Duplicate (Family)


Hye kamu-kamu, makhluk yang tinggal di Malaysia, Indonesia, Myamar, Canada, US, Singapore, UK, Perancis dan lain-lain lah. Eceh, macam mana tau? sebab nuffnang yang bgtau. Sila lah percaya. 

Dalam dunia ni semua ada mak. Tak kira la yang masih hidup atau yang dah meninggal dunia. Tak kisah lah. Even alien pun aku rasa ada emak. Kalau tak, takkan keluar sendiri kan.

Tiba-tiba rasa rindu kat mak. Belek-belek album gambar lama. Muka aku lain sikit dengan mak aku. dan sama sikit dengan abah. Hmm bak kata org aku ni memang anak abah pun.  

Sekarang aku tau kenapa muka lain-lain. Ya, memang la sebab genetik. Ntah aku tak tau nak explain macam mana sebab aku bukan budak Bio. Dari sekolah aku amik course Civil Eng. Amik course ni belajar Fizik and Kimia jugak tapi Bio dilupuskan sebab takde kena mengena kot. Padahal.... Oh crap! hentikan penjelasan yang macam ni. Straight to the point. Serious.

Tiba-tiba teringat,

mak, kalau mak dah takde nanti, siapa lagi nak borak-borak dengan iya masa masak.
mak, kalau mak dah takde nanti, siapa lagi yang nak marah iya kalau iya buat salah.
mak, kalau mak dah takde, siapa nak masakkan makanan kegemaran kalau iya teringin nak makan. Orang lain masak tak sama dengan mak.
mak, kalau mak dah takde nanti, siapa lagi yang nak bagi nasihat berguna kat iya.

mak, kalau mak dah takde nanti, siapa yang nak paksa iya buat kerja rumah semua tu. Padahal anak mak ni la yang plg malas.
mak, kalau mak dah takde nanti, siapa yang nak dengar anak mak buat lawak. Mak suka gelak dengar lawak tak jadi anak mak ni. 
mak, kalau mak takde nanti....

abah, kalau abah dah takde nanti, siapa lagi yang nak kol iya pagi-pagi sebelum pegi kelas. 
Walaupun anak abah ni dah besar, abah suka kejutkan.
abah, kalau abah dah takde nanti, siapa yang nak ajak anak abah ni lepak dan jalan-jalan waktu petang,
abah, kalau abah dah takde nanti, siapa nak bebel kat iya sebab selalu lambat bersiap nak keluar,
abah, kalau abah takde nanti, siapa yang nak masakkan asam pedas power tu. 
abah, kalau abah takde nanti......


*air mata mengalir. sadis mengenangkan diri yang jauh diperantauan. Lamanya rasa tak spend time dengan mereka. 


Ya Allah, panjangkan lah umur kedua ibu bapaku dan berikanlah mereka kesihatan yang baik. 


Esok balik rumah.. Miss them. 



Student Engineering Selekeh


Assalammualaikum :)
Hye dudes and babes... oh, my blog too. Hye blog..
tajuk tu sesaje nak letak mcm tu. takde kena mengena dengan baru nak belajar alphabet. 

sjhdghszrvbnj.. ok sesaje je.

Once upon a time.. Okay, that's crap. Hate those words, cliche. Well, Life has been good in shape-recently. Alhamdulillah, all praise be to Allah. But, lately penyakit malas datang melawat lg. Bila nak mula study je, mula lah menyimpang tak tentu arah. Suka keluar kelas dan makan kat 'siswa walk'. pastu balik kelas, mula la ngantuk. Kadang-kadang nak ke kelas pun malas. Hehehe. Dan aku rasa aku dah menyimpang banyak dari jalan yang betul. Bahaya ni bahaya. 

Oh ye.. kali ni menulis untuk meluahkan sesuatu. One of my course mate, told me..........

 Ada budak from other course said that we, student engineering as a selekeh dan tak tau fesyen. ngeh3.. ha tu dia.. terasa aku. yela, aku mmg pegi kelas sempoi2 je. plg cantik aku rasa, aku pegi kelas pakai baju kurung. hehe.. cantik and sopan kan. takde plak terasa nak pakai heels dan mekap cam depa tu. Ye, aku tau kadang-kadang aku ibarat pelarian dalam dunia aku sendiri. Pergi kelas pun paling malas aku pakai selipar je. Pastu nampak pak guard, mulalah lari sebab takut kena saman. Takpe-takpe. aku dh mula sedar. Ok, biarkan mereka dengan labu-labunya. jangan la kata kami ni tak tau fesyen. Cuma, kalau nak bercantik-cantik ni, keluar kampus ok la kot. Dalam kampus ni, masih terkejar-kejar lagi ke kelas. Gelabah.

Lecturer aku pernah cakap .. Kalau kat luar, nampak perbezaan antara engineer dan arkitek. Engineer sangat sempoi. Kalau arkitek pulak, sangat kemas. Jangan samakan mereka. Kerja lain-lain dan sebenarnya aku masih tak faham, cantik dan fesyen macam mana mereka maksudkan. sebab aku rasa apa yang aku pakai sekarang, sesuai dengan umur aku.
Oh yela kan.. mgkin dia maksudkan orang lain. Apehal nak terasa. Relax sudah. 
(sebab dia tujukan kat student engineering, bukan org tertentu T_T)

hehe

Dan aku bangkang kenyataan ni. Hahaha.. sebab student Engineering hensem kot..

Hahaha... kelakar la awak



Budak medic dan farmasi lak org pandang macam nerd. Padahal tak pun. biasa je.

 Mungkin kita pandang dunia dari sudut yang berbeza. Jadi, jangan menghakimi mereka, jangan menghakimi aku. Kau, aku, mereka, kita. Tak kira bangsa, mahupun agama, sama sahaja tarafnya. Yang hanya menjadi perbezaan, hanya lah taraf di sisi Tuhan. Hanya Tuhan yang layak menghakimi, hanya Tuhan yang layak menghukumi. Bukan kau. Bukan aku. Ecewah..

Oh ya, good news aku terima sekarang.
Badan semakin sihat. Buat body scanning dengan coach sendiri.Tu kelebihan minum air putih banyak kan. After 2 weeks, ada la perubahan tu. Seronok wei.. hehe.. Everyday,I try to drink 6 Litre water per day. So far yang mampu cuma 4 Litre air je. So kay.. try lagi. Tak susah. Tipsnya, 500ml water each hour. Geli pulak aku merojakkan bahasa ni.

Last but not least,
I always remind myself, study is most important thing than others. 1 year left for me to struggle in my study. Finish my degree with first class.. or at least got CGPA more than 3.5, not easy. but i'll try. =)

Laugh, even when you feel too sick or too worn out or tired. 
Smile, even when you're trying not to cry and the tears are blurring your vision. 
Sing, even when people stare at you and tell you your voice is crappy. 
Trust, even when your heart begs you not to. 
Twirl, even when your mind makes no sense of what you see. 

Frolick, even when you are made fun of. Kiss, even when others are watching. Sleep, even when you're afraid of what the dreams might bring.
Run, even when it feels like you can't run any more.
And, always, remember, even when the memories pinch your heart. Because the pain of all your experience is what makes you the person you are now. And without your experience---you are an empty page, a blank notebook, a missing lyric. What makes you brave is your willingness to live through your terrible life and hold your head up high the next day. So don't live life in fear. Because you are stronger now, after all the crap has happened, than you ever were back before it started.”




Lovely huh! thanks syg. =)




A version of DIARY..


Assalammualaikum :) 

Have been going through a hectic schedule recently. Humongous, gigantic and  gargantuan apologies for the abandonment of this blog. A lot has been going on.. huhu.

BEBEBEBBEBEBEBBEBEBEBEBBEBEBEBBBBBBB....................................!! 


Windu nak tekan tekan kibod yang dah usang dan behabok-habok x hengat dunia nih.haha.. Ni entry luahan perasaan kat blog sendiri tau. huhu.. lama tak update, tetiba je nak meluahkan bagai. Cehh.. *dush* melalut pulak.


******


Dear blog,

          Awak tau kan, selama ni kite pegang 1 amanah dari pelajar degree UiTMPP. Awak tau kan blog? ala.. kan kite penah buat luahan hati kat awak masa mula-mula kite dapat jawatan tu.. Ingat tak? 

---Tiba-tiba melodi Sebuah pertemuan UNIC fade masuk



"Menitis airmataku keharuan 

Kepada sebuah pertemuan 


Kehadiranmu mendamaikan 

Hati yang dahulu keresahan "



Blog,      

         Awak nak tau tak, semalam kami buat AGM.. Macam mana ea nak describe pasal ni.. hmm ok.. AGM is stand for Annual Grand Meeting. Ha, tu la. Untuk kali terakhir nya, kite uruskan program. huhu.. sebab semalam perletakan jawatan dan perlantikan baru berlaku.

Awak nak tau, kite rase sebak sgt masa perletakan jawatan tu berlaku. Tapi pada masa yang sama, kite happy sebab terlepas 1 tanggungjawab dalam diri. Kite sebak sebab dalam organisasi ni , banyak suka duka yang kite alami. Kite belajar macam-macam. Uruskan program. Buat program. Seronok!! tapi kite cuma ada 2 pilihan je. Kalau ikutkan hati memang nak sambung lagi jawatan ni, tapi tu ikut hati, kalau ikut jantung, tak boleh nak teruskan dah. Bagi peluang pada pelajar lain pulak. Hehe.. ayat macam poyo. Eh tak.. lepas ni nak kena utamakan akademik pulak. Lagi setahun je nak habis belajar.

Blog, 

kite ingat lagi kali pertama kite uruskan program pertama selepas penubuhan JPSM, kelam kabut sgt. Budak baru kan. huhu.. nasib baik kawan-kawan kite ni tolong. Kalau tak, rasanya tak jadi program. terus jd majlis karaoke. Eh sebab kite suka nyanyi. Terima kasih kawan-kawan. hehe.. 

Ni kawan-kawan seangkatan kite,

mereka sgt berpengalaman.. terdiri dr pelbagai latar belakang. Ada yang pernah jadi presiden2 kelab/persatuan.. Semua hebat-hebat. kite belajar dr dorg lahhhhh..

Before this, I've always gave negative thoughts on people who enter on this organization. Ada je yang tak puas hati and rasa macam G-pang je. U know G-PANG?? Gila pangkat.huhu.. but then, lepas sendiri merasai tanggungjawab ni, I realized that, bukan senang nak puaskan hati semua org. Bukan senang nak buat semua tu and the most important is,  It's not about leading, it's about serving. We serve the students. Tunaikan apa yang mereka mahukan. Letakkan kaki kita ditempat mereka dan laksanakan apa yang terdaya.


wahh.. gitu kan blog. Kite ni macam membebel pulak. Eh bukan.. kite meluahkan je apa yang tersimpan. Eceeehhhhwaahh... kata-kata terakhir lepas letak jawatan kan. hewhew..

Lagu Sebuah Pertemuan slowly fade out

"Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman "


Bye blog :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...