Bila Terlalu Sibuk

by - Saturday, January 05, 2013

Assalammualaikum :)

Lama benor jari I tak menari-nari atas kibod ni. Sekarang dah masuk tahun baru and baru perasan bulan lepas langsung tak tulis entry. Makin pemalas nih. Ish..ish..ish.

Hye, selamat datang 2013.
Lepas ni dah masuk final year. Huh, lagi bizi kekonon ngan kelab ngan FYP lg. So, I rasa, lepas ni kalau update blog cuma tulis ni je

April : Hye April! I'm here

June : Hello June! I'm still breathing

August : Hye2 August.. I'm........... teeet.

November : Blog terkubur mati.. tiittt..tiittt..tiitt (bunyi mesin hayat hospital)

chop2.. nyampahzz iolls. 

permulaan ayat 2013 : Umur meningkat, lilin kat kek dah bertambah sebatang lagi. All iz well. Lepak jew. Umur tak tua lagi selagi belum birthday kan.

Tahun lepas banyak meninggalkan kenangan. Tapi kalau kira balik entry tahun lepas, Humang ai. Sikit. macam takde pape berlaku dalam setahun tu kan.
Frankly, I'm out of words now. Kalau dulu, macam-macam I nak tulis dalam blog ni. Kekonon writer la. Semua bende nak update. Pasal makan, tulis kat blog. Shopping, tulis kat blog. Sentap menyentap, emo sampai nangis, tulis kat blog. Beli seluar dalam baru, tulis lagi. Ciss. 

Banyaknye kenangan tahun lalu. Tapi tak semua aku dapat tulis. Kesian kepada yang merindui penulisan aku tahun lepas. muahaha.. perasan ada yang baca pulakkan. Eh, kisah pulak. ngaa~~ Alhamdulillah walaupun jarang update, hencik nuffnang menunjukkan reader blog dah makin meningkat setiap hari. Hehe, thanks kepada yang baca blog kite yer. Well, tahun lepas mengajar aku banyak bende terutama dalam persahabatan. Hmm time ni la baru aku kenal macam mana perangai kawan-kawan aku. termasuk jugak perangai aku dengan dorg. Ha.. makin tua ni makin pandai pulak nak menilai. Cehh.. 

Sekarang ni tengah bizi dengan final exam. Target nak dekan sem ni. Tapi tiap petang tido. Ntah bila nak study nye tah. Huhu.. Syukur jadual exam sem ni ok dan tak serabut macam sem-sem lepas. Kalau sem lepas aku rasa macam tak cukup sangat masa nak study. Tapi sem ni pulak, aku makin pemalas. Mungkin sebab rasa masa tu bnyak lagi kot. Memang manusia tak reti nak bersyukur kan. Huekhuekhuek.  

 Nah, ku tinggalkan 1 kenangan muka ku diawal baru.
Hamik uolls, gambar dalam tandas. Nak bergambar depan org ramai malu la kekonon. Dalam tandas takpe. Orang berak, ko bergambar. Masing-masing malu sendiri. Geli.


Lepas ni makin lama la nak tunggu I update blog. Bersawang lagi laman sesawang. Bye :)

... "Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya. 

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."

Amiinn :)

You May Also Like

1 comments