Tips Sihat : Minum Air Kosong Secukupnya

by - Sunday, July 12, 2015

Salam semua =)

Kita semua tau kan, orang cakap kena minum air secukupnya at least 8 gelas sehari dan kita semua tahu, susahnya nak cukupkan 8 gelas tu.. Sebab alasan kita  air kosong rasanya sungguh bosang boring. Sungguh plain, sungguh dull. Lebih baik makan ubat gigi, bekerja gak deria rasa lidah. Namun, minum air bergallon-gallon itulah alternatif tunggal jikalau doktor bukanlah orang yang mahu didampingi buat masa ini. Huhu.. Amboi. Tapi sebenarnya kita tak sedar rupanya ada tips untuk minum air kosong ni bagi cukup untuk badan. 

"Ya, baru nak menaip tips ni... "

Minum air kosong bukan sahaja membantu untuk menghilangkan dehidrasi dalam badan, tetapi ia adalah salah satu cara yang paling efektif dalam mencantikkan kulit dan menurunkan berat badan. Ramai yang keliru dan tertanya-tanya berapa banyak perlu minum air untuk sihat? Ada yang kata 25kg = 1 liter. Ada yang kata Minum sekurang-kurangnya lapan 8-auns gelas air (2 liter) setiap hari. Oleh itu, berapa jumlah air yang diperlukan untuk kesihatan yang baik?
Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari. Kevin Zahri pula berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik.

Tips Minum Air Kosong 2 Litre Sehari:


1. Minum menggunakan botol kecil
Miera sendiri amalkan cara macam ni.. Mudah dan praktikal. Cara nya ialah, dengan minum menggunakan botol mineral 500ml sebanyak 4 kali.. Sebab bagi Miera, 500ml bukan kuantiti yang banyak kan.. Sekali teguk je kadang-kadang dah habis sebotol kecil.. Cuma amalkan macam ni. Habis je sebotol, tambah lagi.. Sampai cukup 4kali. Lagipun, botol 500ml ni mudah nak dibawa kemana-mana dan tak terlalu berat kan.. 

2. Tandakan masa untuk minum di botol minuman
Yes!! set water goals for yourself. Seeloknya botol yang memang 2 litre. Jadi ukur, dan set goal masa minum anda. Mungkin boleh buat goal untuk minum setiap 2jam sekali = 200ml = 10 masa bermula daripada pagi selepas bangun dari tidur. 

Each line will represent hour goal and the distance between line is 200ml

3. Tambahkan sedikit buah dalam minuman
But please!! No sugar okay! Kalau tambah gula dah jadi macam jus buah pulak dan kalau mcm ni akan bertambah kalori dalam minuman.. Oh please! pastikan air yang diminum masih lagi air kosong ye. Contohnya, perahkan sedikit rasa lemon kedalam air kosong untuk dapatkan manfaat daripada air kosong yang diminum dan air perahan buah tadi. Macam buat detox water ke? Yess! macam itu lah.. Jadi, anda tak la rasa macam plain dan dull je bila suruh minum air kan. hehehe. More about detox water boleh rujuk entry ini. Flavor it up!



4. Beli botol yang comel dan cantik
Always keep water with you!
Apa kaitannya dengan tips nak minum air dan botol yang cantik? Ni sebab supaya anda akan sentiasa bawak air ke mana-mana sahaja anda pergi. Kiranya, sebagai semangat gitu.  This is mine! I've just made it habit so that I'm never on short-supply of water. Make the effort, make it a habit! Your body will thank you! I promise!

my bottle- 500ml

Sebaik-baiknya.. Amalkan minum 2litre air sehari = 8 gelas air. Kerana, jika badan kita minum air terlalu banyak, buah pinggang kita akan cepat rosak sebab ia bekerja lebih daripada biasa. Air yang banyak diminum akan membuatkan buah pinggang kita bekerja lebih masa. Makin lama, ia akan cepat rosak kerana terlalu kerap memproses air yang diminum dan akhirnya end up dengan sakit buah pinggang. Cukup 4 tips ini? Kalau ada lagi, Miera akan share lagi ok.! 

Till then =)

You May Also Like

2 comments