Resepi Spaghetti Aglio Olio yang ringkas

by - Thursday, December 08, 2016


Tak..tak..
Miera takde lah rajin memasak. Kalau nak cerita bab kronologi pengetahuan memasak tu, alahai. Sedih lah. hahaha..  Kalau nak masuk dapur tu, alahai berebut dengan abah. Sebab kat rumah abah paling pandai masak. Campak-campak je dah sedap. (Abah kata siraman kasih sayang gituewww)

Tapi.. entry ni nak share jugak resepi Spaghetti Aglio Olio sebab ni percubaan pertama, dan menjadi yawww!! Wah? Nampak tak baru jer masak tadi terus hapdet sekarang jugak. Begitulah hendaknya bila dah atasi masalah kemalasan dengan mengdownload apps Blogger di phone. Terus snap, terus edit, upload di Instagram, lepas tu bila dah ramai like, baru upload kat blog. wahaha..

Jadi..mari mulakan resepi masak memasak versi Miera Hassan.

Bahan-bahannya:-
200 gram spaghetti 
1 keping dada ayam, didadu* (kalau nak ubah seafood pun boleh. Miera tambah dengan sosej pulak. Meriah lauk spaghetti ku kan)
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai, cincang halus atau tumbuk
Garam secukup rasa
Parsley untuk hiasan.

Chilli flakes
Minyak zaitun untuk menumis





Cara-Cara Memasaknya: 
1. Spaghetti direbus sehingga lebut dan
toskan. Air rebusan jangan buang lagi.

2. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Kalau takde minyak zaitun, pakai lah minyak masak. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan lauk pauk idaman. Kacau rata dan masak hingga ayam atau lauk berubah warna.

3. Masukkan spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley dan chilli flakes sebelum dihidangkan.

4. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan spaghetti tadi untuk nampak basah sikit.

Dan tadaa... (letak udang sikit.. meriah betul lauk spaghetti)

Pastu siap! Wah? Senangnya. Macam tak deserve satu blog post jer resepi nih, tapi sebab ramai yang tanya di Instagram. Inilah hasilnya setelah dihidangkan dan ditabur chilli flakes berserta parsley.
Kalau takde daun parsley dan chilli flakes, jangan sedih. Sebab ini untuk hiasan je. Tapi kalau takde, tak berseri la.. Baik pergi beli. Jenama Tesco, RM5.49 je.. Chilli flakes RM1.68 je beli yang dah siap timbang kilo tu ha. 

Well, akak ofis kata menjadi dah resepi ni. Perut kata, waahh patut buat lebih. Untuk ditambah-tambah makannya. SEDAP LETTEW.!
Ok. good luck
xoxo


You May Also Like

0 comments