Homaigod! homaigod!

by - Sunday, April 15, 2012

Aku ni dulu kuat sangat berangan. Perasan pun ye. Sekarang perangai tak boleh nak ubah. Budak-budak pun ada yang panggil aku cahaya puteri. Aku redha je sebab aku memang ada princess disease. Ini bukan penyakit keturunan. Penyakit yang datang lepas aku dapat mimpi kawin dengan anak raja. Memang seronok. Ada jugak panggil aku baby mia. Sebab aku penah kenal kan diri aku baby. Haha.. geli dowh. Suka menipu. Tapi itu adalah anugerah. Kan?? kan?

Oke sambung pasal kahwin dengan anak raja. Masa aku dapat mimpi tu umur aku 8 tahun. Sejak tu aku rasa aku ni pun puteri. Syukur la sebab maksud nama aku pun cahaya puteri kan. Eh, jangan la geli. Sebab memang betul ok. Ingat lagi dengan Juliana Banos?. Ala, artis yang cantik tu. Dulu aku suka dia. Dia cantik, pastu ada 1 masa tu, aku dengar mak aku sembang dengan makcik aku. Masa tu, Juliana Banos tengah buat persembahan atas pentas

Mak : cantik Juliana Banos ni kan. 


Makcik aku : A'ah.. mmg macam model la

Mak : msti ada anak raja yang akan kawin dengan dia ni.. Cantik

Aku : Mak!!!

Lepas dengar mak aku cakap tu, terus aku lari masuk dalam bilik and nangis. Gedik tak. Sebab bagi aku kalau dia kawin dengan anak raja, nnti aku dah besar nak kawin dengan sape.. Homaigod. kenapa gedik sangat time tu. Sejak dari tu jugak aku dah tak minat dia sebab rasa dia akan rampas bakal suami aku. keh..keh..keh..

ni bukan kerja aku.. aku cuma google je. ape? ingat aku ni pendengki sangat ke?

Eh now dia dah kahwin. Aku nak lupakan dendam aku lah.. haha.. ada peluang tak nak kawin dengan anak raja.. ada tak?

meh kawin dengan I..

You May Also Like

3 comments

  1. dulu pun akak slalu berangan nk kahwin dgn anak raja..hahaha..tulis nama pun kne ade 'tengku' kt depan..geli2...
    juliana banos tak khwin dgn anak raja, tp dpt kahwin dgn org kaya..selalu akak lalu rumah bapak mertua die...besarrrrrrrrrrrrrrr giler!..ade kete ferrari vrooommm!

    ReplyDelete