Sabun Marine Essence

by - Monday, September 01, 2014

Hai,
Sementara tengah tak bizi ni, boleh la membebel soal kecantikan. Cantik ke tak cantik, itu belakang kira. Sekarang nak cerita pasal sabun. Hari tu, sorg member baik yang berjantina lelaki (ehemm…) datang meminang. Eh tak.. Dia bgtau pasal penyakit kulit (eczema) yang dia alami dr kecik, dah hilang.. I was soooo EXCITED. Mcm mana la budak tak kacak ni boleh nampak kulit muka cam licin je kan. Eh Hello.. muka ko macam pompan. 


Walaupun begitu (Wahh BM kau), bila dirisik-risik baru tau, dia dh bertukar ke pencuci muka yang baru yang at the same time dia buat sebagai sabun badan. The moment he told me that, I was like……….. T_T nangis ahkak..  Ok tipu. Ofkos la bertambah excited. Sabun badan boleh buat sabun muka skali. Apa yang bermain difikiran saya adalah (Wahh BM kau lagi), ‘SAVE COST’ dan 'SELAMAT'. Awak-awak pun tau kan, kuit muka ni nipis dari kulit badan, dan sepatutnya sangat tak sesuai kalau campur kan.. Tapi, kenapa pakai sabun ni boleh pulak kan.??

So, dia bagi I tgk sabun tu, wangi giler. Paling best, bahan utama yang digunakan dalam sabun ni berasaskan tumbuhan (Organik gitueww)

BAHAN KANDUNGAN SABUN MARINE ESSENCE

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.
Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
- Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.
Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.
Jadi, tak perlu lah nak la was-was pakai.. mmg selamat pun dan Baby pun boleh gunakan..  So here goes. ni gambar I sekarang. Tapi geli geleman sikit quality gambar. Takpe, yang penting pasal produk review. Bukan pasal I smart ke tak kan. Yang ni nak tunjuk.... I dah tak perlu nak pakai krim muka tebal or mekap just nk tutup kulit muka yg berminyak tu.. Now, pegi kerja pun boleh macam muka bangun tido je sbb kulit saya bebas minyak.. Ha  gitu.. macam iklan clean & clear.


So, personally, i suka sabun ni sebab bila cuci muka, tak rasa berminyak pn lepas guna. Dan parut jerawat yang macam kawah lumpur tu dah beransur hilang and it absolutely does not aggravate my skin or trigger any breakouts whatsoever. Jadi, i rasa untuk sensitive skin pun bagus produk ni. Take it from me, i have sensitive skin yaw..

In range tea tree healing solution. Bila cakap pasal tea tree, you know it has healing properties, sesuai untuk blemish prone and irritated skin. Haritu i terbaca Adriana Lima punya tips kalau ada jerawat dia akan calit pure tea tree oil dekat bumps jerawat then tomorrow bumps tu gone. Tapi nak carik tea tree macam leceh kan. So, dalam sabun ni mmg dh ada tambah pulak dengan aloe vera nya. Sabun ni mmg best giler sbb ia mmg leh hilangkan parut, bukan sekadar parut jerawat je.. Parut di kulit boleh diubati, parut di hati hai siapalah tahu. ASAL JIWANG NIH?!

hihihi

Yg i tau, sabun ni berkesan dalam mencerahkan celah ketiak dan celah kangkang tu. Maaf cakap la. Kawasan ni mmg kawasan sensitive wanita. Jadi boleh la bantu mencerahkan dan merapatkan keintiman mu. (Waahh..!) Sbb tu memang femes sgt nama sabun ni dengan nama sabun ketiak. Lol.. Nasib la org tak panggil sabun kangkang.

Hei..lihat lah dunia. Besarkan sabun ni.? Siap boleh potong-potong lagi. Jimat pakai. Boleh share reramai.
Jadi.. ini adalah ringkasan untuk kelebihan sabun marine essence ni ok:-

KELEBIHAN SABUN MARINE ESSENCE

- Memberikan kesegaran badan yang berpanjangan 
- Mengurangkan bau badan akibat bakteria pada peluh 
- Mengembalikan kelembapan kulit 
- Menghilangkan kesan parut dan regangan kulit (stretch mark) 
- Membantu kurangkan masalah jerawat pada belakang badan 
- Menghilangkan kesan daki  pada tempat-tempat seperti ketiak, siku dan buku lali 
- Memutihkan kawasan yang mudah gelap seperti ketiak dan tengkuk
- Mengurangkan gatal-gatal pada badan akibat eczema 
- Mengurangkan rekahan pada kaki

Paling best.. Bau wangi baq ang…..segar je. Sampai rasa macam nak mandi selalu, sental daki je kat badan ni. Bukan sabun je yg ada jual..Shampoo and Body wash pun ada.

Kalau berminat nak dapatkan sabun ni, boleh ke link FB for more info :)

You May Also Like

0 comments