Mari Belajar Sejarah Sulu dan Sabah

by - Saturday, March 09, 2013

Sape yang nak tau kenapa Sulu ceroboh Lahad Datu? Baca ni.

Cerita Rakyat...


Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama Sabah, berkahwin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan mereka menghasillan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka.


Sabah sangat sayang laki dia yang gagah dan berani. Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah dari luar, si Sepanyol dan si British. Anak perempuan sulung Brunei bernama Amanilah diculik Sepanyol, ditukar namanya jadi Manila.

Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun tahun, Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan menyerahkan isterinya Sabah kepada Sulu. Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidaklah membantu dalam perang saudara, oleh kerana kekuatan Brunei semakin lemah, perkara ini didiamkan sahaja. Jadilah Sabah mempunyai dua laki dalam masa yang sama.

Kemudian British datang, ingin menyunting Sabah dari Brunei, Brunei mengizinkan dengan hantaran 12000 kepada Brunei, British juga menyunting Sabah dari Sulu, melihat Brunei dapat wang 12000 setahun, maka Sulu juga ingin menyerahkan “isterinya”, dapatlah ia 5000 setahun.

Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan laki baru dia British, duit makin masuk, ekonomi makin stabil, anak-anak ramai yang bekerja, makan minum hidup gembira. Sehinggalah datang pemuda mata sepet, Jepun. Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik, tidak meminang. Ambik terus bini orang, British dihalau jauh dari Sabah.

Kerana cintanya kepada Sabah, British datang kembali bersama suku sakatnya, menuntut Sabah dari Jepun. Tidak lama kemudian Jepun yang handal sudah mengalah, British kembali dengan isterinya, namun British sudah miskin, susah untuk mengatur keluarganya. British ingin menceraikan Sabah.

Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu dengan Sarawak & Singapura tinggal dalam rumah kecil bernama Malaysia. Tidak lama selepas itu Singapura diceraikan, selepas jantinanya tidak diketahui samaada jantan atau betina, dan menyusahkan lakinya. Alhamdulilah, rumahtangga kali ini rukun damai dan tenteram, asalnya miskin dan sekarang senang.

Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang bahagia, tidak apalah, Brunei juga bahagia walau menduda. British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung tidak peduli….

TETAPI SULU..laki Sabah yang dulu, nampak nya ingin merampas kembali bekas isterinya yang semakin harum, semakin cantik dan bergaya. Kepada Sulu, lelaki gila talak, tiada anak-anak Sabah inginkan bapa tiri macam kamu..Adakah ya..?



p/s: senang faham kan? copy dari status kawan :)





You May Also Like

5 comments

  1. Hahaha.. Sabah memang awek cun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. mmg. smpai jd gaduh2 semua nak kn dia

      Delete
  2. i'm sabahan. from Lahad Datu. sampai ke akhir hayat pun, kami akan pertahankan tanah bayu kami =) Please pray hard for Sabah =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah semua akan selamat.. Sabah di bawah Malaysia.. kte pn takkan serahkan Sabah ke Sulu

      Delete
  3. Sekarang dah settle kan kes nie?? Alhamdulillah

    ReplyDelete