Miera Hassan. Powered by Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Personal
    • Fitness Lifestyle
    • Hyperthyroid
    • Personal
  • Career
    • Engineer's Life
    • Tips
    • Others
  • Outdoors
    • Sg Chiling
    • Gua Batu Maloi
    • 6th Mile Tunnel
    • G.Nuang via Pangsun (1st Time)
    • Denai 3 Puteri
    • Bukit Apek
    • Sg Lopo
    • Pine Tree Hill
    • G.Pulai Johor
    • Bukit Kutu
    • Tasik Biru Kangkar Pulai
  • Travel
    • Travelogue
    • Others
  • Recipe
  • Review
    • Food
    • Beauty
    • Books
    • Others
  • Contact
  • Sitemap
Google+ Facebook Instagram Pinterest Twitter

Miera Hassan

Malaysia Lifestyle Blogger | Review | Events | Food | Travel

Hai,
This is like a really short entry..  (Yeke short sangat tu?)

Baiklah.

Kulit yang cantik menjadi idaman kalbu setiap makhluk.. Kalau dulu sedari kecil mak dah pesan jaga sikit kulit tu, sapu itu ini. Macam-macam petua la dapat dari mak (Hai mak) untuk kita dapat kulit idaman kalbu tu. Tapi, bila dah besar, amboi.. Malas betul ekau nak jaga. Kenapa malas nak jaga kulit? Tak paham betullah. Tapi keinginan nak kulit licin macam bawang tanpa whitehead dan jerawat tu selalu membara-bara. Ish. lagi lah tak faham. Lepas tu terus cari macam-macam produk untuk kulit cantik padahal lupa, guna bahan semulajadi tu lebih selamat. Tapi, yelakan.. dah malas tu, malas jugak lah. Isk..isk..isk.. Jadi, sebab tulah terus berasa terpanggil untuk bercerita tentang penjagaan kulit dengan scrub naw naw.. Comel pulak nama scrub kan.

Tada.. Scrub Letops Naw Naw by Diva Letops. 
Baca nama pun dah rasa meletops-letops uols.. Ovah!!!
So basically, scrub ni diperbuat dari bahan semulajadi. Ingredients yang kau boleh dapat di dapur emak. Tapi sebab kau pun pemalas nak buat scrub sendiri, makanya lebih mudah kalau kau beli yang dah siap supaya proses dan masa untuk mencantikkan badan tu ada.

Antara bahan-bahan masakan yang digunakan ialah :-
1- Beras
2- Cekur
3- Jeringai
4- Raja Suri
5- Kulit Rambai
6- Kunyit

Gitu.. bahan-bahan semulajadi taknak kalah banyaknya. Lebih banyak daripada nak buat masak lemak kegemaran emak mentua. Dan.. sememangnya, bahan-bahan semulajadi  yang I dah senaraikan di atas ni memang bahan-bahan yang terbukti digunakan dalam petua untuk mencantikkan, menghaluskan dan mencerahkan kulit. (Kalau tak caye, boleh tanya En. Google). Tapi begitulah hendaknya. Tak semua bahan-bahan ini ada di dapur emak rupanya..  Jadi  untuk jimat masa dan tenaga memblender bahan-bahan kering ni, cara jimat ialah guna Scrub Letops je.

Cara penggunaan ada ditunjuk di atas penutup. 
Basahkan muka atau badan. Ambil scrub secukup rasa, dan campurkan air sedikit mengikut naluri wanita cantik. Tak perlu nak banyak sangat.. Ikut naluri wanita cantik la. Lepastu, boleh terus sapukan ke muka atau badan sambil gosok-gosok sikit bagi kulit mati tanggal. Dan bilas. Kalau muka kuning lagi, bersihkan  dengan pencuci muka. Mudah  kan?
Sambil scrub, boleh la pejam mata sekejap.. Walaupun arahan dibotol kata tak perlu tunggu kering, tapi sebab nak feel gosok kulit bagi hilangkan daki dan segala mala cela, tunggu la sekejap sambil tido kroh kroh krohhh.. mekap kat mata pun terlupa nak bersihkan.

The best feelings ialah lepas cuci muka setelah berscrub.. Kulit rasa lembut dan licin macam bawang. Fresh sangat dan rasa macam tegang la sikit kulit tu.. Gambar atas ni memang sengaja nak bagi zoom area kawasan hidung sebab disitulah masalah whitehead dan blackhead berkampung. Tapi lepas berscrub dan bergosok manja,  dah hilang..
  
Nak la licin macam pelakon Korea tuh.! Jeles I, kulit dia lagi cantik. Huh. botox.Tapi kita yang wanita melayu ni, guna bahan kat dapur yang dah dibotolkan je. Jimat masa. hahaha. Kalau dah senang macam ni, tinggal lumur dan scrub terus pada muka dan badan, tapi tetap malas jugak nak buat, tak tau la nak  kata apa. T_T

Pergi ke instagram @scrubletops_hq untuk maklumat lanjut. Beginilah short entry I.

SEKIAN, JAGALAH KULIT ANDA SEBELUM TERLAMBAT.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Tak..tak..
Miera takde lah rajin memasak. Kalau nak cerita bab kronologi pengetahuan memasak tu, alahai. Sedih lah. hahaha..  Kalau nak masuk dapur tu, alahai berebut dengan abah. Sebab kat rumah abah paling pandai masak. Campak-campak je dah sedap. (Abah kata siraman kasih sayang gituewww)

Tapi.. entry ni nak share jugak resepi Spaghetti Aglio Olio sebab ni percubaan pertama, dan menjadi yawww!! Wah? Nampak tak baru jer masak tadi terus hapdet sekarang jugak. Begitulah hendaknya bila dah atasi masalah kemalasan dengan mengdownload apps Blogger di phone. Terus snap, terus edit, upload di Instagram, lepas tu bila dah ramai like, baru upload kat blog. wahaha..

Jadi..mari mulakan resepi masak memasak versi Miera Hassan.

Bahan-bahannya:-
200 gram spaghetti 
1 keping dada ayam, didadu* (kalau nak ubah seafood pun boleh. Miera tambah dengan sosej pulak. Meriah lauk spaghetti ku kan)
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai, cincang halus atau tumbuk

Serbuk lada hitam (optional untuk rasa pedas)
Garam secukup rasa
Parsley untuk hiasan.

Chilli flakes
Minyak zaitun untuk menumis





Cara-Cara Memasaknya: 
1. Spaghetti direbus sehingga lebut dan
toskan. Air rebusan jangan buang lagi.

2. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Kalau takde minyak zaitun, pakai lah minyak masak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi dan lauk pauk idaman. Kacau rata dan masak hingga ayam atau lauk berubah warna.

3. Masukkan spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley dan chilli flakes sebelum dihidangkan.

4. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan spaghetti tadi untuk nampak basah sikit.

Dan tadaa... (letak udang sikit.. meriah betul lauk spaghetti)

Pastu siap! Wah? Senangnya. Macam tak deserve satu blog post jer resepi nih, tapi sebab ramai yang tanya di Instagram. Inilah hasilnya setelah dihidangkan dan ditabur chilli flakes berserta parsley.
Kalau takde daun parsley dan chilli flakes, jangan sedih. Sebab ini untuk hiasan je. Tapi kalau takde, tak berseri la.. Baik pergi beli. Jenama Tesco, RM5.49 je.. Chilli flakes RM1.68 je beli yang dah siap timbang kilo tu ha. 

Well, akak ofis kata menjadi dah resepi ni. Perut kata, waahh patut buat lebih. Untuk ditambah-tambah makannya. SEDAP LETTEW.!
Ok. good luck
xoxo


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Since I’ve started travelling to Bandung early of this year, I am really fall in love with Indonesia. Dan, memandangkan Indonesia ni banyak wisata yang cantik-cantik, terus decided, Eh nak buat projek travel "Misi Jelajah Indonesia" lah. Kehkehkeh.. Dan, salah satu tempat yang berada dalam list ialah Lombok, Indonesia.
Inilah entry tergendala akibat daripada kesibukan kerja. I ke Lombok pada 24th September 2016 dengan adik. Kemain nak BOLD kan part tarikh nak bagi korang tau. Kiranya ini short trip la sebab 4D3N je untuk kembalikan mood yang stress sangat dengan kerja. Untuk trip kali ni, kami susun sendiri melalui perkongsian rakan blogger dan dari group Backpackers Buddies Malaysia (BBM).

Amaran : Ini bukan entry percutian bajet. Korang boleh ambil isi untuk disesuaikan dengan bajet sendiri. Ok.. Awal-awal I bagi warning uols..



Ok sambung. Kami ambil flight Air Asia, lepas balik dari Bandung. So, dapatlah harga tiket RM370 returns including meals on flight untuk seorang. Pergh..pergh..pergh. Main beli je dulu, plan tak buat pun masa ni. Kami tak add-on baggage sebab bawak barang sikit je pun. Ini dikira sangat mahal sebab takde promo. Korang boleh dapatkan harga flight lagi murah dari ni bila ada promo. OMG!

Tempek muka dulu kat KLIA2

Jadi, Entry ini dibawakan khas daripada Lombok (ececeh) dan I bahagikan entry ini kepada 2 bahagian. Marilah bersama-sama membaca tips menarik untuk yang dah plan nak bercuti tuh. Dan.. I starts with Itinerary first. Sila ambil pen dan kertas sebab entry panjang gilers.

Bercuti ke Lombok

Hari Pertama : Senggigi.
Ok.. Untuk malam pertama (tersipu malu), kami duduk di Senggigi. Senggigi ni macam ala-ala tanah besar la.. Memandangkan flight kami tiba malam dalam jam 7.00 malam, a bit delay sebab masa kami sampai sana cuaca agak buruk and we hanging there about 20 minutes sebelum landing. Turbulence agak menakutkan tapi alhamdulillah our Captain did his very best. Bravo Captain! 

Masa di Lombok adalah sama dengan masa di Malaysia ye, cuma waktu subuhnya lebih awal dan hari dah mula gelap sekitar jam 6.00 petang.  Sampai di Airport Lombok, Pak Supir dah sedia menunggu, dan kami teruskan perjalanan terus ke Senggigi yang mengambil masa dalam 2 jam dari airport. Tak lah petak sangat bontot tu kan. OMG! COMELNYA PANGGIL BONTOT PADAHAL BOLEH GUNA PUNGGUNG KAN.. 

Tapi sebelum tu singgah beli simkad dan makan di Restoran Nada Alam Nyaman. Dan of course menu wajib korang mesti cuba dekat Lombok ialah Nasi Ayam Goreng Taliwang. Geng kuat makan, please noted this ok. Then checked in Bumi Aditya Hotel di Senggigi.
Rate hotel Agoda : RM90 / malam
Tuala mandi tak disediakan. Memang musafir la. I amik standard room.
Day 1
  • Arrive Lombok (1845)
  • Dinner Restoran Nada Alam Nyaman
  • Check in Bumi Aditya Hotel
  • Rest
Hari Kedua : Waterfall Tour & Gili Trawangan
For Waterfall tour is very challenging and damn tired ! Coz u need to walk / hiking to see the waterfall up there (amboi ayat), but its okay kalau kaki korang memang tegap. I sudah nak mati naik situ. Alahai lemak. Eh bukan I, tapi adik I (Padahal malu nak ngaku). So lepas breakfast, pukul 9.00 pagi Pak Supir kami dah tunggu di hotel untuk perjalanan seterusnya. Kami ke Air Terjun Tiu Kelep & Sendang Gile. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui jalan kecil dan berbukit-bukit. Again, 2jam lagi. Kali ni pun tak sempat nak petak bontot sebab 2 jam tu terjadi kerana singgah ke beberapa check-point untuk bergambar. hihihi.. 

1st waterfall, Sendang Gile (15minutes). God knows how struggle for me to get here. I didn't know it was this tough but yeah I made it. Yes.!! kat sini mcm kene scam pulak kene bayar quite hundred thousand rupiah. Ok, jangan terlepas part tips I akan bagi nanti untuk kat sini. Janji tau, kena baca! Kat Sendang Gile ni ramai orang mandi. Susah gile nak bergambar. Ramai pulak sampaikan rasa "Kenapa semua nak photobomb gambar daku".. T_T. So kami pun teruskan untuk naik lagi ke air terjun yang atas pula, Tiu Kelep. 

2nd waterfall, kat bahagian atas, Tiu Kelep (20minutes). Ini pun struggle jugak. Tapi bila dah sampai kat Tiu Kelep, korang akan terpana dengan pemandangan air terjun kat sini. Subhanallah, cantik sangat.. sebab bertingkat-tingkat.
Malu nak pandang. Muahaha
Kat sini, aman la sikit nak mandi. Nak bergambar pun masih ada ruang. Tempat tukar baju ada disediakan di bahagian bawah ye masa tempat mula-mula sampai sini, bayaran Rp 2.000.

Next, kami terus ke bangsal (jeti) untuk terus ke Gili Trawangan. Tiket boat boleh beli di kaunter bangsal dan ada beberapa jenis boat (Public Boat, Fast Boat and Private Boat) . Kalau public boat tu, naik dengan orang kampung berserta dengan ayam itik mereka. Hahaha, ok la..boleh buat bersembang-sembang. Masa pun lambat sikit la nak sampai tu, around 40 minutes la. Tapi kami naik Fast Boat (orang kita panggil Speed Boat) cuma ambil masa around 20 minutes je. 
Sumber gambar : Google sebab lupa amik gambar

Public Boat - Rp. 15.000 per person
Fast Boat - Rp. 85.000 per person
Private Boat - Rp. 850.000 per boat (max 4-5 person)

Basically, Lombok ni ada 3 gili (pulau kecil) ye. Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno. 
Dan ofkos paling popular adalah Gili Trawangan sebab kat sini lah dimana mat-mat saleh ramai berkumpul (anak ikan mata biru u..) . Jadi, I suggest korang stay kat Gili Trawangan ni sebab kat sini more happening, ramai orang & memang cantik. Cuma pastikan korang pilih hotel yang jauh sikit dari night market, sbb mat-mat saleh ni suka berparty malam-malam, nanti bising. Tapi jangan jauh sangat, sakit kaki nak jalan. Ada cidomo (kereta kuda) tapi kami ni jenis kesian nak naik, sebab terasa macam kuda bawak anak gajah ni. huhuhu.

Untuk di Gili Trawangan, kami menginap di Black Penny Villa. Saje je pilih hotel ni sebab bilik kat hotel ni, privacy tau. Konon-konon macam daku adalah traveller yang nak bermanja jugak. Setiap bilik ada swimming pool sendiri. 
Rate villa Agoda: RM250 / malam
Tempahan 2 orang, dia ingat honeymoon kot
Makanan di Gili Trawangan senang je nak cari, sebab banyak restoran dan ada pasar malam. Pilihan kami, pasar malam sebab nak usha sekali rate snorkeling untuk esok (terus booking lah).

Day 2 
  • Breakfast & check out 
  • Heading to Senaru Waterfall -  Tiu Kelep & Sendang Gile 
  • No Lunch (Sebab nak cepat)
  • Heading to Bangsal (place to take boat-40minutes) -> Gili Trawangan 
  • Check in Hotel 
  • Explore island by walking 
  • Dinner at Pasar Malam 
  • Rest 
Hari Ketiga : Snorkeling
Snorkeling day!! Ini memang part wajib kalau korang bercuti ke pulau lah. Kalau tak, nak buat apa lagi. So berkumpul jam 10.00 pagi yang cuaca dah panas terik macam tengah hari. Basically, ada 4 check point tapi kami pergi 3 checkpoint je sebab 1 lagi tu terpaksa batal. Air keruh wei.. Nanti tak nampak pulak ikan. Eh tak, ikan yang tak nampak I pulak karang.. T_T. Seriously, cantik sangat. Memang berbaloi sangat dapat snorkeling kat Lombok. Dah penat berenang bersama safety jacket, kami berhenti makan kat Gili Air. Makanan sendiri tau. Tak disediakan dalam pakej snorkeling ni.  
Zapin dalam air. Kau mampu.? hahaha.. mana tah ikan punya gambar. Lari kot bila I terjun. T_T

Rate Snorkeling : Rp.100.000 per person.

Habis snorkeling jam 3.00, so balik bilik berehat sekejap. Petang jam 5.00 baru keluar untuk tengok sunset. Ini pun keluar dah terlewat sebab tertidur. Jam 6.00 petang hari dah gelap tau. So better korang keluar awal ye. Lagi-lagi kalau ada keinginan nak bergambar kat buaian Ombak Sunset yang femes tu. Kami tak sempat, sebab ramai dah mula beratur nak bergambar. Tula.. lambat keluar kan.. terpaksa lah tengok dari jauh dan explore island dalam sejam tu.
cantik kan? Taken by iphone with no filter. I love u camera iphone. 

Day 3 
  • Breakfast 
  • Snorkeling at Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air 
  • Lunch 
  • Explore Island and View sunset 
  • Dinner 
  • Rest 
Hari Keempat : Sasak Village & Kuta Beach
Ini hari terakhir kami kat Gili Trawangan. Jadi, lepas breakfast terus beli tiket boat untuk balik ke tanah besar lombok. Rate tiket boat sama macam yang I cerita previously. Masa balik ni, memandangkan flight jam 7.00malam, so kami pergi dulu ke Sasak Village.
Kena amik cepat. Tengah jalan tu. Muka adik je. I tak sempat lah. Malu lettew!
.
Di Lombok, tempat yg kami pergi dekat atas ialah Sasak Village di mana tempat tinggal asli utuk kaum dorang, suku kaum SADE. Okay, apa yang menariknya di sini ialah, kami belajar mengenai 1 budaya unik masyarakat Lombok yang paling femes sekali iaitu "Melarikan Anak Dara Orang". Part ni I akan cerita dalam next entry - Uniknya Lombok Indonesia.

Cost di Dusun Sasak : Sumbangan seikhlas hati.


Lepas tu, sebelum kami ke airport, kami singgah ke Kuta Beach. 
Saje nak ambil gambar terakhir sebelum meninggalkan bumi Lombok. Pantai ni terletak disebelah barat lombok. Cantik sgt! Cuma yang tak selesa sebab ada banyak anjing berkeliaran. Tapi tak kacau orang pun. Yang "kacau" ialah peniaga kecik (budak umur 5-6 tahun) kat sini. Sinonim dengan Indonesia, dorang mencari sesuap nasi dengan apa cara sekalipun (I respect!), cuma tu lah.. dorang akan follow kita all way round dan pujuk kita beli. Haishh..tapi nanti dia dah bosan kita tak layan, dia pergilah. Budak2 umur 5 6 tahun dah meniaga, sebak jugak tengok. Teringat anak-anak kecik kat Malaysia yang mungkin tengah seronok pegang gajet & ipad. Dorang pujuk I beli gelang dorang jual, bukan mahal pun. Tapi I tak beli sebab cash dah takde pun. Habis masa lunchtime dah. Hahaha

Part paling kelakar, bila dah takde tourist lain yang datang kat situ, dorang letak barang-barang jualan dekat tepi, dengan malu-malu bukak baju & seluar dorang dan lari bersorak masuk laut. Yup bogel! Hahaha tapi memang cute sangat malu tu, siap intai-intai nak bukak baju takut I nampak lettew.. Fitrah budak-budak kan.. Walaupun parents minta dorang bantu meniaga, tetap nak main dengan kawan. Yang lelaki terjun laut, yang perempuan main tengteng. Cute sangat. Ape pun, keadaan dorang masih daif lagi, itu yang I boleh simpulkan.

Day 4 (Last Day) 
  • Breakfast and check out 
  • Heading back to Senggigi 
  • Sasak Village Tour + Souvenir 
  • Lunch 
  • Kuta Lombok Beach & Tanjung Aan Beach
  • Heading to airport - flight (1915)
Kuta beach yang sangat jernih airnya


Currency Rate : 1Million rp = Rm320 (September 2016)
*Flight Ticket - RM370 / person / return
*Hotel 4H3M inc breakfast - RM600 = RM300 /person
*Supir / Transport kereta Avanza - Rp 1.300.000 / car = Rp 650.000/person
*Speedboat to Gili = Rp 85.000 /person x 2trip
*Snorkeling = Rp.100.000 / person 
*Waterfall - Rp. 300.000 (after nego) = Rp.150.000 /person
*Tukar baju di waterfall = Rp. 2.000/person

Total cost Indonesia rate Rp.1.072.000 = RM 342.40
Total cost MYR rate = RM 670

Total exclude makan dan souvenir = RM 1012.40/person

Tapi tak rasa sangat sebab tiket flight dah beli 5 bulan awal. Hotel booked kat Agoda pun 3 bulan awal. hehehe.. Jadi.. belanja kat Lombok jelah. So.. Nak jimat lagi mungkin korang boleh cut cost pada hotel dan beli tiket flight awal atau masa promo. And.. jimatkan lagi pada part waterfall tu. Baca tips melancong ke Lombok di bawah ye.

Sekarang.. inilah masa yang ditunggu. *Drum roll please.!!!
(Padahal takde yang tunggu kot) T_T


Tips Melancong ke Lombok


1) Airport 
Bawa pen siap-siap dalam beg sebab macam biasa sampai Indonesia kena isi borang kastam dia, kiranya dah sampai kt airport sana terus serah pada kastam je tak payah beratur kat situ utuk sebatang pen!

2) Transportation 
Kalau boleh siap-siap tempah supir and tempah supir tu make sure survey banyak and try nego. Disarankan ambik supir ye sebab perjalanan satu tempat ke tempat lain sangat jauh!

3) Duit makan 
Sediakan duit makan lebih sikit untuk supir sebab ada sesetengah restoran dia akan tanya, mau dibayar makan supirnya tak..yelah tak bayarkan macam kedekut naw. Pilihan ditangan anda.

4) Waterfall 
Ini bergantung pada stamina ye adik-adik, sebab nak naik tengok air terjun tu kene menapak ala-ala hiking gittew.. dengan nak meredah batu-batu dan hutan rimba, adik I pancit haha! 
Bayaran? Okay kalau baca blog orang lain, orang kata tak payah ambil tour guide pun takpe, boleh je kalau nak gerak sendiri sebab ramai orang kat situ. So korang follow je orang lain atau follow orang yang amek tour guide kehkehkeh.(pandai-pandai lah korang jangan nampakkan obvious menumpang tu). Masa I sampai, orang macam takde je kat bawah tu yang sampai. Nak follow pun tak tau nak follow siapa, Lepas tu kena approach la macam biasa. Dan, I rasa dah macam kena scam pulak, kena setepek Rp.300.000! Tu pun konon nego lah, harga asal Rp.600.000. #matilanak

5) Hotel
Untuk di Lombok, better cari area Senggigi atau Mataram, agak jauh dari airport tapi syok sikit ada pekan dan cantik. Macam hari tu I ambik Hotel Bumi Aditya. Hotel ni murah, and I can say the room is average. Boleh la buat tidur satu malam sebab kitorang sampai dah malam pun. Kalau korang sampai siang, boleh terus ke Gili, lagi berbaloi. 

Untuk Hotel di Gili buat few research pada location hotel yang korang nak. Area berdekatan dengan Jeti sangat happening ada pasar malam, restaurant & pub. Malam agak bising sikit lah sebab matsaleh berpoya kat situ haha. Yang best nya sbb dekat dengan jeti so tak payah la pikul beg jauh sgt. 

Untuk bahagian belakang pulau sana ialah sunset view point, memang sangat cantik dan harga hotel pun quite pricey. Jauh dari jeti tapi ada transport la, naik cidomo (kereta kuda), tak sure berapa bayarannnya sebab kami tak naik pun.

6) Tiket boat to Gili  
Harga I dah terangkan dalam entry. Tolong jgn beli kt "ulat tiket", mahal okey.

7) Snorkeling 
Cuba usha sekitar situ, ada banyk tempat tawarkan snorkeling, rasanya rate sama kot. Cuma point dia berbeza, ada yang buat 4 point, ada yang buat 3 point, korang tengok lah mana yang berbaloi. Rate I dapat, I ada cerita dalam entry Pegi baca balik.

8) Buaian Ombak Sunset 
Checkpoint lah konon bergambar kat buai tu tapi sila beratur seawal mungkin sbb ramai gila org. Sanggup tak sanggup lah nak tggu. Nak explore island, boleh sewa basikal atau jalan kaki. Kami jalan kaki je. Sebab sejam je, rasa membazir pulak. Cuma memang tak explore 1 island la. Kalau korang plan nak explore island, keluar awal. Rate basikal ikut rate hotel yang korang pergi.

9) Adapter 
Macam biasa, ke Indonesia bukan pakai plug sama dengan Malaysia. Jadi jangan lupa bawa International adapter ye. Jangan lupa tips lain di SINI ye 

10) Ubat-ubatan
Seriously, lepas waterfall tour, yang tak biasa aktiviti lasak akan krem la ape la kan. Prepare la ubat-ubatan tu. Sama jugak dengan snorkelling. Memang rasa nak demam sebab lepas hiking, travel pulak ke Gili naik boat, lepastu esoknya nak snorkelling pulak. Tak ke 2 hari macam aktiviti lasak kan? So prepare la apa yang patut.

Cukup panjang entry I kali ni kan.. Lepas ni boleh la buat karangan "Aku seorang musafir". Apa pun, Lombok memang sangat cantik dan masih belum dicemari. Semoga bermanfaat. Selamat bercuti ke Pulau Seribu Masjid ni ye.
Till then.

psst : Jangan lupa Ayam Goreng Taliwang tau.
Share
Tweet
Pin
Share
55 comments
Assalamualaikum.!
Oke Hai.. Berasa sangat terpanggil untuk bercakap mengenai kerjaya sekarang di blog sendiri sebab nak mengenang, macam mana lah boleh tercampak dalam bidang STRUCTURE sedangkan dulu, sangat membenci subjek ni sebab hati dah terpaut pada Geotech dan Water. Ini lah kot orang tua dan pemuda pemudi kata

"Tak payah nak benci sangat. Nanti lama-lama jatuh cinta"
Baiklah, tak mau sadis-sadis bercerita soal jatuh cinta.. Eh?!
 T_T

Secara amnya.. Bridge Engineering ni tergolong dalam bidang Civil Engineering. I was so lucky sebab masa sambung degree dulu, amik subcourse Civil and Infrastructure di UiTM Penang. Jadi, dapatlah sedikit gambaran mengenai bridge design ni dalam subjek Precast Design.

Eh serius ah, bila baca balik nota yang lecturer suap dulu, rupanya itu basic je.
Eh serius ah, dulu macam watdehel susah ni. Baru bab pengenalan bridge pun, dah ternganga apa tu "Abutment", "Parapet", "Per" eh.?!
Eh serius ah, tak faham dan akan tidur sekejap di surau atau bilik kosong dan bila test, mujur ada kawan yang bersusah payah mengajar si cantik ni sebab si cantik sungguh tidak memberi fokus dalam subjek ni.

Eh, eh, eh.. banyak betul masalah. Tapi, betul lah, subjek ni jarang diajar sewaktu degree. Sebab subjek ni akan dicover masa master je. *angkat kening*
Sebab tu cakap, SYUKUR!

Baiklah adik-adik yang masih belajar, jangan gelakkan kakak (amboi, terasa tua T_T ) Zaman akak belajar dulu, pakai phone pun Galaxy Ace je, line internet takyah cakap ah, tak meluas. Nak discover tu, tak delah dihujung jari sangat pun. HP pun tak canggih sangat, Internet mahal dan kuota limited. Tapi sekarang, anda boleh menikmati internet di mana-mana sahaja dengan kelajuan 4G bila anda bersama Digi sehingga kuota sebanyak 40GB.. Wahh.. iklan jap sebab now tengah pakai Digi Postpaid 40GB tuh, puas hati dong.! Jadi, kalau tak faham apa yang lecturer ajar, google jela sekarang dik. Boleh tatap puas-puas gambar dekat internet tu untuk faham, sebab adik kan boleh guna Digi Postpaid yang 40GB tu serendah RM110 je sebulan. Sungguh berbaloi bersama Digi. Ok.! menyempat lagi.

Bila dah 3 tahun dalam bidang ni, passionate tu terus datang.. Sayang sangat dalam bidang ni sampaikan obses bila nampak bridge di mana-mana. Including jambatan kecil di kampung.. Tu tak masuk bila bab tengah drive, sampaikan sanggup berhenti atau duduk bawah jambatan untuk tengok structure je. Dan, tak masuk bab bila nampak mana-mana jambatan masa dalam kereta, cepat je mulut tu nak bercerita dengan orang, kenapa..kenapa..kenapa structure tu macam tu. Eh, macam annoying kan. Tapi tula, tengah angau bercinta dengan bidang ni, sampai obses (bukan obese ye) dengan bridge design.
Ni gambar kat bawah jambatan di Korea, Pinjam ye encik Google. 
Bridge, Putrajaya. Nama lupa.
Pernah terfikir,
kenapa la termasuk dalam bidang ni..? Jangan kata senang.. Takda apa yang kat dunia ni senang. Amboi duniawi. Kalau kerja mana-mana pun susah jugak. Cabaran kerja ada je dimana-mana. Tak cakap bab kena marah dengan client, lepastu bersengkang mata pulak sampai malam menyiapkan kerja.. Face it lah. Memang kerja Engineer macam tu kan.. Cuma nya sebab dulu kan sangat membenci bidang STRUCTURE, tapi kenapa Allah campak ke sini..? Rupanya sebab dulu.. (flashback datang diwaktu malam, masa tengah siapkan design)

Sebab zaman study dulu.... pernah terluah kata-kata dengan kawan

"Dah besar nanti (lupa diri memang dah besar), nak kerja design jambatan.. Macam Jambatan Pulau Pinang tu ke.. atau nak kerja buat tunnel macam SMART Tunnel tuh. Sebab taknak kerja dengan Arkitek, nanti kita tak dapat nak design, semua dorang buat"

Sungguh naif kata-kata ini keluar. Tapi tetap kena gelak jugak sebab dorang kata, jambatan pun Arkitek yang buat reka bentuknya. Oh, naif lagi sebab percaya. Dan.. sebab kata-kata tulah, rupanya mungkin .. mungkin lah kan, masa ni kata-kata ni di aminkan oleh malaikat dan dibawa naik. Ha... gitueww..

Kalau nak cerita bab pengalaman kerja, boleh menangis jugak ni. Sebab betul-betul masa my senior move ke company lain, I baru setahun lebih kerja. Apa lah nak tau sangat kan. Dulu semua my senior yang buat. I cuma banyak bantu design sikit-sikit je.. haha. Tak pernah keluar meeting okeyh. Duduk dalam ofis je. Lepas je my senior quit, I pulak take over all. Dengan nak kena belajar semua balik dari A to Z, lepastu kena ajar sekali Engineer baru masuk, meeting sana sini, dengan kena buat design lagi. Masa tu, lembik rasa kaki ni.. Masa pergi meeting pun, memang nampak lah orang doubt kita punya capability. Oh I pernah dapat pandangan yang ala-ala "smirk" tu tau masa I bagi pandangan. Siapalah nak dengar budak setahun jagung bagi pandangan. Kahkahkah... banyak betul pandang memandang ni. Sebab orang baru kan, baru setahun jagung dah kena pegang projek. Tapi stay strong sebab niat nak improve kan diri. Pernah rasa nak give up especially I kena pegang 1 projek 'sakit' yang I dengar ramai Engineer tak tahan. Ni paling mencabar dengan client yang fussy, penduduk tempatan yang menentang projek ni and design yang tak setel lagi, client dah bawak contractor masuk site untuk start. Hoi, pening dengan masalah site dan detail design yang tengah dalam ICE (Independent Checking Engineer) pulak. Tapi.. tahan je. Tahan.. Ni semua proses belajar. Haih.. macam-macam lah. Setahun lebih berdikari ni, memang kenangan masam manis.

Some of my book masa zaman belajar (Ada banyak lagi nak kena angkut). Nasib la guna duit PTPTN beli buku rujukan, Berguna sangat. 
My bos pun, Alhamdulillah tak lokek ilmu nak ajar.. hehe. And.. alhamdulillah now, bila ke meeting pun jumpa client or apa ke, other people dah mula percaya dan dah boleh masuk team untuk discuss dan buat keputusan as a Bridge Engineer. dan.. Alhamdulillah, ada client yang cakap I ni cekap. *shy-shy suka..

Jadi.. beginilah.. akhirnya, yang tak disukai tulah, jadi kerjaya pilihan sekarang. And Alhamdulillah, walaupun baru 3 tahun, dan masih lagi tahap junior, ada jugak dapat offer dari company lain untuk kerja kat company dorang, sebab memang tak ramai Bridge Engineer di Malaysia ni..Insyallah soon, I kena move on jugak kan.. Cuma, for now..banyak lagi nak kena belajar. Company sekarang boleh katakan small company. Sebab jujurnya, cuma ada 2 je Engineer. dan I adalah senior dalam company tu after my senior dah pindah ke company lain. Kerja memang banyak. Banyak jugak projek pegang sekarang. Tapi, I belajar banyak.. Banyak sangat.!! Semoga selepas ni, semuanya dipermudahkan Allah.

Dibelakang I, yang banyak membantu ialah my team dalam company (the drafters), my bos dan Kak Zura, Prof Madya dari USM yang tengah buat attachment kat company tu (my partner untuk discuss everything pasal Engineering dan tempat makan)

Percayalah, kata-kata adalah doa yang akan melantun pada kita semula. Toing toing.!
Niat yang baik-baik, dan cakap yang baik-baik. Allah akan beri dari sangkaan hambanya.

Jangan tanya tang gaji. Nanti I block tau. Eh?!

Sekian. Terima kasih baca.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hai.. Assalamualaikum semua.. 
** lambaian tanda ramah.

Jadi.. I baru je pulang dari bercuti dari Bandung.. and apa yang I boleh ringkaskan, Bandung is a beautiful and wonderful place. Orangnya ramah,  dan lembut bila berkata-kata.. Ok.. cukup untuk summary ni. So, ini adalah beberapa tips persediaan yang I boleh share melalui pengalaman I dan juga melalui pembacaan dari Google.

Tips Bercuti ke Bandung

1. Tiket dan Airport
Untuk tiket flight, Alhamdulillah I dapat yang murah dan berpatutan. Since this is my first time I bawa my parents ke luar negara, so awal-awal lagi dah mula ticket hunting kat website sebab my parents ni, kalau dapat tau harga tiket mahal, dorang risau macam-macam pulak kan. Yela, takut kita terbazir la kan.. Takkan nak menipu harga. So, ticket hunting ni I mulakan dari pertengahan tahun 2015 lagi. Antara website yang I rujuk untuk hunting ni ialah Skyscanner, Traveloka dan  of course Air Asia.

Sebabkan last minit add-on baggage, tak add on masa beli tiket, kami beli asing..  Jadi harga agak mahal la.. Tapi tiket untuk 4 orang RM744.32. Tambah baggage last minit dah terpaksa tambah lagi RM142. Kalau beli sekali masa beli ticket, lebih murah T_T. Oh ni yang kami dapat, kalau dapat harga lebih murah dari ni, lagi bagus.. 

Untuk airport ke Bandung, sebaiknya pilih terus Airport Husein Sastranegara Bandung.. Jangan la gatal-gatal nak pilih dari Jakarta melainkan kalau korang memang nak berjalan di Jakarta dulu. Sebab.. walaupun harga tiket flight dari KLIA ke Jakarta lebih murah dan perjalanan dari Jakarta ke Bandung pula cuma 2 jam, tapi harus diingat ye.. Ditempat orang.. kita tak tau perjalanan traffik macam mana.. Silap-silap boleh sampai 5 ke 6 jam sebab sesak.. Jadi akan buang masa disitu dan kepenatan.  

Kecil dan comel. Jangan berangan nak tido disini sementara menunggu flight ye. 

2. Luggage dan  Bagasi
Untuk ni, berkait rapat pula dengan jenis perjalanan.. Ha gituu.. Yela.. tentukan dulu kan jenis perjalanan, nak holiday atau nak shopping.. Macam kami, bercuti  dan  shopping. Jadi, masa pergi kami memang tak add-on luggage pun. Kami limitkan barang cuma 7kg je. Sebab memang limit 7kg je ye sayang semua. Masing-masing cuma bawa 1 backpack atau beg sandang belakang tu dan beg tangan 1. Barang memang tak banyak. Limit baju tido dan baju 3 hari berjalan je (sebab 1 hari dah pakai.. so exclude. haha). Jadi beg tak berat sangat kan.. Sebab, kalau berat nanti tak boleh bawa naik atas flight. Kena check in bag pulak.. Dah bazir kan.. So bawa keperluan ala-kadar. (Ala kadar tu, bukan bermakna korang kena bawa sikit ye.. Agak-agak yang penting tu,  bawak la. sebab nak cari kat sana nanti, masa pulak kan,, Since  baru nak pergi, nak kena cari tempat lagi.. Hish..)

Tapi....tapi..
Sekarang Air Asia dah buat polisi baru di mana bagpack dah tak dibenarkan bawa naik dan hanya mengikut saiz yang dibenarkan sahaja.. Jadi, pandai-pandailah bajet. Kalau terpaksa add-on baggage masa beli tiket, buatlah untuk elak last minit kena bayar.

Orang kata, beli je kat Bandung.. baju murah. Ok..pendapat I pula, bergantung pada perbelanjaan. Memang la murah, tapi kenapa nak bazir beli baju kan. Sebab I bajet nak shopping kain pasang je.  Lagipun, I ni saiz besar, susah sikit nak cari saiz tu.. So, I mmg bawa siap2 baju nak jalan. Cuma ada la terbeli cardigan dan Long Sleeve shirt pakai masa ke Kawah Putih. hehe..Ok, lari sikit bajet. Tu sebab nafsu. Apa-apa pun, bergantung pada bajet masing-masing k.
Ini sahaja limit. Jadi.. Bawa ala kadar. Kalau perlu, setiap seorang bawa la 1 beg.. sebab kalau share nanti, confirm lebih berat kan.
Masa balik.. kami cuma beli baggage 20kg + 20kg atas nama I dan adik je. So total 40kg. Ambil 2 nama je sebab barang parents kami akan sekalikan je atas nama kami. Total masa balik lepas shopping semua, 4 orang ni cuma 30kg je. Hahaha.. tak berat sangat rupanya. Sebab shopping baju je. Berat pun sebab terlebih beli  brownies kat Kartika Sari masa balik. hewwhewww...

3. Supir
Untuk supir.. kami dah memang booked dan cari awal-awal sebab takut la kalau lambat nanti mahal kan. So, kami mulakan pencarian dengan google dan bertanya dalam group backpackers di Facebook. Since ini adalah yang pertama kali ke Bandung, kami ambil pakej terus dari supir. Bajet supir kami include transport dan penginapan hotel 3 bintang cuma RM1300. Kalau takut kena tipu, make sure korang semua cari supir yang berpengalaman dan bayar di sana terus. Bahaya juga kalau bank in sebelum sampai kan. Apa-apa pun, terpulang cara masing-masing. Tapi dengan supir kami, 

"akak bayar bila dah sampai sini nanti.. " hohoho

Kami gunakan khidmat supir Pak Rahmat Sugiarto. Konon panggil Pak Rahmat ingatkan dah berusia, rupanya orangnya muda je, Hehehe..anak muda Bandung yang mewarisi perniagaan keluarga. Takpe, nanti I cerita pengalaman dengan supir Rahmat. Tapi, memang berpuas hati. Sopan je kata-katanya.. Hensem juga dimata I.  hahaha

The hotel. Oh.. basically, kami dapat hotel yang di sebelah kanannya adalah KFC dan seberang jalan adalah McDonald dan  Pizza Hut. Kau ghase??  hahaha.. Malam-malam lapar keluar beli burger McD. Thanks Rahmat pilih hotel yang senang nak access tempat makan.. hehehe. 

Bilik Superior.. Ok la penginapan macam ni untuk 4 hari.. Selesa sangat. Ni bilik I dan adik. 

Eh tercerita bab hotel pulak. So.. ini instagram Rahmat. Boleh la stalk dulu kalau nak tau betul ke atau tak kan..hehe. Tapi kami sekeluarga memang berpuas hati. 
4. Money changer dan Matawang Rupiah
Kalau boleh, tukar la siap-siap duit kat Malaysia. Sebab takut la kalau di Bandung nanti susah nak mencari dan dapat rate mahal. Kami sampai Bandung hari Jumaat petang. Rupanya hari Sabtu, money changer sini buka separuh hari je. I dah la terover pakai duit.. Kelam kabut nak tukar. Pinjam duit mak dulu. Hahaha.. luckily, hari Ahad dalam perjalanan nak ke Kawah Putih, ada jumpa Money Changer. huhu.. Nasib baik juga rate dapat murah. Ni semua nasib baik ye.. Kalau tak bernasib baik, memang takde dah duit shopping. So, I advise kat korang semua, tukar siap-siap duit dari Malaysia. Rate tak semua sama.. Masa I pergi, currency Malaysia tengah jatuh. Jadi mahal sikit. Apa-apa pun.. rajin-rajin la survey rate currency ok.

Kalau tak sempat tukar juga?
kat Bandung, bersepah-sepah (ececeh... sangat la kan) mesin ATM CIMB dan Maybank. Jadi, lebih mudah kalau korang yang ada CIMB dan Maybank  tu,  siap-siap call operator sebelum bertolak ke Bandung untuk aktifkan International Withdraw. Kalau withdraw dari ATM, currency lebih murah.. dan jimat dan.. selamat sebab takdelah dari Malaysia nak bawa duit berjuta-juta kan..Cuma, cas pengeluaran, mahal sikit.. Around RM12. Tapi.. mana la tau kot-kot terbelanja lebih, ada la duit emergency boleh withdraw dari ATM kan..

Macam mana nak kira currency kat Bandung.? Ok.. memang kalau dah dapat Rupiah, korang akan pening sikit.. sebab beribu kat tangan. Jadi, I akan buang tiga nilai kosong dibelakang dan bahagi dengan 3.

Contoh :-
Rp 30,000.00 akan jadi Rp 30 dan bahagi dengan 3 = RM10
Rp 3,000.00 akan jadi Rp 3 dan bahagi dengan 3 = RM1

Abaikan 3 nilai kosong belakang tu. Ini secara General ye sayang. Kalau nak betul-betul kira, download lah apps Currency di phone. hehehe

kaya la sekejap kan.. hahaha

5. Airport  Tax
Ini soalan paling femes I dapat.. Betul ke kena asingkan Rp 75,000 siap-siap untuk bayar Airport tax masa balik tu. Jawapan, TAK PAYAH.. sebab, mulai 2015, airport tax akan siap-siap dimasukkan dalam harga tiket flight tu.. 

Tapi.. so far cuma Air Asia dan Malindo je yang dah announce. Untuk flight lain,  sila check semula tiket flight masa pembayaran tu.. Kalau dah  include, tarik nafas lega ok.. Boleh guna Rp 75,000  tu buat shopping.

6. Tips
Di Bandung ni, memang ada budaya memberi tips ye. Walaupun nak buat U-Turn pun, mesti bagi duit tips pada orang yang jaga tengah jalan tu. Kalau korang turun dari kereta supir, ada yang bukakan pintu pun, korang kena bagi tips. Ala.. dia tak mintak pun, tapi faham-faham la.. budaya dorang kan.. Sebarang pertolongan semua berbayar.. 

Berapa banyak nak bagi tu, terpulang.. Bagi Rp 2,000 pun dah ok.. Macam I, I bawa siap-siap duit Malaysia RM1 tu.. so bagi RM1 duit Malaysia pun, dorang ok dah. Currency duit kita tinggi. Tapi, sebab supir I dah kata, tips semua dia tanggung.. Jadi kami tak perlu fikir berapa nak kena asingkan.. Cuma, I prepare siap-siap sebab ada kalanya, I akan beri je.. Anggap sedekah. 

7. Adapter
Ini teramat penting.. Walaupun negara serumpun, tak sama ye. I beli siap-siap travel adapter kat Mr.DIY.. Harga RM13.90 je.. Senang lepas ni nak travel ke mana-mana. Kalau agak-agak nak cas banyak.. bawak lah siap-siap extension.  Hehe.. I bawa extension. So adapter ni untuk extension plug je, then cas la hp dengan adik. Boleh la nak share dalam hotel. Cuma hati-hati. Jangan la guna dengan peralatan yang tinggi Watt macam seterika atau hair dryer. Mau meletup pulak nanti..

8. Beg Shopping
Untuk yang nak shopping di Pasar Baru.. I cadangkan korang bawa beg galas atau beg sekolah tu.. sebab, mana la larat nak pegang beg plastik banyak-banyak kan.. So, pakai beg tu galas di hadapan badan untuk berhati-hati dari penyeluk saku dan lepas shopping boleh masukkan barang shopping dalam beg tu.. Takdelah sakit tangan bawak banyak barang. Nak bawa handbag tu boleh, tapi hati-hati ok.. Karang tengah sibuk shopping, terabai pulak handbag.. 

9. Kasut
Baca kat mana-mana blog pun akan cerita bab kasut.. Hahaha..  Yela.. ini penting. Karang tengah bercuti, kaki sakit pulak kan.. Bagi I, simple je, Bila travel, pastikan kasut yang dipakai selesa.. Sebab, masa travel, akan banyak berjalan.. Kalau salah pilih kasut, nanti kaki pulak sakit lepas tu dah tak selesa nak berjalan.. So.. macam I dan adik.. kami pakai kasut je.. Senang nak bergerak.

10. Simkad / Kartu Sim
Ini adalah paling penting.. !!! Hahaha.. walaupun di hotel ada Wifi, tapi takkan nak tunggu sampai hotel baru nak update kan.?  Tak best.. Sebab kita kan nak buat live update.. Ececeh.. Kemain.. Jadi kat Bandung ni, I tak pakai data roaming. Sebab taknak la balik Malaysia nanti bil melambung mahal. Jadi..I pesan awal-awal dengan supir untuk belikan simkad.. Senang nak contact kawan  dan bergosip.. Eh tak.. Senang nak contact each other. 

So .. untuk simkad ni, bajet asing la dengan bayaran supir,  Kami beli 2 simkad je. Untuk  phone adik dan  I. Our parents cuma share data je so dorang share wifi sebab data kami dapat 3GB. Untuk 4days je pun nak gunanya. Balik hotel dah pakai wifi. Dalam kerete supir pun ada wifi.. Hahaha.. 3GB ni pun tak habis pakai sebenarnya.. Buang camtu je. Terpulang kalau korang jenis update social media macam I ni, memang berguna.. Kalau tak, beli 1 je.. share jela data.. Jangan bazir. hehe. Bergunanya bila di Pasar Baru dan tempat shopping. Sebab masing-masing dah menghilang cari barang sendiri, jadi senang nak contact. Cuma simkad ni takde kredit. Kena topup.  Tapi, call jela pakai Whatsapp Call. hahaha

Supir kami belikan kartu sim XL4G.. Memang laju dan wide coverage di Bandung.. Harga masa tu dapat dalam RM20 atau Rp 60.000. 
Kat luar airport pun ada jual.. Cumanya.. lebih baik pesan siap-siap dengan supir untuk belikan. Takdelah nanti buang masa.. dan.. di Airport sebenarnya jual mahal sikit. hehehe.. Jadi berhati-hatilah ye..

11. Pasar Baru
Untuk sesiapa yang shopping di sini, akan ada beberapa orang yang akan follow awak untuk jual barang mereka... Plis la hati tu kental sikit. Sebab barangan yang dia jual quite mahal. Once awak layan dan buat-buat tanya nak beli, dia akan follow awak shopping dari tingkat atas sehinggalah tingkat bawah. Kentalkan hati tak payah layan. Sebab I tau, I pun tak sekental hati adik I. dan I pun beli. Tapi harga mahal okey walaupun dia cakap tu adalah harga murah. Harga pecah telur. T_T.. takpe, dah terbeli.

And.. shopping di pasar baru bukan semua tempat yang murah. Kebanyakan mereka dah tau pelancong Malaysia ni bawak duit banyak. Plis lah pandai tawar.. Jangan main beli je takde tawar menawar. My mom tanya harga spender.. Awak bayangkan lah Rp150.000 = RM50 untuk 3helai. Wallawei..

Jangan lupa.. buat tawar menawar and datang dari awal pagi untuk survey harga. Okeyh.

12. Kain sulam
Kepada yang mencari kain sulam, Pasar Baru bukanlah tempat yang murah.. sebab last day supir I bawa I ke 1 rumah kedai ni, namanya Rumah Sulam Al-Mubarak. Harga kain sulam nya lebih murah. Cuma Rp.120.000 = RM40 je sepasang. Minta supir tolong bawakan ke tempat kain sulam kalau berhajat nak beli.

13. Kawah Putih
Kepada mereka yang ingin melawat ke Kawah Putih, disarankan untuk keluar pada awal pagi kerana perjalanan dari Pusat Kota Bandung ke Kawah Putih adalah lebih kurang 1.5 jam dan boleh mencecah ke 3 jam. Jadual perjalanan boleh bincang bersama supir.
Ada 2 tempat parking di Kawah Putih. Pertama di bahagian bawah. Kalau parking dibawah boleh naik angkutan/kenderaan yang disediakan. Bayaran lebih murah. Tapi kami naik ke atas terus dengan kenderaan supir, dan rate parking di atas cuma Rp.150.000 per kenderaan.
 
Sumber gambar dari SINI
Kawah putih ini masih dikatakan aktif, jadi jangan duduk terlalu dekat dengan Kawah. Bau belerangnya cukup menyengat dan aromanya yang kurang sedap. Boleh mengganggu pernafasan. So, pastikan anda membawa mask atau boleh beli sahaja disini..
Kat sini akan ada ramai photographer yang akan offer untuk amikkan gambar, Terpulang nak ambil ke taknak. Boleh je ambil sendiri kan.

Sekian 13 tips persedian bercuti di Bandung.. Banyak lagi tips yang boleh dibaca.. InsyaAllah nanti I share lagi sama-sama dengan pengalaman di sana ok.. Semoga 13 tips ni berguna untuk korang yang merancang percutian di sana.. Jangan lupa cuba merasa Nasi Liwet di Saung Gawir dalam perjalanan ke Kawah Putih ya.

Untuk Tips Bercuti dan Itinerary Perjalanan ke Lombok, di SINI

Happy Holiday :)
Share
Tweet
Pin
Share
52 comments
Baiklah. Bila tajuk pun pasal kebaikan, kita tak akan membebel pasal keburukan, dan kebencian. Mari kita translatekan apakah itu Randon Act of Kindness atau i boleh direct translatekan sebagai Kebaikan Rambang. 

Kebaikan rambang ni macam kita buat kebaikan pada strangers atau pada orang yang kita tak kenal. Contoh tiba-tiba kita bayarkan tiket wayang orang yang beratur belakang kita. Amboi indah sangat kebaikan ini andai I yang jadi orang belakang tu. heww..heww..Selalunya.. bila kita dah mula buat kebaikan rambang ni, hati kita akan jadi puas dan gembira sebab kita dah berbuat baik. Yela.. bak kata pepatah "Buat baik dibalas baik". Jadi perasaan bahagia yang datang tu kira balasan baik lah kan.. eh?!

Pernah terbaca 1 kisah ni, (rasanya korang pun pernah baca jugak sebab cerita ni pernah viral di facebook) iaitu dimana.. cerita dia berbunyi begini :

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu.. buat lambat2 sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.
Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap "ambillah akak malas nak refund ke dalam.."
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, "eh apesal?"
Dia jawab dalam menahan sebak.
"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"
Saya pula sedih.. saya senyum.je cakap. "Dah tertulis rezeki awak,"

Saya masuk kereta, terus jalan. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan. Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ.. Semua Allah susun sebaiknya.

Sepatutnya tadi saya guna debit kad seperti biasa, isi penuh ja.. (saya tak suka pi masuk bayar di dalam stesen minyak) Tetapi Allah 'arahkan' saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah palingkan hati saya dari membayar RM45, sebaliknya bayar RM50. Allah dah susun dan atur cantik2.

Ha.. ini  adalah salah 1 Random Act of Kindness yang rasanya dah membuka mata ramai pihak untuk sama-sama berkongsi kegembiraan dengan membantu orang lain (Yela..  kalau tak, takkan viral pulak.. Iye dak?).. Nampak macam kebaikan rambang ini kita buat untuk orang lain, tapi sebenarnya, kepuasan itu adalah untuk diri sendiri. Rasa sangat terkesan bila kitalah punca kegembiraan/kesenangan seseorang.

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah mula buat kebaikan rambang. Contoh kebaikan rambang  yang I buat ialah, selalunya I akan simpan at least 1 or 2 packs makanan kucing yang basah tu (Yang makanan kucing tu, apabila dibuka paket makanan akan berbau harum dan kelihatan sedap sampaikan diri sendiri pun lapar nak share makan sekali. Lol..) dalam handbag supaya kalau tiba-tiba nampak ada stray cat yang kelaparan, I akan bagi dia makan.. Yela.. kebaikan rambang ni pun, namanya rambang, jadi bukan kepada manusia sahaja..  Binatang pun boleh kan. Konsepnya ialah hulurkan kebaikan tanpa mengira bangsa, bulu dan warna.

Previously.. Kalau drive kereta lalu plaza tol, sengaja elakkan Touch n Go sebab nak bayarkan tol untuk sebiji atau 2 biji dibelakang kereta. Tak banyak pun, tapi cukup buatkan perasaan bahagia tu datang.  Tapi, sekarang banyak plaza tol yang guna Touch n Go dan Smart Tag. Agak susah nk buat macam ni lagi. Tehehehe... Nampak tak, macam kebaikan rambang ini kita buat untuk orang lain, tapi sebenarnya, kepuasan itu adalah untuk diri sendiri. 

Memang usaha itu sangat-sangat kecil dan kita tertanya apakah signifikannya perbuatan tak seberapa itu, tapi percayalah, kesannya tidak terhad pada seorang itu saja. Bila dia happy, mungkin dia akan happykan orang lain. Siapa tahu? 

Apa random act of kindness yang korang pernah buat? Jom share.. Jom kita jadikan negara ini penuh dengan orang gembira. It's scary seeing how sick the world is, even in our little ol' Malaysia. Lets spread love, people. Remember, we're khalifahs.. Semoga nilai-nilai kebaikan rambang yang kita lakukan akan menyatukan kita rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-59

 :)
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

About me

|Malaysia Lifestyle Blogger|

About Me
Hello, my name is Miera Hassan. I'm an Engineer who love's to blog about lifestyle, food, travel and personal stuff. It's my journey to find my voice as well as to find myself, i want to share my story of experience.
Looking forward for any collaborations and reviews. I can easily be reached by email :
nmierahassan@gmail.com

Followers

Follow Us

  • Facebook
  • Instagram
  • Google+
  • Pinterest
  • Bloglovin'
  • Twitter

Press

Majalah Remaja (2011)

Labels

My Story Info love Random uitm study friends Tips Cantik blogger myfitness review other family Tips Sihat foodhunter travel review beauty Events review makan Engineers travelog Achievement misi jelajah indonesia resepi masak Business Hyperthyroid

Popular Posts

  • Resepi Spaghetti yang Ringkas dan Sedap
    Hai everyone! *lambai tangan Hehe.. tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti kan..sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makana...
  • Tips Bercuti ke Bandung
    Hai.. Assalamualaikum semua..  ** lambaian tanda ramah. Jadi.. I baru je pulang dari bercuti dari Bandung.. and apa yang I boleh ri...
  • Kerjaya Saya - Bridge Engineer
    Assalamualaikum.! Oke Hai.. Berasa sangat terpanggil untuk bercakap mengenai kerjaya sekarang di blog sendiri sebab nak mengenang, macam ...
  • Kurus dengan Detox Water
    Assalamualaikum.. hi everyone..!! sekarang memang tengah famous pasal detox water ni. Haha.. sampaikan Miera pun dah mula terikut buat s...
  • 5 Don't When You're Sleeping
    Assalamualaikum.! ehem.. *konon sakit tekak I got this from my friend in facebook.. the 5 Don't When You're (ehem.. i mean, We&#...

recent posts

Blog Archive

  • ►  2019 (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2017 (69)
    • ►  December (2)
    • ►  November (8)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ►  June (17)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2016 (6)
    • ▼  December (2)
      • Penjagaan Kulit dengan Scrub Letops
      • Resepi Spaghetti Aglio Olio yang ringkas
    • ►  November (1)
      • Tips Bercuti ke Lombok
    • ►  October (1)
      • Kerjaya Saya - Bridge Engineer
    • ►  September (1)
      • Tips Bercuti ke Bandung
    • ►  August (1)
      • Random Act of Kindness - Sehati Sejiwa
  • ►  2015 (15)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (10)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (32)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)

Traffic

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

NEWSLETTER

Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose