Pesanan dari Kakak Senior UiTMPP


Tajuk: 
Surat cinta buat adik-adik junior yang bakal melanjutkan pelajaran ke Uitmpp

Assalammualaikum :)

Seronok adik-adik dapat surat ni dari akak kan. Eh, jangan panggil akak la. Rasa tua pulak sebab umur baru 22. panggil kitew je.. kitewww tau. bukan KITA. sebab nak nampak gedik sikit. Ok?

sebenarnya, baru tadi bukak dashboard and see 1 comment from my 'bakal junior' kat entry kite. 


kite try bukak blog awak yang nama SADDAM HEY tu. tapi ada masalah dalam post komen la. So, ini pesanan dari akak MIERA HAI. baca diam-diam ye.

Nak tips? hmm kite pun tak tau nak bg tips ape. tapi memandangkan awak budak baru semestinya awak akan ada MDS dulu kan (minggu destini siswa). Eh awak jgn risau. awak datang je ye. MDS ni macam orientasi. Kat program ni pun, awak akan belajar mcm mana nak sesuaikan diri di sini dan berkenalan dengan kawan-kawan baru. Nak carik awek dan pakwek baru pun boleh. ihik..

Untuk MDS, jangan lupa ye bawak baju putih dan kain hitam (bg siswi) dan kemeja putih juga (bg siswa). Kalau tak memang meraban la uolls nak mencarik baju ni semua. Akan digunakan masa uoll jumpa dengan REKTOR kampus pada akhir MDS nanti.

Oh awak dr Sarawak ye. Insyallah akan dapat kemudahan kolej bg pelajar sem 1 ni. Kite pun ada kenal dengan ramai budak Sarawak di sini (tak tanya pun kan). Kolej tu pun bergantung pada kekosongan. Kite tak janji la awak akan dapat, cuma nak bg tau, selalunya pelajar baru akan diberi keutamaan, BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN. Ingat? Kepada siswi takyah risau sebab uoll memang akan diberi keutamaan jugak untuk duduk di dalam. Rumah sewa pun banyak dekat sini untuk student.Unit NR akan membantu.Senarai rumah sewa pun akan disediakan nanti. Rayuan kolej pula, hmm susah nak cakap pasal ni sebab biasanya akan dibuka selepas intake kedua pelajar dan macam yang kite kata td, akan diberi keutamaan pada pelajar sem 1 dulu dan pelajar diploma. Degree masa untuk berdikari. Oh, bukan di UiTMPP je macam ni, UiTM lain pun sama.

Tempat shoping? lagi dekat. sebab kampus ni, di tengah2 kawasan bandar dan luar bandar. selesa tau. :)
Kalau nak pergi JUSCO, sila naik bas 702 or 709. Tapi kalau nak ke Sunway Carnival or Megamall, naik bas 709. Kalau nak ke Butterworth (Jeti) naik bas mana2 pun takpe. Ha, pasal bas pun aku dah ceghita kan. So, RAPID Penang, sila bayar komisyen I pliss. 

Untuk pengetahuan awak, UiTMPP ni merupakan kampus yang paling kecil antara kampus2 UiTM yang lain. Hanya berkeluasan bla..bla..bla. Tak pasti pulak. So no need to worry about the transport inside here. cuma kalau awak duk luar, mmg kene pikir la kan. Kami pegi kelas pun jalan kaki je.sebab sangat dekat. Pejabat pengurusan, HEP, HEA, bilik lecturer semua dalam 1 bangunan yang sama. So memang senang nak jalankan apa2 urusan. (kan dah cakap, kecik)

oh ye, kalau awak pelajar lama pulak, buat pendaftaran macam biasa. Bawak la semua2 dokumen yang dia minta. Pendaftaran pelajar lama biasanya akan dilakukan di fakulti masing-masing.. Pendaftaran sama jugak situasinya macam yang awak pernah lalui masa diploma dulu. Tak boleh la nak terus masuk kelas. sebab jadual kan tak dapat lg. so kena dftar di fakulti dulu lepas daftar di HEA, HEP, Unit Kesihatan, Unit Keselamatan , Perpustakaan dan Kolej.  Aaa.. 

***

tetiba terasa macam UiTMPP kena bayar aku la sebab aku boleh jadi duta kan.? ekeke.. perasan. Eh, abaikan kata ganti diri pertama yang gedik tu ye.

ini kompleks perdana yang kite cite tu la.The main building.
Bukan shopping complex la.

ini pemandangan UiTMPP dari kolej baiduri. 2 bangunan hujung tu kolej ye. Jgn risau. UiTMPP ni mengamalkan kempen 'Sayangi Lemak Anda' sebab semua bangunan ada lif. 
haih T_T


Laman perdana tempat berkumpul student. dinamakan dewan terbuka jugak sebab dewan tertutup tempat lain. (pandai2 je bg nama)

dewan besar


banyak sgt gambar bangunan pun tak best jugak. tgk la gambar kite ni. hewhew.. gedik nyewww


selamat berkenalan dr ahkak ye.. Eh silap.. kiteww.

Ni jela.. penat membebel. Nak minum air pulak. burrp



Kahwin awal

Assalammualaikum :)

Sekarang ni memang trend kawin awal. Cakap macam ni sebab tengok ramai kawan2 sebaya yang dah kawin. Jeles la. Best ke kawin awal? Eh, memanglah best, kalau tak kenapa saya tetiba macam terasa nak kawin awal kan. oh sebab nak nampak macam awet muda bila anak-anak semua dah besar. Tehee.. kawin awal subur kan. Nanti boleh dapat anak banyak. ok.

Bila anak ramai seronok. boleh la pegi shopping barang dapur ramai-ramai macam bawak rombongan budak tadika. Pergi bercuti ramai-ramai. Tak payah nak susah-susah carik saudara mara nak berkonvoi. 

Tapi kawin awal banyak cabarannya. Kalau tak bersedia nak pikul tanggungjawab, susah la. Lagi-lagi kalau dua-dua pasangan muda. Nak kene ada financial back up. kalau tak, bila bini dah mengandung mula lah bersusah hati sebab banyak lagi nk kene belanja. Sebab tu orang kata, kalau nak kawin kene fikir masak-masak. Yang kau nak tanggung tu anak org. Isteri pulak kene bersedia. Nak kena layan suami dan anak-anak. Lagi-lagi kalau yang bekerja. Rumah tangga boleh jadi stress bila dua-dua sibuk dan tak de masa untuk each other. Eh saya bukan pakar. Cuma banyak berimaginasi dan membaca. *shy* . Cinta tergugat di awal perkahwinan sebab masalah yang berbangkit. Wah? Jadi cinta semakin pudar? keluarlah phrases seperti “Dulu masa baru kenal…”, “Dulu waktu awal kahwin..”, “Ewah ewah sebelum kahwin dulu!!”. Hehehe comel je pasangan baru kahwin ni semua.

Umur macam sekarang ni, bila cakap dengan kawan pasal kawin pun tak malu. Pastu duk baring2 atas katil mak sembang pasal kawin dan malam pertama pun tak payah nak malu (eh kene malu bab ini).

see, ustaz pun cakap macam ni

oh.. sudah2 tu Miera. Sekarang kena isi masa dengan benda yang berisi. Maknanya gemukkan masa. Jom pegi makan =)


Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah”

(Ibnu Majah).




Percutian Bajet Langkawi


FEBRUARY 2012

My fren, Putri call I masa tgh cuti sem.. 
Kecoh dia nak cakap ada tiket flight ke langkawi yang murah untuk malam esok. 

Malam esok? eh gile ke. I baru balik dari Penang and now kat Sungai Besar sedang membesarkan bontot, U ajak holiday? (tetiba je keluar monolog dalaman)

Setelah berbincang di telefon, maka tarikh diputuskan untuk pegi holiday ke Langkawi naik AIR ASIA dengan kadar potongan harga yang murah dan berbaloi-baloi. Sebab tu orang muda kata, kene booking awal.

Penat berkejaran train dan bas semata-mata risau dan takut tak sempat nak check in. Try check in guna intenet, lambat pulak. Masa tu, muka Putri dah cuak. I?? Relaks lagi sebab tak tau ape.hehe.. semua dia yang uruskan. Masa ni gelabah jugak, terus call ibu tersayang supaya doa kami sempat check in and flight delay. Haha.. luckily sangat hari tu. Kami sampai je LCCT, terus berlari dan yeah!! sempat check in and flight delay sebab plane nak tukar tayar. hehehe..Alhamdulillah


apalagi, masa untuk bergebang beramai-ramai dengan makcik2 yang turut terkandas bersama kami (ayat memang tak pernah nak sesuai ) T_T

Cheerful mood : ON.
Oke, sekarang boleh mula cerita pasal percutian bajet kami berdua.

bermalam di ANZ Langkawi Inn, Kampung Kedawang
sangat murah kat sini. Cuma hotel 1 bintang je tapi kami rasa berbaloi sebab kami berdua je. So, cukup la kan. jimat wang. Cuma mahu tido je. bukan bercuti dalam bilik hotel poooon. 
Bajet kat sini :

3 malam RM 180

macam ni la bilik kami =)
sumber : Google.

Akak yang owner hotel ni, sangatlah peramah dan tak sombong. Serba serbi tanya je dia.. Memang best. 

Oh ye, better awak semua check dulu kat tenet untuk new rate. Mana la tau kot2 masa nak book tu dah full booked ke kan. Tak payah nak gatal-gatal sangat terjah macam tu je. Satgi full, tido la hangpa kt tepi jalan. Mau? Nombor telefon, I takde sebab masa I pergi I just google je dulu ANZ Langkawi Inn Rates.. Gunakan kemudahan yang ada. Kalau I, lagi suka google pasal hotel ni kat Agoda.com or Tripadvisor.com sebab semua rates kat sini dah di update.

Cerita pasal kereta pulak,
Sewa kereta pun murah jugak. Memandangkan kami cuma berdua, so, kami decided untuk sewa kereta comel je di sana. kami sewa VIVA manual je di sana.

Bajet kereta sewa :
RM70 sehari
Bajet kereta ni depends pada orang yang awak dapat ye. Macam I, kebetulan dapat dari company yang sangat ok. Tak ingat pulak yang mana.. Huhu.. tula, minum banyak sangat air bersemut. maaf tak dapat nak tolong. Tapi banyak je tempat sewa kete kat sana. Sampai je dari jeti pun dah ada yang offer. Pastikan awak betul-betul mencari dan survey dulu. Takut dapat yang mahal. Kalau dah berkenan dengan mana-mana kereta tu, amik je. Nanti orang kebas pulak. hehehe

Ramai yang offer dah siap-siap.. InsyaAllah semua ok.

Island hoping pula,





murah jugak sebab kami dapat pakej seorang RM25 je. 
Eh murah la teww. sebab yang lain semua dalam RM30++. Ha, jeles letew.haha.. ok, kalau nak murah, uoll boleh pergi dengan pakej dari AB travel. senang je nak carik, dekat Pantai Chenang, depan AB Motel. Dekat area Pantai Chenang berlambak-lambak agent buat package ni..so tak payah risau kalau tak book awal...sebab kat sana sangat banyak, tanye je..cuma beza adalah harga pakej..macam kami dapat rm25 je..  iimat di situ


ulang suara,
bajet Island Hoping:
RM25 seorang

Nasihat I, masa nak ber-island hoping ni kan, tak payah la nak bercantik-cantik sangat. Sempoi je. Sebab nanti awak basah jugak. Yela, nama pun naik bot kan. Lagi cantik kalau pakai bikini je.. Wallah.. 

3 pulau macam biasa, Pulau beras basah, pulau singa besar (eagle feeding) and last one Pulau dayang bunting.
dah sampai Pulau Dayang Bunting.


kera dihutan disusukan. Akhirnya, kera dihutan menjadi nakal apabila sanggup mengejar dan cuba mengambil beg di tangan. Sungguh jahat kera yang disusukan. Berhati-hati dengan kera di Pulau ni ye sebab 'dorang' suka amik apa-apa yang ada ditangan..Jadi.. dinasihatkan.. masa Island Hoping bawak bag sekolah or bag sandang belakang je.. Sumbat la semua dalam beg tu sebab nanti monyet amik, lagi susah..



best moment antara kami terjadi pada hari kedua. Hari mandi dan berbasah-basahan. Dr pagi, sampai ke petang pakai baju yang sama membasahkan diri sewaktu Island Hoping, mandi di Tasik Dayang Bunting, mandi di Temurun Waterfall, ke kolam air panas and finally, mandi di Pantai.
Oh ye cerita pasal mandi, kat Tasik Dayang Bunting pun boleh mandi ye.. Sebab tu kami pakai baju yang alang-alang leh mandi terus..hehe.. I pon mandi jugak..tapi kejap je lah..kena sewa life jacket ye..RM10 satu..memang dalam tasik ni..tak pakai, tak pantai berenang..sila sewa life jacket, duit tidak dikembalikan....tapi jacket kena pulang balik...errr...

ini kolam air panas,
FREE ENTRY
macam iklan jual beg pulak. Air takdela panas sangat..Tapi boleh lah untuk rendam kaki sekejap..sebab dah penat berjalan kan.



Jalan-jalan nikmati pemandangan... wwoosshhh




underwater world,

sibuk kau main dengan burung tu. Eh sepatutnya ada gambar dugong dan ikan kan. Lupakan.. hehe
Bajet kat Underwater world :

Entrance Fees
AdultsRM40 (without MyKad) / RM30 (with MyKad)
Children (3-12 years old)       RM30 (without MyKad) / RM20 (with MyKad)
Malaysian Senior Citizens (50 years old & above)  RM24 (with MyKad)
Goverment RateAdults RM24 and Children RM16. One (1) Government I.D. Card entitles for two (2) adults and two (2) children.
**2015 new rate

even sedang bercuti pun, masih banyak kerja yang I kene buat.ini yang dikatakan sambil kerja sambil holiday agaknya. 

masa nak balik, tiba-tiba Putri cakap,
we taking turns to be in pictures and never have photos together. At least, I would have to hold the camera up high like a vain person to snap us.
dan itu disedari bila kami dah nak berpisah balik di jeti. T_T
Terasa dah dewasa pulak kami bercuti berdua. Our parents?? tak kisah asalkan kami pandai jaga diri. Next destination, BALI

Rancang percutian dengan baik. Internet kan ada. so, rancang awal dan booking awal untuk tau harga-harga yang murah dan sesuai dengan bajet sendiri. Sebenarnya, murah lg kalau bercuti dengan pakej. Tapi depends la.. kalau macam I, lg suka mcm ni sbb bebas nak kemana je.. Tak payah ikut org kan..

So..memandangkan ramai yang contact I tanya pasal travel agency ke Langkawi, boleh contact no ni..mmg berbaloi. En Huzaifah ni peramah. Boleh tanya beliau pakej-pakej melancong ke mana sahaja.
En. Huzaifah
019-4486491



Perihal Budak Debab

Cuti sem ni memang masa untuk mencuba segala masakan baru sebab masa kat kolej tak dapat nak masak. Tak ada dapur.I feel so ketagih nak masak kat rumah sampai sanggup bukak buku resepi untuk bagi mak abah makan masakan anak dara yang dirindui. alalala... memang rajin anak dara sorang ni.

Cuti sem juga memang mendajal kesihatan badan apabila konon ketepikan pemakanan seimbang, dan bedal apa sahaja yang telah diidamkan sepanjang minggu. Nafsu yang membuak-buak. Okay we get it. Tak perlu nak nafsu yang membuak kat sini. Betul-betul ambil kesempatan atas kadar metabolisma yang rendah T_T

Namun baru-baru ni jumpa dengan kawan-kawan lama. Sungguh menyayat hati bila ramai tegur saya dah gemuk termasuk jumpa dengan incik awak dan cikgu sekolah. Oh ye, baju lama dah tak muat. semua ketat. Ish..ish..ish.. sungguh ketara kenaikan badan. 

Ini gambar lama, masih sempat pinjam baju kawan.



emak dah bising sebab badan makin gemuk. Baju sendiri pun emak dah boleh pakai untuk pegi keje. Ish.. makin menjadi-jadi lemak dibadan. Sekarang nak slap some of that fat burning lotion on my thighs and get on the treadmill! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...