Resepi Spaghetti yang Ringkas dan Sedap

Hai everyone!
*lambai tangan

Hehe.. tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti kan..sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makanan yang lebih tahan kenyang berbanding nasi atau mee.. Selain daripada sedap, spaghetti sebenarnya amat sesuai untuk mereka yang ingin berdiet kerana spaghetti mempunyai  nilai GI yang lebih rendah berbanding nasi dan kaya dengan protien. Sebab tu kalau tengok menu yang amalkan diet, ramai yang makan spaghetti menggantikan nasi putih. hehe.. Yang berpuasa pun, kalau nak sahur, boleh cuba makan spaghetti kan.  Mudah nak masak.


So, this is it.! 4 resepi spaghetti yang sedap.. 
1. Spaghetti Olio Dengan Ayam 
2. Spaghetti Bolognese
3. Spaghetti In Carbonara Sauce
4. Fried Spaghetti


RESEPI SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM

Bahan-Bahan;-
200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
1 keping dada ayam, didadu* (kalau nak ubah seafood pun boleh)
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap dengan ayam)
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan

Chilli flakes
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara Memasaknya: 
1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna.
2. Masukkan spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley dan chilli flakes sebelum dihidangkan.

3. Jika terlalu pedas, tambahkan sedikit lemon, atau boleh gunakan air rebusan spaghetti tadi untuk nampak basah sikit.

Kalau version Miera kat SINI


RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE WITH BLACK PEPPER
Bahan-bahan
300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Prego
400 gm daging kisar / daging burger Ramly (lebih cepat masak)
1 labu bawang holand - didadu ( bawang besar biasa pon boleh )
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk oregano
1 helai bay leave
3 sudu besar minyak zaitun
Grated Parmesan cheese untuk tabur

Cara-Cara Membuatnya: 
1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar / daging burger yang dipotong dadu. Masak hingga daging empuk.
3. Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, oregano dan juga bay leave.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
5. Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan. Selamat mencuba..



RESEPI SPAGHETTI IN CARBONARA SAUCE
Bahan-Bahan:
2 sdk minyak zaiton 
200g sausage dihiris nipis 
3 biji cendawan butang dihiris nipis 
3 ulas bawang putih diketuk 
2 biji kuning telur 
1/2 cawan krim pekat atau susu cair pun boleh 
75 g keju pamesan yang parut 

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingga sausage agak masak , angkat dan tos minyaknya 
2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. 
3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi. 
4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam


 RESEPI FRIED SPAGHETTI

Bahan-Bahan: 
spaghetti yang telah direbus 
1 ulas bawang putih - ketuk
2-3 sudu besar cili kisar
10 ekor udang
1 mangkuk kecil isi ayam
1 biji telur - kocok sikit
2-3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sayur serba satu (lobak merah/zucchini/kubis - hiris nipis)
kicap pekat secukupnya
sedikit gula dan garam
sedikit minyak sayur

Cara-Cara Memasak: 

1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak, dan tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sekejap.
2. Masukkan isi ayam dan udang, masak sekejap. Masukkan semua bahan sos, kicap dan air secukupnya. Kacau sebati, masukkan sayuran dan perasa secukup rasa.
3. Masukkan spaghetti, sebatikan. 
4. Pecahkan  telur dan sebatikan dengan spaghetti. 
5. Rasa apa yang kurang dan balik selalu hingga sedikit kering dan sayur sedikit lembut. Biar sejuk dulu baru spaghetti serap/sebati dengan bahan sos, kalau yang baru masak tu, spaghetti masih licin gitu, tak serap sos lagi. Memang sesuai kalau masak awal dan makan kemudian sikit.

Well, actually, resepi ni Miera dapat daripada Facebook. Tau jela.. kalau share kat facebook, akan hilang nanti. So, ni resepi yang saya ambil dari facebook DapurBaru.net dan Miera combine kan dalam blog ni supaya mudah nanti nak berkongsi dengan semua. Lepas tu, korang jangan la tanya soalan berbentuk chef

" Kalau bawang putih nak ganti halia boleh tak? Suami akak tak makan bawang"
"Kalau cili gantikan dengan sos tiram boleh tak? Sebab akak takut pedas"

Nangis Miera dapat soalan macam ni. hahaha. Manja tau korang ni.

 Ok, boleh ke sini untuk tgk resepi yang best k..
Siapa dah cuba, boleh la share gambar dan tag kat instagram Miera ok..

@mierahassan 

Bye :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...