Raya Bibik

by - Thursday, August 23, 2012

Hye challoz challoz..
Sambil type, sambil terkeruk-keruk macam beruk aku menaip entry ni.. kuikuikui.. Sejak raya ni, alergik badan makin menjadi-jadi pulak. Bila malam je mula lah badan nak gatal. Ok stop. 

Sekarang ni dah raya kelima. Hampir sebulan baru nak update entry. Busuk betul bibik ni. Memandangkan nak taip entry pun selalu malas, maka hanya entry kontot saje yang mampu dilakukan. So anak-anak semua. Dengan lafaz Bismillah...

kegemaran di hari raya
mari kita makan. Eh2 tak lah. Dengan lafaz bismillah, kita mulakan ucapan raya.

Awak-awak semua, Saya Nur Amira binti Hassan nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali saya.. Kepada yang tak kenal tapi selalu singgah and baca blog ni pun, nak ucapkan jugak ye. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan terburuk perangai serta terburuk siku. Lagi2 bab makan. Ye, aku ni memang buruk perangai kalau berkaitan dengan makan. Boleh bikin gaduh. Eh??
Selamat Hari Raya semua.! Raya molek2 oke. 

Oke, done with ucapan hari raya. Feeling macam femes sgt ada salam perantauan dari anak Klang ni kan. Ni yang seronok ada blog sebab suka2 je nak taip apa. Orang pun tak kisah. kan?? ngeh3..

Macam yang aku cakap dalam entry lepas.. Raya tahun ni, takde feel sgt sebab aku cuma mampu beraya sehari je bersama family. Raya kedua pulak dah menabur bakti kat tempat keje. Orang tak dapat cuti, macam ni la.. Isk.isk.isk T_T . Sebab kan feel raya tu macam takde sgt tahun ni, so baju raya pun aku tak sempat beli. Main pakai yang mana ada je. Macam mana nak jumpa bakal mak mentua ni. haish. Baju dah boleh buat kain buruk je. Hari2 pakai pegi kuliah.. Mgkin sebab tak dapat baju baru kot badan aku makin lembik. Selalu tergaru2 macam kera sebab alergik.  Yang seronoknye, ehem.. duit raya bertambah dari hari ke hari. Wahh.. berseri balik muka bila dapat duit ye Bik Miera. Umur makin lanjut, ape rahsianya? ehe, org muka awet muda memang macam ni. hewhewhew

Eh bukan kata tadi nak buat entry kontot ke? Maafkan bibik ye. 

Selamat Hari Raya. 
Peace  :)





You May Also Like

1 comments

  1. huumm.. Makan lemang dengan ketupat memang sedap Uhhh! Nyum... ! Eh.. Selamat Hari Raya.. =)

    ReplyDelete