Yang dirindui masa raya

by - Thursday, July 16, 2015

.
Bila dah dewasa ni.. ececeh. Macam-macam benda yang dirindui.. Kenangan lama tu mesti muncul lagi-lagi nak raya kan.. dan benda yang paling dirindui dan semakin lupus dek zaman ialah

 kad raya

 huhu. Kalau dulu, masa Ramadhan, seronok tunggu posmen kan. Tunggu kad. Bila dapat daripada kawan, bangga.. Leh tunjuk kat adik beradik. Kalau dulu, macam-macam jenis kad. Ada yang berlagu..kad kartun Ujang.. Kad jiwang-jiwang. Yang mana cantik-cantik tu, khas untuk bestfriends.  Tapi Miera paling suka bagi yang ada katon ni.. Comel..

selalunya semua ucapan raya berbunyi macam ni;
------

Assalamualaikum.. 
Eh tak jawab dosa tau.. hehe.. ko sihat ke?

Part baju raya...

Baju raya dah siap ke? Baju raya berapa pasang? Baju raya warna apa tahun ni? Kasut raya berapa pasang? 

Part kuih raya...
Tahun ni kuih raya beli ke tunjuk? Ko buat kuih raya tu, bape jenis? Bape balang kuih raya tahun ni?


Part TER...

banyak nau TER nye ha.. setahun sebelum raya banyak buat dosa la katakan. hehehe

Part ucapan...
Saje je bagi kad raya ni. hehe. Dikesempatan ni, aku nak mintak maaf kat ko dari hujung rambut sampai la ke hujung kaki kalau aku ada buat salah.. Ko jangan makan banyak sangat wei. Nanti gendut macam tong dram. Raya jemput la ke rumah

Dan.. Part mintak balas..
Pecah kaca, Pecah gelas... Sudah baca, harap balas. 

hahaha.. oh, rindu kenangan macam ni kan.. lebih kurang macam ni la yang Miera dapat daripada semua kawan. Dan apa yang saya sendiri tulis. Last dapat kad raya, masa tahun 2012.. kat Universiti. Ni pun daripada housemate. Pastu dah tak dapat langsung. Sebab sekarang ucapan raya, orang edit muka, dan letak part ucapan kat gambar sendiri.. Alahai.. ataupun, through SMS dan Whatsapp jela.. kehkehkeh... Malam raya la orang berderet hantar ucapan raya. Kemain tau. Kalau dulu zaman SMS, malam raya line hanfon mesti akan lambat.. kat kampung kan. hehe


Tahun depan kita mulakan bersama jom.. hehe

Selamat hari raya, maaf zahir batin.

You May Also Like

0 comments