Miera Hassan. Powered by Blogger.
  • Home
  • About Me
  • Personal
    • Fitness Lifestyle
    • Personal
    • Outdoors
  • Career
    • Engineer's Life
    • Tips
    • Others
  • Travel
    • Travelogue
    • Others
  • Recipe
  • Review
    • Food
    • Beauty
    • Books
    • Others
  • Broaden
  • Contact
  • Sitemap
Google+ Facebook Instagram Pinterest Twitter

Miera Hassan

Malaysia Lifestyle Blogger | Review | Events | Food | Travel

Ye ye.. aku tau, ni tagline untuk Pepsi


tapi biar la aku nak guna untuk post ni kan.. Aaaaa
Aku dah 2 minggu balik dari Penang. Oke, tamat dah semester 6.. pastu tinggal lagi 1 tahun untuk aku habiskan degree aku kat sini.Niat macam nak further study lagi ke Master.2 tahun je pun. Tapi aku ada tanggungjawab lain. Aku kan anak yang baik. heh :) Takpe Miera.. Master nanti sambung masa kerja k"
Cuti semester kali ni, dalam sebulan lebih je
So, lets get back to myself ini adalah jadual hidup Miera budak mengada selama beberapa hari lepas exam Baca weyh.. seronok giler. Org lain pun tak seronok macam ni. Blah :) 


8.00 am : Zzzz
9.00 am : Zzzz 10.00 am : Zzzz 11.00 am : Zzz
Oke mari skip beberapa jam
2.00 pm : Tadaa!! bangun dahh :DD
3.00 pm : cool down and online
4.00 pm : kemas rumah dan bagi anak kucing makan (sian ko dapat tuan macam ni)
6.00 pm : help my mum kat dapur. Ish2.. pukul 6 baru nak tolong. Ehh sebab mak balik keje pun pukul 5.30. Takpe2.. masih lagi anak yang baik.
7.00 pm : having my breakfast+lunch+dinner. COMBO! 3 in 1. takpe lagi. kira diet n savingkan duit bapak.
8.00 pm : help my mum lagi kat dapur.. ketakketukketak
9.00 pm : Basuh baju dan ajar adik kesayangan membaca
10.00 pm : online
11.00 pm : online
12.00 am : korea time
1.00 am : korea lagi
2.00 am : online lagi
3.00 am : online lagi
4.00 am : tido!!

fell my boredness?? nak kerja, sebulan weyh.. orang pun tak nak bayar gaji Jadi, marilah kita memanfaatkan nye dengan menyertai bengkel/kursus professional yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran kita.. Yeayy!! *big clap.. 

Now, Aku tengah bertungkus berlemuih join bengkel AutoCAD kat UiTM Shah Alam Apa yang best pasal kursus ini ialah: Sijil AutoCAD Associated Certified (kalau ko lulus exam) yang mana uolls boleh guna untuk carik kerja softskills yang juga diajar untuk uoll lebih bersedia menghadapi job interview. Wahh gitu.. Bayangkan untuk 1 kursus ni je, kalau join kat luar kena bayar dalam RM1,500++ seorang tapi, free sebab kerajaan yang bayar. hehehe. Iolls suka tau bab yang softskills tu. Ehek, sebab deyolls membantu Iolls belajar jadi macam professional woman. Ahakz..

Lulus wei!!  So, sebagai seorang kawan yang baik, hohoho ni ceq nak habaq mai kat hangpa semua. Kalau hgpa nak tgk kat mana nak dapatkan kursus ni, this is the website

3p.prestariang
ok laa, wanna go get some rest.
Jangan lupa, cuti sem depan uolls pun join la kursus2 kat sini. Its for ur future dudes!! 
goodluck kawan kawan. BYE!
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments


Assalammualaikum :)




This is what I did in year 2012. Wish me luck :)




 UPDATE :

BEBEBEBBEBEBEEBEEEEEBBBBBBBBBBB!! 

I have been nominated in the 'Hari Anugerah Kecemerlangan UiTMPP' as a Mahasiswi Harapan for 2012. Gulp!! can't believe this because there is so many nominee for this category.. hehe.. hopefully I can win this award.. Wish me luck please..please..please..






Share
Tweet
Pin
Share
28 comments
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.


Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.



"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

copy paste entry :)

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalammualaikum :)

Lama benor jari I tak menari-nari atas kibod ni. Sekarang dah masuk tahun baru and baru perasan bulan lepas langsung tak tulis entry. Makin pemalas nih. Ish..ish..ish.

Hye, selamat datang 2013.
Lepas ni dah masuk final year. Huh, lagi bizi kekonon ngan kelab ngan FYP lg. So, I rasa, lepas ni kalau update blog cuma tulis ni je

April : Hye April! I'm here

June : Hello June! I'm still breathing

August : Hye2 August.. I'm........... teeet.

November : Blog terkubur mati.. tiittt..tiittt..tiitt (bunyi mesin hayat hospital)

chop2.. nyampahzz iolls. 

permulaan ayat 2013 : Umur meningkat, lilin kat kek dah bertambah sebatang lagi. All iz well. Lepak jew. Umur tak tua lagi selagi belum birthday kan.

Tahun lepas banyak meninggalkan kenangan. Tapi kalau kira balik entry tahun lepas, Humang ai. Sikit. macam takde pape berlaku dalam setahun tu kan.
Frankly, I'm out of words now. Kalau dulu, macam-macam I nak tulis dalam blog ni. Kekonon writer la. Semua bende nak update. Pasal makan, tulis kat blog. Shopping, tulis kat blog. Sentap menyentap, emo sampai nangis, tulis kat blog. Beli seluar dalam baru, tulis lagi. Ciss. 

Banyaknye kenangan tahun lalu. Tapi tak semua aku dapat tulis. Kesian kepada yang merindui penulisan aku tahun lepas. muahaha.. perasan ada yang baca pulakkan. Eh, kisah pulak. ngaa~~ Alhamdulillah walaupun jarang update, hencik nuffnang menunjukkan reader blog dah makin meningkat setiap hari. Hehe, thanks kepada yang baca blog kite yer. Well, tahun lepas mengajar aku banyak bende terutama dalam persahabatan. Hmm time ni la baru aku kenal macam mana perangai kawan-kawan aku. termasuk jugak perangai aku dengan dorg. Ha.. makin tua ni makin pandai pulak nak menilai. Cehh.. 

Sekarang ni tengah bizi dengan final exam. Target nak dekan sem ni. Tapi tiap petang tido. Ntah bila nak study nye tah. Huhu.. Syukur jadual exam sem ni ok dan tak serabut macam sem-sem lepas. Kalau sem lepas aku rasa macam tak cukup sangat masa nak study. Tapi sem ni pulak, aku makin pemalas. Mungkin sebab rasa masa tu bnyak lagi kot. Memang manusia tak reti nak bersyukur kan. Huekhuekhuek.  

 Nah, ku tinggalkan 1 kenangan muka ku diawal baru.
Hamik uolls, gambar dalam tandas. Nak bergambar depan org ramai malu la kekonon. Dalam tandas takpe. Orang berak, ko bergambar. Masing-masing malu sendiri. Geli.

Lepas ni makin lama la nak tunggu I update blog. Bersawang lagi laman sesawang. Bye :)

... "Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya. 

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."

Amiinn :)

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

About me

|Malaysia Lifestyle Blogger|

About Me
Hello, my name is Miera Hassan. I'm an Engineer who love's to blog about lifestyle, food, travel and personal stuff. It's my journey to find my voice as well as to find myself, i want to share my story of experience.
Looking forward for any collaborations and reviews. I can easily be reached by email :
nmierahassan@gmail.com

Followers

Follow Us

  • Facebook
  • Instagram
  • Google+
  • Pinterest
  • Bloglovin'
  • Twitter

Press

Majalah Remaja (2011)

Labels

Info love Random uitm study friends Tips Cantik blogger family Tips Sihat foodhunter travel review beauty Events Engineers Achievement misi jelajah indonesia movie resepi masak review makan travelog Business

Popular Posts

  • Resepi Spaghetti yang Ringkas dan Sedap
    Hai everyone! *lambai tangan Hehe.. tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti kan..sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makana...
  • Tips Bercuti ke Bandung
    Hai.. Assalamualaikum semua..  ** lambaian tanda ramah. Jadi.. I baru je pulang dari bercuti dari Bandung.. and apa yang I boleh ri...
  • Kurus dengan Detox Water
    Assalamualaikum.. hi everyone..!! sekarang memang tengah famous pasal detox water ni. Haha.. sampaikan Miera pun dah mula terikut buat s...
  • 5 Don't When You're Sleeping
    Assalamualaikum.! ehem.. *konon sakit tekak I got this from my friend in facebook.. the 5 Don't When You're (ehem.. i mean, We&#...
  • Kerjaya Saya - Bridge Engineer
    Assalamualaikum.! Oke Hai.. Berasa sangat terpanggil untuk bercakap mengenai kerjaya sekarang di blog sendiri sebab nak mengenang, macam ...

recent posts

Blog Archive

  • ►  2018 (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2017 (69)
    • ►  December (2)
    • ►  November (8)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ►  June (17)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2015 (15)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  March (2)
  • ▼  2013 (10)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ▼  January (4)
      • Ask for more!
      • Little Something
      • Kisah ayah :(
      • Bila Terlalu Sibuk
  • ►  2012 (32)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)

Travel News - Broaden

Traffic

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

NEWSLETTER

Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose