Things to do before I get married

by - Thursday, July 11, 2013

Hye.. Selamat datang ke bumi botak.
 Bumi botak = blog yang kosong tak berisi, kering dan terkontang kanting.
wuwuwu.... T_T

Aku tak tau la sape lagi yang membaca blog aku. Dah lama tak berupdate macam orang takde life, padahal.. woi, life sgt bizi koootttttt. Bizi la kan coz dak final year ni banyak keje and asiment plus final year project lg yang melambak kan..kan..kan. So kalau ikut pencapaian blog ni, huh.. tahun 2013 la yang paling sikit update. kurang dari 10 post. Sodeeyhhh. So thats it, I'm no longer a writer anymore. Eh. Blogger.

SANGAT DRAMATIK

Pada 22 Mei 2013 yang lalu (baca dengan nada pencerita), officially aku dah genap 23 tahun. Dah dewasa ni, setiap kali balik rumah mak, mesti akan timbul isu kahwin. Isu yang mak aku suka timbulkan ialah.. mcm ni..


'Umur mak dulu, 23 tahun dah kahwin.. dapat anak sorg dah hujung tahun (abang aku lettew). Kau ni dah 23 pun tak de boyfriend lagi..'

Amboi-amboi..Tapi bila suruh carikkan calon tak nak pulak. Btw, sekarang ni, tetiba aku baru perasan, mak suka puji sorang mamat ni. Mak kata dari tempat keje lama.. Hensem la kekononnya, baik, sopan bila ckp dengan orang tua, single lg tuuuhh.. eceh, mak berkenan nak kawin dengan dia ke? hehehe. Mak wa sporting kot bila cakap pasal nak kawin ni. Semangat dia. Sayangnya, anak dara nya belum terpikir pun lagi walaupun kegatalan dan kemiangan semakin menebal. Aiyoo. ingat tak jeles ke tengok kengkawan yang dah kawin dan ada anak.? jeles woo.. nak jugak ada tempat bermanja. haha.

Always, we look everywhere for the special one. But sometimes, belom jodoh lagi. Bukan senang nak carik partner yang sehati sejiwa ni. Simple words, serasi bersama. For me, I'm not the girl who casually ada flings and such, if I were to be in a relationship (or am I already eceh eceh?), it'd be a serious one yang would go on for years, not months apatah lagi weeks. Personally, I strongly feel that love relationship should always menuju ke gerbang perkahwinan. Gerbang oke.. Sebab tak semestinya kawin. Yela, kalau tetiba takde jodoh dengan dia kan. Semua perancangan tu Allah yang akan tentukan.

Lagi 1, cinta ni bukannya boleh dicuba-cuba. Takkan nak try ramai-ramai pasangan sebelum kawin kan. pastu didn't get serious relationship to mana-mana lelaki. Ape orang kata? open relationship?? eh tak la. westernized sgt tu. Dan sekarang.. I'll get into relationship bila I jatuh cinta dan harapkan untuk berkahwin dengan orang itu. Ha barulah old-school. Kuat berangan. Ini semua pengaruh media massa. Deng!

Memandangkan aku dah terkena tempias bab berkasih dan bercinta ni, maka dengan ini, aku telah menyenaraikan beberapa bende yang aku kena and teringin buat sebelum kahwin..

Things to do before I get married :


1. Berjasa kepada kedua ibu bapa. Eceh.. memandangkan aku ni anak yang banyak menghabiskan duit mak ayah aku masa aku blaja, so ini mesti dalam senarai pertama sebelum dorang melepaskan daku pergi bersama pilihan hati.

2. Bercuti bersama family. I mean, bawak dorang sume holiday ke luar negara. (padahal lepas kahwin pun boleh buat jugak.. ceiitt..) Next.

3. Khatam al-Quran lagi.. Nak jadi isteri dan ibu yang solehah. hehe.. try to khatam during ramadhan. Tapi kalau dh perut besar ni, lepas makan/moreh (berbuka) mesti ngantuk.. hehe. Alasan. Next.

4. Backpacking bersama kengkawan girls ku yang backpackers.. wahhh.. impian. bercuti ke mana-mana tempat. tido bawah jambatan (ini tipu). Kalau dah berlaki nanti susah pulak nak join. Nnti laki sibuk nak ikut.

5. Pergi gym dan dapatkan sixpack.. ecewah. Well, maksud cheq, nak cuba dapatkan potongan badan idaman sebelum pakai baju kawin nanti.. Jgn gelak. 

6. Mountain climbing. Gunung Kinabalu cadangnya.. tapi bergantung kepada tahap kesemputan dan kesempitan. Agak-agak tak de masa nanti, aku batalkan jugak wishlist ni.

cukup kot.. Nanti kalau ada idea aku tulis lagi.Nah, dengar lagu ni. Khas untuk orang yang macam aku yang masih mengharap ni ha. 

You May Also Like

2 comments

  1. JLama x ke sini.. Bukan lupa.. Cuma masing2 dgn urusan sendiri... 23 tu muda lagi.. Compare yg dh nk menjengah '3 series' ni... Elok la dicapai dulu apa yg diimpikan...

    P/S: maaf andai comment ni x dialu-alukan.. Singgah bertanya khabar...

    ReplyDelete
  2. JLama x ke sini.. Bukan lupa.. Cuma masing2 dgn urusan sendiri... 23 tu muda lagi.. Compare yg dh nk menjengah '3 series' ni... Elok la dicapai dulu apa yg diimpikan...

    P/S: maaf andai comment ni x dialu-alukan.. Singgah bertanya khabar...

    ReplyDelete