang jam 5.00 baru keluar untuk tengok sunset. Ini pun keluar dah terlewat sebab tertidur. Jam 6.00 petang hari dah gelap tau. So better korang keluar awal ye. Lagi-lagi kalau ada keinginan nak bergambar kat buaian Ombak Sunset yang femes tu. Kami tak sempat, sebab ramai dah mula beratur nak bergambar. Tula.. lambat keluar kan.. terpaksa lah tengok dari jauh dan explore island dalam sejam tu.

cantik kan? Taken by iphone with no filter. I love u camera iphone. 



Day 3 
  • Breakfast 
  • Snorkeling at Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air 
  • Lunch 
  • Explore Island and View sunset 
  • Dinner 
  • Rest 

Hari Keempat : Sasak Village & Kuta Beach
Ini hari terakhir kami kat Gili Trawangan. Jadi, lepas breakfast terus beli tiket boat untuk balik ke tanah besar lombok. Rate tiket boat sama macam yang I cerita previously. Masa balik ni, memandangkan flight jam 7.00malam, so kami pergi dulu ke Sasak Village.


Kena amik cepat. Tengah jalan tu. Muka adik je. I tak sempat lah. Malu lettew!
.
Di Lombok, tempat yg kami pergi dekat atas ialah Sasak Village di mana tempat tinggal asli utuk kaum dorang, suku kaum SADE. Okay, apa yang menariknya di sini ialah, kami belajar mengenai 1 budaya unik masyarakat Lombok yang paling femes sekali iaitu "Melarikan Anak Dara Orang". Part ni I akan cerita dalam next entry - Uniknya Lombok Indonesia.

Cost di Dusun Sasak : Sumbangan seikhlas hati.


Lepas tu, sebelum kami ke airport, kami singgah ke Kuta Beach. 

Saje nak ambil gambar terakhir sebelum meninggalkan bumi Lombok. Pantai ni terletak disebelah barat lombok. Cantik sgt! Cuma yang tak selesa sebab ada banyak anjing berkeliaran. Tapi tak kacau orang pun. Yang "kacau" ialah peniaga kecik (budak umur 5-6 tahun) kat sini. Sinonim dengan Indonesia, dorang mencari sesuap nasi dengan apa cara sekalipun (I respect!), cuma tu lah.. dorang akan follow kita all way round dan pujuk kita beli. Haishh..tapi nanti dia dah bosan kita tak layan, dia pergilah. Budak2 umur 5 6 tahun dah meniaga, sebak jugak tengok. Teringat anak-anak kecik kat Malaysia yang mungkin tengah seronok pegang gajet & ipad. Dorang pujuk I beli gelang dorang jual, bukan mahal pun. Tapi I tak beli sebab cash dah takde pun. Habis masa lunchtime dah. Hahaha

Part paling kelakar, bila dah takde tourist lain yang datang kat situ, dorang letak barang-barang jualan dekat tepi, dengan malu-malu bukak baju & seluar dorang dan lari bersorak masuk laut. Yup bogel! Hahaha tapi memang cute sangat malu tu, siap intai-intai nak bukak baju takut I nampak lettew.. Fitrah budak-budak kan.. Walaupun parents minta dorang bantu meniaga, tetap nak main dengan kawan. Yang lelaki terjun laut, yang perempuan main tengteng. Cute sangat. Ape pun, keadaan dorang masih daif lagi, itu yang I boleh simpulkan.
Day 4 (Last Day) 
  • Breakfast and check out 
  • Heading back to Senggigi 
  • Sasak Village Tour + Souvenir 
  • Lunch 
  • Kuta Lombok Beach & Tanjung Aan Beach
  • Heading to airport - flight (1915)
Kuta beach yang sangat jernih airnya


Currency Rate : 1Million rp = Rm320 (September 2016)

*Flight Ticket - RM370 / person / return
*Hotel 4H3M inc breakfast - RM600 = RM300 /person
*Supir - Rp 1.300.000 = Rp 650.000/person
*Speedboat to Gili = Rp 85.000 /person x 2trip
*Snorkeling = Rp.100.000 / person 
*Waterfall - Rp. 300.000 (after nego) = Rp.150.000 /person
*Tukar baju di waterfall = Rp. 2.000/person

Total cost Indonesia rate Rp.1.072.000 = RM 342.40
Total cost MYR rate = RM 670

Total exclude makan dan souvenir = RM 1012.40/person

Tapi tak rasa sangat sebab tiket flight dah beli 5 bulan awal. Hotel booked kat Agoda pun 3 bulan awal. hehehe.. Jadi.. belanja kat Lombok jelah. So.. Nak jimat lagi mungkin korang boleh cut cost pada hotel dan beli tiket flight awal atau masa promo. And.. jimatkan lagi pada part waterfall tu. Baca tips melancong ke Lombok di bawah ye.

Sekarang.. inilah masa yang ditunggu. *Drum roll please.!!!
(Padahal takde yang tunggu kot) T_T


Tips Melancong ke Lombok


1) Airport 
Bawa pen siap-siap dalam beg sebab macam biasa sampai Indonesia kena isi borang kastam dia, kiranya dah sampai kt airport sana terus serah pada kastam je tak payah beratur kat situ utuk sebatang pen!

2) Transportation 
Kalau boleh siap-siap tempah supir and tempah supir tu make sure survey banyak and try nego. Disarankan ambik supir ye sebab perjalanan satu tempat ke tempat lain sangat jauh!

3) Duit makan 
Sediakan duit makan lebih sikit untuk supir sebab ada sesetengah restoran dia akan tanya, mau dibayar makan supirnya tak..yelah tak bayarkan macam kedekut naw. Pilihan ditangan anda.

4) Waterfall 
Ini bergantung pada stamina ye adik-adik, sebab nak naik tengok air terjun tu kene menapak ala-ala hiking gittew.. dengan nak meredah batu-batu dan hutan rimba, adik I pancit haha! 
Bayaran? Okay kalau baca blog orang lain, orang kata tak payah ambil tour guide pun takpe, boleh je kalau nak gerak sendiri sebab ramai orang kat situ. So korang follow je orang lain atau follow orang yang amek tour guide kehkehkeh.(pandai-pandai lah korang jangan nampakkan obvious menumpang tu). Masa I sampai, orang macam takde je kat bawah tu yang sampai. Nak follow pun tak tau nak follow siapa, Lepas tu kena approach la macam biasa. Dan, I rasa dah macam kena scam pulak, kena setepek Rp.300.000! Tu pun konon nego lah, harga asal Rp.600.000. #matilanak

5) Hotel
Untuk di Lombok, better cari area Senggigi atau Mataram, agak jauh dari airport tapi syok sikit ada pekan dan cantik. Macam hari tu I ambik Hotel Bumi Aditya. Hotel ni murah, and I can say the room is average. Boleh la buat tidur satu malam sebab kitorang sampai dah malam pun. Kalau korang sampai siang, boleh terus ke Gili, lagi berbaloi. 

Untuk Hotel di Gili buat few research pada location hotel yang korang nak. Area berdekatan dengan Jeti sangat happening ada pasar malam, restaurant & pub. Malam agak bising sikit lah sebab matsaleh berpoya kat situ haha. Yang best nya sbb dekat dengan jeti so tak payah la pikul beg jauh sgt. 

Untuk bahagian belakang pulau sana ialah sunset view point, memang sangat cantik dan harga hotel pun quite pricey. Jauh dari jeti tapi ada transport la, naik cidomo (kereta kuda), tak sure berapa bayarannnya sebab kami tak naik pun.

6) Tiket boat to Gili  
Harga I dah terangkan dalam entry. Tolong jgn beli kt "ulat tiket", mahal okey.

7) Snorkeling 
Cuba usha sekitar situ, ada banyk tempat tawarkan snorkeling, rasanya rate sama kot. Cuma point dia berbeza, ada yang buat 4 point, ada yang buat 3 point, korang tengok lah mana yang berbaloi. Rate I dapat, I ada cerita dalam entry Pegi baca balik.

8) Buaian Ombak Sunset 
Checkpoint lah konon bergambar kat buai tu tapi sila beratur seawal mungkin sbb ramai gila org. Sanggup tak sanggup lah nak tggu. Nak explore island, boleh sewa basikal atau jalan kaki. Kami jalan kaki je. Sebab sejam je, rasa membazir pulak. Cuma memang tak explore 1 island la. Kalau korang plan nak explore island, keluar awal. Rate basikal ikut rate hotel yang korang pergi. 

9) Adapter 
Macam biasa, ke Indonesia bukan pakai plug sama dengan Malaysia. Jadi jangan lupa bawa International adapter ye. Jangan lupa tips lain di SINI ye 

10) Ubat-ubatan
Seriously, lepas waterfall tour, yang tak biasa aktiviti lasak akan krem la ape la kan. Prepare la ubat-ubatan tu. Sama jugak dengan snorkelling. Memang rasa nak demam sebab lepas hiking, travel pulak ke Gili naik boat, lepastu esoknya nak snorkelling pulak. Tak ke 2 hari macam aktiviti lasak kan? So prepare la apa yang patut.

Cukup panjang entry I kali ni kan.. Lepas ni boleh la buat karangan "Aku seorang musafir". Apa pun, Lombok memang sangat cantik dan masih belum dicemari. Semoga bermanfaat. Selamat bercuti ke Pulau Seribu Masjid ni ye.
Till then.


psst : Jangan lupa Ayam Goreng Taliwang tau.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...