Duplicate (Family)

by - Tuesday, October 23, 2012

Hye kamu-kamu, makhluk yang tinggal di Malaysia, Indonesia, Myamar, Canada, US, Singapore, UK, Perancis dan lain-lain lah. Eceh, macam mana tau? sebab nuffnang yang bgtau. Sila lah percaya. 

Dalam dunia ni semua ada mak. Tak kira la yang masih hidup atau yang dah meninggal dunia. Tak kisah lah. Even alien pun aku rasa ada emak. Kalau tak, takkan keluar sendiri kan.

Tiba-tiba rasa rindu kat mak. Belek-belek album gambar lama. Muka aku lain sikit dengan mak aku. dan sama sikit dengan abah. Hmm bak kata org aku ni memang anak abah pun.  

Sekarang aku tau kenapa muka lain-lain. Ya, memang la sebab genetik. Ntah aku tak tau nak explain macam mana sebab aku bukan budak Bio. Dari sekolah aku amik course Civil Eng. Amik course ni belajar Fizik and Kimia jugak tapi Bio dilupuskan sebab takde kena mengena kot. Padahal.... Oh crap! hentikan penjelasan yang macam ni. Straight to the point. Serious.

Tiba-tiba teringat,

mak, kalau mak dah takde nanti, siapa lagi nak borak-borak dengan iya masa masak.
mak, kalau mak dah takde nanti, siapa lagi yang nak marah iya kalau iya buat salah.
mak, kalau mak dah takde, siapa nak masakkan makanan kegemaran kalau iya teringin nak makan. Orang lain masak tak sama dengan mak.
mak, kalau mak dah takde nanti, siapa lagi yang nak bagi nasihat berguna kat iya.

mak, kalau mak dah takde nanti, siapa yang nak paksa iya buat kerja rumah semua tu. Padahal anak mak ni la yang plg malas.
mak, kalau mak dah takde nanti, siapa yang nak dengar anak mak buat lawak. Mak suka gelak dengar lawak tak jadi anak mak ni. 
mak, kalau mak takde nanti....

abah, kalau abah dah takde nanti, siapa lagi yang nak kol iya pagi-pagi sebelum pegi kelas. 
Walaupun anak abah ni dah besar, abah suka kejutkan.
abah, kalau abah dah takde nanti, siapa yang nak ajak anak abah ni lepak dan jalan-jalan waktu petang,
abah, kalau abah dah takde nanti, siapa nak bebel kat iya sebab selalu lambat bersiap nak keluar,
abah, kalau abah takde nanti, siapa yang nak masakkan asam pedas power tu. 
abah, kalau abah takde nanti......


*air mata mengalir. sadis mengenangkan diri yang jauh diperantauan. Lamanya rasa tak spend time dengan mereka. 


Ya Allah, panjangkan lah umur kedua ibu bapaku dan berikanlah mereka kesihatan yang baik. 


Esok balik rumah.. Miss them. 



You May Also Like

0 comments