Tips Bercuti ke Bandung 2016



Hai.. Assalamualaikum semua.. 
** lambaian tanda ramah.

Jadi.. I baru je pulang dari bercuti dari Bandung.. and apa yang I boleh ringkaskan, Bandung is a beautiful and wonderful place. Orangnya ramah,  dan lembut bila berkata-kata.. Ok.. cukup untuk summary ni. So, ini adalah beberapa tips persediaan yang I boleh share melalui pengalaman I dan juga melalui pembacaan dari Google.

Tips Bercuti ke Bandung

1. Tiket dan Airport
Untuk tiket flight, Alhamdulillah I dapat yang murah dan berpatutan. Since this is my first time I bawa my parents ke luar negara, so awal-awal lagi dah mula ticket hunting kat website sebab my parents ni, kalau dapat tau harga tiket mahal, dorang risau macam-macam pulak kan. Yela, takut kita terbazir la kan.. Takkan nak menipu harga. So, ticket hunting ni I mulakan dari pertengahan tahun 2015 lagi. Antara website yang I rujuk untuk hunting ni ialah Skyscanner, Traveloka dan  of course Air Asia.


Sebabkan last minit add-on baggage, tak add on masa beli tiket, kami beli asing..  Jadi harga agak mahal la.. Tapi tiket untuk 4 orang RM744.32. Tambah baggage last minit dah terpaksa tambah lagi RM142. Kalau beli sekali masa beli ticket, lebih murah T_T. Oh ni yang kami dapat, kalau dapat harga lebih murah dari ni, lagi bagus.. 

Untuk airport ke Bandung, sebaiknya pilih terus Airport Husein Sastranegara Bandung.. Jangan la gatal-gatal nak pilih dari Jakarta melainkan kalau korang memang nak berjalan di Jakarta dulu. Sebab.. walaupun harga tiket flight dari KLIA ke Jakarta lebih murah dan perjalanan dari Jakarta ke Bandung pula cuma 2 jam, tapi harus diingat ye.. Ditempat orang.. kita tak tau perjalanan traffik macam mana.. Silap-silap boleh sampai 5 ke 6 jam sebab sesak.. Jadi akan buang masa disitu dan kepenatan.  

Kecil dan comel. Jangan berangan nak tido disini sementara menunggu flight ye. 

2. Luggage dan  Bagasi
Untuk ni, berkait rapat pula dengan jenis perjalanan.. Ha gituu.. Yela.. tentukan dulu kan jenis perjalanan, nak holiday atau nak shopping.. Macam kami, bercuti  dan  shopping. Jadi, masa pergi kami memang tak add-on luggage pun. Kami limitkan barang cuma 7kg je. Sebab memang limit 7kg je ye sayang semua. Masing-masing cuma bawa 1 backpack atau beg sandang belakang tu dan beg tangan 1., barang memang tak banyak. Limit baju tido dan baju 3 hari berjalan je (sebab 1 hari dah pakai.. so exclude. haha). Jadi beg tak berat sangat kan.. Sebab, kalau berat nanti tak boleh bawa naik atas flight. Kena check in bag pulak.. Dah bazir kan.. So bawa keperluan ala-kadar. (Ala kadar tu, bukan bermakna korang kena bawa sikit ye.. Agak-agak yang penting tu,  bawak la. sebab nak cari kat sana nanti, masa pulak kan,, Since  baru nak pergi, nak kena cari tempat lagi.. Hish..)

Tapi....tapi..
Sekarang Air Asia dah buat polisi baru di mana bagpack dah tak dibenarkan bawa naik dan hanya mengikut saiz yang dibenarkan sahaja.. Jadi, pandai-pandailah bajet. Kalau terpaksa add-on baggage masa beli tiket, buatlah untuk elak last minit kena bayar.

Orang kata, beli je kat Bandung.. baju murah. Ok..pendapat I pula, bergantung pada perbelanjaan. Memang la murah, tapi kenapa nak bazir beli baju kan. Sebab I bajet nak shopping kain pasang je.  Lagipun, I ni saiz besar, susah sikit nak cari saiz tu.. So, I mmg bawa siap2 baju nak jalan. Cuma ada la terbeli cardigan dan Long Sleeve shirt pakai masa ke Kawah Putih. hehe..Ok, lari sikit bajet. Tu sebab nafsu. Apa-apa pun, bergantung pada bajet masing-masing k.

Ini sahaja limit. Jadi.. Bawa ala kadar. Kalau perlu, setiap seorang bawa la 1 beg.. sebab kalau share nanti, confirm lebih berat kan. Tapi.. kami bawa backpacker tu.. hahaha. Mujur lepas. sebab beg tu kan macam besar, so takdelah berat sangat. macam banyak ruang je baju dalam tu.

Masa balik.. kami cuma beli baggage 20kg + 20kg atas nama I dan adik je. So total 40kg. Ambil 2 nama je sebab barang parents kami akan sekalikan je atas nama kami. Total masa balik lepas shopping semua, 4 orang ni cuma 30kg je. Hahaha.. tak berat sangat rupanya. Sebab shopping baju je. Berat pun sebab terlebih beli  brownies kat Kartika Sari masa balik. hewwhewww...

3. Supir
Untuk supir.. kami dah memang booked dan cari awal-awal sebab takut la kalau lambat nanti mahal kan. So, kami mulakan pencarian dengan google dan bertanya dalam group backpackers di Facebook. Since ini adalah yang pertama kali ke Bandung, kami ambil pakej terus dari supir. Bajet supir kami include transport dan penginapan hotel 3 bintang cuma RM1300. Kalau takut kena tipu, make sure korang semua cari supir yang berpengalaman dan bayar di sana terus. Bahaya juga kalau bank in sebelum sampai kan. Apa-apa pun, terpulang cara masing-masing. Tapi dengan supir kami, 

"akak bayar bila dah sampai sini nanti.. " hohoho

Kami gunakan khidmat supir Pak Rahmat SugiartoKonon panggil Pak Rahmat ingatkan dah berusia, rupanya orangnya muda je, Hehehe..anak muda Bandung yang mewarisi perniagaan keluarga. Takpe, nanti I cerita pengalaman dengan supir Rahmat. Tapi, memang berpuas hati. Sopan je kata-katanya.. Hensem juga dimata I.  hahaha


The hotel. Oh.. basically, kami dapat hotel yang di sebelah kanannya adalah KFC dan seberang jalan adalah McDonald dan  Pizza Hut. Kau ghase??  hahaha.. Malam-malam lapar keluar beli burger McD. Thanks Rahmat pilih hotel yang senang nak access tempat makan.. hehehe. 


Bilik Superior.. Ok la penginapan macam ni untuk 4 hari.. Selesa sangat. Ni bilik I dan adik. 

Eh tercerita bab hotel pulak. So.. ini instagram Rahmat. Boleh la stalk dulu kalau nak tau betul ke atau tak kan..hehe. Tapi kami sekeluarga memang berpuas hati. 
Cakap je jumpa dari blog Miera Hassan ye. 


4. Money changer dan Matawang Rupiah
Kalau boleh, tukar la siap-siap duit kat Malaysia. Sebab takut la kalau di Bandung nanti susah nak mencari dan dapat rate mahal. Kami sampai Bandung hari Jumaat petang. Rupanya hari Sabtu, money changer sini buka separuh hari je. I dah la terover pakai duit.. Kelam kabut nak tukar. Pinjam duit mak dulu. Hahaha.. luckily, hari Ahad dalam perjalanan nak ke Kawah Putih, ada jumpa Money Changer. huhu.. Nasib baik juga rate dapat murah. Ni semua nasib baik ye.. Kalau tak bernasib baik, memang takde dah duit shopping. So, I advise kat korang semua, tukar siap-siap duit dari Malaysia. Rate tak semua sama.. Masa I pergi, currency Malaysia tengah jatuh. Jadi mahal sikit. Apa-apa pun.. rajin-rajin la survey rate currency ok.

Kalau tak sempat tukar juga?
kat Bandung, bersepah-sepah (ececeh... sangat la kan) mesin ATM CIMB dan Maybank. Jadi, lebih mudah kalau korang yang ada CIMB dan Maybank  tu,  siap-siap call operator sebelum bertolak ke Bandung untuk aktifkan International Withdraw. Kalau withdraw dari ATM, currency lebih murah.. dan jimat dan.. selamat sebab takdelah dari Malaysia nak bawa duit berjuta-juta kan..Cuma, cas pengeluaran, mahal sikit.. Around RM12. Tapi.. mana la tau kot-kot terbelanja lebih, ada la duit emergency boleh withdraw dari ATM kan..

Macam mana nak kira currency kat Bandung.? Ok.. memang kalau dah dapat Rupiah, korang akan pening sikit.. sebab beribu kat tangan. Jadi, I akan buang tiga nilai kosong dibelakang dan bahagi dengan 3.

Contoh :-
Rp 30,000.00 akan jadi Rp 30 dan bahagi dengan 3 = RM10
Rp 3,000.00 akan jadi Rp 3 dan bahagi dengan 3 = RM1

Abaikan 3 nilai kosong belakang tu. Ini secara General ye sayang. Kalau nak betul-betul kira, download lah apps Currency di phone. hehehe


kaya la sekejap kan.. hahaha

5. Airport  Tax
Ini soalan paling femes I dapat.. Betul ke kena asingkan Rp 75,000 siap-siap untuk bayar Airport tax masa balik tu. Jawapan, TAK PAYAH.. sebab, mulai 2015, airport tax akan siap-siap dimasukkan dalam harga tiket flight tu.. 

Tapi.. so far cuma Air Asia dan Malindo je yang dah announce. Untuk flight lain,  sila check semula tiket flight masa pembayaran tu.. Kalau dah  include, tarik nafas lega ok.. Boleh guna Rp 75,000  tu buat shopping.


6. Tips
Di Bandung ni, memang ada budaya memberi tips ye. Walaupun nak buat U-Turn pun, mesti bagi duit tips pada orang yang jaga tengah jalan tu. Kalau korang turun dari kereta supir, ada yang bukakan pintu pun, korang kena bagi tips. Ala.. dia tak mintak pun, tapi faham-faham la.. budaya dorang kan.. Sebarang pertolongan semua berbayar.. 

Berapa banyak nak bagi tu, terpulang.. Bagi Rp 2,000 pun dah ok.. Macam I, I bawa siap-siap duit Malaysia RM1 tu.. so bagi RM1 duit Malaysia pun, dorang ok dah. Currency duit kita tinggi. Tapi, sebab supir I dah kata, tips semua dia tanggung.. Jadi kami tak perlu fikir berapa nak kena asingkan.. Cuma, I prepare siap-siap sebab ada kalanya, I akan beri je.. Anggap sedekah. 


7. Adapter
Ini teramat penting.. Walaupun negara serumpun, tak sama ye. I beli siap-siap travel adapter kat Mr.DIY.. Harga RM13.90 je.. Senang lepas ni nak travel ke mana-mana. Kalau agak-agak nak cas banyak.. bawak lah siap-siap extension.  Hehe.. I bawa extension. So adapter ni untuk extension plug je, then cas la hp dengan adik. Boleh la nak share dalam hotel. Cuma hati-hati. Jangan la guna dengan peralatan yang tinggi Watt macam seterika atau hair dryer. Mau meletup pulak nanti.. 


8. Beg Shopping
Untuk yang nak shopping di Pasar Baru.. I cadangkan korang bawa beg galas atau beg sekolah tu.. sebab, mana la larat nak pegang beg plastik banyak-banyak kan.. So, pakai beg tu galas di hadapan badan untuk berhati-hati dari penyeluk saku dan lepas shopping boleh masukkan barang shopping dalam beg tu.. Takdelah sakit tangan bawak banyak barang. Nak bawa handbag tu boleh, tapi hati-hati ok.. Karang tengah sibuk shopping, terabai pulak handbag..  


9. Kasut
Baca kat mana-mana blog pun akan cerita bab kasut.. Hahaha..  Yela.. ini penting. Karang tengah bercuti, kaki sakit pulak kan.. Bagi I, simple je, Bila travel, pastikan kasut yang dipakai selesa.. Sebab, masa travel, akan banyak berjalan.. Kalau salah pilih kasut, nanti kaki pulak sakit lepas tu dah tak selesa nak berjalan.. So.. macam I dan adik.. kami pakai kasut je.. Senang nak bergerak. 



10. Simkad / Kartu Sim
Ini adalah paling penting.. !!! Hahaha.. walaupun di hotel ada Wifi, tapi takkan nak tunggu sampai hotel baru nak update kan.?  Tak best.. Sebab kita kan nak buat live update.. Ececeh.. Kemain.. Jadi kat Bandung ni, I tak pakai data roaming. Sebab taknak la balik Malaysia nanti bil melambung mahal. Jadi..I pesan awal-awal dengan supir untuk belikan simkad.. Senang nak contact kawan  dan bergosip.. Eh tak.. Senang nak contact each other. 

So .. untuk simkad ni, bajet asing la dengan bayaran supir,  Kami beli 2 simkad je. Untuk  phone adik dan  I. Our parents cuma share data je so dorang share wifi sebab data kami dapat 3GB. Untuk 4days je pun nak gunanya. Balik hotel dah pakai wifi. Dalam kerete supir pun ada wifi.. Hahaha.. 3GB ni pun tak habis pakai sebenarnya.. Buang camtu je. Terpulang kalau korang jenis update social media macam I ni, memang berguna.. Kalau tak, beli 1 je.. share jela data.. Jangan bazir. hehe. Bergunanya bila di Pasar Baru dan tempat shopping. Sebab masing-masing dah menghilang cari barang sendiri, jadi senang nak contact. Cuma simkad ni takde kredit. Kena topup.  Tapi, call jela pakai Whatsapp Call. hahaha

Supir kami belikan kartu sim XL4G.. Memang laju dan wide coverage di Bandung.. Harga masa tu dapat dalam RM20 atau Rp 60.000. 


Kat luar airport pun ada jual.. Cumanya.. lebih baik pesan siap-siap dengan supir untuk belikan. Takdelah nanti buang masa.. dan.. di Airport sebenarnya jual mahal sikit. hehehe.. Jadi berhati-hatilah ye..

Sekian 10 tips persedian bercuti di Bandung.. Banyak lagi tips yang boleh dibaca.. InsyaAllah nanti I share lagi sama-sama dengan pengalaman di sana ok.. Semoga 10 tips ni berguna untuk korang yang merancang percutian di sana..

Untuk Tips Bercuti ke Lombok, di SINI

Happy Holiday :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...