Resepi Spaghetti yang Ringkas dan Sedap

Hai everyone!
*lambai tangan

Hehe.. tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti kan..sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makanan yang lebih tahan kenyang berbanding nasi atau mee.. Selain daripada sedap, spaghetti sebenarnya amat sesuai untuk mereka yang ingin berdiet kerana spaghetti mempunyai  nilai GI yang lebih rendah berbanding nasi dan kaya dengan protien. Sebab tu kalau tengok menu yang amalkan diet, ramai yang makan spaghetti menggantikan nasi putih. hehe.. Yang berpuasa pun, kalau nak sahur, boleh cuba makan spaghetti kan.  Mudah nak masak.


So, this is it.! 4 resepi spaghetti yang sedap.. 
1. Spaghetti Olio Dengan Ayam 
2. Spaghetti Bolognese
3. Spaghetti In Carbonara Sauce
4. Fried Spaghetti


RESEPI SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM

Bahan-Bahan;-
200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
1 keping dada ayam, didadu* (kalau nak ubah seafood pun boleh)
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap dengan ayam)
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan

Chilli flakes
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara Memasaknya: 
1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna.
2. Masukkan spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley dan chilli flakes sebelum dihidangkan.

3. Jika terlalu pedas, tambahkan sedikit lemon, atau boleh gunakan air rebusan spaghetti tadi untuk nampak basah sikit.

Kalau version Miera kat SINI


RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE WITH BLACK PEPPER
Bahan-bahan
300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Prego
400 gm daging kisar / daging burger Ramly (lebih cepat masak)
1 labu bawang holand - didadu ( bawang besar biasa pon boleh )
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk oregano
1 helai bay leave
3 sudu besar minyak zaitun
Grated Parmesan cheese untuk tabur

Cara-Cara Membuatnya: 
1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar / daging burger yang dipotong dadu. Masak hingga daging empuk.
3. Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, oregano dan juga bay leave.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
5. Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan. Selamat mencuba..



RESEPI SPAGHETTI IN CARBONARA SAUCE
Bahan-Bahan:
2 sdk minyak zaiton 
200g sausage dihiris nipis 
3 biji cendawan butang dihiris nipis 
3 ulas bawang putih diketuk 
2 biji kuning telur 
1/2 cawan krim pekat atau susu cair pun boleh 
75 g keju pamesan yang parut 

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingga sausage agak masak , angkat dan tos minyaknya 
2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. 
3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi. 
4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam


 RESEPI FRIED SPAGHETTI

Bahan-Bahan: 
spaghetti yang telah direbus 
1 ulas bawang putih - ketuk
2-3 sudu besar cili kisar
10 ekor udang
1 mangkuk kecil isi ayam
1 biji telur - kocok sikit
2-3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sayur serba satu (lobak merah/zucchini/kubis - hiris nipis)
kicap pekat secukupnya
sedikit gula dan garam
sedikit minyak sayur

Cara-Cara Memasak: 

1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak, dan tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sekejap.
2. Masukkan isi ayam dan udang, masak sekejap. Masukkan semua bahan sos, kicap dan air secukupnya. Kacau sebati, masukkan sayuran dan perasa secukup rasa.
3. Masukkan spaghetti, sebatikan. 
4. Pecahkan  telur dan sebatikan dengan spaghetti. 
5. Rasa apa yang kurang dan balik selalu hingga sedikit kering dan sayur sedikit lembut. Biar sejuk dulu baru spaghetti serap/sebati dengan bahan sos, kalau yang baru masak tu, spaghetti masih licin gitu, tak serap sos lagi. Memang sesuai kalau masak awal dan makan kemudian sikit.

Well, actually, resepi ni Miera dapat daripada Facebook. Tau jela.. kalau share kat facebook, akan hilang nanti. So, ni resepi yang saya ambil dari facebook DapurBaru.net dan Miera combine kan dalam blog ni supaya mudah nanti nak berkongsi dengan semua. Lepas tu, korang jangan la tanya soalan berbentuk chef

" Kalau bawang putih nak ganti halia boleh tak? Suami akak tak makan bawang"
"Kalau cili gantikan dengan sos tiram boleh tak? Sebab akak takut pedas"

Nangis Miera dapat soalan macam ni. hahaha. Manja tau korang ni.

 Ok, boleh ke sini untuk tgk resepi yang best k..
Siapa dah cuba, boleh la share gambar dan tag kat instagram Miera ok..

@mierahassan 

Bye :)

Kurus dengan Detox Water

Assalamualaikum.. hi everyone..!!

sekarang memang tengah famous pasal detox water ni. Haha.. sampaikan Miera pun dah mula terikut buat setiap malam. Amboi, tak cukup dengan pakai Premium Beautiful untuk detox badan dan dapatkan shaping, nak tambah jugak dengan  Detox water untuk singkir toxin..

But if you really want to cleanse then 
DRINK, DRINK, DRINK.

Sebenarnya, tujuan mengamalkan Detox water ni bukan semata untuk kuruskan badan, Sebab tak ada lagi kajian saintifik yang membuktikan detox water mampu menguruskan badan.. Tapi, membantu untuk menurunkan berat badanYes.. Minum air yang banyak sebenarnya adalah petua untuk menurunkan berat badan kita, Tapi.. agak susah kan untuk minum air banyak pada setiap hari.. Jadi, rahsia nya ialah dengan menambah sedikit buah-buahan ke dalam air untuk dapatkan rasa yang segar bg membantu dan buah-buahan tu mestilah yang berkhasiat.. Sebab tu digalakkan buat detox water, kena pilih buah yang berkhasiat dan zero calories.. 



Antara kesan yang boleh didapati apabila anda minum "infused water" atau air detox ialah:

  • meningkatkan tahap metabolisma
  • menjadikan and cepat kenyang dan mengelakkan dari makan junk food
  • membantu tubuh membebaskan sel lemak secara semulajadi
  • meningkatkan mood
  • mengurangkan keletihan pada otot semasa bersenam
  • Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya
  • Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok
  • Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.
Buat detox water sebenarnya ada tujuan.. Setiap buah-buahan yang dicampurkan kedalam air, bukan sekadar untuk nampak cantik dan untuk tujuan perasa. Tapi semua buah yang dicampurkan boleh membantu untuk kita capai target kita.. 

Selalunya.. Miera sendiri akan buat detox water dengan mencampurkan lemon, lime, kiwi dan daun pudina je..atau kadang-kadang dengan timun. Simple kan.. 

Timun adalah salah satu sayur-sayuran yang paling penghidratan kerana mereka kebanyakannya terdiri daripada air. Campurkan jus lemon dan anda mendapat kesan pembersihan asid sitrik dan membantu untuk membersihkan sistem penghadaman. Mint yang membuat perkara yang rasa segar dan bersih, dan pergi dengan baik dengan lemon dan timun di samping menyediakan nutrien dan manfaat tambahan. Daun pudina pula hanya untuk tambahan rasa segar. Cuba amalkan selama seminggu.. So far dalam seminggu berturut, minum detox water ni, Miera loss 0.5kg.. 

Cara-cara buat infused water atau air detox ni boleh guna botol air yang ada je. Campurkan buah-buahan yang ada dan simpan dalam peti ais untuk semalaman. Boleh cuba dan amalkan air detox ni dengan pelbagai resepi infused water yang disediakan ok.

Whether you’re trying to lose weight or you simply want to look and feel healthier, one of the best ways to rid your body of harmful toxins is to drink water. Just 6 to 8 glasses every day will help to keep you hydrated and keep your vital organs in their best possible health. 







Till then sayang


BBPlus Collagen


Sekarang nie memang tengah musim org mengamal kan pengambilan supplement collagen.! Ada orang amalkan kolagen untuk cantik dan putih, sehinggakan di pasaran ada pelbagai jenis kolagen yang dijual merata.. Masa ni la muncul pelbagai jenama dah sekarang kan. Zaman sekarang ni kalau dilihat, ramai yang nak cantik. Ramai yang sanggup buat apa saja untuk cantik. Ada yang sanggup cucuk sini sana.ada yang makan macam2 supplement, ada yang amalkan petua2 orang kampung. Tapi yang tengah famous sekarang ni, adalah COLLAGEN!

Basically segala nya berpunca dari faktor umur yg dah semakin 'muda remaja' ataupun dlm erti kata lain nya adelah kertuu! haha.. Ye lah.. org kata bile umur kite nie makin meningkat.. segala intipati dlm badan kite nie akan semakin merudumm... so disini lah kite perlukan supplement utk kite kekal kan rasa sihat dan cergas dlm badan. Dan antara collagen yang tengah HOT sekarang ni ialah BB PLUS COLLAGEN.

So apakah BB PLUS COLLAGEN ni? buat daripada apa? hebat sangat ke?
yang penting, elok ke minom BB PLUS COLLAGEN ni? banyak jer collagen kat luar sana..
tapi apa yang istimewa sangat BB PLUS COLLAGEN ni?



KENAPA PILIH BB PLUS COLLAGEN?

1) diperbuat daripada collagen ikan yang bermutu tinggi
2) collagen ikan dikelas sbg collagen jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yg seakan sama seperti yang terdapat dalam collagen manusia
3) habitat semulajadi ikan, menyebabkan collagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yg rendah, iaitu sama spt collagen manusia
4) Prolin dan Glisin ni adalah 2 jenis asid amino yang penting utk menghasilkan collagen,  mengekalkan kecantikan kulit, dan kesihatan rawan
5)collagen ikan ditukarkan kepada peptida, sebagai sumber collagen yg kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik


BB Plus Collagen ni dihasilkan dari 5000mg kolagen ikan terhidrolisis.. ditambah pulak dengan ekstrak biji anggur dan Vitamin C.. Tau tak, collagen cuma boleh diserap dengan baik dengan kehadiran vitamin C. So, sebab tu la BB Plus Collagen ni ditambah vitamin C, supaya lebih cepat diserap oleh badan kite. Kalau kite beli collagen asli yang kene rebus, tapis, then minum tu, kalau mase tu badan kite takde Vitamin C yang mencukupi pon, tak dapat serap secukupnya jugak collagen kite makan tu. So, jadi tak efektif la.


KENAPA COLLAGEN IKAN?

- mempunyai struktur collagen yang mirip dengan collagen manusia
- kaya dengan asid amino Prolin and Glisin
- molekul kecil, mudah diserap dalam bentuk peptida
- ikan laut dalam mempunyai rantaian collagen yang kuat!



Kulit wajah cerah berseri...yess
kulit lebih anjal dan tegang...yess
kulit lebih halus dan gebu...yess
kulit lebih lembab...yess
kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan...yess
kulit lebih cepat sembuh dan pulih...yess (baik untuk ibu lepas bersalin)
Kulit kurang kesan kerosakan akibat matahari...yess

Ciri-ciri BBplus:
************
√ ianya bukannya ubat, tapi ia makanan tambahan tambahan, 100% herba, tiada kesan sampingan
√ Ada kelulusan KKM, Dijamin selamat
√ HALAL, ada sijil halal JAKIM
√ perubahan dapat dirasai seawal 3 hari penggunaannya, ada pengguna dah rasai perubahan dalam masa 24 jam

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.

 Ibu mengandung boleh ke amalkan kolagen BBPlus ni?
BOLEH.. Collagen juga bagus untuk perkembangan tulang bayi. Semoge baby yang keluar nanti, sihat, comel, kulit cantik sampai la die besar.. nak-nak pulak, mase lepas bersalin, ibunye teruskan makan collagen semasa tempoh menyusukan baby.. Baby pon dapat khasiat collagen tu.

Lagi satu, Collagen juga elok untuk kesihatan lelaki. Pengambilan Collagen hari-hari membantu memekatkan air mani.. penting tu, untuk mendapatkan zuriat..

Oh, BB Plus Collagen ini boleh diambil ketika period juga. So, hari2 pon boleh minum, tak de masalah. Seeloknya minum selama 2 bulan berturut2 setiap hari, lepas tu boleh la minum selang sehari.  Tapi kalau nak maintain minum tiap2 hari lagi la bagus kan coz keadaan kulit dan sel collagen yang perlu dirawat oleh setiap orang adalah berlainan. maybe ada orang yang perlukan lebih masa utk membina semua collagen yang hilang tu. especially yang lebih berusia atau yang kulit sangat kering.

TESTIMONI BBPLUS COLLAGEN

Kulit kaki dah tak merekah.. Yeay!!

kulit semakin cerah


lebih awet muda dan glowing

membantu menambahkan energy


Bbplus Collagen boleh diambil sebelum tido.. cuma perlu tuang 1 sachet kedalam cawan berisi air 150ml.kacau dan minum sahaja. Pengambilan kolagen menggunakan air suam atau air panas adalah tidak dibenarkan. Macam Miera sendiri, amalkan pengambilan kolagen ni 2x sehari, pd waktu pagi dan sebelum tido untuk kesan yang lebih cepat. hihi


Breakfast with BBPlus collagen
Tak nyesal beli. Rase die sedap, Macam Ribena gitu. So takde lah seksa nak minum kan. hihi



Wrong Bra Size?

Pernah dengar tak, 80% wanita sebenarnya memakai salah saiz bra..? Yess..!! 80% daripada wanita seluruh dunia ye.. 

Are you one of those 80%?
Is your number (band size) correct?
What about you letter or cup size?

Jadi, post kali ni saya nak bagitau beberapa tanda macam mana nak kenal pasti sama ada pakaian dalam yang kita pakai hari-hari ni pada saiz yang betul atau tak, selesa atau tidak.. It may look simple topic, but do you realize, bra is actually had so much to do with your body.? 


A majority of women pick up bras that looks fancy and smart. Lace, net and underwire bras can be tempting to the eyes, but it is very important to pick up the right bra size for yourself. Many women are not aware of the side effects on health of wearing a wrong bra.
isk..isk..isk..  dan sebenarnya... punca bentuk badan yang tak cantik pun terjadi disebabkan salah pemilihan bra. Bayangkan, kita pakai bra ni 8jam minimum dalam sehari... Dalam 8jam ni la..pembentukan lemak turut berlaku.. Lepas tu, saiz bra pulak salah.. tak ke bertompok dan bersepah lemak tu?? haa.. Dan, salah saiz bra sebenarnya menyumbang kepada salah satu punca utama kanser payudara.. So, kenalah rajin amik tahu your correct bra size ye. ;)

First, kita mulakan dengan menyemak dulu tanda kita salah saiz bra :

1. Digging Strap
Tali Bahu berasa terlalu ketat dan meninggalkan kesan kepada kulit.
Punca : Saiz band terlalu besar dan saiz cawan mungkin kecil, jadi tali telah diperketatkan oleh pemakai untuk sokongan perlu.
Aah! nasihat: Dapatkan bra dengan saiz kumpulan yang lebih kecil dan cawan besar atau memilih coli dengan lebih luas tali bahu empuk.

2.  Bumpy Fit
Buah dada membonjol di atas mulut coli.
Punca: saiz cup terlalu kecil.
Aah! Nasihat: Dapatkan saiz cup yang lebih besar

3. Seeing Double
cup menekan dada, mewujudkan kesan yang mempunyai empat buah dada bukan dua.
Punca: Sama ada saiz cup terlalu kecil atau anda memakai coli anda dengan cara yang salah.
Aah! Nasihat: Cuba tarik dan masukkan lebihan lemak dalam cup seperti yang dinyatakan dalam panduan kami untuk memakai coli dengan cara yang betul. Pastikan anda telah diletakkan dalam dada dengan selesa dalam cup agar puting anda adalah depan dan menghadap ke hadapan. Jika anda nampak ia seperti beralun ini bermakna anda memakai coli yang salah saiz

4. Back Cleavage
Kulit / bonjolan lemak lebih bahagian atas dan bahagian bawah band.
Punca: Band terlalu ketat
Aah! Nasihat: Simple! Dapatkan bra dengan saiz kumpulan yang lebih besar.

5. Baggy Cups
Jurang antara cawan dan belahan. Boleh di lihat di bahagian atas cup bra
Punca: Cup terlalu besar dan dada tidak mengisi mereka keluar secukupnya.
Aah! Nasihat: Dapatkan saiz cawan yang lebih kecil.

6. Slipping Straps 
Tali bahu tergelincir jatuh
Punca: pelarasan tali yang salah, atau saiz cawan besar atau  jenis bra yang tidak betul.
Aah! Nasihat: Laraskan panjang tali anda terlebih dahulu untuk pastikan bahawa ia tidak tergelincir, sekiranya anda telah adjust tali dan ia masih longgar atau terjatuh, mungkin tali bra tu dah lama dan hilang keanjalan atau mungkin cup bra anda telah longgar.

7. Back Band Rise
Bentuk band dibelakang kelihatank melengkung.
Punca : Talinya terlalu ketat, atau bra anda terlalu kecil. 
Aah! Nasihat:  Dapatkan saiz band yang lebih kecil atau, tukar saiz cup dan saiz bra yang besar sedikit.



Antara lainnya :-
1. Bahagian Depan Bra Tidak Bersentuhan dengan Kulit
Jika bagian depan di tengah dua cup bra awak terangkat dan tak bersentuh dengan kulit, itu bermakna cup bra yang awak kenakan terlalu kecil! Ganti bra dengan ukuran cup yang lebih besar boleh mengatasi masalah ini, namun kadang-kadang penyebabnya adalah bentuk bra tersebut. Jika memilih cup yang lebih besar tak membantu mengatasi masalah ini, cuba cari bra dengan bentuk cup yang lain.

2. Cupnya Menonjol dan Ada Ruang
Jika awak melihat ada tonjolan bra ketika mengenakan t-shirt ketat, penyebab paling umum adalah ukuran cupnya lebih besar dari payudara awak sehingga ada celah antara payudara dan cup bra yang menonjol. Sila ganti ke cup yang lebih kecil.

3. Bra yang  dikenakan Meninggalkan Bekas Pada Kulit
Jika underband (tali belakang bra) terlalu menekan hingga meninggalkan bekas iritasi di kulit, ini bermakna bra yang awak kenakan terlalu ketat. Sila gantikan kepada saiz yang lebih sesuai dan besar sedikit.. Namun, jika cupnya yang terlalu menekan payudara awak, itu bererti cupnya yang terlalu kecil. Ganti ke ukuran cup yang lebih besar (A, B, C, dan lain-lain).

4. Ada Bagian Payudara yang “Tumpah” dari Bra
Jika ada bahagian payudara yang sampai tidak tertutupi bahagian atas atau bahagian tepi cup – meskipun hanya sedikit – awak harus mengganti bra dengan ukuran yang lebih besar! Cup dari bra yang awak kenakan harus benar-benar menampung semua bahagian payudara

5. Bra Membuat Awak Berasa Sakit
Jika bra yang awak pakai membuatkan awak rasa kesakitan, maka jelas itu bukan bra yang betul. Bra yang selesa mungkin akan membuatkan awak tidak merasa seperti sedang mengenakan bra. Jika sampai membuat awak  merasa sakit, segera ganti bra yang baru.

Are you wearing a wrong sized bra? Not sure?Find out..!

Of course, wearing the so-called “right” bra size isn’t mandatory. If you can wear a “wrong” size comfortably, then more power to you. If you want to go braless, go for it. Whatever the case, you do you.





A new place to gosip : kafe Donutes Coffee & Cake


Hi everyone.!
Sebenarnya dah lama dah Miera nk buat review pasal cafe and bakery ni.. tp sebab tak jumpa cafe yg jadi idaman hati lagi.. yang sesuai dengan jiwa raga. Hehe..sebab memang kegemaran Miera suka makan pastry.. roti.. and kek. So, request kat kawan, nak buat business discussion yang ala-ala santai dan ada makan-makan, terus.. dia bawakkan ke kedai macam ni, and tadaa... a new place to gosip... kafe Donutes Coffee & Cakes, Kota Damansara..!

First time masuk pun dah terkejut.. Ramai sgt kat sini.. Ingatkan cafe yang ala-ala mcm makanan barat semua tu kan, rupanya, cafe ni mmg jual Pastry, Donutes dan Cakes je.. takde makanan lain.  So memang sesuai yang nak discuss dan bergosip. Semuanya santai je.. memang buat Miera fall in love.

Actually, Donutes, a leading bakery-cum-cafe chain in Taiwan has landed in Malaysia. It’s first flagship store was opened on 23rd April 2013 in Puchong.. From 2013 in Malaysia, maknanya skrg baru 2 thn tapi dah ada 3 cawangan di sini (Puchong Jaya, Kota Damansara dan Subang Jaya).. Dan antara kesemua kafe ni di seluruh China dan Taiwan, Kota Damansara merupakan outlet cafe ni yang ke 40. 

Ni dalam ruangan kafe.. area bakery and pastry jauh sikit dari tempat makan.. Tapi, banyak sangat pilihan dia.. Sampai rambang mata nak pilih.. semuanya sedap dan harga pun berpatutan. 


kek pun comel-comel... banyak sgt pilihan.
 “One bite of bread, One bag of bliss; Life can’t be dreary, Because you have Donutes.” 


Ok, ini senarai harga air.. Boleh pilih nak order air apa.. Tea, Coffee, Taiwan Tea and Smoothie..So.. air di order masa di kaunter bayaran tau.. Sebab sini mmg self-service untuk beri keselesaan pada pengunjung.. Takde yang layan awak kat meja ye.. Masa order air dan buat pembayaran, mereka akan beri awak no. giliran.. So sementara tunggu no giliran di panggil, boleh la awak duduk berborak dulu.. Harga air bermula daripada RM6.50 - RM 11.50


Ini tempat nak ambil air yang di order td... cute je sebab letak kat luar. mcm ala-ala dalam cerita korea kan.. Kalau barista dia muka korea, setiap hari la sy ke sini. hehe..



Ok.. so jom tengok macam mana dekorasi dalam cafe ni..


Lain dari yang lain kan.. Fall in love kali kedua pulak.. Tidak seperti kedai roti biasa anda, cafe ni mempunyai tempat duduk yang sangat selesa untuk pelanggan menikmati minuman dan makanan mereka. An ideal place to hangout with friends or come yourself and read a book.



macam biasa, dalam cafe macam ni mesti ada wifi.. Mudahkan pengunjung cafe untuk datang, discuss sambil buat kerja..


ini ruang di luar cafe.. 


Till then syg.. bye





Full Time Housewife dan Part Time Business Woman


Sejak akhir-akhir ni, Adam makin manja. Nak pergi sekolah pun nak saya hantarkan. Balik sekolah pun sama.. Nak jugak diambil. Padahal saya kerja. Hahaha..alahai Adam sekarang.. Alasan dia,

"Sedih la.. sebab kawan-kawan lain semua mak ayah amik. Adam je balik sorang"

Memang lumrah dan naluri anak nak minta dimanja.. Lagi-lagi bila nampak kawan-kawan semuanya parents amik dan hantar. Hati anak mana tak sedih. Mungkin bagi kita benda ni simple, ada yang kata sekarang masa untuk Adam belajar berdikari. Well, dia baru 6 tahun kot.. Apa yang dia tahu.. Ops, Adam ialah adik sepupu yang mak dah jaga dari kecik. Bukan anak saya lah.. T_T

Sebabkan sejak akhir-akhir ni nampak Adam punya perangai macam ni, terus terfikir.. Sekarang nampak depan mata sendiri macam mana Adam sedih bila mak ayah dia terlalu sibuk dan nak harapkan kakak dia ni anta, kena kerja jugak.. mana boleh manja macam ni selalu.! Tapi kena faham.. Naluri anak kecik..!! huhuhu.. Daripada pengalaman jaga Adam ni, buat sy terfikir, macam mana ibu-ibu kat luar bekerja dan tinggalkan anak pada pembantu rumah atau pada penjaga mereka. Hati mesti tak tenang.. Ibu mana yang sanggup lihat anak mereka sedih kan.. Ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anak sendiri. Nak pulak zaman sekarang, macam-macam berita dah keluar.. Tinggal anak kat pusat asuhan kena itu ini.. Ya Allah.. so scared.! Saya faham.. bukan kita sengaja tinggalkan anak-anak kita.. Tapi tuntutan kerja sekarang.. Tuntutan hidup sekarang.. Both husband and wife kena kerja kan.. Kena saling membantu.

Bukan mudah nak buat keputusan berhenti kerja dan uruskan kerja rumah.. Sebab keadaan ekonomi sekarang yang memang membuatkan kita semua terbeban. Tak cakap ibu-ibu semua.. Since saya yg belum berkahwin ni pun fikir benda yang sama. Ya Allah.. macam-macam sebenarnya kita nak kena bersedia kalau dah berkerja, tiba-tiba pulak nak jadi suri rumah ni kan..Semua benda kena fikir

Solid income setiap bulan,
Masa dengan anak-anak,
Saving untuk masa depan

Kalaulah jadi apa-apa kat suami aku, yela..sakit pening ajal maut kita tak tau..ish

mcm-mcm lagi kan.. semua ni yang kadang-kadang membantutkan impian kita untk duduk dirumah, dan menjaga anak-anak. Suami pulak mungkin mampu, tapi wanita yang dah asalnya bekerja macam kita ni, mesti nak merasa income sendiri jugak. Masa bekerja ada juga masa untuk shoping barang sendiri sebab ada gaji sendiri, ada masa untuk bersosial.. Tapi kalau jadi suri rumah sepenuh masa? bersediakah kita?

Sebab tu, memang Miera respect pada ibu-ibu yang ambil keputusan untuk jaga anak sepenuh masa. Ya Allah.. respect sgt.. sebab bukan mudah nak ambil keputusan untuk berhenti dari kerja dan karier sekarang untuk keluarga.. Semua perasaan bercapur baur. Tapi sebenarnya, alasan tu ada penyelesaiannya.. Tak salah pun, kalau kita jadi fulltime housewife sambil berniaga. kan? Sebab dengan berniaga part time, masa untuk anak ada.. solid income ada.. saving pun dapat.

Biar org kata.. Ha, suri rumah bergaya dan berjaya. Ada business sendiri sambil jaga anak sendiri. Bangga uoll.

Yess.! I'm not married yet.. InsyaAllah..i'm working on it. Room wasn't build in 1 day kan.. Sebab saya tak sanggup kalau nak hantar anak ke rumah pengasuh atau ada pembantu rumah jaga kan.. Cukup lah tgk Adam macam ni. Sedih hati..

Jom sama-sama dengan Miera.. sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran pada hamba2Nya yang sentiasa berusaha..insyaAllah…”

Let us be extraordinary mother and let us make some changes in 2015!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...