Tips Bercuti ke Lombok

by - Monday, November 14, 2016



Since I’ve started travelling to Bandung early of this year, I am really fall in love with Indonesia. Dan, memandangkan Indonesia ni banyak wisata yang cantik-cantik, terus decided, Eh nak buat projek travel "Misi Jelajah Indonesia" lah. Kehkehkeh.. Dan, salah satu tempat yang berada dalam list ialah Lombok, Indonesia.

Inilah entry tergendala akibat daripada kesibukan kerja. I ke Lombok pada 24th September 2016 dengan adik. Kemain nak BOLD kan part tarikh nak bagi korang tau. Kiranya ini short trip la sebab 4D3N je untuk kembalikan mood yang stress sangat dengan kerja. Untuk trip kali ni, kami susun sendiri melalui perkongsian rakan blogger dan dari group Backpackers Buddies Malaysia (BBM).

Amaran : Ini bukan entry percutian bajet. Korang boleh ambil isi untuk disesuaikan dengan bajet sendiri. Ok.. Awal-awal I bagi warning uols..



Ok sambung. Kami ambil flight Air Asia, lepas balik dari Bandung. So, dapatlah harga tiket RM370 returns including meals on flight untuk seorang. Pergh..pergh..pergh. Main beli je dulu, plan tak buat pun masa ni. Kami tak add-on baggage sebab bawak barang sikit je pun. Ini dikira sangat mahal sebab takde promo. Korang boleh dapatkan harga flight lagi murah dari ni bila ada promo. OMG!

Tempek muka dulu kat KLIA2

Jadi, Entry ini dibawakan khas daripada Lombok (ececeh) dan I bahagikan entry ini kepada 2 bahagian. Marilah bersama-sama membaca tips menarik untuk yang dah plan nak bercuti tuh. Dan.. I starts with Itinerary first. Sila ambil pen dan kertas sebab entry panjang gilers.

Bercuti ke Lombok

Hari Pertama : Senggigi.
Ok.. Untuk malam pertama (tersipu malu), kami duduk di Senggigi. Senggigi ni macam ala-ala tanah besar la.. Memandangkan flight kami tiba malam dalam jam 7.00 malam, a bit delay sebab masa kami sampai sana cuaca agak buruk and we hanging there about 20 minutes sebelum landing. Turbulence agak menakutkan tapi alhamdulillah our Captain did his very best. Bravo Captain! 

Masa di Lombok adalah sama dengan masa di Malaysia ye, cuma waktu subuhnya lebih awal dan hari dah mula gelap sekitar jam 6.00 petang.  Sampai di Airport Lombok, Pak Supir dah sedia menunggu, dan kami teruskan perjalanan terus ke Senggigi yang mengambil masa dalam 2 jam dari airport. Tak lah petak sangat bontot tu kan. OMG! COMELNYA PANGGIL BONTOT PADAHAL BOLEH GUNA PUNGGUNG KAN.. 


Tapi sebelum tu singgah beli simkad dan makan di Restoran Nada Alam Nyaman. Dan of course menu wajib korang mesti cuba dekat Lombok ialah Nasi Ayam Goreng Taliwang. Geng kuat makan, please noted this ok. Then checked in Bumi Aditya Hotel di Senggigi.

Rate hotel Agoda : RM90 / malam
Tuala mandi tak disediakan. Memang musafir la. I amik standard room.

Day 1
  • Arrive Lombok (1845)
  • Dinner Restoran Nada Alam Nyaman
  • Check in Bumi Aditya Hotel
  • Rest
Hari Kedua : Waterfall Tour & Gili Trawangan
For Waterfall tour is very challenging and damn tired ! Coz u need to walk / hiking to see the waterfall up there (amboi ayat), but its okay kalau kaki korang memang tegap. I sudah nak mati naik situ. Alahai lemak. Eh bukan I, tapi adik I (Padahal malu nak ngaku). So lepas breakfast, pukul 9.00 pagi Pak Supir kami dah tunggu di hotel untuk perjalanan seterusnya. Kami ke Air Terjun Tiu Kelep & Sendang Gile. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui jalan kecil dan berbukit-bukit. Again, 2jam lagi. Kali ni pun tak sempat nak petak bontot sebab 2 jam tu terjadi kerana singgah ke beberapa check-point untuk bergambar. hihihi.. 

1st waterfall, Sendang Gile (15minutes). God knows how struggle for me to get here. I didn't know it was this tough but yeah I made it. Yes.!! kat sini mcm kene scam pulak kene bayar quite hundred thousand rupiah. Ok, jangan terlepas part tips I akan bagi nanti untuk kat sini. Janji tau, kena baca! Kat Sendang Gile ni ramai orang mandi. Susah gile nak bergambar. Ramai pulak sampaikan rasa "Kenapa semua nak photobomb gambar daku".. T_T. So kami pun teruskan untuk naik lagi ke air terjun yang atas pula, Tiu Kelep. 

2nd waterfall, kat bahagian atas, Tiu Kelep (20minutes). Ini pun struggle jugak. Tapi bila dah sampai kat Tiu Kelep, korang akan terpana dengan pemandangan air terjun kat sini. Subhanallah, cantik sangat.. sebab bertingkat-tingkat.
Malu nak pandang. Muahaha

Kat sini, aman la sikit nak mandi. Nak bergambar pun masih ada ruang. Tempat tukar baju ada disediakan di bahagian bawah ye masa tempat mula-mula sampai sini, bayaran Rp 2.000.

Next, kami terus ke bangsal (jeti) untuk terus ke Gili Trawangan. Tiket boat boleh beli di kaunter bangsal dan ada beberapa jenis boat (Public Boat, Fast Boat and Private Boat) . Kalau public boat tu, naik dengan orang kampung berserta dengan ayam itik mereka. Hahaha, ok la..boleh buat bersembang-sembang. Masa pun lambat sikit la nak sampai tu, around 40 minutes la. Tapi kami naik Fast Boat (orang kita panggil Speed Boat) cuma ambil masa around 20 minutes je. 
Sumber gambar : Google sebab lupa amik gambar

Public Boat - Rp. 15.000 per person
Fast Boat - Rp. 85.000 per person
Private Boat - Rp. 850.000 per boat (max 4-5 person)

Basically, Lombok ni ada 3 gili (pulau kecil) ye. Gili TrawanganGili Air dan Gili Meno
Dan ofkos paling popular adalah Gili Trawangan sebab kat sini lah dimana mat-mat saleh ramai berkumpul (anak ikan mata biru u..) . Jadi, I suggest korang stay kat Gili Trawangan ni sebab kat sini more happening, ramai orang & memang cantik. Cuma pastikan korang pilih hotel yang jauh sikit dari night market, sbb mat-mat saleh ni suka berparty malam-malam, nanti bising. Tapi jangan jauh sangat, sakit kaki nak jalan. Ada cidomo (kereta kuda) tapi kami ni jenis kesian nak naik, sebab terasa macam kuda bawak anak gajah ni. huhuhu.

Untuk di Gili Trawangan, kami menginap di Black Penny Villa. Saje je pilih hotel ni sebab bilik kat hotel ni, privacy tau. Konon-konon macam daku adalah traveller yang nak bermanja jugak. Setiap bilik ada swimming pool sendiri. 

Rate villa Agoda: RM250 / malam
Tempahan 2 orang, dia ingat honeymoon kot
Makanan di Gili Trawangan senang je nak cari, sebab banyak restoran dan ada pasar malam. Pilihan kami, pasar malam sebab nak usha sekali rate snorkeling untuk esok (terus booking lah).

Day 2 
  • Breakfast & check out 
  • Heading to Senaru Waterfall -  Tiu Kelep & Sendang Gile 
  • No Lunch (Sebab nak cepat)
  • Heading to Bangsal (place to take boat-40minutes) -> Gili Trawangan 
  • Check in Hotel 
  • Explore island by walking 
  • Dinner at Pasar Malam 
  • Rest 

Hari Ketiga : Snorkeling
Snorkeling day!! Ini memang part wajib kalau korang bercuti ke pulau lah. Kalau tak, nak buat apa lagi. So berkumpul jam 10.00 pagi yang cuaca dah panas terik macam tengah hari. Basically, ada 4 check point tapi kami pergi 3 checkpoint je sebab 1 lagi tu terpaksa batal. Air keruh wei.. Nanti tak nampak pulak ikan. Eh tak, ikan yang tak nampak I pulak karang.. T_T. Seriously, cantik sangat. Memang berbaloi sangat dapat snorkeling kat Lombok. Dah penat berenang bersama safety jacket, kami berhenti makan kat Gili Air. Makanan sendiri tau. Tak disediakan dalam pakej snorkeling ni.  

Zapin dalam air. Kau mampu.? hahaha.. mana tah ikan punya gambar. Lari kot bila I terjun. T_T

Rate Snorkeling : Rp.100.000 per person.

Habis snorkeling jam 3.00, so balik bilik berehat sekejap. Petang jam 5.00 baru keluar untuk tengok sunset. Ini pun keluar dah terlewat sebab tertidur. Jam 6.00 petang hari dah gelap tau. So better korang keluar awal ye. Lagi-lagi kalau ada keinginan nak bergambar kat buaian Ombak Sunset yang femes tu. Kami tak sempat, sebab ramai dah mula beratur nak bergambar. Tula.. lambat keluar kan.. terpaksa lah tengok dari jauh dan explore island dalam sejam tu.
cantik kan? Taken by iphone with no filter. I love u camera iphone. 


Day 3 
  • Breakfast 
  • Snorkeling at Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air 
  • Lunch 
  • Explore Island and View sunset 
  • Dinner 
  • Rest 

Hari Keempat : Sasak Village & Kuta Beach
Ini hari terakhir kami kat Gili Trawangan. Jadi, lepas breakfast terus beli tiket boat untuk balik ke tanah besar lombok. Rate tiket boat sama macam yang I cerita previously. Masa balik ni, memandangkan flight jam 7.00malam, so kami pergi dulu ke Sasak Village.

Kena amik cepat. Tengah jalan tu. Muka adik je. I tak sempat lah. Malu lettew!
.
Di Lombok, tempat yg kami pergi dekat atas ialah Sasak Village di mana tempat tinggal asli utuk kaum dorang, suku kaum SADE. Okay, apa yang menariknya di sini ialah, kami belajar mengenai 1 budaya unik masyarakat Lombok yang paling femes sekali iaitu "Melarikan Anak Dara Orang". Part ni I akan cerita dalam next entry - Uniknya Lombok Indonesia.

Cost di Dusun Sasak : Sumbangan seikhlas hati.



Lepas tu, sebelum kami ke airport, kami singgah ke Kuta Beach. 
Saje nak ambil gambar terakhir sebelum meninggalkan bumi Lombok. Pantai ni terletak disebelah barat lombok. Cantik sgt! Cuma yang tak selesa sebab ada banyak anjing berkeliaran. Tapi tak kacau orang pun. Yang "kacau" ialah peniaga kecik (budak umur 5-6 tahun) kat sini. Sinonim dengan Indonesia, dorang mencari sesuap nasi dengan apa cara sekalipun (I respect!), cuma tu lah.. dorang akan follow kita all way round dan pujuk kita beli. Haishh..tapi nanti dia dah bosan kita tak layan, dia pergilah. Budak2 umur 5 6 tahun dah meniaga, sebak jugak tengok. Teringat anak-anak kecik kat Malaysia yang mungkin tengah seronok pegang gajet & ipad. Dorang pujuk I beli gelang dorang jual, bukan mahal pun. Tapi I tak beli sebab cash dah takde pun. Habis masa lunchtime dah. Hahaha

Part paling kelakar, bila dah takde tourist lain yang datang kat situ, dorang letak barang-barang jualan dekat tepi, dengan malu-malu bukak baju & seluar dorang dan lari bersorak masuk laut. Yup bogel! Hahaha tapi memang cute sangat malu tu, siap intai-intai nak bukak baju takut I nampak lettew.. Fitrah budak-budak kan.. Walaupun parents minta dorang bantu meniaga, tetap nak main dengan kawan. Yang lelaki terjun laut, yang perempuan main tengteng. Cute sangat. Ape pun, keadaan dorang masih daif lagi, itu yang I boleh simpulkan.


Day 4 (Last Day) 
  • Breakfast and check out 
  • Heading back to Senggigi 
  • Sasak Village Tour + Souvenir 
  • Lunch 
  • Kuta Lombok Beach & Tanjung Aan Beach
  • Heading to airport - flight (1915)
Kuta beach yang sangat jernih airnya


Currency Rate : 1Million rp = Rm320 (September 2016)

*Flight Ticket - RM370 / person / return
*Hotel 4H3M inc breakfast - RM600 = RM300 /person
*Supir / Transport kereta Avanza - Rp 1.300.000 / car = Rp 650.000/person
*Speedboat to Gili = Rp 85.000 /person x 2trip
*Snorkeling = Rp.100.000 / person 
*Waterfall - Rp. 300.000 (after nego) = Rp.150.000 /person
*Tukar baju di waterfall = Rp. 2.000/person

Total cost Indonesia rate Rp.1.072.000 = RM 342.40
Total cost MYR rate = RM 670

Total exclude makan dan souvenir = RM 1012.40/person

Tapi tak rasa sangat sebab tiket flight dah beli 5 bulan awal. Hotel booked kat Agoda pun 3 bulan awal. hehehe.. Jadi.. belanja kat Lombok jelah. So.. Nak jimat lagi mungkin korang boleh cut cost pada hotel dan beli tiket flight awal atau masa promo. And.. jimatkan lagi pada part waterfall tu. Baca tips melancong ke Lombok di bawah ye.

Sekarang.. inilah masa yang ditunggu. *Drum roll please.!!!
(Padahal takde yang tunggu kot) T_T


Tips Melancong ke Lombok


1) Airport 
Bawa pen siap-siap dalam beg sebab macam biasa sampai Indonesia kena isi borang kastam dia, kiranya dah sampai kt airport sana terus serah pada kastam je tak payah beratur kat situ utuk sebatang pen!

2) Transportation 
Kalau boleh siap-siap tempah supir and tempah supir tu make sure survey banyak and try nego. Disarankan ambik supir ye sebab perjalanan satu tempat ke tempat lain sangat jauh!

3) Duit makan 
Sediakan duit makan lebih sikit untuk supir sebab ada sesetengah restoran dia akan tanya, mau dibayar makan supirnya tak..yelah tak bayarkan macam kedekut naw. Pilihan ditangan anda.

4) Waterfall 
Ini bergantung pada stamina ye adik-adik, sebab nak naik tengok air terjun tu kene menapak ala-ala hiking gittew.. dengan nak meredah batu-batu dan hutan rimba, adik I pancit haha! 
Bayaran? Okay kalau baca blog orang lain, orang kata tak payah ambil tour guide pun takpe, boleh je kalau nak gerak sendiri sebab ramai orang kat situ. So korang follow je orang lain atau follow orang yang amek tour guide kehkehkeh.(pandai-pandai lah korang jangan nampakkan obvious menumpang tu). Masa I sampai, orang macam takde je kat bawah tu yang sampai. Nak follow pun tak tau nak follow siapa, Lepas tu kena approach la macam biasa. Dan, I rasa dah macam kena scam pulak, kena setepek Rp.300.000! Tu pun konon nego lah, harga asal Rp.600.000. #matilanak

5) Hotel
Untuk di Lombok, better cari area Senggigi atau Mataram, agak jauh dari airport tapi syok sikit ada pekan dan cantik. Macam hari tu I ambik Hotel Bumi Aditya. Hotel ni murah, and I can say the room is average. Boleh la buat tidur satu malam sebab kitorang sampai dah malam pun. Kalau korang sampai siang, boleh terus ke Gili, lagi berbaloi. 

Untuk Hotel di Gili buat few research pada location hotel yang korang nak. Area berdekatan dengan Jeti sangat happening ada pasar malam, restaurant & pub. Malam agak bising sikit lah sebab matsaleh berpoya kat situ haha. Yang best nya sbb dekat dengan jeti so tak payah la pikul beg jauh sgt. 

Untuk bahagian belakang pulau sana ialah sunset view point, memang sangat cantik dan harga hotel pun quite pricey. Jauh dari jeti tapi ada transport la, naik cidomo (kereta kuda), tak sure berapa bayarannnya sebab kami tak naik pun.

6) Tiket boat to Gili  
Harga I dah terangkan dalam entry. Tolong jgn beli kt "ulat tiket", mahal okey.

7) Snorkeling 
Cuba usha sekitar situ, ada banyk tempat tawarkan snorkeling, rasanya rate sama kot. Cuma point dia berbeza, ada yang buat 4 point, ada yang buat 3 point, korang tengok lah mana yang berbaloi. Rate I dapat, I ada cerita dalam entry Pegi baca balik.

8) Buaian Ombak Sunset 
Checkpoint lah konon bergambar kat buai tu tapi sila beratur seawal mungkin sbb ramai gila org. Sanggup tak sanggup lah nak tggu. Nak explore island, boleh sewa basikal atau jalan kaki. Kami jalan kaki je. Sebab sejam je, rasa membazir pulak. Cuma memang tak explore 1 island la. Kalau korang plan nak explore island, keluar awal. Rate basikal ikut rate hotel yang korang pergi. 


9) Adapter 
Macam biasa, ke Indonesia bukan pakai plug sama dengan Malaysia. Jadi jangan lupa bawa International adapter ye. Jangan lupa tips lain di SINI ye 

10) Ubat-ubatan
Seriously, lepas waterfall tour, yang tak biasa aktiviti lasak akan krem la ape la kan. Prepare la ubat-ubatan tu. Sama jugak dengan snorkelling. Memang rasa nak demam sebab lepas hiking, travel pulak ke Gili naik boat, lepastu esoknya nak snorkelling pulak. Tak ke 2 hari macam aktiviti lasak kan? So prepare la apa yang patut.

Cukup panjang entry I kali ni kan.. Lepas ni boleh la buat karangan "Aku seorang musafir". Apa pun, Lombok memang sangat cantik dan masih belum dicemari. Semoga bermanfaat. Selamat bercuti ke Pulau Seribu Masjid ni ye.
Till then.

psst : Jangan lupa Ayam Goreng Taliwang tau.

You May Also Like

40 comments

  1. good info..cuma nak tanya public boat tu tak laju and kasar mcm speed boat kan? buka apa, preggy ni kena ambik tau semua tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. laju.. and sebab berombak kan.. jadi nanti akan rasa terlompat2 sikit bila kena ombak.. agak kasar la.

      Delete
    2. Pak Ibrahim : +62 85205408969
      Semoga membantu awak..

      Delete
  2. good info..cuma nak tahu, public boat di bangsal tu tak laju and lasak mcm speed boat kan? bukan apa, preggy ni kena prepare semua =)

    ReplyDelete
  3. Artikelnya bagus Cik. Terima kasih dah melawat ke Lombok.
    Genk yg belom ke Lombok, jom cadangkan masa utk nikmati pulau syurga. Kata orang, jangan ke Lombok, nanti nggak mahu pulang.. heheè
    WA: +062-878-6000-1036

    ReplyDelete
  4. i nk tanya, 1st day sis duduk di senggigi kan? then 2nd day & 3d day di Gili ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st day kat senggigi sebab sampai pun dah ptg.
      Tapi kalau awak sampai awal pagi, boleh la nak ke Gili terus.. Mana2 pun takpe. Susun itinerary yg mana mudah..dua2 ada tempat menarik..
      Happy holiday =)

      Delete
  5. SALAM, NAK TANYA AWAK KAT WATERFALL TU SPENT TOTAL MASA BERAPA JAM?
    SEMPAT TAK UNTUK AMIK BOAT KE GILI TRAWANGN HARI YANG SAMAE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,
      Sempat kalau gerak ke waterfall tu dari pagi.. Sebab perjalanan dari senggigi ke waterfall pun dah 2 jam. Naik ke atas dalam setengah jam. Mandi-mandi tu ikut la nak spend berapa lama. Tapi kami sampai yang waterfall ke dua je.. Tak sampai la yang atas sekali sebab tak larat nak daki.
      Dari waterfall ke bangsal dalam sejam. Saya tak sure masa ni sebab kami tertidur. Mgkn awak boleh tanyakan pada supir sebelum ke waterfall untuk planning spend time berapa lama nnti. Tapi sempat je.

      Delete
  6. salam, nak tanya u survey dekat mana yer supir kat sana? if possible blh i dapatkan phone no mas supir tu tak ..

    ReplyDelete
  7. Sayang akak akan ke lombok on 7-10apr2017 seorang diri so from airport to Bumi Atiya Hotel naik apa yg senang dan murah?

    ReplyDelete
  8. Sayang akak akan ke lombok on 7-10apr2017 seorang diri so from airport to Bumi Atiya Hotel naik apa yg senang dan murah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf.. tak berapa sure kalau dr airport ke sana mcm mana.. sebab kami naik dengan supir. Supir pick up dari airport terus.
      Travel solo? wahhh.. take care. Maaf tak dapat bantu sangat. Mungkin boleh tanya pada group backpackers di FB..

      Delete
  9. Hi sy nk tny, kalau estimated time smpi lombok around 4, ade x boat ke gili around 6?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. tak silap saya, jam 6 dah mula gelap di Lombok dan boat sampai jam 5 je. Saya pun tak berapa pasti untuk boat ni. dari Airport ke bangsal quite jauh juga. takut tak sempat. Better awak tanya pada supir mcm mana. mgkn dia lebih arif untuk masa perjalanan di sana kan. Harap membantu. Selamat bercuti :)

      Delete
  10. Salam Miera, Nak tanye, awak amik supir utk 3 hari ye? Termasuk airport transfer & jalan2? total is Rp 1300000?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. tp ni harga standard..klu mahal sangat awak cuba bargain minta harga tu jugak. Tapi Kalau dapat harga lebih murah pula, tanya supir apa yang dia offer tu.takut tak banyak yang dia cover nanti atau ada hidden cost..

      Selamat bercuti 😊

      Delete
  11. Salam, nak tanya. Ada contact num pak supir sana tak? Tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, ni je nombor supir yang kami ada
      Pak Ibrahim : +62 85205408969

      Delete
  12. Salam miera nak tanya, supir tu rp 1.3juta untuk 2 orang kan? kiranya utk transport sahaja la kan, lain2 hotel, makan dan bot kita sendiri, macam tu? tapi lokasi kemana nak pergi tu ikut kita atau supir sediakan itinerary?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rp1.3juta tu untuk satu kereta Avanza. Bukan per orang. Itu transport sahaja..Itinerary ni kami susun sendiri. Tapi, ada je supir yg dah sediakan sendiri pakej dan itinerary dia..apa2 pun, survey la harga.. and try bargain.

      Delete
  13. okay...saya tumpang iklan ye?Saya adalah agent perlancongan salah satu penyedia pakej perlancongan kat lombok...kami menawarkan harga pakej yg murah bergantung pd berapa hari dan hotel mana yang anda inginkan....makin ramai peserta die makin murah harganya lengkap dengan pak sopir,kereta sewa dan pemandu pelancong.....kami menyediakan destinasi macam gili trawangan,air terjun tiu kelep,pink beach dan Tanjung aan...tiket kapal terbang pon saya jual...

    jangan ragu2 wassap saya +6283832481791 atau email mohammadnorazlan@gmail.com...cintact je dulu,tanya2..in shaa Allah saya jwb cepat....
    #PrismaTravel(berurusan dengan orang indonesia melalui bahasa malaysia

    ReplyDelete
  14. salam miera, awak booking hotel pakai kad kredit atau visa? saya ada booking di booking.com guna visa..dah dapat email confirmation booking, tapi next few days booking dibatalkan sebab saya tak aktifkan kad untuk overseas transaction, tapi di booking beritahu bayar di property. kalau saya nak kol bank utk aktifkan penggunaan luar negara, untuk berapa lama ye? kalau tahu boleh la share dengan saya sedikit info. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. sy guna visa debit card sahaja untuk bayar.. untuk pengaktifan luar negara, saya tak pasti.. kena kol bank untuk pengesahan ni berapa lama..

      Delete
    2. visa debit card tu perlu dimasukkan juga kan masa booking tu?

      Delete
    3. yup.. masukkan nombor kad and 3 numbor kat belakang kad tu

      Delete
  15. hai....nak tnye rate snorkeling tu dah trmsuk dgn equipment skali ke?

    ReplyDelete
  16. salam awak,nak naek wterfall tu sendang gile ngn tiu kelep tu amk masa stgah jam ke?bahaya x?sbb ade bawak baby =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai sis.. untuk ke first waterfall ok kalau bawa baby.. Tak bahaya sangat..tapi untuk ke second waterfall tak digalakkan la sis.. sebab nak ke waterfall ke dua, kena meyelusuri sungai, jauh ke atas and ada batu2 licin..

      Delete
  17. hi sis, nak tanya hari itu sis book pak supir harga car rental termasuk sekali dgn charge drop airport senggi and airport jetty ke?

    ReplyDelete
  18. salam..kt sne ad bli simcard x utk internet..ke pkai wifi hotel jerk??

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum sis pergi ikot pakej atau pergi je ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cuma amik tempahan supir sahaja.. yang lain saya uruskan disini. tempahan hotel and itinerary sy buat sendiri.

      Delete
  20. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke LOMBOK ISLAND, jangan risau hati sila hubungi : 

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person : 
    AFFANDI
    IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete