Isu Kahwin




Hye.. Selamat datang ke bumi botak.
 Bumi botak = blog yang kosong tak berisi, kering dan terkontang kanting.
wuwuwu.... T_T

Aku tak tau la sape lagi yang membaca blog aku. Dah lama tak berupdate macam orang takde life, padahal.. woi, life sgt bizi koootttttt. Bizi la kan coz dak final year ni banyak keje and asiment plus final year project lg yang melambak kan..kan..kan. So kalau ikut pencapaian blog ni, huh.. tahun 2013 la yang paling sikit update. kurang dari 10 post. Sodeeyhhh. So thats it, I'm no longer a writer anymore. Eh. Blogger.

SANGAT DRAMATIK

Pada 22 Mei 2013 yang lalu (baca dengan nada pencerita), officially aku dah genap 23 tahun. Dah dewasa ni, setiap kali balik rumah mak, mesti akan timbul isu kahwin. Isu yang mak aku suka timbulkan ialah.. mcm ni..


'Umur mak dulu, 23 tahun dah kahwin.. dapat anak sorg dah hujung tahun (abang aku lettew). Kau ni dah 23 pun tak de boyfriend lagi..'


Amboi-amboi..Tapi bila suruh carikkan calon tak nak pulak. Btw, sekarang ni, tetiba aku baru perasan, mak suka puji sorang mamat ni. Mak kata dari tempat keje lama.. Hensem la kekononnya, baik, sopan bila ckp dengan orang tua, single lg tuuuhh.. eceh, mak berkenan nak kawin dengan dia ke? hehehe. Mak wa sporting kot bila cakap pasal nak kawin ni. Semangat dia. Sayangnya, anak dara nya belum terpikir pun lagi walaupun kegatalan dan kemiangan semakin menebal. Aiyoo. ingat tak jeles ke tengok kengkawan yang dah kawin dan ada anak.? jeles woo.. nak jugak ada tempat bermanja. haha.

Always, we look everywhere for the special one. But sometimes, belom jodoh lagi. Bukan senang nak carik partner yang sehati sejiwa ni. Simple words, serasi bersama. For me, I'm not the girl who casually ada flings and such, if I were to be in a relationship (or am I already eceh eceh?), it'd be a serious one yang would go on for years, not months apatah lagi weeks. Personally, I strongly feel that love relationship should always menuju ke gerbang perkahwinan. Gerbang oke.. Sebab tak semestinya kawin. Yela, kalau tetiba takde jodoh dengan dia kan. Semua perancangan tu Allah yang akan tentukan.

Lagi 1, cinta ni bukannya boleh dicuba-cuba. Takkan nak try ramai-ramai pasangan sebelum kawin kan. pastu didn't get serious relationship to mana-mana lelaki. Ape orang kata? open relationship?? eh tak la. westernized sgt tu. Dan sekarang.. I'll get into relationship bila I jatuh cinta dan harapkan untuk berkahwin dengan orang itu. Ha barulah old-school. Kuat berangan. Ini semua pengaruh media massa. Deng!

Memandangkan aku dah terkena tempias bab berkasih dan bercinta ni, maka dengan ini, aku telah menyenaraikan beberapa bende yang aku kena and teringin buat sebelum kahwin..


Things to do before I get married :

1. Berjasa kepada kedua ibu bapa. Eceh.. memandangkan aku ni anak yang banyak menghabiskan duit mak ayah aku masa aku blaja, so ini mesti dalam senarai pertama sebelum dorang melepaskan daku pergi bersama pilihan hati.

2. Bercuti bersama family. I mean, bawak dorang sume holiday ke luar negara. (padahal lepas kahwin pun boleh buat jugak.. ceiitt..) Next.

3. Khatam al-Quran lagi.. Nak jadi isteri dan ibu yang solehah. hehe.. try to khatam during ramadhan. Tapi kalau dh perut besar ni, lepas makan/moreh (berbuka) mesti ngantuk.. hehe. Alasan. Next.

4. Backpacking bersama kengkawan girls ku yang backpackers.. wahhh.. impian. bercuti ke mana-mana tempat. tido bawah jambatan (ini tipu). Kalau dah berlaki nanti susah pulak nak join. Nnti laki sibuk nak ikut.

5. Pergi gym dan dapatkan sixpack.. ecewah. Well, maksud cheq, nak cuba dapatkan potongan badan idaman sebelum pakai baju kawin nanti.. Jgn gelak. 

6. Mountain climbing. Gunung Kinabalu cadangnya.. tapi bergantung kepada tahap kesemputan dan kesempitan. Agak-agak tak de masa nanti, aku batalkan jugak wishlist ni.


cukup kot.. Nanti kalau ada idea aku tulis lagi.Nah, dengar lagu ni. Khas untuk orang yang macam aku yang masih mengharap ni ha. 





Kepimpinan Mahasiswi Harapan UiTM



Hello! Hello! Hello! Kalau buleh tengok muka I sekawang, makin bersewi-sewi ye. Yela.. I mengaku yang I sekarang makin gemok, pipi pun makin tembam, badan makin debab sebab tu bersewi-sewi. Huh.! Dahla. Ini bukan fokus entry ni sebenarnya. 

Akhirnya, masa yang dinantikan telah tiba! 
*padahal takde sape tunggu pun. (ahh tak kira, nak jugak ada drum rolls)...dummmdummdumm.. 

Awak-awak semua.. I've been awarded as KEPIMPINAN MAHASISWI HARAPAN in UiTM seMalaysia.. ngeh3..(bila kata seMalaysia, maknanya seluruh UiTM kat Malaysia ni masuk pertandingan ni skali). 
Hari tu, masa tercalon kat UiTM Penang, daku kalah.. huhu.. Penat menangis seminggu. Alhamdulillah. rezeki Allah tu luas. Tak dapat kat Penang, dapat pulak kat UiTM seMalaysia. ngeh3 *clap your hand* 

tadaa...anugerah individu terbaik. *tepuktanganlagi*

Hye, congrats too my mantan president yang turut menang tempat pertama sebagai KEPIMPINAN MAHASISWA HARAPAN. Giler aghh! haha.. thanks too my pres sebab ajar I dalam kepimpinan sampai la I jadi macam ni.(cantik dan anggun) hehe..cantik baju kau. Huh, belanja aku makan.

Sumpah seronok weyh..! jumpa pulak kengkawan lama yang dulu study kat UiTMPP, now dah pindah ke UiTM Shah Alam. seronok jugak sebab my campus won so many award on that night. ngeh3. senyum lebor rektor kampus bila nama UiTMPP diumumkan. Alhamdulillah. Sejujurnya I pun sengih memanjang malam tu macam kera dapat bunga. Nasib baik kera takde, kalau tak dia ingat I ni makwe dia. Tskk T_T


Anyway, memandangkan penghargaan ni dibuat di Shah Alam, makanya, sebelum start cuti mid sem lagi I dah terus balik umah. Balik awal seminggu. Heh, ponteng kelas je keje aku. I rase kalau la I buat perangai macam ni sebelum dapat award ni, confirm dorang pikir 2,3 kali nak bagi ke tak. 

Ada jugak yang tnya, cmno eden buleh dopek award ni. Well, since I'm active in my co-curriculur (during holding a position as Exco JPSM), So kumpulkan la segala report-report program selama ni dan gambar-gambar dan buat dokumentari.hehe.. Maka itu menjadi bukti yang I adalah student yang aktif. Bukan senang nak carik semua tu balik..  Hasil titik peluh semua dan walaupun panas terik cekal diharungi telah menghasilkan kelopak berair melekat di bahagian bawah ketiak mencari semula dokumen lama, akhirnya berbaloi-baloi.

Special credit to my frens dan adik-adik dari junior SUKSIS dulu sebab sanggup selinap keluar macam pencuri dokumen lama I. Thanks jugak kepada Unit Aktiviti Pelajar, kawan-kawan JPSM yang banyak membantu masa kita sama-sama pegang jawatan dulu, tanpa sahabat semua, tidak berdirilah saya di atas pentas tu. Thanks jugak kepada semua yang menyokong perjuangan seni Kak Maghia. Tetiba.

DAHLA..DAHLA...DADA AYAM LAH..

Ok Miera. Lagi beberapa hari je tinggal untuk awak berjalan kaki ke dalam kampus yang seluas sekangkang kera ni *tarik nafas*. Fuh


The Big Bad Wolf



Assalammualaikum!


Its Big Bad Wolf FIRE SALE at Penang Times Square!!! Homaigawd.. the crowd is madness.
(ops, baru nak update. padahal ceghita basi bulan 3.hehehe)

Well, it’s like a grand sale at a shopping mall – since the products (books) are greatly discounted, the society perceives it as a necessity to spend. Tak sangka, rakyat Malaysia dah berubah menjadi rakyat yang suka membaca. Ngeh3.. bangga..bangga

Thanks to my lovely friends yang sudi membelanjakan baucar buku dia untuk buku-buku saya. Since the prices is lower as RM5 to RM8 for each novel, so this is what I got from this sales!


TADAAA!! rambang mata nak pilih. Akhirnya........

We'll see how long I can finish reading these books. haha.. tamak sgt. Anyway, I had fun coz I've got some books of Sophie Kinsella.Yay!!





Mari Belajar Sejarah Sulu dan Sabah

Sape yang nak tau kenapa Sulu ceroboh Lahad Datu? Baca ni.

Cerita Rakyat...


Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama Sabah, berkahwin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan mereka menghasillan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka.


Sabah sangat sayang laki dia yang gagah dan berani. Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah dari luar, si Sepanyol dan si British. Anak perempuan sulung Brunei bernama Amanilah diculik Sepanyol, ditukar namanya jadi Manila.

Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun tahun, Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan menyerahkan isterinya Sabah kepada Sulu. Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidaklah membantu dalam perang saudara, oleh kerana kekuatan Brunei semakin lemah, perkara ini didiamkan sahaja. Jadilah Sabah mempunyai dua laki dalam masa yang sama.

Kemudian British datang, ingin menyunting Sabah dari Brunei, Brunei mengizinkan dengan hantaran 12000 kepada Brunei, British juga menyunting Sabah dari Sulu, melihat Brunei dapat wang 12000 setahun, maka Sulu juga ingin menyerahkan “isterinya”, dapatlah ia 5000 setahun.

Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan laki baru dia British, duit makin masuk, ekonomi makin stabil, anak-anak ramai yang bekerja, makan minum hidup gembira. Sehinggalah datang pemuda mata sepet, Jepun. Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik, tidak meminang. Ambik terus bini orang, British dihalau jauh dari Sabah.

Kerana cintanya kepada Sabah, British datang kembali bersama suku sakatnya, menuntut Sabah dari Jepun. Tidak lama kemudian Jepun yang handal sudah mengalah, British kembali dengan isterinya, namun British sudah miskin, susah untuk mengatur keluarganya. British ingin menceraikan Sabah.

Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu dengan Sarawak & Singapura tinggal dalam rumah kecil bernama Malaysia. Tidak lama selepas itu Singapura diceraikan, selepas jantinanya tidak diketahui samaada jantan atau betina, dan menyusahkan lakinya. Alhamdulilah, rumahtangga kali ini rukun damai dan tenteram, asalnya miskin dan sekarang senang.

Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang bahagia, tidak apalah, Brunei juga bahagia walau menduda. British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung tidak peduli….

TETAPI SULU..laki Sabah yang dulu, nampak nya ingin merampas kembali bekas isterinya yang semakin harum, semakin cantik dan bergaya. Kepada Sulu, lelaki gila talak, tiada anak-anak Sabah inginkan bapa tiri macam kamu..Adakah ya..?



p/s: senang faham kan? copy dari status kawan :)





Kuda ku lari gagah berani :)


SAGARU
love..love..love


thanks mak abah and abang :)



Prelove Item- Be Poised


Haro! Does anyone love bundle stuff a.k.a preloved items? I nak bagitau ni, a friend of mine, ada buka 1 butik preloved item.. Ececeh.. bukan butik tapi blog yang menjual preloved item.  

Kepada penggemar preloved item atau kepada sesiapa yang sedang mula menjinakkan diri untuk mencuba pakaian dari preloved item ni, Sila lah dijemput (ayat tak pernah sesuai T_T) untuk ke blog kawan kite ni. Ada juga pakaian yang dia tak pernah pakai, tp nak let go jugak. :)

Nak skirt or dress yang comel-comel? ada juga taw..



nak gaya macam ini, pun ada laaa (fyi, she never wore it)




Terus nak.

I really love to try 1 of the clothes here, macam badan I ni size S la kan nak try semua. Tapi apakan daya, daku hanya mampu melihat sahaja sebab saiz badan yang gondang tak membenarkan daku untuk mencubanye .huikhuikhuik. So haritu I dah janji nak tolong untuk advertisekan budak cantik ni. Kalau ada yang uoll nak tgk lagi, sila lah pergi ke blog dia keyh. I nak letak semua pic pun tak dapat. Tgk sendiri dan pilih yang mana berkenan di hati. Semua lawa-lawa lah.. Tak caya lg? Go to :

Be Poised

Do take a look and who knows, there are something dat u like and wanna grab it.

Semuanya berbaloi-baloi


Ask for more!



Ye ye.. aku tau, ni tagline untuk Pepsi
tapi biar la aku nak guna untuk post ni kan.. Aaaaa

Aku dah 2 minggu balik dari Penang.
Oke, tamat dah semester 6.. pastu tinggal lagi 1 tahun untuk aku habiskan degree aku kat sini. Niat macam nak further study lagi ke Master.
2 tahun je pun.
Tapi aku ada tanggungjawab lain. Aku kan anak yang baik. heh :)

"Takpe Miera.. Master nanti sambung masa kerja k"

Cuti semester kali ni, dalam sebulan lebih je
So, lets get back to myself
ini adalah jadual hidup Miera budak mengada selama beberapa hari lepas exam
Baca weyh.. seronok giler. Org lain pun tak seronok macam ni. Blah :)



8.00 am : Zzzz
9.00 am : Zzzz
10.00 am : Zzzz
11.00 am : Zzz

Oke mari skip beberapa jam


2.00 pm : Tadaa!! bangun dahh :DD
3.00 pm : cool down and online
4.00 pm : kemas rumah dan bagi anak kucing makan (sian ko dapat tuan macam ni)
6.00 pm : help my mum kat dapur. Ish2.. pukul 6 baru nak tolong. Ehh sebab mak balik keje pun pukul 5.30. Takpe2.. masih lagi anak yang baik.
7.00 pm : having my breakfast+lunch+dinner. COMBO! 3 in 1. takpe lagi. kira diet n savingkan duit bapak.
8.00 pm : help my mum lagi kat dapur.. ketakketukketak
9.00 pm : Basuh baju dan ajar adik kesayangan membaca
10.00 pm : online
11.00 pm : online
12.00 am : korea time
1.00 am : korea lagi
2.00 am : online lagi
3.00 am : online lagi
4.00 am : tido!!

fell my boredness??
nak kerja, sebulan weyh.. orang pun tak nak bayar gaji

Jadi, marilah kita memanfaatkan nye dengan menyertai bengkel/kursus professional yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran kita..
Yeayy!! *big clap..

Now, Aku tengah bertungkus berlemuih join bengkel AutoCAD kat UiTM Shah Alam
Apa yang best pasal kursus ini ialah:

Sijil AutoCAD Associated Certified (kalau ko lulus exam) yang mana uolls boleh guna untuk carik kerja and  softskills yang juga diajar untuk uoll lebih bersedia menghadapi job interview.

Wahh gitu..
Bayangkan untuk 1 kursus ni je, kalau join kat luar kena bayar dalam RM1,500++ seorang tapi, free sebab kerajaan yang bayar. hehehe~~
Iolls suka tau bab yang softskills tu. Ehek, sebab deyolls membantu Iolls belajar jadi macam professional woman. Ahakz..








Lulus wei!! 

So, sebagai seorang kawan yang baik, hohoho
ni ceq nak habaq mai kat hangpa semua.
Kalau hgpa nak tgk kat mana nak dapatkan kursus ni, this is the website
3p.prestariang

ok laa, wanna go get some rest.
Jangan lupa, cuti sem depan uolls pun join la kursus2 kat sini.

Its for ur future dudes!! 


goodluck kawan kawan (:
BYE!


Little Something



Assalammualaikum :)




This is what I did in year 2012. Wish me luck :)




 UPDATE :

BEBEBEBBEBEBEEBEEEEEBBBBBBBBBBB!! 

I have been nominated in the 'Hari Anugerah Kecemerlangan UiTMPP' as a Mahasiswi Harapan for 2012. Gulp!! can't believe this because there is so many nominee for this category.. hehe.. hopefully I can win this award.. Wish me luck please..please..please..






Kisah ayah :(


Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.


Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.


"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

copy paste entry :)

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...





Bila Terlalu Sibuk

Assalammualaikum :)

Lama benor jari I tak menari-nari atas kibod ni. Sekarang dah masuk tahun baru and baru perasan bulan lepas langsung tak tulis entry. Makin pemalas nih. Ish..ish..ish.

Hye, selamat datang 2013.
Lepas ni dah masuk final year. Huh, lagi bizi kekonon ngan kelab ngan FYP lg. So, I rasa, lepas ni kalau update blog cuma tulis ni je

April : Hye April! I'm here

June : Hello June! I'm still breathing

August : Hye2 August.. I'm........... teeet.

November : Blog terkubur mati.. tiittt..tiittt..tiitt (bunyi mesin hayat hospital)

chop2.. nyampahzz iolls. 

permulaan ayat 2013 : Umur meningkat, lilin kat kek dah bertambah sebatang lagi. All iz well. Lepak jew. Umur tak tua lagi selagi belum birthday kan.

Tahun lepas banyak meninggalkan kenangan. Tapi kalau kira balik entry tahun lepas, Humang ai. Sikit. macam takde pape berlaku dalam setahun tu kan.
Frankly, I'm out of words now. Kalau dulu, macam-macam I nak tulis dalam blog ni. Kekonon writer la. Semua bende nak update. Pasal makan, tulis kat blog. Shopping, tulis kat blog. Sentap menyentap, emo sampai nangis, tulis kat blog. Beli seluar dalam baru, tulis lagi. Ciss. 

Banyaknye kenangan tahun lalu. Tapi tak semua aku dapat tulis. Kesian kepada yang merindui penulisan aku tahun lepas. muahaha.. perasan ada yang baca pulakkan. Eh, kisah pulak. ngaa~~ Alhamdulillah walaupun jarang update, hencik nuffnang menunjukkan reader blog dah makin meningkat setiap hari. Hehe, thanks kepada yang baca blog kite yer. Well, tahun lepas mengajar aku banyak bende terutama dalam persahabatan. Hmm time ni la baru aku kenal macam mana perangai kawan-kawan aku. termasuk jugak perangai aku dengan dorg. Ha.. makin tua ni makin pandai pulak nak menilai. Cehh.. 

Sekarang ni tengah bizi dengan final exam. Target nak dekan sem ni. Tapi tiap petang tido. Ntah bila nak study nye tah. Huhu.. Syukur jadual exam sem ni ok dan tak serabut macam sem-sem lepas. Kalau sem lepas aku rasa macam tak cukup sangat masa nak study. Tapi sem ni pulak, aku makin pemalas. Mungkin sebab rasa masa tu bnyak lagi kot. Memang manusia tak reti nak bersyukur kan. Huekhuekhuek.  

 Nah, ku tinggalkan 1 kenangan muka ku diawal baru.
Hamik uolls, gambar dalam tandas. Nak bergambar depan org ramai malu la kekonon. Dalam tandas takpe. Orang berak, ko bergambar. Masing-masing malu sendiri. Geli.


Lepas ni makin lama la nak tunggu I update blog. Bersawang lagi laman sesawang. Bye :)

... "Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya. 

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."

Amiinn :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...