A new place to gosip : kafe Donutes Coffee & Cake

by - Sunday, June 21, 2015


Hi everyone.!
Sebenarnya dah lama dah Miera nk buat review pasal cafe and bakery ni.. tp sebab tak jumpa cafe yg jadi idaman hati lagi.. yang sesuai dengan jiwa raga. Hehe..sebab memang kegemaran Miera suka makan pastry.. roti.. and kek. So, request kat kawan, nak buat business discussion yang ala-ala santai dan ada makan-makan, terus.. dia bawakkan ke kedai macam ni, and tadaa... a new place to gosip... kafe Donutes Coffee & Cakes, Kota Damansara..!

First time masuk pun dah terkejut.. Ramai sgt kat sini.. Ingatkan cafe yang ala-ala mcm makanan barat semua tu kan, rupanya, cafe ni mmg jual Pastry, Donutes dan Cakes je.. takde makanan lain.  So memang sesuai yang nak discuss dan bergosip. Semuanya santai je.. memang buat Miera fall in love.

Actually, Donutes, a leading bakery-cum-cafe chain in Taiwan has landed in Malaysia. It’s first flagship store was opened on 23rd April 2013 in Puchong.. From 2013 in Malaysia, maknanya skrg baru 2 thn tapi dah ada 3 cawangan di sini (Puchong Jaya, Kota Damansara dan Subang Jaya).. Dan antara kesemua kafe ni di seluruh China dan Taiwan, Kota Damansara merupakan outlet cafe ni yang ke 40. 

Ni dalam ruangan kafe.. area bakery and pastry jauh sikit dari tempat makan.. Tapi, banyak sangat pilihan dia.. Sampai rambang mata nak pilih.. semuanya sedap dan harga pun berpatutan. 


kek pun comel-comel... banyak sgt pilihan.
 “One bite of bread, One bag of bliss; Life can’t be dreary, Because you have Donutes.” 


Ok, ini senarai harga air.. Boleh pilih nak order air apa.. Tea, Coffee, Taiwan Tea and Smoothie..So.. air di order masa di kaunter bayaran tau.. Sebab sini mmg self-service untuk beri keselesaan pada pengunjung.. Takde yang layan awak kat meja ye.. Masa order air dan buat pembayaran, mereka akan beri awak no. giliran.. So sementara tunggu no giliran di panggil, boleh la awak duduk berborak dulu.. Harga air bermula daripada RM6.50 - RM 11.50


Ini tempat nak ambil air yang di order td... cute je sebab letak kat luar. mcm ala-ala dalam cerita korea kan.. Kalau barista dia muka korea, setiap hari la sy ke sini. hehe..



Ok.. so jom tengok macam mana dekorasi dalam cafe ni..


Lain dari yang lain kan.. Fall in love kali kedua pulak.. Tidak seperti kedai roti biasa anda, cafe ni mempunyai tempat duduk yang sangat selesa untuk pelanggan menikmati minuman dan makanan mereka. An ideal place to hangout with friends or come yourself and read a book.



macam biasa, dalam cafe macam ni mesti ada wifi.. Mudahkan pengunjung cafe untuk datang, discuss sambil buat kerja..


ini ruang di luar cafe.. 


Till then syg.. bye





You May Also Like

1 comments