Miera Hassan. Powered by Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Personal
    • Fitness Lifestyle
    • Hyperthyroid
    • Personal
  • Career
    • Engineer's Life
    • Tips
    • Others
  • Outdoors
    • Sg Chiling
    • Gua Batu Maloi
    • 6th Mile Tunnel
    • G.Nuang via Pangsun (1st Time)
    • G.Nuang via Janda Baik
    • Denai 3 Puteri
    • Bukit Apek
    • Sg Lopo
    • Pine Tree Hill
    • G.Pulai Johor
    • Bukit Kutu
    • Tasik Biru Kangkar Pulai
    • 1st Viper Challenge Sepang
    • White Water Rafting and Waterfall Abseiling
  • Cycling
    • Folding Bike
  • Travel
    • Travelogue
    • Others
  • Recipe
  • Review
    • Food
    • Beauty
    • Books
    • Others
  • Contact
  • Sitemap
Google+ Facebook Instagram Pinterest Twitter

Miera Hassan

Lifestyle | Review | Events | Food | Travel | Beauty

Baiklah. Bila tajuk pun pasal kebaikan, kita tak akan membebel pasal keburukan, dan kebencian. Mari kita translatekan apakah itu Randon Act of Kindness atau i boleh direct translatekan sebagai Kebaikan Rambang. 

Kebaikan rambang ni macam kita buat kebaikan pada strangers atau pada orang yang kita tak kenal. Contoh tiba-tiba kita bayarkan tiket wayang orang yang beratur belakang kita. Amboi indah sangat kebaikan ini andai I yang jadi orang belakang tu. heww..heww..Selalunya.. bila kita dah mula buat kebaikan rambang ni, hati kita akan jadi puas dan gembira sebab kita dah berbuat baik. Yela.. bak kata pepatah "Buat baik dibalas baik". Jadi perasaan bahagia yang datang tu kira balasan baik lah kan.. eh?!

Pernah terbaca 1 kisah ni, (rasanya korang pun pernah baca jugak sebab cerita ni pernah viral di facebook) iaitu dimana.. cerita dia berbunyi begini :

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu.. buat lambat2 sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.
Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap "ambillah akak malas nak refund ke dalam.."
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, "eh apesal?"
Dia jawab dalam menahan sebak.
"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"
Saya pula sedih.. saya senyum.je cakap. "Dah tertulis rezeki awak,"

Saya masuk kereta, terus jalan. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan. Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ.. Semua Allah susun sebaiknya.

Sepatutnya tadi saya guna debit kad seperti biasa, isi penuh ja.. (saya tak suka pi masuk bayar di dalam stesen minyak) Tetapi Allah 'arahkan' saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah palingkan hati saya dari membayar RM45, sebaliknya bayar RM50. Allah dah susun dan atur cantik2.

Ha.. ini  adalah salah 1 Random Act of Kindness yang rasanya dah membuka mata ramai pihak untuk sama-sama berkongsi kegembiraan dengan membantu orang lain (Yela..  kalau tak, takkan viral pulak.. Iye dak?).. Nampak macam kebaikan rambang ini kita buat untuk orang lain, tapi sebenarnya, kepuasan itu adalah untuk diri sendiri. Rasa sangat terkesan bila kitalah punca kegembiraan/kesenangan seseorang.

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah mula buat kebaikan rambang. Contoh kebaikan rambang  yang I buat ialah, selalunya I akan simpan at least 1 or 2 packs makanan kucing yang basah tu (Yang makanan kucing tu, apabila dibuka paket makanan akan berbau harum dan kelihatan sedap sampaikan diri sendiri pun lapar nak share makan sekali. Lol..) dalam handbag supaya kalau tiba-tiba nampak ada stray cat yang kelaparan, I akan bagi dia makan.. Yela.. kebaikan rambang ni pun, namanya rambang, jadi bukan kepada manusia sahaja..  Binatang pun boleh kan. Konsepnya ialah hulurkan kebaikan tanpa mengira bangsa, bulu dan warna.

Previously.. Kalau drive kereta lalu plaza tol, sengaja elakkan Touch n Go sebab nak bayarkan tol untuk sebiji atau 2 biji dibelakang kereta. Tak banyak pun, tapi cukup buatkan perasaan bahagia tu datang.  Tapi, sekarang banyak plaza tol yang guna Touch n Go dan Smart Tag. Agak susah nk buat macam ni lagi. Tehehehe... Nampak tak, macam kebaikan rambang ini kita buat untuk orang lain, tapi sebenarnya, kepuasan itu adalah untuk diri sendiri. 

Memang usaha itu sangat-sangat kecil dan kita tertanya apakah signifikannya perbuatan tak seberapa itu, tapi percayalah, kesannya tidak terhad pada seorang itu saja. Bila dia happy, mungkin dia akan happykan orang lain. Siapa tahu? 

Apa random act of kindness yang korang pernah buat? Jom share.. Jom kita jadikan negara ini penuh dengan orang gembira. It's scary seeing how sick the world is, even in our little ol' Malaysia. Lets spread love, people. Remember, we're khalifahs.. Semoga nilai-nilai kebaikan rambang yang kita lakukan akan menyatukan kita rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-59

 :)
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

About me

|Malaysia Lifestyle Blogger|

About Me
Hello, my name is Miera Hassan. I'm an Engineer who love's to blog about lifestyle, food, travel and personal stuff. It's my journey to find my voice as well as to find myself, i want to share my story of experience.
Looking forward for any collaborations and reviews. I can easily be reached by email :
nmierahassan@gmail.com

Followers

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Google+
  • Pinterest
  • Bloglovin'
  • Twitter

Press

Majalah Remaja (2011)

Labels

My Story Info love Random uitm study friends Tips Cantik myfitness review other blogger family Tips Sihat foodhunter review beauty travel Events review makan travelog Achievement Engineers misi jelajah indonesia resepi masak Business Hyperthyroid

Popular Posts

  • Resepi Spaghetti yang Ringkas dan Sedap
    Hai everyone! *lambai tangan Hehe.. tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti kan..sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makana...
  • Tips Bercuti ke Bandung
    Hai.. Assalamualaikum semua..  ** lambaian tanda ramah. Jadi.. I baru je pulang dari bercuti dari Bandung.. and apa yang I boleh ri...
  • Kerjaya Saya - Bridge Engineer
    Assalamualaikum.! Oke Hai.. Berasa sangat terpanggil untuk bercakap mengenai kerjaya sekarang di blog sendiri sebab nak mengenang, macam ...
  • 5 Don't When You're Sleeping
    Assalamualaikum.! ehem.. *konon sakit tekak I got this from my friend in facebook.. the 5 Don't When You're (ehem.. i mean, We&#...
  • Kurus dengan Detox Water
    Assalamualaikum.. hi everyone..!! sekarang memang tengah famous pasal detox water ni. Haha.. sampaikan Miera pun dah mula terikut buat s...

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (7)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (22)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (69)
    • ►  December (2)
    • ►  November (8)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ►  June (17)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2016 (6)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ▼  August (1)
      • Random Act of Kindness - Sehati Sejiwa
  • ►  2015 (15)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (10)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (32)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

NEWSLETTER

Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose