Little Hari Jadi Celebration in May



Assalammualaikum.

Kawan-kawan saya sangat memahami dan baik hati. Dulu, masa diploma memang tak ada kesempatan pun nak sambut hari jadian sebab hari jadian adalah sewaktu cuti sem. Kali ni, semua nya ohsem. Permulaan cerita manis bermula apabila adik-adik di istana dongeng memandikan saya bersama lotion dan ais. Fine. Pastu baru nak pujuk makan burger. Oh, suweet la adik-adik ni. hihi..

Kawan-kawan sekelas pun tak dilupakan.. Eh silap, tak melupakan dengan membuat surprise party dalam kelas yang kosong. Eh, kita ingat uoll lupa sebenarnya sebab masa dalam lab ada yang dah balik. Thanks all sebab buat cerita hantu dalam kolej, buat kita tak leh nak tido malam. Dush! Tapi uoll manis.. Tiba-tiba uoll bagi kita kek. Suka lettew :)


Nasib baik tak tulis kita dah tua. ECEWAH 20-AN DAH SKANG. Silap-silap, 22 tahun dah. Umur yang dah boleh paranoid dengan wrinkles dengan calon suami dengan metabolisme rendah.






Budak-budak 20-AN yang super ohsem la. Perut kenyang suka hati. I love uoll sama rata lah. Seronok masa ini :') Thanks korang! Thanks nyanyi lagu birthday setiap kali I potongkan kek, atas paksaan atau tidak itu untuk kita-kita je tau.

Thanks too somebody for this lovely present. My feveret kaler.


Perut memang besar. Pulang kerumah terlihat hadiah makanan lagi atas meja. Ehehe..




Encik cikgu tuisyen pun tak lupa jugak nak celebrate birthday kita. Di hotel gitu. Adik-adik istana dongeng tolong serve kan. Memang haru biru. Rasa macam sedang melepak di kedai mamak. Sebab makan dengan mulut bising. Sabar jelah anak-anak ye. Teruja betul


Hye cikgu Azzam



Pulang kerumah, tiba masa untuk giliran kawan tersayang pulak,



Girlpren ku Cik Putri


ini kes google je. Sebab terlupa amik gambar. Mood happy nampak makanan


ececeh.. This will always be my feveret :)

Saya adalah orang yang sangat menghargai makanan. Kalau dulu waktu muda dulu, ala tahun 90an gitu, saya sungguh teruja apabila dapat makanan berupa birthday celebration dari ibu yang mengandung. Hehe.. 


All in all in a nutshell to conclude, I had a blast  is a wise move because eheh dapat hadiah lah kitew dah tua bangkew. Nantikan edisi khas Bumperr bersama saya lagi di Ikea pula. Nak menggedik je ngan edisi bumperr nye. Mentang-mentang membesar dengan majalah Ujang. 

Terima kasih sayang2.. :)





Pengajaran dari drama


Babak dalam filem, banyak yang menipu. Dah nama pun drama kan.


Babak dalam tapak pembinaan : Bila kat site je, yang wanita akan pakai heels. bergaya sambil pegang kertas mahjong besar tu... pastu wat2 la tunjuk jari arah sana sini.

yang sebenar : Kalau kau pakai heels kat site, alamat nya kau memang menempah nahas. sebab kau akan kecelakaan. Lebih baik lah kalau kau pakai safety boot. lagi selamat. Nak buka plan kat site? memang tak la.. Mana la ada orang nak bukak plan tengah2 jalan. Baik pegi study kat bilik je.


Babak comel : Bila terkejutkan mak yang tengah potong bawang, mak pun akan tergelak kecil lalu mengusap rambut anak dengan penuh kasih sayang.


Yang sebenar : Mengterkejutkan mak yang tengah potong bawang dan menunggu mak pusing belakang untuk ketawa kecil. Mak pusing belakang tonyoh mata anak dengan bawang, halau keluar dapur. Anak menangis, mak membebel. sape suruh anak carik gaduh dengan mak.


Babak romantis : Bila study lewat malam sebab nak test atau cuba impress kan mak ayah, esoknya mesti berjaya laluinya tanpa kegagalan. Tapi tiba-tiba, akan keluarlah darah dari hidung dan akan jatuh pengsan. Semua panik. Pengsan haruslah depan jejaka yang disukai. Lepas tu sang jejaka akan membantu dukung pergi hospital. Maka tiba-tiba dia jatuh cinta tgk wajah gadis yang jelita bila tidur.

Yang sebenar : Study lewat malam memang dah jadi student life. Bila pengsan mana ada lelaki yang akan dukung tapi cuma akan telefon ambulan je. Sebab gadis berat. Gadis akan malu sebab orang sekeliling akan menuduh gadis miang dan cuba ambil perhatian. Mula lah umpatan.




Pengajarannya, tipu itu perlu jugak untuk menambahkan side effect yang mendalam dalam jiwa manusia.. Mana ada manusia yang terlepas dari sifat hipokrit. Ni sume gara-gara aku terbaca blog Mish.. pasal hipokrit

Kalau kau cakap kau tak suka orang hipokrit, kau pun hipokrit jugak sebenarnya kan.. Kau kata kau tak suka kat dia, kau kutuk dia, kau buruk2 kan dia belakang2.. Tapi bila berdepan, kau bergelak tawa dengan dia sebab kau nak duit dia. Bila dia mati, kau nak dapat harta. Oh kejam nya kau. Kau memang mata duitan $_$

Jadi hipokrit tak semestinya jahat. Ada orang jadi hipokrit untuk jaga hati kawan dia dan kesenangan diri. Cuma kau perlu berpada-pada. Jangan menimbulkan rasa benci dalam hati orang lain pulak dan jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Kelak, yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran. Kan??



Babak mengada : Bagi contoh merapu2 pasal drama. 

Yang sebenar : contoh tak ade kaitan dengan motif yang nak disampaikan.


*****




Beauty must have


I am finally revealing about body scrub, the product I swear by. To be honest, dah lama pakai this amazing product. Ibu-ibu, bapak-bapak juga mengesyorkan memakai scrub. Actually, ibu je. Bapak-bapak mana tau sangat pasal penjagaan ni. Ye dak? hehe..  Nyampahzzz. 

Now, this product is always in my bathroom. Sebab banyak kebaikan tau. Antaranya ialah, ia boleh membuatkan kulit kita halus selembut bayi (macam yek2 je), wangi dan melembabkan kulit.

Nowadays, banyak pulak produk melembabkan kulit seperti bayi ini dipasaran. Ada body butter, body cream, body scrub and body lotion sampaikan I sendiri pun pening nak pakai yang mana satu.

Body Scrub
This one memang best kalau pakai masa mandi sebab ia lebih baik dari sabun. Sabun kan boleh buat kulit kita kering kan. Tapi kalau pakai skrub, uoll tak payah pakai sabun dah. Bau dia memang wangi. Ada biji2 halus untuk menanggalkan sel kulit mati kita. Kalau pakai, memang rasa soft and smooth je kulit. Macam kulit bayi tu (acah-acah je kau). Jangan la pakai selalu. I pakai pun twice a week. Lumur kan badan dan sental manja cikit. Biar 5 minit, baru bilas.


Ramai wanita menganggap bahawa lulur atau scrub hanya sesuai digunakan oleh bakal pegantin menjelang perkahwinan mereka. Oooh uoll salah, sebab lulur badan ni sangat penting sebab mempunyai kebaikan yang tertentu seperti :
  1. Menghaluskan dan menggebukan kulit
  2. mencerahkan dan mensekatakan warna kulit
  3. Mengurangkan parut
  4. Mengurangkan jerawat (radang kulit di badan )
  5. Menaikkan seri
  6. Mengurangkan jeragat pada badan
  7. Mengurangkan kesan selulit
  8. Mengawal bau badan
Body butter
pelembap yang diformulasikan khusus untuk memaksimumkan penghidratan kulit. Sebab tu, body butter digunakan pada masa kering atau apabila kulit mengalami kekurangan kelembapan. Bahan-bahan yang terkandung dalam body butter memberikan kulit kedua-dua penghidratan dan perlindungan. Tapi kalau yang tak kering pun, uoll leh pakai kat siku, tumit kaki dan lutut sebab ia sgt lah bagus untuk membuat kulit bahagian tu lembut dan halus.




Body Cream
Body cream macam body lotion. Tujuan untuk melembabkan kulit. Tapi body cream lebih pekat kelembapan ia berbanding lotion. Faham tak.? yang bestnya, body cream ni meresap kedalam kulit, dan pada masa yang sama halang kelembapan dr hilang. Sebab body cream ada viscosity yang lagi tinggi. Cuma nya, body cream ni gabungan antara 50% air dan 50% minyak. So, akan rasa melekit cikit kalau pakai. Tapi tak semua la jenama yang akan rasa macam tu. Sangat sesuai untuk org yang kulit terlalu kering.


Body Lotion
This one, semua perlu ada. I have one too walaupun jarang je I sapu kt badan. T_T.. body lotion melembapkan tanpa membuatkan kulit rasa melekit, cepat meresap ke dalam kulit sebab viscosity sgt kurang dan texture dia tak terlalu pekat macam body cream. So, lepas apply boleh terus buat kerja lain sebab tak melekit. Lagipun, body lotion memang sesuai untuk semua jenis kulit. Normal to dry katanya. 


lepas ni tak payah la nak ke spa. Boleh buat sendiri di rumah kan?


Demikian sahaja daripada jurucakap kecantikan anda yang tak berbayar.


BABAI

Tahi dan lalat yang bersatu menjadi tahi lalat

Orang kata, jangan membenci sesuatu. Kelak yang dibenci itu akan hadir dalam hidup kita. Untuk kes I, I tak suka lalat sebab beliau sinonim dengan busuk dan kotor. Jadi sebab itu lalat hadir dalam hidup I dan menghadiahkan tahi dia di wajah I?? Bukan begitu.?

Semasa I sedang menjemur kain diampaian, tiba-tiba seorang kawan lama yang dah terpisah dari darjah 3, menegur I. Rupanya dia datang ke tempat I sebab dia ada program. Bila I tanya, mcm mana leh kenal kite. Jawapan dia senang je, Tahi lalat kt atas bibir kite.. Wahh padahal diri sendiri pun tak perasan sgt bila tgk muka kt cermin. 

Okay-okay teruskan dengan maksud tahi lalat di muka mengikut pandangan orang cina. Ada yang ridiculously specific maka I malas nak bagitahu sebab nanti ada yang eh dosa ini semua tahyul. Ini pasal I je lah.

bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai, pandai berkata-kata, suara sedap dan disukai ramai

Ehem, eh nak percaya ke tak. hehehe.. 




Miera Hassan dalam majalah REMAJA


So terharu sebab dapat mesej dari rakan blogger lain bagitau blog pink kite masuk REMAJA edisi Mei 2012. 

mereka pun nampak pink lah..

So terharu jugak sebab roomate bersusah payah tolong belikan majalah ini untuk kite petang tadi selepas kite merayu-rayu macam penyanyi lagu kekasih yang lari tu. Terus cepat-cepat kite hupdate padahal esok kite ada test berderet.

Tadaa. I like ♥ ♥ 



Anyonyonyo..

Ini permulaan yang terbaik buat kite bulan ni :)
Terima kasih semua 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...