Diari budak dah dapat kerja

by - Sunday, March 23, 2014

Hye Peeps.


Lama giler wei tak hupdate blog. I miss my blog. wuwuwu.. 
Haritu bizi kekonon last sem. Kan dah cakap, last sem blog mesti jadi semput nak mati. Tapi takpe.. now cheq dh hbs study, boleh la pakai wifi ofis hupdate. hehehe. Tapi sebenarnya, dalam diam cheq kalau boleh tak nak habis study sebab it's sweetest moment dalam hidup bila dapat lepak dengan kawan, buat study group, buat naked pajamas night ngan girls pondan.. Ok i nanti nak nukilankan entry khas untuk kawan2 kesayangan masa degree ni, for sure i am glad I’m done with the workload but to be separated from my besties, tsks.

So, before this i adalah seorang penganggur untuk sebulan kt rumah. Memang heaven sebab i pn rase cam penat dh study kt Penang, ini la masa untuk berehat sebelum keje dan meluangkan masa bersama tersayang. ecewah.. i travel dengan geng menganggur, hiking bersama, Melepak kedai mamak tgk kulit mamak yang gelap tu, kacak je. Wekkk.. ok tak lawak. malam takyah cakap la.. tido lambat je. main game.  Pendek kata, hidup penganggur ni seronok la. Tapi tak seronok bila duit belanja pun mami dedi tak bagi sebab dia rasa ko dah besar dan kena pegi carik duit. huhuhu .

So now, 

I am officially a Civil / Structural Engineer in consultant company. Yeay!! 


I mula keje 5 March 2014 haritu. So far ok la.. kerja design bridge. Ha boleh la kalau uolls nak i design kan jambatan kt parit depan umah tu. Call je.. Ok. roger2.. Sebenarnya dah lama gile i berangan nak jadi engineer. Sumpah ni bukan sebab i terpengaruh dengan drama tv pegang plan kat tengah panas atau laki hensem pakai safety helmet sambil ketiak kepit plan. Tapi ni sejak i menang anugerah masa kat skola rendah dulu. Darjah 4, If I'm not mistaken. hehe.. Tah macam mana cikgu boleh panggil i bakal engineer. Huh, kembang bukan main la hidung time tuh. Tu yang acah-acah tanam cita-cita padahal masa tu Engineer pun i tak tau keje yang camne. Poyo kan. 

Office i kt Puncak Alam. So bayangkan la dari Klang-Puncak Alam- Klang everyday T_T

Setiap hari balik malam sebab nak elak jem. rasa macam sedih sebab takde life. tapi bila fikir balik, memang ni dream job. jadi kenapa harus bersedih. Apa lahh awak ni nye pun lah. ayat bahasa melayu pun makin melampau2 berbelitnye. faham tak kat situ maksudnya sudah kurang menulis. :'(

Kedudukan meja i tak best gila. Belakang i pintu utama keluar masuk dan laluan belakang i kira macam laluan utama la. Bos keluar masuk bilik pun nampak i. Lalu pun nampak i. Boring ah kan. Nak online pun susah. Kena hipokrit baik cikit. Kalau nak online kena buat screen tu kecik2 la. Biar bos tak nampak. Tapi bila bos datang tempat tetiba, menggelabah la nak tutup. Ciss.. bos suka tau buat surprise sergah belakang. Mencik ah.  huhu. Tapi..tapi..tapi.. bos kite baik.. Staf sini pun ok sangat weyh. So far cuma ada 2 org Engineer jela including me. Kesian la Engineer lg sorg tuh nak kena ajar i yang tak bape gheti ni.. Hahaha


Keje kat sini i rasa boleh kurus la kot sebab nak lunch takde member. Org kat ofis ni tak kuar makan lunch. Dorg tido sebab masa lunch sejam. Nak kejar makan lagi, solat lagi. Jadi sudahnya i pun melantak  sebelum pegi keje konon alas perut. Bila lapar, lunch beli maggi cup pulak. Sadis. Bila tah nak kurus. Perut gondang. Tapi baru-baru ni i notice ada subway la kat area ofis ni.. mehmehmeh.. Agak-agak la kan, kalau i makan subway setiap hari boleh kurus tak. Agak-agak la.. Agak-agak. Hehe. Nanti kalau i dah kurus i inform la. Tapi selama ni memang tak penah menjadi pun. Wuwuwu..

esok hari isnin.
maka, marilah kita mulakan hari esok dgn efektif dan produktif! :D


*ok fine. need to wake up early. tssk.

You May Also Like

0 comments