Full Time Housewife dan Part Time Business Woman


Sejak akhir-akhir ni, Adam makin manja. Nak pergi sekolah pun nak saya hantarkan. Balik sekolah pun sama.. Nak jugak diambil. Padahal saya kerja. Hahaha..alahai Adam sekarang.. Alasan dia,

"Sedih la.. sebab kawan-kawan lain semua mak ayah amik. Adam je balik sorang"

Memang lumrah dan naluri anak nak minta dimanja.. Lagi-lagi bila nampak kawan-kawan semuanya parents amik dan hantar. Hati anak mana tak sedih. Mungkin bagi kita benda ni simple, ada yang kata sekarang masa untuk Adam belajar berdikari. Well, dia baru 6 tahun kot.. Apa yang dia tahu.. Ops, Adam ialah adik sepupu yang mak dah jaga dari kecik. Bukan anak saya lah.. T_T

Sebabkan sejak akhir-akhir ni nampak Adam punya perangai macam ni, terus terfikir.. Sekarang nampak depan mata sendiri macam mana Adam sedih bila mak ayah dia terlalu sibuk dan nak harapkan kakak dia ni anta, kena kerja jugak.. mana boleh manja macam ni selalu.! Tapi kena faham.. Naluri anak kecik..!! huhuhu.. Daripada pengalaman jaga Adam ni, buat sy terfikir, macam mana ibu-ibu kat luar bekerja dan tinggalkan anak pada pembantu rumah atau pada penjaga mereka. Hati mesti tak tenang.. Ibu mana yang sanggup lihat anak mereka sedih kan.. Ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anak sendiri. Nak pulak zaman sekarang, macam-macam berita dah keluar.. Tinggal anak kat pusat asuhan kena itu ini.. Ya Allah.. so scared.! Saya faham.. bukan kita sengaja tinggalkan anak-anak kita.. Tapi tuntutan kerja sekarang.. Tuntutan hidup sekarang.. Both husband and wife kena kerja kan.. Kena saling membantu.

Bukan mudah nak buat keputusan berhenti kerja dan uruskan kerja rumah.. Sebab keadaan ekonomi sekarang yang memang membuatkan kita semua terbeban. Tak cakap ibu-ibu semua.. Since saya yg belum berkahwin ni pun fikir benda yang sama. Ya Allah.. macam-macam sebenarnya kita nak kena bersedia kalau dah berkerja, tiba-tiba pulak nak jadi suri rumah ni kan..Semua benda kena fikir

Solid income setiap bulan,
Masa dengan anak-anak,
Saving untuk masa depan

Kalaulah jadi apa-apa kat suami aku, yela..sakit pening ajal maut kita tak tau..ish

mcm-mcm lagi kan.. semua ni yang kadang-kadang membantutkan impian kita untk duduk dirumah, dan menjaga anak-anak. Suami pulak mungkin mampu, tapi wanita yang dah asalnya bekerja macam kita ni, mesti nak merasa income sendiri jugak. Masa bekerja ada juga masa untuk shoping barang sendiri sebab ada gaji sendiri, ada masa untuk bersosial.. Tapi kalau jadi suri rumah sepenuh masa? bersediakah kita?

Sebab tu, memang Miera respect pada ibu-ibu yang ambil keputusan untuk jaga anak sepenuh masa. Ya Allah.. respect sgt.. sebab bukan mudah nak ambil keputusan untuk berhenti dari kerja dan karier sekarang untuk keluarga.. Semua perasaan bercapur baur. Tapi sebenarnya, alasan tu ada penyelesaiannya.. Tak salah pun, kalau kita jadi fulltime housewife sambil berniaga. kan? Sebab dengan berniaga part time, masa untuk anak ada.. solid income ada.. saving pun dapat.

Biar org kata.. Ha, suri rumah bergaya dan berjaya. Ada business sendiri sambil jaga anak sendiri. Bangga uoll.

Yess.! I'm not married yet.. InsyaAllah..i'm working on it. Room wasn't build in 1 day kan.. Sebab saya tak sanggup kalau nak hantar anak ke rumah pengasuh atau ada pembantu rumah jaga kan.. Cukup lah tgk Adam macam ni. Sedih hati..

Jom sama-sama dengan Miera.. sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran pada hamba2Nya yang sentiasa berusaha..insyaAllah…”

Let us be extraordinary mother and let us make some changes in 2015!!!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...