Pengajaran dari drama

by - Saturday, May 19, 2012

Babak dalam filem, banyak yang menipu. Dah nama pun drama kan.

Babak dalam tapak pembinaan : Bila kat site je, yang wanita akan pakai heels. bergaya sambil pegang kertas mahjong besar tu... pastu wat2 la tunjuk jari arah sana sini.

yang sebenar : Kalau kau pakai heels kat site, alamat nya kau memang menempah nahas. sebab kau akan kecelakaan. Lebih baik lah kalau kau pakai safety boot. lagi selamat. Nak buka plan kat site? memang tak la.. Mana la ada orang nak bukak plan tengah2 jalan. Baik pegi study kat bilik je.


Babak comel : Bila terkejutkan mak yang tengah potong bawang, mak pun akan tergelak kecil lalu mengusap rambut anak dengan penuh kasih sayang.

Yang sebenar : Mengterkejutkan mak yang tengah potong bawang dan menunggu mak pusing belakang untuk ketawa kecil. Mak pusing belakang tonyoh mata anak dengan bawang, halau keluar dapur. Anak menangis, mak membebel. sape suruh anak carik gaduh dengan mak.




Babak romantis : Bila study lewat malam sebab nak test atau cuba impress kan mak ayah, esoknya mesti berjaya laluinya tanpa kegagalan. Tapi tiba-tiba, akan keluarlah darah dari hidung dan akan jatuh pengsan. Semua panik. Pengsan haruslah depan jejaka yang disukai. Lepas tu sang jejaka akan membantu dukung pergi hospital. Maka tiba-tiba dia jatuh cinta tgk wajah gadis yang jelita bila tidur.

Yang sebenar : Study lewat malam memang dah jadi student life. Bila pengsan mana ada lelaki yang akan dukung tapi cuma akan telefon ambulan je. Sebab gadis berat. Gadis akan malu sebab orang sekeliling akan menuduh gadis miang dan cuba ambil perhatian. Mula lah umpatan.


Pengajarannya, tipu itu perlu jugak untuk menambahkan side effect yang mendalam dalam jiwa manusia.. Mana ada manusia yang terlepas dari sifat hipokrit. Ni sume gara-gara aku terbaca blog Mish.. pasal hipokrit

Kalau kau cakap kau tak suka orang hipokrit, kau pun hipokrit jugak sebenarnya kan.. Kau kata kau tak suka kat dia, kau kutuk dia, kau buruk2 kan dia belakang2.. Tapi bila berdepan, kau bergelak tawa dengan dia sebab kau nak duit dia. Bila dia mati, kau nak dapat harta. Oh kejam nya kau. Kau memang mata duitan $_$

Jadi hipokrit tak semestinya jahat. Ada orang jadi hipokrit untuk jaga hati kawan dia dan kesenangan diri. Cuma kau perlu berpada-pada. Jangan menimbulkan rasa benci dalam hati orang lain pulak dan jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Kelak, yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran. Kan??

Babak mengada : Bagi contoh merapu2 pasal drama. 

Yang sebenar : contoh tak ade kaitan dengan motif yang nak disampaikan.


*****




You May Also Like

5 comments

  1. saya paling suka tentang pakai heel kemudian bawa kertas majong kt site. sbb rata2 drama macam tu. entah apa yang ditunjuk pun tak tau. serius lawak.

    ReplyDelete
  2. Memang susah nak dapatkan mereka yang benar-benar iklhas. Sebab hidup pun dah jadi macam satu drama sekarang.

    ReplyDelete
  3. hahaa..akak bru terfikir bnde2 yg drama2 nie..xlogik kdg2..good info..

    ReplyDelete