Time, Words and Opportunity :)

by - Monday, September 17, 2012



Assalammualaikum :)

2 Hari ni aku lalui 1 pengalaman yang sgt indah dalam hidup
Ececeh.. cite macam kisah cinta kan.. hekeleh..
Teeeettt...

Ini bukan blog cinta. Eh silap.. ini belum masanya nak aku cite pasal cinta. Kalau aku dah ada pakwe dan rasa nak ceghite, nnti aku tempek la pic pakwe aku banyak2 kat sebelah blog ni. Suka kan? haha

Eh dah bukak laman sesawang ni, tiba2 rajin pulak nak hupdate. Padahal selama ni aku memang pemalas. 
"Oh laman sesawang peribadi dah bersawang rupanya.. kui..kui "

Byk benda aku nak story morry dekat sini..

Tapi bila on je belog get ready mahu menaip,tetibe habes hilang sume idea.
Mood pon sekali terbabas.Ah..terus x jadi nak hupdate laaa pullakkk. 
Blah.. blah.. ayat nak mintak simpati  

So, ringkaskan ceghita.. Dua hari ni, aku ikut 1 program yang dikendalikan di Institut Al Qayyim.

Fasa 1 : 




Subhanallah.. Sumpah best program ni.. 
Asalnye aku nak balik minggu ni kt umah mak, pastu terpaksa cancel sebab pinjaman tak masuk lagi. Sumpah sadis jadi anak perantau ni. Nak kena jimat duit je. Then seorang kawan yg baik anta msj ajak join. Firstly baca, macam..... Oh Man..!! Bible study .? Perkembangan agama Kristian dan agama lain? Riwayat Jesus? Kristian Katolik dan Protestan.? Kebenaran Islam dan dan dan........... Ok.. interesting.. ulang suara. INTERESTING. pheww

Ni yg eden nak koba ngan ekau sumo ni. Humang ai!!

Banyak ilmu yang den dopek dr kursus ni.. 
Den diajor camno cangho nak sampai kan dakwah kek oghang bukan Islam. Camno nak patahkan soalan dari oghang bukan Islam mengenai Islam lagi-lagi sekaghang ni ha. Semuo yo berpandukan Al-Quran dan Hadith.  Baru fasa pertamo. Memang eden tak tao cmno sgt. Baru pengenalan. Masih banyok laei yg eden kono blajo. Eh bukan la den cakap pasni den nak jadi pendakwah. Hehe.. nanti ado yg panggil den ustazah Miera pulak. Bukan.... amboi, komain. malu den kang. Den join pun pasal den ngaso2, eden ni pun banyak kelomahan dan banyak yang perlu den blajo. So, den pun grab this OPPORTUNITY laaaahhh..

*dah..dah.. ape yang aku mengarut ni*

Cuma perkara pertama yang Bro Lim cakap, semua org Islam adalah pendakwah.
Tak kira la apa yang kau sampaikan tentang kebenaran Islam, kau pendakwah jugak. Dan.. mmg tanggungjawab kita menyampaikan kebenaran kepada mereka yang belum menerimanya.

Mula-mula, aku macam ragu2 jugak nak masuk. Tgk nama speaker, nama cina. Tapi sebenarnya, kalau Islam tak semestinya kena tukar nama. Asalkan maksud baik, tak ape maa.. Maksud nama bro ni, baik. So, kenapa nak tukar? sedangkan cina di China pun nama banyak kekalkan. Apa yang membuatkan aku ternganga ialah, hujah semua ada sumber dari Al-Quran dan Hadith. bukan cakap kosong. bukan fatwa sendiri. Every single doubt and questions, explained and solved one by one with the al-Quran verse and Hadith. Especially Brother Lim who explained it in humors and relaxing way. So the attendees found it's very easy to get along in this process of "Resetting" mindset into a clean and clear perception against Non Muslim and their religions..  

dan aku akui, buat pertama kalinya, aku pegang bible, buka, baca dan mengkaji bersama mereka. Tak payah risau la. Kalau aqidah tak kuat, bukan setakat baca Bible, buat apa2 dalam hidup pun aqidah tetap goyang . 


Apa-apa pun... memang seronok. hehe.. thanks pada kawan yang mengajak aku. Kalau tak, sampai sekarang aku tak tau. 



Firman Allah:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Ertinya:” Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah”

(Ali-Imran: 110)


can't wait for 2nd Phase of IDT..

See u.. ;)

You May Also Like

1 comments